Aku Terima Akan Nikahnya...

>> Friday, April 6, 2012


“AKU TERIMA AKAN NIKAHNYA........”




Sejak beberapa tahun ke belakangan ini, majlis akad nikah, biasanya diadakan di masjid, rumah ibdat yang mulia di kalangan umat Islam. Amalan ini memanglah wajar untuk megambil keberkatannya dan sebagai peringatan kepada umum bahawa masjid itu memain peranan yang penting dalam kehidupan umat Islam.



Tapi pernikahan anak saudara kami, Azmimi bt Shamsuddin dengan Wan Muhammad Iftitah semalam di Kampung Aman, Terengganu tidak mengikut kebiasan tersebut. Kedua-dua belah pihak bersetuju majlis tersebut tidak diadakan di masjid, tapi di rumah orang tua pengantin perempuan, anak saudara kami itu.



Juru nikah, iaitu Tuan Imam telah diundang khsusus untuk datang ke majlis tersebut di rumah bagi menyempurnakan majlis pernikahan itu.



Mereka membuat keputusan tersebut demi bertujuan untuk menjaga kemuliaan dan kesucian masjid. Andainya majlis akad nikah itu diadakan di masjid, nescaya semua mereka yang hadir, baik di pihak lelaki atau perempuan, baik mereka lelaki atau perempuan, tua atau muda, kanak-kanak atau dewasa sudah tentu semuanya akan masuk masjid untuk bersama menyertai majlis pernikahan yang bersejarah itu.



Menghadap ayahanda memohon restu



Oleh sebab semua yang hadir akan masuk masjid untuk menyertai majlis akad nikah itu, termasuklah mungkin di kalangan wanita yang berpakaian tidak menutup aurat sepenuhnya, ataupun wanita yang datang haid juga akan turut masuk ke dalam masjid dan duduk di dalam majlis hingga selesai. Di samping itu mereka mungkin melanggar sekatan yang memisahkan antara lelaki dan perempuan yang sedia ada dalam masjid untuk berada bersama-sama di majlis tersebut.



Menyarung cincin, kasih dimeterai untuk selama-lamanya






Untuk mengatasi hal ini, saya dimaklumkan ada sesetengah masjid menyediakan satu bilik khas yang tidak termasuk dalam bangunan masjid yang dibina khusus untuk acara akad nikah. Oleh sebab ia tidak merupakan sebahagian dari masjid, maka wanita-wanita haid pun tanpa ragu-ragu bebas menyertai majlis akad nikah itu.



Menyalam tangan Imam, menjawab nikah



Sebelum diijabkabulkan, jurunikah terlebih dahulu menerusi khutbah nikahnya memberi nasihat kepada bakal suami isteri, khususnya pengantin lelaki akan tanggungjawabnya sebagai suami dan perkara-perkara yang perlu dijaga setelah menjadi suami isteri nati.



Setelah majlis akad nikah selesai, semua mereka yang masih belum makan, dijemput makan yang memang telah disedikan untuk para jemputan, baik di pihak lelaki atau perempuan.



Tanda kasih tidak terlerai, sedia berkorban apa sahaja demi kebahagian bersama



Pernikahan adalah satu cara hidup yang mulia dalam Islam dan merupakan sebahagian daripada fitrah yang Allah jadikan untuk umat manusia. Malah perkahwinan adalah merupakan sebahagian daripada Sunnatullah atau hukum Allah.



Justeru itu, Baginda Rasulullah SAW melarang umatnya menolak atau mengabaikan perakhwinan, serta mencelanya sebagai perbuatan yang tidak wajar di kalangan umatnya.



Baginda bersabda, “Barangsiapa tidak menyukai sunahku, ia bukan dari aku [yakni bukan dari umatku]. Berkahwin adalah sunahku kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksnakan sunahku”.HR:Ahamad bin Hanbal.



Baginda juga besabda, “Orang-orang yang buruk di antara kamu ialah mereka yang hidup membujang dan di antara kamu yang matinya sia-sia ialah mereka yang hidup membujang”. HR:Ahmad bin Hanbal.



Saya teringat, ada beberapa orang lelaki di kalangan kami yang telah lanjut usianya, tapi tidak mahu kawhin. Malah bila keluarganya menyebut hal kahwin, mereka akan naik marah dan meradang, malah akan membenrontak. Tidak ada siapa yang megetahui sebabnya, kecuali mereka sendiri, kerana dari segi lahiriahnya mereka memang mampu untuk berkahwin, berbadan sihat, lelaki dan mempunyai sumber pendapatan yang tetap dan terjamin.



Salah seorang daripada mereka telah begitu lanjut usianya dan telah berada di hujung senja. Oleh sebab beliau tidak tidak mempunyai keturunan, dia tinggal sendirian, kerana tidak beristeri, maka sejak akhir-akhir ini, setiap malam dia terpakasa meminta salah seorang anak jiran-jiran yang sudi menemaninya tidur di rumahnya, dan memberi mereka sedikit habuan pada pagi keesokannya.



Bersantai selepas majlis selesai, menunggu hari "menyambut menantu"



Saya teringat juga suatu cerita yang tersebar dari mulut suatu ketika dahulu tentang seorang pemuda yang enggan berkahwin pada usia mudanya dengan alasan “tidak suka”. Tapi entah bagaimana pada masa lanjut usia mudanya, tergerak hatinya untuk kahwin. Diceritakan pada pagi keesokannya seleaps dia diijbalkabulkan sebagai suami, dia pun memberitahu kawan-kawannya, “Alangkah ruginya aku tidak kahwin selama ini, kalau aku tahu begitu sedapnya kahwin ni, sudah lama aku kahwin”. Lalu disambut dengan ketawa berderai oleh kakwan-kawannya itu yang telah lama mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak-anak di antaranya telah bear.

Sebahagian daripada sanak saudara dan keluarga turut bergembira, meraikan majlis pernikahan



Sabda Baginda SAW. “Ada tiga perkara yang Allah bersedia menolongnya, iaitu:



Pertama, orang yang berjuang di jalan Allah.



Kedua, budak yang mencari wang tebusan untuk membebaskan dirinya.



Ketiga, orang kahwin dengan niat untuk menjaga kesucian dirinya”. HR:Tirmuzi, Ibnu Habban dan Al-Hakim.



Demikianlah berlangsungnya majlis, “Aku Terima Akan Nikahnya..............” semalam.



xxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.


Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP