CERITA KELEDAR

>> Monday, September 24, 2012






CERITA KELEDAR



Keledar ialah sejenis topi atau tali pinggang keselamatan yang biasanya topi dipakai oleh penunggang dan pemboceng motosikal, sementara tali pinggang keledar pula dipakai oleh orang-orang yang naik kenderaan seperti motokar dan seumpamanya mengikut apa yang diwajibkan oleh undang-undang sesebuah negeri atau negara itu.


Penciptaan dan penggunaan tali keledar di dunia ini mempunyai sejarah tersendiri yang agak panjang, lebih dari satu abad.


Secara tepat sebutannya tali keledar ialah tali keselamatan atau tali pinggang keselamatan yang dipakai dengan tujuan untuk mengelak bila berlaku kejadian yang tidak diingini atau kemalangan, seperti kemalangan jalan raya yang menelan korban ribuan nyawa setiap tahun di negara kita.


Kita percaya setiap orang yang mempunyai kenderaan sendiri atau menggunakan kenderaan orang lain masing-masing mempunyai pengalaman yang tersendiri berhubung dengan penggunaan tali keledar atau tali keselamatan atau tali pinggang keselematan.


Salah satu pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan ialah pengalaman kena saman oleh pihak berkuasa kerana tidak pakai tali keledar, terutama ketika mula-mula pemakiannya diwajibkan dahulu.
Penggunaan tali dan topi keledar untuk motokar dan motosikal di negara kita boleh dikatakan baru. 


Tapi penggunaan tali pinggang keselamatan ini telah didului oleh kapal terbang yang melayang di angkasa negara kita. Pada peringkat itu ialah kapal terbang MAS.


Saya julung-julung kali naik kapal terbang ialah pada 1970an dari Kota Bharu untuk  ke Kuala Lumpur. Pada masa itu tambang kapal terbang MAS masih murah jika dibandingkan dengan hari ini.


Pada hari itu saya pergi sendirian kerana urusan penting yang perlu diselesaikan segera di Kuala Lumpur. Di tempat duduk di sebelah kanan saya, dekat tingkap ialah seorang penumpang berbangsa Tionghoa. Lelaki.

Sebelum kepal terbang berlepas, seperti biasa, seorang pramugari akan berdiri di bahaigan hadapan kapal terbang menunjukkan cara-cara untuk menjaga keselamatan ketika dalam penerbangan dengan suara latar dalam bahasa Melayu dan dikuti oleh bahasa Inggeris.


Di situ baru saya tahu setiap penumpang kapal terbang diwajibkan memakai tali pinggang keselamatan. Cara memakai dan menanggalkanya dari pinggang pun ditunjukkan oleh pramugari itu. Begitu mudah sekali.


Sudah mencubanya beberapa kali barulah saya berjaya memakai tali keselamatan  itu dengan baik. Tapi bila kapal terbang mendarat di Kuala Lumpur satu masaalah timbul. Saya tidak tahu bagaimana untuk menanggalkan tali keselamatan itu dari badan saya. Setelah mencubanya beberapa kali, tidak juga berjaya. Untuk bertanya penumpang di sebelah terasa segan juga.


Setelah beberapa mint berlalu dan sebahagian besar penumpang di tempat duduk hadapan turun, penumpang Tionghoa di sebelah saya menyatakan dia dah nak turun, kenapa saya masih belum bangun-bangun daripada tempat duduk saya?


Tanpa kata saya tunjukkan kepadanya tali keselamatan saya masih belum dibuka dan saya tidak tahu cara membukanya.


Penumpang itu tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum sedikit dan tolong membuka tali keselamatan itu kepada saya. Alangkah mudahnya!


Kadang-kadang ketika naik kapalterbang, saya tersenyum sendirian ketika teringat peristiwa tersebut yang ada kaitannya dengan tali  keselamatan itu.


Dalam perjalanan pulang dari KL ke Kota Bharu beberapa hari kemudiannya tali pinggang itu tidak lagi menimbulkan problam kepada saya untuk memasang dan menanggalkannya dari badan.


Tapi satu perkara lain pula timbul. Di mana barang yang saya bawa yang di hantar menerusi kargo tidak ada di atas kapalterbang yang saya naiki itu.


Bila diperiksa barang tersebut telah tersalah hantar oleh pihak MAS ke Kota Kinabalu. Mereka telah tersalah pandang antara perkataan KOTA BHARU dan KOTA KINABALU. Barang itu hanya baru dapat dipungut kira-kira seminggu kemudian.


Kejadian bertukar tempat penghantaran ini antara Kota Bharu dengan Kota Kinabalu ini berulang sekali lagi ke atas saya lama kemudian. Kajadian itu berlaku ketika saya mengisi borang untuk mengeluar caruman KWSP saya di pejabat KWSP di Kota Bharu.


Setelah segala keperluan pengisian borang selesai, seorang pegawai yang mengurus borang saya itu memberitahu berapa lama biasanya tuntuan itu dapat diselesaikan.


Tapi setelah masa  yang diberitahu itu berlalu beberapa waktu tuntutan saya tidak juga sampai, saya pergi semula ke pejabat KWSP dan bertanya mengenai perkara itu. Beliau meminta maaf kerana katanya, borang tuntutan saya itu telah tersalah hantar ke Kota Kinabalu.


Permohanan maaf beliau saya terima, dan saya percaya mesti ada hikmatnya di sebalik kejadian itu.
Itulah kata orang, kadang-kadang sejarah itu berulang.


Beberapa hari yang lalu kami telah membeli teket penerbangan saya pergi balik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ke Kota Baru beberapa hari kemudiannya kerana ada urusan penting  hari di KL. dengan penerbangan Firefly.


Inilah yang mengingatkan saya kepada perisitwa memakai tali keledar pada tahun 1970an di atas kepalterbang MAS.


Mengikut sejarahnya tali pinggang keledar atau tali pinggang keselamatan atau “safety belt” ini pertama kali dicipta oleh seorang bernama George Cayley pada abad sembilan belas, tapi hak patent yang pertama dikurniakan keapda Edward J. Cloghorn daripada New York pada 10 Febuari 1885.


Semetara itu undang-undang yang pertama kali mewajibkan pemakaian tali keledar ialah di Victoria, Australia untuk pemandu dan penumpang  di kerusi hadapan iaitu pada tahun 1970.


Adalah dipercayai seramai ribuan orang setiap tahun di seluruh dunia terselamat nyawanya dengan bantuan tali pinggang dan topi keledar yang mereka pakai, tapi mungkin tidak begitu popular di kalangan penunggang keenderaan jalan raya di negara kita, khususnya di kalangan penunggang dan pemboceng motosikal.


Dalam hal ini saya terkenang satu perisitwa lagi, dimana seorang guru kami dari luar negara dengan tali keledar. Pada suatu hari ketika menumpang kereta seorang rakan untuk perjalanan yang amat dekat dan dalam kawasan perumahan pula, beliau tidak juga lupa untuk memakai tali keledar. Perbuatannya ditegur oleh pemandu, kerana katanya beliau tidak perlu memakai tali keledar kerana perjalannya dekat sahaja dan mereka pula berada dalam kawasan perumahan.


Tapi apa jawab beliau, “Tidak boleh begitu. Kita mesti ikut peraturan. Ikut syariat. Di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja, kalau kita ingin selamat”.



ENDPR.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.End

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP