Kemiskinan Itu Rahmat

>> Monday, September 10, 2012




KEMISKINAN ITU RAHMAT




Seorang ahli sufi yang terkenal Ibrahim bin Adham [160 H/77M] berkata kepada seseorang yang selalu merasa tidak puas hati dengan keadaannya dan sering mengeluh kerana kemiskinannya.



Maka berkatalah Ibrahim Adham kepada orang itu, “Barangkali engkau membayar sedikit untuk kemiskinanmu?”.



“Engkau merepeklah”, jawab orang yang ditegur itu, “ engkau patut malu dengan dirimu sendiri, adakah orang membeli kemiskinan?”.



Maka jawab Ibrahim Adham, “Bagiku, aku memilih kemiskinan atas dasar kebebasan kemahuan dalam diriku sendiri. Malah aku pun membeli kemiskinan itu dengan harga dunia ini, dan aku akan membeli lagi sebahagian daripada kemiskinan itu dengan seratus kata-kata, kerana setiap saat kemiskinan menjadi lebih berharga kepadaku”.



Katanya lagi, “Ketika aku menemui barang berharga itu, aku mengucapkan selamat tinggal pada kerajaan. Tanpa ragu-ragu barang sedikit pun, aku mengetahui nilai dan harga kemiskinan, sementara engkau tetap tidak mengetahuinya. Aku berterima kasih atas hal ini, sementara engkau sama sekali tidak berterima kasih”.



Seterus beliau berkata lagi, “Mereka yang inginkan hal-hal yang bersifat keruhanian bersedia mengorbankan jiwa dan raganya demi mencarinya, dan mereka menghabiskan umur mereka demi mencintai Allah. Cita-cita, hasrat dan keinginan mereka adalah bersahabat dengan-Nya dan terbang melampaui segala sesuatu yang bersifat jasmaniah dan bersifat ruhaniah. Jika engkau termasuk orang yang tidak mempunyai cukup cita-cita seperti ini, pergilah, kerana engkau sama sekali layak memperoleh anugerah Allah”.



Demikian wejengan Ibrahim Adham untuk menungan bersama. Beliau sebenarnya seorang anak raja di Khurasan yang menukar corak hidupnya untuk hidup dalam kefakiran dan kesederhanaan, dan mencari nafkah dengan hasil usahanya sendiri.


Ini ada beberpa contoh di mana tokoh-tokoh dunia yang mencapai puncak kejayaan walaupun mereka hidup dalam keperitan dan kemiskinan, jauh sekali daripada kekayaan untuk dijadikan titik menungan kita bersama.



Bata



BATA adalah salah satu daripada beberapa jenama kasut ysng termasyur di dunia. Kasut Bata ini dicipta oleh seseorang yang bernama Tomas Bata. Saudagar kasut yang terbesar di dunia ini tidak dilahirkan dalam masa sehari semalam. Sejarah kejayaannya bermula dari paras yang paling bawah, bermula dari seorang yang tidak berada.



Pada permulaannya beliau hanya seorang pembaiki kasut di Republik Moravia, di Eropah Tengah, yang sukar kehidupannya. Beliau bersama-sama dengan anak lelakinya terpaksa menjelajah dari dusun ke dusun mengetuk pintu rumah para petani untuk mencari kasut-kasut yang perlu diperbaiki.



Kemudian bila komunis menyeta kilangnya, beliau telah membuat perhubungan dengan luar negara. Hubungan itu telah membuahkan hasil yang membanggakan. Sebuah kilang raksaksa telah didirikan di Kanada, di mana seratus orang daripada keluarga beliau pindah ke negara itu. Dari situ Bata terus berkembang pesat dengan penubuhan-penubuhan cawangan yang berselerak di seluruh dunia.



Apakah rahsia kejayaan Tomas Bata?



Bukan kekayaan. Tapi sabar dan tekun merupakan anak kunci kejayaan beliau, sehingga hari ini jenama Bata sebagai sejenis kasut yang populer telah terpahat dalam hampir setiap orang, termasuk kanak-kanak sekolah yang “pergi sekolah bersama Bata”.



Beliau meninggal dunia pada tahun 1932 dalam usia 56 tahun, kerana terlibat dalam nahas kapal terbang di Lapangan Terbang Zlin.



Henry Ford



Henry Ford--------------------------------------------------------------------------



Bagaimana pula dengan Henry Ford, jutawan kereta Amerika yang termasyur itu? Keluarganya bukan sahaja tidak kaya, malah bapanya seorang buruh yang miskin. Tapi hasil daripada kegigihan usahanya dalam hidup , ketika matinya dia meninggalkan harta pusaka sebanyak 750 juta dolar, dan merupakan manusia yang kedua kayanya di dunia ketika itu.

Beliau lahir pada 30 Julai 1863 dan meninggal dunia pada 7 April 1947 di Dearbon, Amerika



Walt Disney



Raja Kartun yang terkenal, Walt Disney, bukan lahir dari keluarga yang mewah. Beliau terpaksa berjuang dengan penuh kegigihan selama bertahun-tahun sebelum meraih kejayaan. Hasil daripada kegigihan itu beliau telah berjaya mendaki tangga kejayaan, sehingga menjadi terkenal di seluruh dunia hingga sekarang menerusi kartun-kartunnya itu.



Di antara siri-siri kartunnya yang populer ialah Mickey Mouse, Silly Simphonei dan Donald Duck. Beliau terpakasa berhempas pulas dan berjuang bermati-matian untuk meraih kejayaan seperti yang kita ketahui hari ini.




------------------------------------------------------------------------------------------Walt Disney



Beliau lahir pada 5 Disember 1901 dan meninggal dunia pada 15 Disember 1966.



Marie Curie



Marie Curie, penemu Radium adalah sebuah contoh yang klasik tentang kegigihan seorang wanita dalam perjuangannya untuk memburu kejayaan yang cemerlang. Semasa belajar di Paris, beliau terlalu miskin, sehingga tidak mampu untuk membeli makanan yang mencukupi untuk menyara dirinya sendiri. Beliau hanya hidup dengan memakan lobak, sedikit roti dan teh setiap hari. Gadis kota Paris ini pernah terjatuh kerana tidak bermaya ketika mengikuti kuliah di sebuah universiti di Paris.



Marie Curie-----------------------------------------------------------------------



Namun begitu, beliau meneruskan usaha-usaha dan kajian-kajiannya walau pun dalam keadaan kesejukan dalam musim dingin; semangatnya terus hidup, menyala dan berkobar-kobar mencabar segala rintangan yang mendatang.



Akhirnya beliau berjaya menemui radium, dan sejak itu namanya dalam sekelip mata secara mendadak termasyhur di seluruh dunia, dan terus menjadi ingatan hingga sekarang. Dengan kejayaan itu beliau dianugerahkan hadiah Nobel Prize.



Beliau lahir pada 7 November 1867 dan meninggal dunia pada 4 Julai 1934.



Charile Chaplin



Charlie Chaplin, adalah salah seorang bintang lawak yang terkemuka di dunia, dan menjadi sebuah legenda hingga ke hari ini. Kekayaan yang dimiliknya bukanlah harta warisan daripada keluarganya, malah beliau sendiri dilahirkan dalam suatu kawasan yang miskin dan kotor di kota London.



-----------------------------------------------Charlie Chaplin



Beliau hanya mempunyai sepasang kasut sahaja untuk dipakai. Biasanya beliau bekejar ke sana ke mari dengan berkaki ayam untuk mendapatkan semangkuk sup yang menjadi sumber makanan seluruh keluarganya.



Beliau lahir pada 16 April 1889 dan meninggal dunia pada 25 Disember 1977.



William John Mckell



William John Mckell, pernah menjadi Gabenor Jeneral Australia. Beliau adalah bekas seorang boroh tukang emas di Sydney, Australia. Beliau tidak pernah mempunyai cukup wang untuk tambang ke tempat kerja, oleh itu beliau terpaksa berulang alik sejauh lima batu setiap hari sebelum menjadi gabenor.



Hesketh Lever



Dan ini ada lagi sebuah kisah benar tentang seorang jutawan sabun. Beliau adalah Hesketh Lever, yang dilahirkan di bandar Bolton yang pada waktu itu diselimuti oleh kepulan-kepulan asap tebal perindustrian.



--------------------------------------------------------------------Hesket Lever



Beliau berasal dari keluarga yang susah. Beliau terpaksa bekerja 12 jam sehari di sebuah kilang tenunan untuk mendapat sara hidup. Tapi oleh sebab pendapatannya hanya dua hingga tiga paun sahaja sehari, maka hidupnya tetap dalam kemalaratan walaupun bekerja dengan begitu gigih saban hari.



Kemudian beliau bekerja pula di bahagian kaunter di sebuah kedai makanan. Di situ beliau mendapat idea untuk menghantar barang-barang kepada suri-suri rumah di Lancashire. Sejak itu sedikit demi sedikit beliau mulai mengumpul wang, sehingga berjaya mendapat sebuah kedai kecil di Wigan. Di situlah beliau mulai mengeluarkan sabunnya sendiri.



Beliau lalu mengkaji kegemaran orang ramai, dan mendapati pada masa itu mereka lebih suka membeli bongkol sabun yang bersih daripada sebuku lemak. Kemudian beliau dan saudara lelakinya membina sebuah kilang sabun di Warrington.



Selepas itu, Lever dua bersaudara itu telah mengeluarkan sejenis sabun yang digemari ramai, iaitu Sabun Sunlight [Sunglight Soap] yang terus bersinar hingga sekarang. Sabun buku Sunlight ini memang amat populer di negara kita dahulu sebelum lahirnya berbabagi-bagai jenis sabun sebagaimana kebelakangan ini.



Beliau lahir pada 19 September 1851 dan meninggal dunia pada 7 Mei 1925.



Demikianlah secebis kisah orang-orang yang terkemuka yang telah meraih kejayaan dalam bidang masing-masing bukan kerana kekayaan, tapi natijah daripada perjuangan mereka yang gigih, walau pun dirempuh oleh berbagai-bagai rintangan dan halangan.



-------------------------------------------------------Abrham Lincoln



Ini tidak termasuk lagi berbagai-bagai tokoh kenamaan, seperti pengarang Charles Dickens, bapanya dipenjarakan kerana tidak membayar hutang, Presiden Amerika, Abraham Lincoln, yang hanya mampu bersekolah selama enam bulan, Benjamin Franklin diusir oleh bapanya dari rumah ketika berusia dua belas tahun, dan penulis terkenal, Bernad Shaw, hanya mampu bersekolah selama lima tahun sahaja.



Charles Dickens--------------------------------------------------------------------



Tokoh-tokoh ini, malah mungkin ramai lagi yang serupa dengan mereka menghadapii dan mengalami berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan hidup yang pahit dan getir sebelum mencapai kejayaan yang menjadi impian setiap orang yang berjiwa besar. Mereka tidak berharap kepada kekayaan untuk berjaya, mereka tidak berpeluk tubuh atau mengharapkan kepada nasib sahaja untuk berjaya.



Kemiskinan Untuk Kejayaan



Pada akhirnya, izinkan kami petik apa yang dikatakan oleh seorang penulis barat mengenai kemiskinan yang memberi rahmat itu. Katanya, “Many of the greatest men through all ages have abandoned riches and adopted poverty to better enable them to accomplish their lofty purposes.



“Confucius held up one of his poor disciples, Yen Hwui by name, as an example of lofty virtue to his richer pupils, yet “although he was so poor that he had to live on rice and water, and had no better shelter than a hovel, he uttered no complaint. Where this poverty woud have made other men discontentented and miserable, he did not allow his equanimity to be disturbed”.



“Poverty cannot undermine a noble character, but it can set it off to better advantage. The vitures of Yen Hwui shone all brighter for being set in poverty, like resplendent jewel set in a contrasting bacground”.



Dari kisah-kisah tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa kemudahan kewangan atau kekayaan tidaklah selalu menjdi ramuan yang penting untuk meraih kejayaan yang memerlukan ketekunan, kesabaran dan kegigihan berjuang yang tidak luntur yang mencapai kejayaan yang gemilang. Demikian sebaliknya kemiskian tidaklah boleh dijadikan alasan kepada kegagalan seseorang untuk mencapai cita-cita yang luhur, dan meraih kejayaan setinggi-tingginya.



END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP