Kelantan Bina Kilang Sawit RM42.60 Juta

>> Tuesday, May 22, 2012


KELANTAN BINA KILANG SAWIT RM42.60 JUTA



Kerajaan Negeri Kelantan melangkah maju setapak lagi dalam bidang industri kelapa sawit dengan rancangan pembinaan sebuah kilang sawit tapis dalam masa terdekat ini.



Tuan Hj. Sobri, Ketua Eksukutif PKINK Sedang menyampai ucapan



Pembinaan kilang sawit ini diharap dapat memberi sumbangan besar dalam pembangunan ekonomi negeri ini.



Pembinaan kilang sawit itu akan dilaksanakan oleh Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn. Bhd. milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.



Perjanjian pembinaan kilang itu telah dimeterai antara Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn. Bhd. dengan Modipalm Engineering Sdn. Bhd., pada 21 Mac 2012 [29 Jamadilakhir 1433] di sebuah hotel di Kota Bharu.



Tuan Guru Menteri Besar di majlis tersebut



Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat telah hadir menyaksikan upacara menandatangani perjanjian yang penting itu kepada perkembangan ekonomi negeri Kelantan.



Hadir di majlis tersebut antara lain pegawai-pegawai PKINK, Syarikat Ladang Sungai Terah dan wakil Modipalm Engineering Sdn. Bhd.



Pembinaan kilang itu dijangka menelan perbelanjaan sebanyak RM 42 juta bermula pada bulan September 2912 ini dan dijangka siap dan akan mula beroperasi pada bulan April 2014 nanti.



Tapak kilang itu terletak bersebelahan Ladang Tapis, Mukim Bunga Tanjung, Jeli dalam kawasan seluas 22 hektar.



Tuan Guru Menteri Besar. Di sebelah kiri Tuan Hj. Jazali bin Jafar, Pengurus Besar SLST, dan kanan Jurutera Kilang, Ahmad Fariz Zaini bin Mohd. Zain



Kilang itu nanti dijangka memerlukan seramai tidak kurang daripada 60 orang pekerja untuk mempastikan kelancaran operasinya.



Di samping itu berbagai-bagai kemudahan asas lagi akan disediakan, termasuklah pembinaan sebatang jalan raya berturap dari jalan utama ke kilang, dan pembinaan kompleks perumahan kakitangan.



Ia juga akan dilengkapkan dengan masjid, kemudahan padang permainan, padang bola, rumah kedai dan dewan serbaguna.



Tuan Guru Bersama-sama Dengan Pegawai-pegawai Modipalm Engineering Sdn. Bhd.



Adalah diharapkan dengan terbinanya kilang sawit tapis ini nanti, akan dapat membantu perkembangan ekonomi bukan sahaja kawasan sekitarnya dan Jajahan Jeli, tapi juga diharap dapat membantu meningkatkan pembangunan ekonomi negeri Kelantan pada amnya.



EndPr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP