Kepingin Rambut Yang Lebat

>> Monday, April 23, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



KEPINGIN RAMBUT YANG LEBAT



Normalnya setiap kepala manusia dihiasi dengan rambut, baik dia lelaki atau perempuan. Namun begitu ada beberapa perbezaan yang mungkin terdapat pada rambut sesuatu bangsa, seperti ada yang warnanya hitam, ada yang warna merah keemasan, dan sebagainya.



Dari segi pertumbuhannya pula mungkin berbeza antara seorang dengan seorang, ada orang yang penumbuhan rambutnya lebat, ada yang jarang dan pula yang nipis, iaitu amat jarang hingga menampakkan kulit kepala.



Dari segi kecantikan, terutama keapda kaum wanita, rambut yang lebat itu lebih indah daripada rambut yang jarang atau nipis. Justeru itu kaum wanita bercita-cita untuk memiliki lambut yang lebat, dan ada di antara mereka berusaha untuk memilikinya dan bersedia pula untuk berbelanja untuk mendapatnya.



Sebaliknya mereka tidak suka rambuat yang jarang atau nipis, apa lagi mempunyai kepala yang botak tanpa rambut. Pandangan yang tidak indah kepada seorang wanita.



Walaupun kepala wanita itu sentiasa ditutup ketika berada di khalayak ramai kerana merupakan sebahagian daripada aurat, tapi ketika berada di dalam rumah, khususnya bersama suami yang tercinta, rambut itu sudah tentu dibuka dan didedahkan supaya keindahannya terserlah di mata suami tersayang.



Nenek moyang kita ada meninggalkan beberapa petua untuk melebatkan rambut tumbuh, dan sebahagian darinya kita utarakan di sini untuk dikongsi bersama.



Dalam hal ini, ada banyak cara yang boleh anda pilih yang sesuai dengan anda.



Daun Kecubung



Ambil pucuk kecubung secukupnya. Tumbuk sampai halus, perah ambil airnya dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.



Kalau puan beli belanga,


Buat masak minyak kelapa;


Lidah buaya banyak gunanya,


Penyubur rambut di atas kepala.



Sapukan perahan air kecubung itu pada seluruh rambut dan juga kulit kepala pada waktu malam sebelum tidur. Bungkus kepala dengan tuala.



Biarkan semalaman, dan pagi besok cucilah rambut dan kepala hingga bersih.



Buah Kecubung



Selain daripada daun kecubung, buahnya juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama,



Ambil sebiji buah kecubung yang masak, gorengkan tanpa minyak hingga agak rapuh, angkat dan tumbukkan sampai lumat atau hancur. Campurkan dengan minyak kelapa dengan secukupnya, [sebaik-baiknya minyak kelapa yang ditanak sendiri].



Kemudian panaskan di atas api selama tiga minit, kemudian angkat dan peramkan selama kira-kira sepuluh jam.



Kemudian bolehlah minyak buah kecubung itu disapukan ke rambut dan ke seluruh kepala, sebaik-baiknya pada waktu malam sebelum tidur.



Kemudian bungkuskan kepala dengan tuala dan biarkan semalaman. Pagi besok cucilah rambut dan kepala hingga bersih.



Akar Bakung



Ambil akar pokok bakung secukupnya. Ricis-riciskan, lalu dicampurkan dengan sedikit air dan diperembunkan semalaman.



Pagi besok lumurkan air tersebut ke seluruh rambut dan kepala. Biarkan selama beberapa jam, kemudian cucilah hingga bersih.



Lidah Buaya



Ambil bebrapa helai daun lidah buah sekadar yang perlu, sapukan getahnya ke seluruh rambut dan kulit kepala anda pada waktu malam sebelum tidur.



Bungkuskan kepala dengan tuala, biarkan semalaman. Pagi besok, cucuilah rambut dan kepala hingga bersih.



Telur Udang



Ambil telur udang sekadar yang perlu. Sapukan telur udang itu ke kulit kepala sampai rata pada waktu malam sebelum tidur.



--------------------------------------------------------------Pokok pisang pokok buluh


--------------------------------------------------------------Pokok pinang di tepi kuala;


--------------------------------------------------------Rambut di kepala jangan luruh


--------------------------------------------------------------Biar lebat menutup kepala



Bungkus kepala dengan tuala, dan biarkan semalaman, dan pagi besok hendaklah dicuci hingga bersih.



Pucuk Paku



Ambil pokok paku sayur secukupnya. Patah-patahkan batangnya untuk diambil getahnya.



Sapukan getah itu ke kepala pada waktu malam sebelum tidur. Bungkuskan kepala dengan kain, dan biarkan semalaman. Pagi esok cucilah kepala hingga bersih.



Batang Pisang



Tebang sebatang pokok pisang sampai ke umbinya. Lubangi rias pada tunggul batang pisang itu, tinggalkan begitu sehingga keesokan harinya hingga terdedah kepada embun.



Pagi esoknya ambil air yang terdapat dalam rias batang pisang itu, sapukan ke rambut dan kulit kepala.



Buah Keras



Ambil beberapa biji buah keras, buang kulit dan ambil isinya. Tumbukkan isi buah keras sampai hancur.



Masukan bahan tersebut ke dalam sebuah periuk tanah, campurkan air secukupnya, dan jerang di atas dapur hingga keluar minyaknya.



Gunakan minyak buah keras itu sebagai minyak rambut dengan menyapunya kepada rambut dan kulit kepala.



Daun Pandan



Bahan yang diperlukan ialah beberapa helai daun pandan dan secawan santan kelapa.



Daun pandan hendak ditumbuk, kemudian diperah untuk diambil airnya. Masukan air pandan itu ke dalam sebuah mangkuk yang telah berisi dengan santan. Perembunkan bahan tersebut semalaman.



Pagi esok ambil santan tersebut, lalu disapu kepada rambut dan kepala, dan biarkan selama setengah jam.



Kemudian bersihkan rambut dengan air biasa atau menggunakan bahan-bahan pencuci rambut yang sesuai.



Atau satu cara lagi ialah dengan memasak beberapa cawan santan dan daun pandan itu hingga keluar minyak. Biarkan minyak itu sejuk.



Sapukan minyak itu ke kepala dan rambut pada waktu malam sebelum tidur. Bungkus kepala dengan tuala hingga ke pagi keesokannya.Kemudian cucilah kepala hingga bersih.



Amalkan petua ini selama tujuh hari berturut-turut setiap kali amalan.



xend.prprprprprx


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP