Memelihara Keindahan Kaki Anda

>> Sunday, September 2, 2012



KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



MEMELIHARA KEINDAHAN KAKI ANDA



Seperti anggota-anggota badaniah yang lain juga, kaki anda terdedah kepada berbagai-bagai ancaman, gangguan dan penyakit yang tidak diingini, baik gangguan yang boleh mencacatkan kaki anda atau merosakkan kecantikannya yang asli.



Juateru itu kaki anda, menutut anda menjaganya dengan wajar supaya tidak mudah menerima ganggguan dan merawatnya bila ditakdirkan menerima gangguan-gangguan atau serangan-serangan yang tidak diingini.



Sebenarnya kaki adalah anggota badaniah yang paling terkebawah daripada segala anggota badaniah, anda antara lain antara fungsinya ialah menampung keseluruhan berat badan anda dan juga digunakan ketika anda berjalan ke sana ke mari baik dekat atau pun jauh.



Untuk menyelesaikan beberapa problem kaki itu nenek moyang kita telah menyediakan beberapa reisipi khusus dengan menggunakan bahan-bahan tradisional yang mudah diperolehi di sekeliling-kelalang kita. Di antaranya kita paparkan di sini sebahagian darinya untuk perhatian dan kegunaan bersama, semoga memberi manfaat jua.



-Hampas Serbuk Kopi Lembutkan Kaki



Ada sesetengah orang mempunyai kaki yang kasar dan ini kurang memberi keindahannya.



Tapi peroblem ini boleh diatasi dengan menggunakan hampas serbuk kopi dengan petua yang berikut.



Ambil hampas seerbuk kopi secukupnya selepas ia digunakan. Gosok-gosokkan secara perlahan-lahan pada seluruh kaki anda yang keras. Itu.



Kemudian bersihkan kaki dengan air biasa.



Di samping kaki, hampas serbuk kopi itu juga boleh digosok-gosokan ke seluruh tubuh untuk mendapat hasil yang sama. Selepas digosok cucilah banda anda.



-Tepung Beras Menghilang Sisik Kaki



Kaki yang bersisik sudah tentu boleh merosakkan pandangan, dan boleh memalukan kepada tuan empunya kaki kerana malas menjaga kaki dengan sepatutnya, dan jangan pula nanti ditegur oleh orang yang tersayang.



Kaki yang bersisik itu biasanya kering dan bila digosok atau digaru sedikit sahaja pun akan mengeluarkan debu-debu yang berterbangan daripada kaki.



Kaki yang bersisik ini boleh diatasi dengan cara berikut.



Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung beras segenggam dan santan kelapa secukupnya.



Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan bancuh atau gaulkan hingga rata.



Sapukan bahan-bahan bancuhan itu kepada kaki yang bersisik di waktu malam sebelum tidur.



Pagi besok cucilah kaki itu. Amalkan petua ini selalu insya-Allah berhasil.



-Asam Jawa Menghilang Karat Kaki



Yang berkarat bukan sahaja besi, tapi kaki manusia juga boleh berkarat, dilekati oleh debu dan kekotoran kerana terdedah kepada alam keliling.



Masalah ini boleh diatasi dengan petua yang berikut.



Ambil asam jawa secukupnya, masukkan ke dalam sebuah bensen yang telus dimuati oleh kaki, kemudian tuangkan air biasa secukupnya ke dalamnya. Ramas-ramaskan asam jawa itu supaya hancur di dalam air tersebut.



Kemudian masukkan kedua-dua belah kaki yang berkarat itu ke dalamnya dan rendamkan kira-kira selama sepuluh minit.



Kemudian angkat kedua-dua belah kaki dan lapkan dengan tuala hingga kering. Selepas itu sapukan kaki dengan minyak kelapa.



Amalakan petua ini pada waktu malam sebelum tidur. Pagi besok basuhkan kaki seperti biasa.



Amalkan petua ini selalu, insya-Allah ia bukan sahaja boleh menghilangkan karat kaki, tapi juga boleh membuat kaki menjadi halus dan lembut.



-Bawang Merah Menghilang Bau Kaki



Kadang-kadnag kaki kita, baik orang lelaki atau perempuan mempunyai bau busuk yang tidak menyenangkan kerana memakai kasut aau stoking tapi tidak memberishkannya dengan sewajarnya.



Dan ini adalah petua untuk mengatasi bau busuk kaki secara tradisional peninggalan nenek moyang kita.



Ambil beberapa ulas bawang merah, tumbuk atau kisar sampai hancur. Kemudian luumurkan kepada seluruh kaki, termasuk dicelah-celah jari pada waktu malam sebelum tidur. Biarkan ia menyerap dan kering.



Pagi esok bersihkanlah kaki.



Bahan ini selain daripada menghilangkan bau busuk kaki, ia juga dapat menghilangkan gatal-gatal pada kaki. Insya-Allah.



-Cuka Membersih Kaki



Kuku-kuku kaki juga mungkin kotor kalau tidak dijaga dengan sewajarnya.



Tapi kuku-kuku kaki yang kotor itu boleh dicuci dengan menggunakan cuka.



Ambil sedikit cuka, letakkan dalam sebuah bekas. Celupkan kapas ke dalamnya.



Kemudian sapu dan gosok-gosokkan kapas yang bercuka pada kuku kaki satu demi satu hingga bersih.



Amalkan petua ini sekurang-kurangnya seminggu sekali, insya-Allah kuku kaki anda akan kelihatan bersih, berkilat dan cantik dipandang oleh orang yang tersayang.



Sekian.



EndPr.pr.pr.pr.PrEnd

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP