Titik Bengik Di Pulau Mutiara
>> Monday, September 17, 2012
TITIK BENGIK DI PULAU MUTIARA
Ketika berada di Pulau Mutiara selama tiga hari dua malam yang lalu rombongan kami menginap di D’Mutiara Hotel Tabung Haji Bayan Lepas. Ia terletak di atas bukit, dalam kawasan yang aman tenteram di Balik Pulau, Pulau Mutiara.
D’Mutiara Komplek TAHA Bayan Lepas
Sesiapa yang ingin keamanan dan kenteraman yang terhindar dari kesibukan kota raya yang beraneka rona dan corak, D’Mutiara memanglah sesuai untuk dihinapi walau pun bilik-bilik penginapanya tidak setara dengan keindahan bilik-bilik hotel-hotel lain.
Lebih harmonis lagi, suara azan akan berkemudang setiap kali masuk waktu solat, lima kali sehari, memecah suasana bening keliling dengan syahdu, terutama di waktu subuh yang sepi.
Namun begitu, sebahagian dari anggota rombongan kami mengalami pengalaman yang tidak menghiburkan semasa tinggal di sini. Beberapa orang daripada kami naik ruam-ruam, bengkak-bengkak dan gatal-gatal pada seluruh anggota badan. Salah seorang dari anggota rombongan kami itu terpakasa dibawa ke klinik untuk mendapat rawatan kerana mengalami kegatalan yang teruk.
Menurut pemeriksaan doktor di klinik tersebut, penyakit bengkak-bengkak dan gatal-gatal yang dilamai oleh mangsa ialah kerana alahan pada kuman-kuman atau hama-hama yang terdapat pada debu dan habuk-habuk.
Oleh itu salah seorang daripada anggota rombongan kami pernah mengisi Borang Aduan yang untuk diserahkan pada pihak pengurusan hotel, tapi terlupa menyerahkannya kerana sibuk menganggkat barang-barang ke keenderaan untuk pulang dalam hujan yang turun.
Oleh itu izinkan saya peturunkan kembali apa yang diadu oleh salah seorang penginap tersebut sebagaiaman tercatat pada Borang Aduannya:
Aduan itu berbunyi:
“Kami sekeluarga mengalami gatal-gatal semenjak menginap di bilik kami. Bahkan ada ahli keluarga kami yang terpaksa pergi ke klinik kerana gatal-gatal dan bengkak-bengkak di seluruh badan. Kata doktor perkara itu berlaku disebabkan alahan pada hama-hama di tempat penginapan.”.
Beliau mencadangkan “Hendaklah dipastikan supaya bilik dibersihkan secara berkala walau pun tiada yang menginap”.
Beberapa orang dari kami juga megalamai,simpton-simpton lain, mungkin akibat alahan makanan dalam perjalanan, iaitu ceret beret dan ada yang muntah-muntah, dan ada di antaranya terus berpanjangan sampai ke rumah hari ini, dan terpaksa menemui doktor dan terpaksa mengambil cuti.
Walau bagaiamana pun kami harap keadaan mereka tidak akan terus berlanjutan.
Insya-Allah.
Aquarium
Pada hari kedua, hari Sabtu, sebahagian dari kami yang tidak mendapat gangguan, mengambil kesempatan berkunjung ke Aqwa kepunyaan Jabatan Perikanan. Berabagai-bagai jenis ikan hidup dipamerkan dalam aquarium di situ, ada di antaranya yang namanya tidak pernah kami dengar dan rupanya tidak pernah kami lihat, seperti ikan buaya umpamanya.
Di Aquarium besar itu ikan-ikan dipamerkan untuk tontonan semua peringkat, bukan sahaja untuk kanak-kanak belasan tahun. Suasana di dalam juga selesa, berhawa dingin, kemas, bersih dan teratur.
Burung-Burung Di sangkar
Ikan-ikan di kaca
Hidupnya senang
Mewah sentiasa.
Tapi ikan-ikan di kaca
Bak beburung di sangkar emas,
Mata terlepas
Badan terkurung
Hati tercuka.
Nelayan di laut berhempas pulas
Membanting tulang
Di bawah kolong langit
Hujan dan panas
Ribut membadai
Mencari sesuap pagi dan sesuap petang.
Tapi hatinya bernyanyi riang
Berdendang gembira
Di bawah limpahan mentari,
Di bawah langit membanjir hujan
Menari dan menyanyi,
Hatinya senang.
Jiwanya aman
Bebas merdeka
Meneroka samudera.
Ikan-ikan di kaca
Burung-burung di sangkar
Demikian nasibnya
Hamba abdi
Mata lepas
Badan terkurung jua.
Muzium Toys
Dalam perjalanan pulang kami pada hari Ahad, kami melaui kawasan Batu Feringgi. Kami sainggah di Bukit Bendera dengan tujuan untuk membeli sedikit jeruk pala dan cendera hati di kaki bukit itu.
Tapi tak ada tempat parkir keenderaan. Sudah Penuh. Bila sampai di kaki bukit, kami di arah mematah balik. Sepatutnya dari jauh lagi kami dimaklumkan tentang ketiadaan parkir kereta supaya kami tidak perlu meneruskan perjalanan samapi ke hujung jalan, dan dengan itu dapatlah parkir di mana-mana tempat yang sesuai. Cara ini tidak menyusahkan orang ramai untuk menghampiri Bukit Bendera pada hari yang sibuk seperti hari itu..
Kami terpkasa parkir kereta kira-kira setengah kilometer dari kaki Bukit Bendera, dan terpakasa berjalan kaki dalam hujan yang agak lebat. Justeru itu hanya seorang sahaja dari kami yang diwakilkan pergi dengan berpayung untuk membeli sedikti cendedra hati.
Ketika berhenti di lampu isyarat jalan sebelum sampai ke Bukit Bendera, kami terpandang sebuah kain pemidang yang terentang di sbuah pintu bangunan yang tertulis dengan perkataan “AKAN BIBUKA”, sedangkan maksud sebenarnya “Akan Dibuka”. Agaknya sudah berapa lama kain rentang itu terentang di situ tanpa diperbetulkan?
Selepas itu kami menerus perjalanan ke Batu Feringgi dan singgah di Muzium Toys kerana cucu-cucu ingin melihatnya. Bayaran masukknya RM 10.00 untuk dewasa dan RM 6.00 untuk kanak-kanak. Tanpa menggunakan teket.
Muzium itu lebih sesuai untuk kanak-kanak, kerana sebahagian besar daripada bahan-bahan yang dipamerkan memang disukai oleh kanak-kanak, bukannya untuk orang dewasa.
Suasana dalam muzium tidak menyenangkan. Sebahagian daripada barang-barang pameran telah tiada pada tempatnya. Kami diberitahu kemudian, muzium itu dalam proses pemindahan. Justeru itu pada hemat kami muzium itu tidak patut dibuka untuk tuntuan orang ramai, atau kalau nak buka juga dengan tawaran bayaran yang dikurangkan daripada biasa.
Ketika berada di dalamnya pula, kami juga tertanya-tanya, kalau berlaku keceamsan pada muzium itu mana pintu kecemasannya untuk mereka di dalamnya lari keluar menyelamatkan diri? Adakah nanti mereka di dalamnya akan terperangkap dan mati katak?
Bagaimanakah pihak berkuasa boleh membenarkan muzium ini beroperasi jika tidak ada ciri-ciri keselamatan untuk orang ramai?
Keluar dari Muzium Toys perut terasa lapar. Dari sejak awal lagi, kami bercadang hendak makan nasi kandar Pulau Pinang, tapi sejak semalam lagi kami mencari nasi kandar di sekitar berhampiran tempat tinggal, tapi tidak bertemu, sedangkan kami engggan pergi George Town atau berhampiran semata-mata untuk mencari nasi kandar.
Untuk mencari nasi kandar ini, sama payahnya dengan hendak mencari jeruk pala. Lebih mudah mecari nasi kepala ikan dan kari India daripada mencari jeruk buah pala dan nasi kandar di Pulau Pinang. Kenapa?
Mau tidak mau kami terpkasa singgah membeli makanan segera yang memang mudah diperolehi di Kota Bharu atau di mana-mana tempat sahaja, dan pada lewat tengah harinya kami singgah di kedai nasi kepala ikan di Grik dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu. Nampaknya ramai keenderaan singgah di situ, termasuk bas dan lori, kerana letaknya di tempat yang strategik, di simpang empat lampu isyarat jalan.
Bila sampai di Jeli kami singgah di Bukit Bunga yang memang terkenal dengan barang-barang jualan di pinggir jalan, menggunakan khemah-khemah dan gerai-gerai sementara. Memang banyak barang-barang yang dipamerkan, termasuk barang-barang cendera hati, dan serba neka pakaian, dengan harga berpatutan.
Tidak ada cadangankah pihak berkuasa untuk memulihkan tempat jualan itu supaya menjadi lebih selesa daripada keadaan hari ini yang sudah sekian lama begitu keadaannya?
Kemudian kami singgah di salah sebuah stesen minyak di Jeli untuk solat dan membeli sedikit barang makanan. Rupa-rupanya setesen minyak itu merupakan pasar raya Jeli, di mana hampir semua barang keperluan harian ada jual di situ; saya dimaklumkan di bandar Jeli ini masih belum ada pasar raya. Justeru setesen minyak itu sentiasa ramai, bukan sahaja dengan pelancung-pelancung yang singgah, tapi juga dengan penduduk-penduduk tempatan, orang-orang kampung di sekitar yang datang untuk membeli-belah barang keperluan harian mereka sebagai sebuah pasar raya.
Sekianlah titik bengik di Pulau Mutiara.
END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.
0 comments:
Post a Comment