Otak Wanita Dan Otak Lelaki?

>> Wednesday, April 25, 2012




OTAK WANITA DAN OTAK LELAKI



Otak adalah salah satu organ terpenting kepada makhluk manusia. Ia terletak di bahagian atas kepala, sebagai alat untuk berfikir.



Sedangkan minda atau akal fikiran itu pula berguna untuk mencorakkan tindakan yang akan mereka ambil.



Dan kewujudan akal fikiran inilah yang membezakan antara seorang manusia dan seekor haiwan.



Di samping digunakan sebagai alat untuk berfikir, otak juga berguna sebagai alat untuk mengingati segala peristiwa masa-masa yang lampau.

---------------------------------------OTAK MANUSIA


Ia terbina daripada kumpulan tisu-tisu saraf yang bergelung-gelung terletak dalam tenggkorak.



Kalau dari segi fizikal lahiriah memang jelas terdapat perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita.



Tapi bagaimana dengan keadaan otak manusia lelaki dan wanita? Adakah apa-apa perbezaan otak lelaki dan otak wanita?



Jawapannya ya, ada perbezaan antara otak lelaki dan wanita, iaitu otak wanita lebih lemah dari otak lelaki.



Demikian menurut pendapat Dr. Thokhil Vongguard, bekas Ketua Pysikitrais di Copenhagen’ National Hospital dan bekas Pengerusi International Society Phychoanalisis.



Beliau pernah mengutarakan pendapatnya itu dalam sebuah akhbar di Copenhagen pada suatu masa dulu.



Dalam tulisan itu, beliau mendakwa mengikut penyiasatan moden otak wanita lebih lemah dari otak lelaki dalam memikirkan “perkara-perkara yang abstrak”.



Malah dalam tulisan itu, beliau lebih jauh lagi berpendapat bahawa tempat wanita yang tradisional ialah di rumah.



Beliau seterusnya menjelaskan, ini bukanlah kerana corak-corak kebudyaan, atau tekanan kaum lelaki, tetapi kerana sesuatu yang bertunjang jauh mendalam di dalam kejadian semula jadi manusia”.



Pendapat beliau ini telah mencetuskan kemarahan sekumpulan kaum wanita yang memperjuangkan persamaan hak antara lelaki dan wanita pada waktu itu.



Mereka telah membuat bantahan keras, dan menganggap Dr.Thorkhil seorang yang “fasis sex” dan seorang penindas kaum wanita.



Justeru mereka lebih jauh lagi mendesak supaya doktor tersebut ditendang daripada jawatan penting yang dipegangnya ketika itu.



Tapi kepada wanita Islam pendapat doktor tersebut tidak memberi apa-apa erti, kerana sebagai Muslimah, atau wanita Islam kedudukan mereka telah terjamin dalam Islam.



Kedudukan mereka sama-sama penting, baik di rumah tangga ataupun dalam masyarakat, di luar rumah tangga. Kalau lelaki sayap kanan, maka wanita adalah sayap kirinya. Andai kata salah satu daripada sayap itu patah, maka pincanglah kehidupan ini.



Kedudukan kaum wanita Islam di sisi Allah adalah setara kiranya mereka beriman kepda Allah S.W.T. Sama-sama berhak mendapat rahmat Allah. Mukmin lelaki dan mukmin perempuan.



Allah berfirman:



“Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh [berbuat] yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.


“Allah menjanjikan kepada orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan, [akan mendapat] syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan [mendapat] tempat yang baik di Syurga ‘Adn. Dan keredaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung”.At-Taubah: 71-72,



Dan masih banyak lagi ayat-ayat dan Hadis-hadis Nabi SAW. yang memberi jaminan kedudukan wanita beriman yang tinggi di sisi Allah S.W.T.



Oleh itu wanita-wanita Islam yang beriman dan bertakwa tidak perlu menyertai gerakan menuntut persamaan hak antara lelaki dan wanita, kerana hak itu telah diberikan begitu istimewa oleh Islam kepada mereka, di dunia dan juga di akhirat.



xendprprprprprx


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP