Punggung Oh Punggung

>> Thursday, September 13, 2012


PUNGGUNG OH PUNGGUNG!



Sejak seminggu dua kebelakangan ini perkataan punggung telah menjadi begitu populer di kalangan masyarakat negara kita. Hampir setiap hari punggung muncul dalam meddia-meddia masa. Punggung dipermain-mainkan oleh akhabr-akhabr - akhbar kecil dan besar, ditayang dan dilisankan di kaca-kaca tv untuk tontonan ramai.



Perkataan punggung telah menjadi begitu populer, sama dengan perkataan liwat yang dipromosikan oleh meddia-meddia massa kita selama bertahun-tahun lamanya, dan sampai sekarang masih lagi belum ditamatkan.



Aduhai anggota punggung yang merupakan salah satu anggota fizikal yang penting itu telah terlibat dalam kutukan, kecaman dan cercaan sehingga ada yang telah terkeluar dari kenormalannya atau kelogikannya.



Punggung telah melibatkan banyak orang, dari atas ke bawah, pemimpin-pemimpin peringkat tinggi, pertengahan dan bawahan-bawahan dan juga orang ramai yang menjadi jung gendang dan jung palu untuk menjadikan air bertambah keruh, justeru mudah untuk menangkap ikan.



Keadaan seputar isu punggung itu bertambah kompliketed. Ia telah berjaya menambahkan lagi tugas pihak berkuasa polis yang telah begitu kelelahan dengan tugas-tugas untuk menyelesaikan jenayah yang berlaku di seluruh negara yang menakutkan dan nampaknya kian bertambah menjadi-jadi pada hari ini.



Punggung ialah anggota yang terletak di bahagian belakang badan di antara pinggang dan paha dengan bentuknya yang bulat.



Ada sesetengah orang menyebutnya pantat, atau pinggul atau bokong, tapi perkataan yang biasa digunakan ialah punggung jua.



Antara fungsi punggung yang penting ialah untuk menampung berat anggota-anggota badan di sebelah atas bila seseorang duduk, persis seperti kaki ketika berdiri.



Kecantikan Punggung



Tapi ukuran nilai kecantikan sesebuah punggung itu berbeza antara satu budaya dengan satu budaya, antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain, malah di antara seorang dengan seorang sekali pun.



Ada orang sukakan punggung yang kecil, dan sebaliknya ada pula orang yang sukakan punggung yang besar.



Kedua-dua jenis punggung ini, kecil dan besar, masing-masing mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.



Wanita yang besar punggungnya, "perjalanannya" lebih kemas dan mantap, dan sebaliknya wanita yang kecil punggungnya kecil perjalannya tidak mantap, tapi selalu mudah bergerak dan bergoyang mengikut keadaan.



Pada umumnya punggung yang dimilki oleh kaum wanita lebih berisi dan pejal daripada punggung yang dimiliki oleh kaum lelaki.



Lelaki yang punggungnya besar walau pun mantap perjalanannya tapi tidak boleh bergerak laju, berbanding dengan lelaki yang berpunggung kecil yang boleh bergerak laju perjalannya mengikut keperluan semasa.



Di antara kedua jenis punggung kecil dan besar itu ada lagi sejenis bentuk punggung yang dikenali dengan punggung tonggek, yang berbentuk menunjul ke belakang menyebabkan ia tidak elok dipandang, baik ketika diam atau berjalan.



Sejensi punggung lagi dikenali dengan panggilan punggung tirus, iaitu punggung yang mendatar, tidak berisi, berlawanan dengan punggung tonggek.



Punggung Sebagai Penarik



Ada sesetengah wanita suka mengunakan punggung mereka untuk menarik hati lelaki, sebarang lelaki. Ini perbuatan yang tidak Islamik.



Selain daripada manusia, hewan baboon betina juga menggunakan punggungnya untuk memikat baboon jantan.



Justeru itu kalau ada manusia yang menggunakan punggungnya untuk memikat orang, maka ianya tidaklah ubah seperti hewan beboon yang tidak berakal dan fikiran itu.



Namun begitu dalam masyarakat manusia dulu dan sekarang ada tarian-tarian di mana penari-penri wanitanya menari banyak menggunakan goyangan punggung.



Pada suatu ketika dulu, kami pernah menghadiri satu undangan majlis makan sebuah NGO yang diadakan untuk meraikan pengunjung-pengunjung dari luar negara. Rupa-rupanya selesai makan majlis itu dihiasai dengan pertunjukan tarian-tarian beberapa buah negara yang wakilnya hadir di majlis tersebut, termasuklah Thailand.



Bila juruacara mengumunkan penari-penari Thailand akan menari trian rambung, seorang kawan lelaki di sebelah saya membisikkan, bahawa tarian rambung itu adalah tarian punggung dalam bahasa Thai. Cuba tenguk nanti katanya mereka akan banyak menggunakan punggung dalam tarian.



Kami tidak pastikan apakah kata-kata kawan saya itu benar-benar atau hanya guruan, dan sampai ke hari ini saya tidak mempastikannya kerana saya tidak berminat denganya. Tapi yang pastinya tarian itu memang banyak menggoyang-goyangkan punggung.



Kiasan



Dalam bahasa kita ada berbagai-bagai kias dan ibarat yang menggunakan punggung dengan ertinya yang tersendiri yang membuktikan ketelitian dan khalusan penggunaan bahasa oleh nenek moyang kita dahulu.



Antara kiasan-kiasan atau peribahasa-peribahasa itu adalah:



-Angkat punggung bermaksud pergi atau berlalu untuk menimbulkan rasa jengkel di hati orang yang melihatnya.



-Beri punggung bermaksud memberi peluang atau kemudahan pada seseorang untuk melakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya.



-Sapu punggung bermaksud pergi atau berlalu tanpa mengambil berat tentang perkara yang diberitahu atau dimaklumkan.



-Punggung tak ada unjab [pancang] bermaksud orang yang tidak mempunyai pendirian.



-Main punggung bermaksud liwat, hubungan songsang antara lelaki dengan lelaki.



-Tunjuk punggung bermaksud perbuatan yang bertujuan untuk menghina atau memalukan orang.



-Tonggeng punggung bermaksud seperti di atas bertujuan untuk menghina atau memalu orang, seperti pertunjukan punggung di hadapan rumah Dato’ Ambiga tempoh hari



-Panas Punggung, bemakud tidak boleh duduk atau tinggal lama kerana tidak selesa dengan keadaan. Duduk yang sekejap sahaja.



-Tepuk Punggung, bermaksud memperlekeh atau menghina seseorang.



-Pelapit punggung bermaksud isteri.



-Heret punggung bermaksud mengesut, menggunakan punggung kerana tidak mampu berjalan.



Punggung Dihukum



Selain dari dicela dan dicerca kerana penyalahgunaan punggung oleh pemiliknya, punggung juga biasanya menjadi sasaran hukuman yang dijatuhkan ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh tuannya.



Dalam hal ini hukuman-hukuman sebat yang dikenakan ke atas seseorang yang didapai bersalah, maka yang menjadi pilihan untuk dirotan atau disebat ialah bahagian punggungnya.



Punggung dipilih untuk menerima hukuman kerana ia menimbiulkan kesan yang minima bila terkena sebat dan kurang terdedah kepada kecederaan, tidak seperti anggota tapak tangan atau belakang yang mudah menerima kecederaan.



Walau bagaimana pun perbuatan menunjuk punggung di khalayak ramai bukanlah merupakan perbuatan yang terpuji dan sopan, malah ia merupakan perbuatan yang tidak bereteka yang seharusnya tidak berlaku dalam sebuah masyarakat yang berbudaya dan lebih-lebih lagi di kalangan umat Islam.



Marilah kita berhati-hati bukan sahaja terhadap punggung, malah terhadap semua anggota-anggota badan kita yang lain supaya tidak menyalahgunakannya dan juga disalahgunakan oleh orang lain untuk tujuan mereka sendiri. Jagalah punggung kita dengan sewajarnya seperti kita menjaga anggota-anggota badan yang lain itu juga, baik kita lelaki atau kita perempuan, kerana semua perbuatan kita didunia ini akan diminta pertanggungjawabnya oleh Allah di akhirat nanti. Hubaya-hubayalah!



END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP