Mengatasi Muka Kering
>> Thursday, April 5, 2012
KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU
MENGATASI MUKA KERING
Salah anggota kita yang sering terdedah kepada keadaan keliling ialah muka, iaitu salah satu anggota manusia yang penting.
Pada muka itulah terletaknya sebahagian lagi anggota-anggota yang penting, terutama mata dan hidung.
Cuba bayangkan bagaimana keadaan manusia jika tidak bermuka?
Oleh sebab muka itu sering terdedah kepada alam luar, baik ketika berada di dalam rumah atau di luar rumah, maka kerana itu ia sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh dari luar luar, seperti cuaca dan kekotoran.
Justeru itu kalau kurang pengawasan atau penjagaan muka sering di timpa oleh berbagai-bagai problem yang boleh menganggu kencantikan dan keaslian wajah.
Di antara problem yang menghantui sesetengah kaum wanita ialah kekeringan muka. Bila muka kering berbagai-bagai problem lain mungkin berlaku, seperti kulit muka menggelupas, dan warna muka mungkin berubah daripada keadaannya yang asli dan sukar untuk mengenakan alat solek pada muka.
Untuk mengatasi masalah muka kering ini orang-orang tua kita ada meninggalkan beberapa petua, dan di antaranya seperti yang papar di sini untuk perhatian bersama.
-Kobis Dan Timun
Untuk menjaga muka daripada menjadi kering, memerlukan bahan-bahan seperti berikut: sedikit kobis, sebiji timun dan sekeping kain jarang.
Kobis dan timun hendaklah diparut. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk, dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
Pagi besoknya, masukkan bahan tersebut dalam kain jarang tadi, dan cantumkan supaya mudah digunakan dan tidak tumpah.
Gosok-gosokan cantuman itu ke seluruh muka, iaitu selepas muka dibersihkan terlebih dahulu.
Jika anda sering mengamalkan petua ini, insyallah muka anda mungkin tidak akan menjadi kering, walau pun anda terdedah kepada kepanasan sinanran mata hari.
-Kobis Dan Madu
Muka yang kering boleh dirawat dengan menggunakan petua berikut, iaitu mengguna kobis dan madu.
Ambil beberapa helai dan kobis, tumbuk dan perah untuk diambil airnya. Tapis perahan tersebut ke dalam sebuah mangkuk.
Kemudian masukkan satu sudu besar madu asli dan sedikit air, dan kacau-kacaukan adunan itu hingga menjadi sebati.
Sapukan adunan tersebut ke seluruh muka hingga rata, dan kalau suka sapukan sampai ke leher.
Biarkan selama 15 minit, selepas itu cuci muka hingga bersih dengan kapas yang dilembabkan dengan air yang bersih.
Petua ini bukan sahaja dapat melembabkan muka, tapi juga dapat menerikkan kulit muka.
-Air Kelapa
Air kelapa yang diperlukan ialah air kelapa tua yang isinya diguna untuk mengambil santan.
Gunakan ir kelapa itu untuk membasuh muka, dan biarkan ia selama 15 minit.
Kemudian bersihkan muka dengan air yang bersih.
Pada hari anda yang tinggal di bandar-bandar mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan air kelapa tua, kerana hari ini, kita tidak lagi membeli kelapa untuk dikukur sendiri untuk mendapatkan santanya, sama ada santan yang yang baru diperah atau santan siap dalam kotak atau tin yang dijual di kedai-kedai atau di pasaraya-pasaraya.
Sebaliknya air kelapa muda pula mudah diperolehi kerana ia dijual di merta-rata tempat sebagai minuman yang menyegarkan, dan ianya boleh didapati dijual di tepi-tepi atau di pinggir-pinggir jalan sahaja.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.
Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment