Menghapus Parut-parut Di Muka

>> Sunday, March 18, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



MENGHAPUS PARUT-PARUT DI MUKA



Ada sesetengah wanita mempunyai raut muka yang cantik, tapi pada muka yang cantik itu mungkin terdapat sedikit kecacatan kerana terdapat parut-parut kecil.



Insyallah parut-parut itu mungkin dapat dihapuskan pada muka jika rajin berusaha, termasuk secara tradisional, iaitu rahsia pusaka nenek moyang kita dahulu.



Bertambah cantik wajah anda, bertambah senanglah hati suami anda ketika berada di samping anda di mana-mana sahaja.



Jerawat adalah salah satu sebab yang boleh meninggalkan parut-parut pada muka.



Ada beberapa cara tradisional untuk menghapuskannya yang boleh dicuba.



Pertama: Kayu Manis



Ambil kulit kayu manis secukupnya. Asahkan dengan sedikit air, untuk mendapat bancuhan yang pekat. Sapukan bahan tersebut pada parut jerawat di muka pada waktu malam.

-------------------------Kulit Kayu Manis Yang Banyak Guna Dalam Perubatan Tradisional



Pagi besok, basuh muka hingga benar-benar bersih.



Kemudian lapkan muka dengan tuala lembut yang bersih.



Kedua:Bunga Cengkih



Ambil 3 kuntum bunga cengkih, setelah dibersih, asahkan dengan sedikit air untuk mendapat bancuhan yang pekat.



Kemudian sapukan bahan tersebut pada parut jerawat di muka pada waktu malam. Pagi besok basuhlah muka hingga benar-benar bersih.



Kemudian lapkan muka dengan tuala lembut yang bersih.



Ketiga- Daun Sirih



Ambil 10 helai daun sirih muda. Tumbuk sampai lumat. Kemudian tampalkan daun sirih itu ke parut pada muka, setelah muka dibersihkan terlebih dahulu dengan air suam supaya kulit muka menjadi lembut.Biarkan sehingga ia kering.



Kemudian bersihkan muka dengan air, dan lepas itu keringkan muka dengan kain yang lembut atau kertas tisu.



Selain daripada jerawat meninggalkan parut pada muka, penyakit campak juga boleh meniggalkan parut.



Untuk menghapuskan parut campak itu, inilah petua yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita,



Daun Pegagga



Ambil segenggam daun pegagga, giling atau tumbuk sampai lumat, campurkan dengan bedak sejuk secukupnya, masukkan sedikit air dan gaulkan semuanya hingga rata.



Kemudian sapukan bancuhan itu ke seluruh muka yang berparut campak pada waktu malam sebelum tidur. Biarkan semalaman, dan pagi besok cucilah muka dengan air yang bersih.



Pohon Dan Daun Yang Berkhasiat Dalam Perubatan Tradisional



Bahan ini boleh juga disapukan kepada badan yang terdapat parut-parut kecil campak.



Selain daripada jerawat dan campak, penyakit cacar juga boleh meninggalkan parut.



Dan inilah cara tradisional untuk menghapuskan parutnya itu.



Jagung Muda:



Ambil sejantung jagung muda, lalu diparut. Ambil daun ketis atau daun betik muda, tumbuk sampai hancur.



Campurkan kedua-dua bahan itu dan gaul-gaulkan sehingga sebati.



Gunakan bahan tersebut untuk menggosok kesan-kesan bintik-bintik cacar pada muka, dan juga pada bahagian badan yang lain.



Kemudian bersihkan muka atau badan dengan air yang bersih.



Pisang Emas



Pisang emas yang enak rasanya dimakan itu berguna untuk menghilangkan parut-parut di muka.



Yang diperlukan ialah kulit pisang emas yang baru dikoyak atau dibuka dan isinya dimakan.



Sapukan bahagian dalam kulit pisang emas itu pada parut di muka, dan biarkan seketika.



Kemudian bersihkan muka.



Cubalah beberapa kali untuk mendapat hasil yang memuaskan.



xxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.

Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP