Petua Menjaga Kejelitaan Mata

>> Monday, October 1, 2012



KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



PETUA MENJAGA kEJELITAAN MATA


Mata adalah salah satu organ yang penting kepada makhluk-makhluk manusia dan haiwan untuk membolehkan mereka menjalankan tanggunjawab hidup dengan lebih sempurna.


Antara tugas-tugas penting yang memerlukan mata kepada manusia ialah untuk mengurus kehidupan seharian mereka, untuk mencari nafkah dan juga untuk menunaikan ibadat kepada Allah dengan lebih wajar.


Cuba bayangkanlah bagaimana jadinya andainya semua makhluk di dunia ini tiba-tiba kehilangan mata atau ada mata tapi tidak dapat melihat apa-apa? Bolehkan anda bayangkan bagaimanakah kelam kabutnya suasana dunia waktu itu?


Justeru itu mata hendaklah dijaga dengan sewajarnya, supaya tidak mudah terganggu oleh perkara-perkara yang memang boleh dielakkan dengan berhati-hati dan usaha-usaha yang wajar yang sesuai dengan kepentingannya.


Mata adalah pancaindera yang berguna untuk melihat benda-benda yang ada atas di atas  dunia ini, khususnya melihat  cahaya, gelap dan terang, dan melihat warna-warni yang membentuk sesuatu benda kelihatan pada mata.


Selain daripada dua biji mata, anggota-anggota lain yang berkait dengan mata juga perlu dijaga dengan sebaik-baiknya, kerana ia juga dapat menentukan kecantikan mata, supaya sedap dipandang  oleh orang yang tersayang.


Antara anggota tersebut ialah bulu mata, dan bulu kening atau atau dalam bahasa lain disebut alis dan kelopak mata. Kedua-adua anggota mata ini dapat mempengaruhi kecantikan mata seseorang, khususnya kaum wanita. 


Sebahagian daripada yang diumaksudkan dengan penjagaan mata, adalah secara langsung melibatkan ketiga-tiga anggota tersebut, iaitu alis, bulu mata dan kelopak mata.


-Mencuci Mata


Hari ini ada berbagai-bagai bahan di pasaran yang yang khusus untuk mencuci dan merawat mata, seperti mata gatal, berpasir dan mata merah.


Walau bagaimana pun datuk nenek kita ada meninggalkan petua yang khusus untuk mencuci mata, membuangkan segala kekotoran yang mungkin terdapt di dalam mata itu.


Bahan yang digunakan oleh orang-orang tua kita ialah daun sirih. Yang diperlukanah ialah beberapa helai daun sirih yang segar, lembut, licin dan bersih.


Masukkan air suam ke dalam sebuah bekas yang bersih. Masukkan daun sirih tadi ke dalamnya dan ramas-ramaskan dengan tangan yang bersih. Biarkan hingga airnya sejuk dan bening.


Tapiskan air itu ke dalam sebuah mangkok besar. Kemduain masukkan muka anda ke dalam mangkuk itu, dan pejam celikkan mata anda di dalamnya buat beberapa kali.


Angkat muka anda dari mangkok, lapkan dengan tuala, kemudian ulang lagi sekali atau dua kali.


Jika petua ini sering diamalkan, mata boleh menjadi bersih, sihat dan segar, juga boleh membuat mata menjadi terang, bersinar-sinar dan menarik. Mata yang mempesonakan.


-Menghilang Bengkak Mata


Jangan kaget, jika mata kita  secara tiba-tiba menjadi bengkak.


Mungkin ketika bangun tidur pada suatu pagi, anda mendapati tiba-tiba mata anda menjadi bengkak, mugkin kerana kurang tidur, atau mungkin kerana tersalah tidur meniarap atau tersembam muka.


Ini ada petua datuk nenek untuk menghilkannya.


Ambil sebiji timun, hiriskan secara berkeping-keping sebanyak beberapa keping yang diperlukan.


Baring dan tutupkan mata anda. Letakkan sekeping timun itu ke atas mata anda, biarkan sehingga anda merasa bengkaknya telah surut atau hilang..


Kalau perlu tukarkan kepingan timun itu dengan yang baru.


-Melentik Bulu Mata


Bulu mata letaknya di kelopak mata. Kedua-duanya berguna untuk melembapkan mata dan menjaga mata daripada dicerobohi oleh habuk-habuk yang begitu banyak di sekitar kehidupan harian kita.


Untuk menambahkan kencantikannya bulu mata boleh dilebat dan dilentikkan secara tradisional tanpa merubahkan kejadian aslinya.


Bahan yang diperlukan ialah daun sirih dan  teh dan daun lidah buaya dengan menggunakan cara-cara tertentu.


