Mengintai Ilahi Dalam Bercinta

>> Friday, September 28, 2012




MENGINTAI ILAHI DALAM BERCINTA
               


Episod I


Setiap insan yang normal, lelaki atau wanita, mesti terlibat dalam cinta dalam mengharungi liku-liku hidup mereka. Cinta seorang jejaka dengan seorang dara, cinta seorang lelaki dengan seorang wanita.


Cinta inilah yang menggerakkan dunia ini. Menghidupkan dunia ini. Mewarna-warnikan dunia ini. Mengindahkan kehidupan ini.


Tanpa cinta ini, dunia  akan kosong. Sepi tidak bermaya. Gelap tidak bercahaya. Kelam tidak berwarna. Sepi tidak berbunyi. Kosong tidak berisi. Lemah tidak bermaya.


Kerana cinta inilah yang menghidup insan di dunia ini dengan penuh keindahan dan kekuatan yang tidak dapat digambarkan.


Cinta yang berputik sejak Adam dan Hawa yang merentasi masa dan benua.


Banyak orang kebelakangan ini bercinta sebelum berkahwin. Dan ada pula yang bercinta selepas berkahwin; sesudah diijabkabulkan sebagai suami isteri.


Kedua-duanya tidak penting. Waima bercinta selepas kahwin atau bercinta sebelum kahwin. Kerana yang penting adalah nilai cinta itu sendiri.Cinta yang murni tidak sama dengan cinta yang kotor. Cinta yang murni boleh kekal lama, tapi cinta yang kotor akan singkat usianya.


Kerana ketidakadaan cinta murni inilah banyak rumahtangga hari ini hancur dan lebur selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri. Ada-ada sahaja sebabnya yang merobohkan rumahtangga, kerana tapak istana cintanya dibina di atas awan-awanan yang kelihatan indah mempesonakan, bila dipijak akan terjatuh ke bumi nyata.


Sebuah cinta akan menjadi lebih bererti kiranya adanya Allah dalam cinta itu. Cinta yang ditegak di atas kalimah Allah. Iaitu cinta orang-orang yang bercinta kerana Allah.


Pencinta-pencinta seperti ini tidak akan merasa merundun dalam bercinta. Malah cintanya akan bertambah subur dan indah walau masa telah berlalu sekian lama memamah usia mereka.


Pencinta-pencita seperti ini akan merasa gembira melihat dan berdampingan dengan orang yang mereka kasihi dan cintai. Yang menggembirakan mereka bukan semata-mata kerana melihat jasad yang dicintainya itu ada di samping. Tapi lebih jauh, kerana dia melihat Allah ada bersama dengannya. 


Bila pecinta seperti ini melihat mata kekasihnya. Maka yang dilihatnya bukan sahaja dua bebola mata kekasihnya- ada yang puith dan ada yang hitam, tapi dia menembusi melihat Allah di sebalik kedua bebola mata itu.


Bila pencinta seperti ini melihat awan-awan berarak di langit biru, dia teringatkan kekaksihnya, lalu teringatkan Allah sebaliknya.


Bila pencinta-pencinta seperti ini melihat mega-mega berwarna warni di kaki langit senja, dia rindukan kekasihnya, lalu dia juga merindukan Allahnya.


Pencinta-pencita seperti ini bila dia melihat bintang-bintang berkelap kelip dan bergayutan di dada langit biru, dia terkenangkan kekasih, lalu dia juga terkenangkan Tuhannya.


Pencitna-pencinta seperti ini bila melihat bulan memerak tersembul di langit yang tenang dalam malam yang bening, dia ternampak-nampak wajah kekasihnya, lalu ternampak juga dia dengan jelas akan Tuhannya.


Bila pencinta-pencinta seperti ini mendengar bunyi deruan ombak melanda pantai tingkah meningkah, terkenang dia akan kekasihnya, lalu terkenang pula dia akan Tuhannya.


Bila pencinta seperti ini mendengar bunyi air mengalir menderu lembut, terkenang dia akan kekasihnya, lalu terkenang juga ia akan Tuhannya.


Bila pencinta seperti ini mendengar dendangan pongok merindukan bulan, dia terkenangkan keaksihnya, lalu merindu juga dia akan Tuhannya.


Allah!Allah!Allah!Allah!Allah!Allah!Allahu Akbar!


Kekasihnya pula bila menyedari dia dikurniakan seorang kekasih yang  begitu aggong cintanya, 
mempunyai cinta yang begitu suci, akan bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rahmat-Nya, lalu memanifastasikan kesyukurannya itu dalam tindak tanduknya yang murni dan mulia terhadap sang kekasihnya.


Dijaganya segala keperluan kekasihnya dengan jujur dan ikhlas, tanpa mengharapkan apa-apa balasan tapi semata-mata kerana Allah jua.


Maka kedua-duanya bercinta kerana Allah. Membina cinta kerana Allah. Dan menegakkannya di atas asas yang kukuh, iaitu cintakan Allah.


Cinta yang berlandaskan Allah ini tidak akan hancur dan musnah, malah akan terus kekal, dari dunia yang fana hingga ke alam yang abadi, tanpa berubah dimamah masa yang berlalu.


Inilah warna cinta yang tidak ternilai harganya, yang berkembang dan subur indah dalam sebuah rumahtangga yang diredai dan dirahmati Allah kerana ditegakkan di atas dasar cintakan Allah.


Rumahtangga seperti ini bersinar gemerlapan, semerbak mewangi, walaupun zahirnya bercambah di sebuah gobak buruk nun di kaki sebuah bukit atau di pinggir sebuah sawah, berlampukan pelita minyak tanah dan berkipaskan bayu yang berpupuk.


Cinta ini sebuah setanggi yang sentiasa membara dengan bau yang semerbak mewangi menggetar perasaan dan jiwa.


Lafa-lafaz dari lidahnya aman damai, memikat hati dan sukma, beburung pun akan terpesona mendengarnya, dan akan terhenti lalu turut mendendangkan sama lagu-lagu yang menambahkan keharmonian alam.


Rindunya, rindunya menembusi cekerwala, tidak  terbatas oleh sempadan, atau oleh garis-garis 
pemisah tempat dan waktu, walau pun jauh di mata, tapi melekat di hati. Walau pun tiada, terasa ada, menyemarak cinta yang tidak bertepi.


Itulah cinta suci yang tumbuh segar bersama dengan kebesaran Ilahi yang mempunyai kuasa yang meliputi yang berkuasa mewarna-warnikan kehidupan ini.


Bahagialah pencinta-pencinta seperti ini dalam musim bunga yang sentiasa berkembang di sepanjang tahun, dengan keindahan dan kewangian yang semerbak segar  memayungi kehidupan.
Bersujudlah di kaki Ilahi bersama cintamu yang bersih dan murni buat selama-lamanya.


Bercintalah!


Umbinya Nur Ilahi.


Daunnya takwa.


Bunganya Mahabah.

Buahnya Iman.

Bajanya,

Kasih dan Sayang.


Episod II


Maka merintihlah Sufi Jalaluddin  Rumi dengan buah-buah kalimah cinta mekar yang terpancar dari lubuk jiwanya:


“Wahai Tuhan yang tersembunyi, yang mengisi dunia dari Timur sampai ke Barat, Engkau berada di atas cahaya matahari dan bulan.


“Engkau sendiri adalah misteri, malah Engkau menampakkan rahsia batin kami.


“Engkau menyebabkan sungai mengalir dengan kekuasaan-Mu.


“Wahai Engkau yang Zat-Nya tersembunyi, sementara anugerah-Mu nampak.


“Engkau ibarat air, sedangkan kami ibarat batu gilingan.


“Engkau ibarat angin, sementara kami ibarat debu. Angin tidak kelihatan sementara debu nampak di mana-mana.


“Engkau ibarat mata air, sementara kami  ibarat kesejukan dan keindahan taman, mata air tidak terlihat sementara pemberiannya kelihatan.


“Engkau sebagai ruh, kami sebagai tangan dan kaki; gerakan tangan adalah kerana kehendak ruh.


“Engkau ibarat akal, sedangkan kami ibarat lidah, lidah mengambil kemampuan bicara kerana dari akal.


“Engkau ibarat kesenangan, sementara kami ibarat tertawa, kerana dari hasil kesenangan adalah tertawa kami.


“Semua perbuatan kami adalah perwujudan iman, kerana semua itu menjadi saksi bagi keagungan Tuhan Yang Abadi”.


 END Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.End




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP