Bagaimana Hendak Menghitamkan Rambut?

>> Sunday, April 8, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU


BAGAIMANA HENDAK MENGHIDTAM RAMBUT



Dalam bahasa Malaysia bila disebut rambut ialah bulu-bulu yang tumbuh di atas kepala kita.



Hanya sebuah patung diberi rambut



Tapi dalam bahsa ilmunya, bila disebut rambut atau “hair” adalah segala bulu yang tumbuh di badan kita, baik di atas kening, bawah ketiak dan sebagainya.



Tapi dalam bahasa kita rambut-rambut yang tumbuh selain daripada atas kepala, kita tidak disebut memanggilnya rambut, tapi bulu, seperti bulu ketiak, bulu hidung, bulu mata, bulu kening dan sebagainya.



Dalam tulisan ini bila disebut rambut ialah dalam ertinya yang terbatas, iaitu bulu-bulu yang tumbuh di atas kepala.



Antara guna rambut di atas kepala kita, ialah untuk menghangatkan kepala dan untuk menjadi pengalas atau kusyen kepada kepala kita.



Kepada kaum wanita rambut adalah amat penting, dan dianggap sebagai tajuk mahkota.



Justeru itu rambut perlu dijaga dengan sebaik-baiknya, sebagaimana menjaga anggota badan yang lain juga.



Kepada wanita-wanita Islam ketika keluar rumah rambut itu ditutup sebagai sebahagian daripada penutupan aurat,namun begitu ada masa-masanya ia dibuka dan didedahkan juga, iaitu ketika berada di rumah bersama keluarga yang terdekat dan juga ketika berada bersama suami.



Oleh itu keindahan rambut itu perlu dijaga, terutama ketika berada dan melayan suami supaya hatinya sentiasa terpesona dengan isterinya yang cantik manis yang dicintainya itu.



Biasanya rambut yang menarik dan sedap dipandang ialah rambut yang berwarna hitam, malah kepada kebanyakan orang, makin hitam rambut, makin kelihatan menarik.



Orang-orang tua kita dahulu ada meninggalkan beberapa petua untuk menghitamkan rambut secara tradisional, di antaranya mari kita kongsi bersama.



Sebelum itu marilah kita terlebih dahulu menggali cara-cara mencuci rambut secara tradisional, hasil peninggalan orang-orang tua kita dahulu.



-Mencuci Rambut



Ambil dua cawan santan kelapa tua, masukkan ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan ke dalamnya dua sudu besar asam jawa, dan ramas-ramaskan hingga hancur dan menjadi sebati.



Seorang kanak-kanak dan rambutnya



Gunakan adunan itu untuk mencuci kepala dan rambut. Biarkan ia selama kira-kira 20 minit.



Kemudian cuci kepala dan rambut dengan air biasa hingga bersih.



-Santan



Ambil satu cawan santan kelapa tua. Lumurkan santan ke seluruh kepala dan rambut pada waktu malam sebelum tidur. Kemudian bungkuskan kepala dengan tuala.



Biarkan semalaman, dan pagi keesokannya hendaklah dicuci dengan air biasa hingga bersih.



Di samping menghitamkan rambut, santan juga dapat mengkilat, melembut dan mengekalkan rambut.



-Santan Dan Garam



Ambil secawan santan kelapa tua, masukkan ke dalam sebuah mangkuk, campurkan dengan sedikit garam, lalu dikacau-kacau hingga garam itu hancur atau sebati dengan santan.



Kemudian sapukan adunan itu ke seluruh kepala dan rambut, seperti minyak rambut.



Biarkan kira-kira selama setengah jami, kemudian dibasuh dengan air biasa hingga bersih.



Pohon kelapa tidak bercabang; Buahnya lebat muda dan tua;


Menaruh cinta kepada sayang; Bilakah masanya akan tiba?



Amalkan petua ini sekurang-kurangnya sekali seminggu. Insyallah akan membuahkan hasil yang memuaskan.



Kaum wanita hendaklah sentiasa ingatlah, “Yang Hitam itu Menawan, Dan Yang Menawan Itu Adalah Rambut Anda”.



Gunakan rambut anda untuk menawan suami anda/



xxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.


Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP