Bau Busuk Mulut, Bagaimana Mengatasinya
>> Friday, May 25, 2012
KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU
BAU MULUT BUSUK BAGAIMANA MENGATASINYA?
Mulut kita dijadikan Allah dengan banyak fungsi yang penting. Antaranya untuk minum dan makan, kerana di dalamnya terdapat gigi dan lidah untuk memamah dan menelan makanan yang akan melepasi kerongkong untuk masuk ke gedung perut kita, tempat berhimpunnya segala apa yang kita makan dan minum untuk diproses demi kebajikan fizikal kita yang menjadi sarang kepada nyawa atau roh kita untuk membolehkan kita hidup.
Seperti anggota jasmaniah yang lain juga, mulut kita amat perlu dijaga, termasuk gigi, salah satu anggota penting bertempat dalam mulut. Biasanya mulut yang tidak dijaga itu akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, iaitu bau busuk yang boleh menganggu orang-orang yang berada berhampiran dengan anda, terutama mereka yang anda lawan bercakap dengannya.
Daun sirih dimakan burung,
Burung terbang berpuak-puak;
Adik putih mengelek buyung,
Kacip pinang abang sepiak.
Orang-orang yang berada di sisi mereka yang mulutnya berbau sudah tentu akan merasa amat tidak selesa, terutama pada waktu pagi. Oleh itu awaslah dengan bau mulut anda, jika anda hendak pergi solat subuh berjemaah supaya tidak berbau untuk tidak menganggu ahli-ahli jemaah yang lain yang ada di kiri kanan anda.
Biasanya bila mulut berbau busuk, nafas pun akan berbau busuk. Antaranya ia mungkin berpunca dari pengidapan pada hidung, seperti penyakit resedung dan kebanyakannya berpunca dari gigi yang rosak, dan tidak digosok, tertuama sekali jika suka memakan makanan berbau, sepertri ulam petai, jering, kerdas atau bawang putih jeruk.
Oleh itu sentiasalah menjaga mulut anda supaya tidak mengeluarkan bau yang meloyakan, terutama sekali kepada mereka yang profesionnya berurusan dengan orang ramai, seperti pekerja-pekerja dikaunter-kaunter atau tukang gunting rambut.
Untuk mengatasi problam mulut busuk atau mulut berbau ini orang-orang tua kita ada meninggalkan beberapa petua tradisonal yang wajar diberikan perhatian, dan kita bukakan sebahagian daripada rahsia ini untuk dikongsikan bersama, semoga memberi manfaat.
Bawang merah bawang putih,
Pergi ke pantai mencari penyu;
Gigi putih nampaknya bersih,
Alangkah indahnya bila tersenyum.
-Bawang Putih
Bahan yang diperlukan ialah tiga ulas bawang putih dan lima kuntum bunga cengkih. Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sampai luamat.
Kemudian kedua adunan itu hendaklah dimakan dua kali sehari, iaitu pada waktu malam sebelum tidur, dan pada sebelah pagi.
-Bunga Cengkih
Satu cara lagi ialah dengan mengunyah dan mengemam dua atau tiga kuntum bunga bengkih untuk sekali guna dan lakukan beberapa kali sehari di masa-masa yang sesuai. Airnya hendaklah ditelan.
Bunga cengkih juga dapat menghilang bau busuk mulut selepas makan ulam-ulam yang berbau, seperiti petai dan jeirng.
Selepas makan, gigi hendaklah segera digosok terlebih dahulu, kemudian ambil tiga kuntum bunga cengkih yang bersih, lalu dikemam dalam mulut selama setengah jam atau lebih hingga bau mulut hilang.
Di samping menghilangkan bau busuk mulut, ia juga dapat mewangikan bau mulut.
Tapi bagi mereka yang alahan, suka diingatkan bahawa bunga cengkih itu rasanya panas atau hangat, dan boleh melukakan mulut kepada mereka yang alahan itu.
-Bunga Kenanga
Ambil lima atau enam kuntum bunga kenanga yang sedang kembang dan masih segar, masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang berisi segelas air bersih, ramas-ramas bunga itu dengan tangan hingga hancur, dan rendamkan selama kira-kira satu jam.
Kemudian tapiskan air itu ke dalam sebuah gelas, dan minum. Amalkan petua ini dua kali sehari, insyallah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
-Daun Sirih
Ambil beberapa helai daun sirih yang masih baru dan hijau, masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang berisi dengan segelas air bersih. Ramas-ramaskan daun sirih itu hingga hancur.
Bawang putih dibelah-belah,
Untuk digoreng bersama hati;
Kasih hamba tidak berubah,
Dari hidup sampai ke mati.
Air itu hendasklah ditapis, kemudian digunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan dua kali sehari, iaitu di waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Satu cara lagi, ialah ambil beberapa helai daun sirih yang masih segar, upal-upalkan dengan kedua belah tapak tangan yang bersih hingga hancur dan keluar airnya, kemudian masukkan ke dalam sebuah gelas yang berisi air masak yang telah disejukkan, lalu dikacau-kacau hingga rata.
Kemudian tapis air itu untuk diminum, sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Petua ini juga dapat menghilangkan bau busuk nafas.
-Garam
Ambil sesudu besar garam halus dan masukkan ke dalam sebuah cawan yang berisi air. Kacau-kacaukan hingga rata.
Gunakan air itu buat berkumur-kumur, dua kali sehari, iaitu di waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Petua ini bukan sahaja dapat menghilangkan bau busuk mulut, tapi juga dapat merawat sakit gigi.
EndPr.pr.pr.pr.PrEnd
0 comments:
Post a Comment