Meninjau Jalan-Jalan Keretapi Tanah Melayu
>> Wednesday, September 26, 2012
MENINJAU JALAN-JALAN KERETAPI
TANAH MELAYU
Kemnculan perkhidmatan keretapi sebagai sejenis pengangkutan darat di Tanah
Melayu di sekitar tahun 1880an merupakan satu kemjaun yang pesat dalam bidang
penganggkutan di tanah air pada masa itu.
Pada masa itu, keretapi merupakan sejenis penganggkutan darat yang agak
selesa, selamat dan cepat, dan dapat memuat banyak barang serta ramai penumpang
sekali gus.
Bermula Di Perak
Jalan keretapi yang pertama kali dibina di Tanah Melayu ialah di negeri
Perak, iaitu dari Bandar Taiping ke Pord Weld, sejauh 8 batu.
Port Weld ialah nama yang diberikan oleh Inggeris kepada Kuala Sepetang
yang dibuka dengan resminya pada 1 Jun 1885. Port Weld atau Kuala Sepetang ini
adalah sebuah setesen pelabuhan yang pertama di Tanah Melayu.
[1 batu sama dengan 1.6. kilo meter]
Kemudian barulah diikuti dengan pembinaan jalan keretapi dari Kuala Lumpur
ke Kelang sejauh 211/2 batu.
Pada tahun 1901 telah siap dibina jalan keretapi sepanjang 244 batu, iaitu
97 batu dalam negeri Selangor dan 147 batu dalam negeri Perak.
Jalan keretapi ini dinamakan Jalan Kereta Api Perak Selangor.
State Railway, diketuai oleh seorang Inggeri yang berpangkat General Manager [Pengurus Besar] dan seorang Chief Engineer [Ketua Jurutera].
[Rencana ini ditulis semula dari rancana oleh
Abdul Hamid, Kota Bharu yang disiarkan dalam majalah Al-HIKMAH, bilangan 45
tahun 2 [1934?]
Pada tahun 1903 jalan keretapi itu bertambah panjang, menjadi 340 batu,
iaitu dengan bertambahnya pembinaan jalan dua cawangan keretapi, iaitu satu
dari Taiping ke Penang dan satu lagi dari Kuala Lumpur ke Seremban.
Kemudian jalan keretapi itu di sambung pula ke Melaka pada tahun 1905.
Pada bulan Disember 1904 dibina pula
jalan keretapi dari Johor Bharu ke Utara. Pada tahun 1905 dibina jalan keretapi
dari Utara Johor [Segamat] ke Johor Bharu. Jalan ini telah siap dibina pada
tahun 1908 sejauh 70 batu.
Pada tahun itu juga di bina jalan keretapi dari Segamat ke Seremban
sejauh 16 batu.
Kemudian pada tahun 1910 mulai dibuka jalan keretapi dari Pulau Pinang ke Johor Bharu.
Jalan Keretapi Singapura
Pada masa itu di Singapura sudah ada jalan keretapinya yang telah dibina pada
tahun 1903 mulai dari
Woodland ke bandar Singapura sejauh 191/2 batu. Jalan ini
dibnina oleh kerajaan Singapura.
Kemudiannya pada tahun 1913 jalan keretapi Singapura ini disatukan menjadi
Jalan Keretapi Negeri Melayu Bersekutu.
Pada tahun 1915 jalan keretapi telah disambung dari Pulau Pinang ke Alor Star,
dan dari situ terus ke Padang Besar pada tahun 1918.
Pendeknya pada tahun 1918 itu, di Sebelah Pantai Barat Semenajung Tanah
Melayu telah ada jalan keretapi dari Padang Besar terus ke Singapura, di mana
penumpang-penumpang menggunakan feri untuk menyeberangi Selat Teberau.
Untuk mengatasi kesulitan pasenger-pasenger yang terpaksa menyeberangi
Selat Teberau dengan feri untuk ke Singapura, maka pada tahun 1919 dibinalah
sebuah tembok untuk menyambungkan Singapura dengan Johor. Tembok ini siapa
dibina pada tahun 1923, iaitu mengambil masa selama 4 tahun untnk
menyiapkannya.
Panjang tembok itu ialah 3465 kaki, setinggi 46 kaki dari muka tembok ke
dasar Selat Teberau, dan
lebarnya 60 kaki. Di samping itu dibina juga jalan
motokar selebar 26 kaki.
Pada tembok itu terdapat sebuah jambatan yang boleh diangkat turun dengan
menggunakan tenaga elektrik seberat 570 tan yang dianggap sebuah jambatan ajaib
di Tanah Melayu pada waktu itu.
Selain daripada jalan keretapi tersebut dibuat pula beberapa buah cawangan
di negeri-negeri yang telah pun mempunyai jalan keretapi, iatu dari Kelang di
sambung ke Port Swettenham dan ke Kuala Selangor. Panjang jalan ini ialah 30
batu dan siap dibina pada tahun 1914.
Kemudian dari Seremban dibina pula jalan keretapi ke Port Dickson sejauh 24
½ batu.
Pantai Timur
Pada masa itu tidak ada jalan keretapi di sebelah Pantai Timur seperti di sebelah
Pantai Barat, dan di sebelah utaranya.
Hanya ada satu jalan keretapi sahaja di negeri Kelantan. Pada mulanya
dibina jalan keretapi dari Tumpat ke Selatan, iaitu arah ke Sungai Golok. Dari
situ jalan keretapi itu bersambung ke Padang Besar dengan keretapi Royal Siames
Thai.
Pada tahun1914 telah siap dibina jalan keretapi sepanjang 32 batu mulai
dari Selatan, iaitu dari Gemas ke Kuala Lipis dan dari Kuala Lipis ke Kelantan.
Pada tahun 1932 barulah siap dibina jalan keretapi dari Tumpat ke
Singapura.
Pada masa semua jalan keretapi itu dipunyai oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan nama F.M.S.R.
Keretapi ini keluaran Inggeris dan
dan dibina oleh Kompeni Keretapi di England, iaitu Central Work Shop di
Brigham, sebuah bandar terbesar di dunia dalam pembikinan barang-barang dari
besi, hingga diberi nama jolokan Bandar Hitam [Black Town].
Bermula dari sinilah jalan keretapi dan perkhidmatan keretapi sebagai
sejenis pengaggkutan awam terus berkembang. Malangnya negeri-negeri di Pantai
Timur masih ketinggalan jauh dari segi perkhidamtan keretapi jika dibandingkan
dengan negei-negeri di Pantai Barat.
Oleh itu ura-ura Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina sebuah jalan keretapi
laju di Pantai Timur amatlah dialu-alukan, demi kepentingan
penduduk-penduduknya. Adalah didoakan semoga jalan keretapi itu benar-benar
menjelma menjadi kenyataan dalam masa yang tidak begitu lama lagi.
END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.End
0 comments:
Post a Comment