Beberapa Tips memilih Jodoh

>> Sunday, May 6, 2012



BEBERAPA TIP MEMILIH JODOH



Anda hendak kahwin, dan sedang mencari jodoh untuk dijadikan suami atau isteri. Baguslah, dan kahwinlah.



Tapi anda hendaklah ingat, bahawa perkahwinan itu bukanlah untuk sementara waktu, bukan untuk sehari dua, atau beberapa bulan atau beberapa tahun, tapi untuk jangka masa yang panjang, untuk selama-lamanya, dari dunia hingga ke akhirat.



Sesebuah ikatan perkahwinan yang sah antara seorang lelaki dan seorang perempuan tidak akan putus dengan kunjungan kematian, malah ia terus berpanjangan hingga ke akhirat nanti.



Oleh itu, walau pun kita digalakkan untuk berkahwin dan merupakan sunnah Rasulullah SAW, tapi kita juga hendaklah berhati-hati dalam memilih pasangan yang dapat menjamin kebahagian hidup kita di dunia dan juga di akhirat nanti.



Jangan jadi si malang, pilih tebu, dapat teberau. Perjalanan masih belum bermula atau baru bermula, tapi tongkang kehidupan telah pecah dan tenggelam dimasuki air.



Justeru itu awas dan hati-hatilah, supaya tongkang tidak pecah dalam perjalanan, dan dapat terus belayar dengan sejahtera hingga ke pelabuhan terakhir dengan damai.



Di sini kita berikan beberapa pandangan untuk menjadi renungan kepada anda, baik lelaki atau perempuan yang ingin mencari pasangan hidup dan ingin mendirikan rumah tangga.


Semoga memberi manfaat jua. Amin!


-Hormat Menghormati

Anda hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jika tidak, rumah tangga yang akan anda bina nanti, tidak akan selamat dan rapuh dan mudah berkecaian.



Sebagai seorang lelaki anda mesti menghoramti pasangan anda sebagai seorang isteri, demikian juga sebaliknya seorang isterimesti menghormati pasangnnya sebagai sebagai seorang suami.



Kalau tidak akan berlaku perlekehan atau penghinaan, atau kecil mengecilkan antara satu sama yang akan menjadi bunga-bunga busuk yang akan merosakkan ikatan suami isteri.



-Pekerjaan



Jika anda bekerja dan bakal suami atau isteri anda juga bekerja, anda hendaklah berpuas hati dengan pekerjaan yang disandangnya itu, supaua megelak daripada timbulnya pertembungan fikiran di kemudian hari yang akan merugikan anda kedua sebagai suami isteri.



Jika anda seorang wanita yang profesionnya guru memilih seorang lelaki yang menjadi anggota tentera sebagai bakal suami anda, maka anda hendaklah merasa puas hati dengan profesionnya sebagai seorang tentera. sebelum melangkah lebih jauh untuk menjadi suami isteri. Demikian jugalah sebaliknya di pihak lelaki.



Jika anda seorang doktor, dan bakal isteri anda seorang guru, anda mestilah berpuas hati dengan profesion bakal isteri anda itu, untuk mengelak daripada timbulnya rasa tidak puas hati antara anda suami isteri.



Ertinya anda mesti mengetahui bakal jodoh anda itu berkerja atau tidak bekerja? Kalau bekerja apa kerjanya? Kalau seorang yang baik dan bermoral, sudah tentu anda tidak ingin mendapat jodoh dengan seorang pengedar dadah, perompak dan penyamun, penipu, atau pembunuh.



-Usia



Bakal suami atau isteri anda mestilah seorang yang telah matang dari segi usianya. Ertinya sudah cukup usianya untuk mendirikan rumah tangga, bukannya seorang gadis atau pemuda yang belum baligh.



Sebaik-baiknya, jarak usia anda kedua, janganlah terlalu jauh, terutama di zaman kini yang kehidupannya penuh dengan aneka cabaran dan godaan lahir dan batinya.



-Seorang Yang Amanah



Bakal suami atau isteri anda itu mestilah seorang yang amanah dan jujur, khususnya di kalangan kawan-kawannya. Kalau dia tidak amanah dan tidak jujur, sudah tentu sukar kepada anda untuk hidup bersama dengan aman damai nanti sebagai suami isteri



-Nilai Hidup



Anda hendaklah mempunyai ukuran nilai hidup yang sama mengenai sesuatu perkara yang memang murni dan luhur.



Sebagai contohnya, jika anda seorang yang suka bersedekah dan menganggap sedekah itu suatu perbuatan yang mulia dan terpuji, maka pasangan anda juga seharusnya mempunyai pandangan yang sama.



Jika tidak ia akan menimbulkan masalah bila anda telah menjadi suami isteri, kerana suami atau isteri anda itu nanti akan mengejek anda yang suka memberi sedekah yang dianggap sebaga boros, tidak berfedah dan merugikan sahaja.



-Luas Fikiran



Jika anda mempunyai fikiran yang lapang atau mempunyai fikiran yang luas, maka pasangan anda juga sebaik-baiknya mempunyai daya pemikiran yang luas, untuk mengelak daripapda pertembungan fikiran pada suatu hari nanti.



Kerana pertembungan ideologi atau fikiran inilah, berlakunya perceraiannya suami isteri di kalangan sesetengah ahli-ahli politik yang fanatik.



-Suka Bergaul



Jika anda orang yang suka bergaul ataupun mempunyai pergaulan yang luas, pasangan anda itu juga mestilah mempunyai semangat pergaulan yang tinggi seperti anda.



Jika tidak, kelancaran hidup anda suami isteri mungkin tidak akan berjalan lancar, kerana percanggahan dalam perkara tersebut, malah sebaliknya mungkin akan menimbulkan masalah kekeluargaan.



Sebagai seorang yang luas pergaulannya, sudah tentu anda mengambil peluang yang lebih banyak untuk berada di luar rumah untuk bersama-sasma dengan rakan-tolan anda, tapi bagaimana pula dengan pasangan anda yang terbatas pergaulannya, sudah tentu lebih suka berada di rumah daripada mengikut anda ke luar rumah?



Dan ini sudah tentu menjadi problam yang menyusahkan anda kedua, kalau tidak diselaraskan dengan segera.



-Berkenalan



Sebelum mendirikan rumahtangga anda hendaklah mengambil masa yang mencukupi untuk mengenali antara satu sama lain, supaya anda tidak tertipu nanti, baik sebelum kahwin atau selepas berkahwin.



Siapa sebenarnya orang yang menjadi pilihan anda itu? Bagaimana peribadinya, tingkah lakunya, dan agamanya? Anda mesti mengetahuinya.



Kerana tidak betul-betul mengenal bakal pasangan itulah banyaknya berlaku perkara-perkara yang tidak dingini, menjelang hari perkahwinan atau sebaik-baik mereka mendirikan rumah tangga, terutama kepada kaum wanita, kerana ada di antara mereka menjadi mangsa penipuan, deraan dan ada juga dijual atau dilacurkan oleh suami.



-Agama



Anda kedua mestilah mempunyai akidah atau agama yang sama ketika berkahwin. Tidak boleh anda beragama Islam, pasangan anda pula beragama Hindu atau Buda. Akidah adalah tonggak yang penting perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin dengan seseorang.



Lagi pun orang Islam hanya boleh berkahwin dengan orang Islam. Suami Islam, isteri pun mesti Islam, dan isteri Islam, suami pun mesti Islam. Sekupu dari segi akidah.



-Persetujuan Keluarga



Sebelum berkahwin anda hendaklah mendapat kerja sama dan persetujuan serta restu daripada kedua belah pehak, iaitu dari pehak keluarga anda sendiri dan juga daripada pehak bakal mertua anda.



Persetujuan ini penting untuk memudahkan urusan perkahwinan anda nanti supaya berlangsung dengan lancar, baik sebelum, sedang dan sesudah berkahwin, terutama bagi pehak pengantin perempuan yang memerlukan wali daripada ayahnya dan sebagainya.



-Beriman Dan Bertakwa



Anda hendaklah mempastikan bakal jodoh anda itu bukan sahaja seorang yang beragama, tapi juga seorang yang beriman dan bertakwa.



Anda pasti akan selamat jika anda mendirikan perkahwinan dengan seorang yang beriman dan bertakwa, kerana dia pasti tidak akan mezalami atau menganiyai anda, walau dalam keadaan macam mana sekali pun.



Justeru itu anda tidak perlu merasa bimbang dan ragu tentang suami atau isteri anda yang bertakwa dan beriman itu.



-Sihat Fizikalnya



Sebaik-baiknya bakal suami atau isteri anda itu seorang yang sihat tubuh badannya, bebas daripada segala penyakit kronis, terutama penyakit-penyakit yang berjangkit atau penyakit yang melumpuhkannya. Seperti penyakit aids dan seumpamanya.



Tapi ini bukanlah maknanya anda tidak dibenarkan berkahwin dengan orang yang menghidap penyakit yang biasa dihidapi oleh manusia yang normal.



-Hubungan Dengan Keluarga



Bakal suami atau isteri anda itu hendaklah mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan keluarganya, terutama dengan ayah bonda dan sudara maranya yang terdekat.



Ini dapat melancarkan perjalanan perkahwinan anda suami isteri yang hidiupnya memang tidak dapat dipisahkan dari keluarga kedua-dua belah pehak, iaitu keluarga di pehak anda, dan juga keluarga di pehak pasangan anda.



Jalinan hubungan yang baik itu membuktikan bakal isteri atau suami anda itu seorang yang disayangi dan dihormati oleh keluarganya sendiri, dan di kalangan keluarga anda setelah anda mendirikan rumah tangga nanti.



-Orang Tua



Amatlah baik kiranya, orang tua bakal suami atau isteri anda itu merupakan pasangan yang hidup rukun dan damai, berkasih sayang antara satu sama lain.



Sepasang suami isteri yang hidup aman, rukun dan damai mungkin menjadi inspirasi kepada keluarganya untuk menjalani hidup seperti itu juga. Sebaliknya suami isteri yang hidupnya kucar-kacir, kacar-lembang, tidak bahagia juga mungkin mempengaruhi keluarganya untuk hidup dalam acuan yang serupa, mungkin secara sedar atau tidak sedar.



Justeru itu, suami isteri yang bakal menjadi mertua anda yang hidup aman damai amatlah besar ertinya kepada pekahwinan anda nanti dalam memberi sumbangan ke arah kebahagian hidup berkeluarga anda sebagai suami isteri.



-Cemburu



Cemburu itu tanda cinta dan sayang. Namun begitu, andainya bakal suami atau isteri anda itu terlalu kuat cemburunya, ia bukanlah tanda cinta atau kasih sayang, tapi lebih kepada kerakusan.



Ini sudah tentu akan menysuahkan anda, menganggu kententeraman hidup anda sebagai suami atau isteri yang bercita-cita untuk membentuk sebuah rumah tangga yang aman bahagia.



Lebih buruk lagi, biasanya cemburu yang membabi buta itu dibaringi dengan rasa curiga dan sak wasangka terhadap orang yang menjadi mangsa cemburu itu, walau pun tidak masuk akal sama sekali.



Dan ini sudah tentu menyusahkan kehidupan anda suami isteri. Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih suami atau isteri yang terlalu pencemburu.



-Tenang



Amatlah bernasib baik kiranya, bakal suami atau isteri anda itu seorang yang tenang dan damai, lebih-lebih lagi andainya anda seorang yang pemanas atau perungus.



Sikap yang tenang itu merupakan penawar yang mujarab dalam kehidupan berkeluarga, di mana kadang-kadang jalannya bengkok dan berliku-liku.



Sebaliknya sikap perungus dan panas baran amatlah merbahaya kepada kehidupan berkeluarga, yang mungkin akan meletakkan kehidupan mereka suami isteri sentiasa berada di hujung tanduk.



-Pengetahuan Seks



Sebelum mendirikan rumah tangga anda kedua hendaklah mempunyai pengetahuan seks yang mencukupi untuk hidup sebagai suami isteri, terutama yang ada mempunyai kaitan dengan hukum-hukum Islam yang wajib diketahui oleh wanita sebagai seorang isteri dan lelaki sebagai seorang suami.



-Bukan Penagih



Amatlah penting kepada anda untuk mempastikan pasangan anda itu bukannya seorang pemabuk atau kaki botol, bukan penzina dan bukan juga penagih dadah.



Anda yang waras hendaklah menjauhi lelaki atau perempuan yang memiliki sifat-sifat yang tercela seperti itu, kerana segala sifat itu akan menghancurkan dirinya sendiri dan juga diri anda jika anda rela mendirikan perkahwinan dengannya nanti.



Oleh itu berhati-hatilah, jangan terburu-terburu dalam memilih suami atau isteri.



-Keturunan



Anda kedua hendaklah bercita-cita untuk mendapat keturunan atau anak-pinak bila anda mendirikan pekahwinan nanti.



Anak-anak inilah yang akan mewarisi generasi anda di masa-masa akan datang, dan anak-anak yang beriman inilah yang akan memberi sumbangan yang penting kepada anda bila anda meninggal dunia nanti.



Oleh itu tidak ada alasan untuk anda sebagai suami isteri yang sah tidak ingin mempunyai anak.



-Disiplin



Anda kedua hendaklah berdisplin, dan sentiasa berpegang teguh kepada displin dalam hidup anda, kerana anda sedar tanpa displin kehidupan anda akan menjadi tidak teratur dan kucar-kacir.



Displin anda adalah displin yang tegas tapi mesra, bukannya tegas membuta tuli hingga menjadi disiplin kuku besi yang tidak menghasilkan sebarang faedah yang berguna, kepada diri anda dan juga orang lain.



Demikianlah sedikit wejangan atau tip untuk perhatian kepada mereka yang ingin atau berhasrat untuk mendirkan perkahwinan, semoga perkahwinan anda akan diberkati Allah dan berjalan dengan lancar untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat.



Walau pun kita berkahwin di dunia, tapi ikatannya akan berkekalan hingga ke akhirat nanti!



xxxxxxxxxxxxx



xEndPrprprprPrx

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP