Pengaranf Jerman Yang Anti Islam
>> Sunday, April 29, 2012
PENGARANG JERMAN YANG MEMESUNG ISLAM
Salah seorang pengarang Jerman yang terkenal dan mempunyai kedudukan yang agak istimewa dalam barisan sastrawan Jerman moden adalah seorang yang anti Islam dan berusaha meroskkan Islam menerusi karya-karyanya.
Melalui karya-karyanya yang banyak itu, khususnya novel, dia telah melemparkan berbagai-bagai tuduhan palsu pemesongan fakta terhadap agama Islam dan umat Islam. Namun begitu, hasil-hasil karyanya itu telah menjadi sumber kajian dan kepada ribuan pembacanya, terutama rakyat Jerman dari sejak dahulu hingga sekarang dan diterima sebagai hakikat yang benar oleh mereka.
Kehandalannya berkarya telah mempesonakan pembaca-pembacanya dan meleteakkan beliau dalam barisan penulis-penulis yang termaasyur di kalangan masyarakat dan bangsa Jerman. Pengarang yang dimaksudkan itu ialah Karl May.
Dr.C.Pfaus
Telah berpuluh-puluh tahun lamanya novel penggembaran dan advancar pengarang Jerman, Karl May dari Saxony itu telah meracuni fikiran beribu-ribu orang pembaca Jerman dengan kebencian dan penghinaan terhadap Islam.
Karl May dilahirkan pada 25 Febuari 1842 dan meninggal pada 30 Mac 1912. Selain daripada menulis novel, dia juga seorang penulis puisi, drama dan lagu-lagu.
Pendusta
Seorang penulis dan wartawan terkemuka Jerman, Dr. Oscar C, Pfaus pernah mengulas karya-karya May itu dan secara tegas menuduh May seorang penulis yang dusta dan telah berjaya memesongkan fakta-fakta tentang Islam dan umat Islam.
Saya pernah mengalihbahasakan tulisan Dr. Oscar C. Pfaus itu untuk siaran sebuah media tempatan, dan memandangkan kandungannya masih relevan maka saya perturunkan kembali tulisan itu dengan pindaan yang kecil sahaja untuk disesuai dengan masa tanpa mengubah maksudnya.
Demikianlah caranya orang-orang barat yang anti Islam, khususnya kaum Orientalis mereka merosakan Islam menerusi dakyah-dakyah mereka yang kotor. Marilah kita kongsi bersama perndapat Dr. Oscar C. Pfaus itu.
Menurut Dr. Pfaus, memang patut diakuri pengarang Jerman ini mempunyai pena yang berpengaruh dan khayal yang mengkagumkan. Keindahan seni penceritaan May sejak zamannya sampai sekarang jarang-jarang dapat ditandingi oleh pengarang-pengarang cerita fiksi German yang lain. Demikian juga kejempulan kesenian May dalam tindak tanduk menukarkan fiksi kepada kenyataan, dan menjadikan cerita-cerita yang dusta dapat diterima oleh umum sebagai cerita-cerita benar yang dibaca dengan sepenuh minat.
Hero utama dalam cerita-cerita dunia Arab yang ditulisnya sudah pasti dirinya sendiri, iaitu seorang bangsa Saxony yang bijak bastari. Di samping itu ada pula hero-hero kecil yang kurang penting, yang boleh dikatakan semuanya terdiri dari mubaligh-mubaligh Kristian yang di Timur Dekat dan lain-lainnya, seperti pengembaran fantasi hero Carnodo mencari tujuh buah bandar emas Cebola.
Dalam kesah penggembaran yang mengkagumkan itu, May menggelarkan dirinya Karl Ben Nemsi, dan menurut katanya sendiri dia adalah seorang yang paling cekap sekali menguasai bahasa-bahasa dan loghat-loghat pertuturan di negara-negara Islam. Di samping itu, dia juga mengakui dirinya cukup pintar memperlihatkan tingkah laku yang menawan hati, dan seorang ahli penembak dan pemain gusti yang kehandalannya belum pernah ditonton oleh dunia seumpamanya.
Kecekapannya menunggang kuda dan unta adalah lebih baik dari penunggang Arab yang terhandal. Dia menggembara bukan setakat negara-negara di Afrika Utara, tetapi merata sampai ke negara Sudan, Mesir, Turki, Arab , Farsi dan negara-negara Islam yang lain, dan ke mana sahaja dia pergi, dia mendakwa membawa undang-undang dan peraturan-peraturan Jerman untuk mendidik banga-bangsa Jakun yang kasar dan jahil itu, dan dia tidak ragu-ragu menyebatkan mereka dengan cemeti kalau ada yang berani menunjukkan kemarahan terhadap sikap ketuanannya.
Dalam cerita itu dia memakai jubah orang Arab dan memakai tanda kehajian supaya kelihatan persis seperti orang yang telah mengambil Haji dari tanah suci Mekah yang warak dan beriman dengan tujuan untuk mendapat keercayaan orang-orang Islam. Dan katanya dia berjaya samada dalam usahanya menyakinkan orang-orang Islam bahawa agama mereka agama yang salah, atau dalam perjuangannya melawan orang-orang Islam samada seorang atau pun berpuluh-puluh orang. Tidaklah menjadi hal kepada pahlawan German yang sakti ini walaupun seramai mana orang-orang Islam yang cuba menentang sikapnya yanmg congkak, bongkak dan menghinakan itu, malah dia tetap menang dalam setiap perlawanan. Kebanyakannya dia mendakwa dengan berjuang seorang diri sahaja, dan ini adalah semata-mata kerana didorong oleh keinginan mengekalkan perdamaian dan mahabah.
Semua orang Islam yang muncul dalam cerita-cerita fantasi Karl May ini kebanyakannya digambarkan dengan watak-watak bandit, pengecut, pemabuk, lanun dan perompak-perompak padang pasir, atau pun terdiri dari pengawas-pengawas abdi, perlintih-perlintih yang malas, pengemis atau pegawai-pegawai jahat yang korap, tetapi pada keseluruhannya orang-orang Islam itu berkelakuan suka menipu, suka merusuh, suka berperang, suka menjarah, dan suka menumpahkan darah, dan tidak seorang pun orang Islam itu yang alim tentang al-Quran atau mengetahui sejarah Islam seperti kealiman Ben Nemsi dari Sexony itu.
Namun begitu, andainya orang membaca kisah penggembaran May ke Mekah itu dengan hati-hati nescaya dengan segera dia akan mendapati bahawa karya May itu adalah berupa cidukan daripada laporan lawatan seorang pengarang lain ke Mekah bernama Maltzan.
Walau pun ketika saya masih kanak-kanak sekolah lagi, saya tidak dapat menerima sepenuhnya kenyataan May yang begitu congkak dan begitu gagah berani hingga tidak dapat dikalahkan itu, namun saya tetap gemar membaca cerita-cerita advancar May yang hidup itu, lebih-lebih lagi guru-guru sekolah dan gerejawan-gerejawan tidak pernah mengharamkan buku May yang dusta itu menjadi bahan bacaan sekolah-sekolah, gereja-gereja dan perpustakaan awam.
Seperti kanak-kanak dan pembaca-pembaca dewasa lainnya, saya terima penggembaran May yang mengkagumkan itu sebagai satu kebenaran yang mutlak, dan saya mulai bencikan agama Islam dan orang-orang Islam, malah memandang mereka sebagai musuh perdamain dan kemanusiaan.
----------------------------------------------------------Karl May
Saya tidak mengetahui sebab-sebab sebenarnya, mengapa saya bencikan orang-orang Islam, saya tidak pernah berjumpa dengan seorang Islam pun dan saya tidak pernah mengetahui tentang kebudayaan-kebudayaan tinggi yang dibawa ke Eropah oleh orang-orang Arab nelalui negara Sepanyol. Masa di sekolah, kami sedikit benar diajar tentang sumbangan-sumbangan Islam dalam ilmu sains dan peradabaan. Semua pengetahuan tentang Islam adalah didapati daripada sumber cerita-cerita tolol yang tidak berasas karya pengarang Jerman, Karl May ini.
Pemesungan itu berlaku berpuluh-puluh tahun dahulu dan sampai sekarang ini pun masih terus berjalan. Angkatan-angkatan baru Jerman masih tetap membaca karya-karya Karl May seperti yang dilakukan oleh angkatan tua, dan cerita-cerita May masih lagi dianggap karya-karya sederhana yang standard tentang Islam.
Kemudian sesudah dewasa, saya bertuah beroleh kesempatan keluar negara Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Amerika, di mana saya berpeluang menambahkan pengetahuan saya sedikit lagi tentang Islam dengan lebih mendalam, dan di sana juga saya bertemu dengan orang-orang Islam yang semuanya sangat peramah dan berbudi baik terhadap saya. Saya sama sekali gagal untuk menemui orang-orang Islam yang kejam dan zalim seperti yang dihadapi oleh hero Karl Ben Nemsi dalam ceritanya. Sejak itu pandangan saya terhadap Islam berubah. Saya teruskan lagi mencari kebenaran, dan seorang sahabat baik saya telah menghadiahkan kepada saya sebuah al-Quran tua, melalui al-Quran itu saya mengenali falsasfah Islam yang dalam dan perbendaharan ilmu pengetahuan yang tinggi yang belum pernah saya ketahui sebelumnya atau kalau adapun sedikit benar.
Runtuh
Akhirnya kepercayaan saya terhadap Karl May telah runtuh sama sekali bila saya bertemu di bandar Chicago dalam tahun 1933 dengan Gustave Koegel, seorang wartawan tua Amerika yang selalu menggembara menggelingi dunia. Beliau pernah bertemu dengan May dan penerbit bukunya, iaitu tuan dan puan Polehn suami isteri di Kota Beirut, Syria dalam bulan Jun 1900. Bila wartawan vetran itu melihat kegemaran saya kepada karya-karya sastera May, lalu dia pun dengan terus terang memberitahu saya bahwa May mendapat pengetahuannya tentang Islam dan orang-orang Islam dengan hanya membaca buku-buku yang ditulis oleh penggembara-penggembara Kristian yang lain dan dengan hanya memandang keluar menerusi Hotel Allemand di Kota Beirut.
Koegel selanjutnya menceritakan kepada saya bahawa dia berkenalan dengan May di kota Beirut dan bila May mendengar Koegel akan menggembara melintasi negara-negara Arab dan India, dia pun meminta Koegel agar tolong mengeposkan kertu-kertu pos yang telah siap ditulis dan ditandatangani olehnya dari berbagai-bagai tempat penting yang akan dilalui oleh Koegel dalam penggembarannya itu, Koegel meninggalkan kota Beirut dan dalam penggembarannya itu dia telah menunaikan permintaan May dengan mengeposkan kertu-kertu pos yang sudah bertulis dan beralamat itu, kebanyakannya dituju kepada orang-orang Jerman, namun begitu dari segi akhlak dia tidaklah menganggap tindakannya itu sebagai menolong perbuatan-perbutan yagn subahat.
Selain dari itu, Koegel juga menunjukkan kepada saya beberapa keping gambar yang diterimanya dari May di kota Beirut dan sebuah sajak yang yang ditulis Oleh May dalam buku lawatan Koegel.
Akhirnya Koegel membuat kesimpulan terhadap May dengan mengatakan, “Karl May tidak pernah melihat negara-negara Islam yang ditulis itu. May seorang pembicara yang periang, seorang penulis yang dapat menghidupkan karya-karyanya, tapi seorang pendusta besar”. Tetapi karya-karya Karl May yang pendusta ini dan watak Karl Ben Nemsi yang fantasi itulah yang menjadi sumber pengetahuan dan pengajian tentang Islam beribu-ribu umat manusia.
Kerosakan terhadap Islam dan kebenaran disebabkan oleh buku-buku May telah dan masih lagi berleluasa, tetapi kita mengharap bahwa generasi-generasi yang lebih insaf dan sedarkan kepentingan mahabah dan kejujuran akan mempunyai cukup kewajaran untuk berlaku adil terhdap Islam dan mengambil pengajaran tentang Islam dari sumber-sumber yang betul, bukan dari sumber-sumber cerita fiksi yang dusta dan tidak berasas itu”.
Demikian Dr. Oscar C, Pfaus menamatkan pembicarannya untuk dijadikan bahan renungan umat Islam hari ini.
Endprprprprprx
0 comments:
Post a Comment