Letakkan dua sudu besar serbuk teh dalam sebuah bekas, dan tuangkan air mendidih ke dalamnya. 


Biarkan dia sejuk, kemudian perembunkannya semalaman di tempat yang sesuai.


Pagi besoknya gunakan air teh itu untuk mencuci muka, termasuk bulu-bulu matanya hingga sampai ke bahagian umbinya.


Kemudian lapkan muka dengan kain atau tuala yang bersih.


Lidah buaya pula  diperlukan getahnya. Ambil urat daun sirih, celupkan kepada getah lidah buaya itu lalu disapukan pada bulu mata sambil melentik-lenetikkannya ke atas.




Amalkan petua ini sekerap yang mungkin, insya-Allah bulu mata akan menjadi lebat dan lentik serta cantik dipandang.


-Melembutkan Alis


Ia dipanggil bulu kening kerana letaknya di atas anggota yang dipanggil kening, dan dalam bahasa yang khsusunya dipanggil alis, alis mata.


Fungsi utama kening dan bulu kening ialah untuk menghalang air, seperti air hujan atau peluh daripada menurun melimpah ke dalam biji mata.


Selain itu, alis juga boleh menambahkan kecantikan mata dan wajah seseorang, kerana alis mempunyai berbagai rupa dan bentuk yang mempunyai pengertiannya yang tersendiri pula jika dianalisa.


Ini adalah petua bagi mereka yang ingin melebatkan bulu kening mereka secara tradisional.


Apa yang diperlukan ialah sebiji buah keras. Buang kulitnya, dan ambil isinya dan bakar.


Dengan menggunakan sebatang bilah buluh, seperti pencucuk satai yang ditumpulkan, cucuh-cucuhkan pada buah keras yang sedang dibakar itu hingga keluar minyaknya..


Biarkan minyak itu sejuk, kemudian ambil dengan hujung jari telunjuk, dan sapu-sapukan ke alis dan juga ke bahagian kening sekitarnya.


Amalkan selalu, insya-Allah  berjaya.


-Menghitamkan Bulu Kening


Bahan yang diperlukan untuk menghitamkan bulu kening ialah sekeping isi kelapa tua sebesar dua jari yang dilekangkan dari tempurungnya.


Bakarkan kepingan kelapa itu di atas api yang sederhana. Bila kelapa kelihatan hitam seperti arang dan agak berminyak, angkat dan sejukkan selama beberapa minit dalam sebuah bekas.


Kemudian bila sejuk, sapukan ia kepada alis atau bulu kening anda seperti memakai celak mata.
Buatlah berulang-ulang kali sehingga berjaya.


-Melebatkan Alis


Alis mata yang bulunya jarang-jarang, insya-Allah boleh dilebatkan dengan petua datuk nenek kita ini.



Ambil sebatang dua pokok paku sayur yang segar, lalu patah-patahkan untuk diambil getahnya yang berlendir itu.


Kemudian sapu-sapukan getah pokok paku yang berlendir ke alis mata. Amalkanlah petua ini setiap hari untuk mendapat hasilnya yang memuaskan. Insya-Allah.


Peristiwa


Ketika menaip tulisan ini saya terkenang kepada beberapa perisitiwa yang berhubung dengan mata.


Peristiwa pertama ialah ketika kami, saya dan isteri, menemani ibu [Maimuah bte Ismail-semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] memeriksa matanya di sebuah rumah sakit. Tiba-tiba masuk dua orang pemuda yang menghadapi problam mata.


Daripada percakapan dokor pakar dan jururawat yang bertugas kami mengetahui bahawa kedua-dua pemuda itu mengalamai gangguan mata. Puncanya kerana di dalam matanya banyak terdapat debu-debu celak mata yang menganggu pengelihatan mereka.


Dengan itu kedua-dua belah mata pemuda itu perlu dicuci dan dibuang bahan celak trsebut supaya pengelihatannya kembali pulih seperti sedia kala.


Pengajaran dari kisah ini ialah kita hendaklah sentiasa  berhtai-hati dalam menggunakan sesuatu, walaupun bahan-bahan  itu memang baik dan sunnah digunakan, supaya tidak menjadi sebaliknya menganggu kesihatan diri sendiri.


Satu peristiwa lagi ialah berlaku dalam bulan Ramadan. Pada hari itu, saya dan isteri [Asiah Yaacob-semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya} singgah di sebuah masjid di Wisma Yakin. Selepas solat Zohor berjemaah, saya mengambil sebuah kitab suci al-Quran yang secara berkebetulan berada di hadapan saya. Setelah meletakkan cermin mata yang saya tanggalkan ketika solat tadi ke mata, saya pun membuka kitab suci itu untuk memabca mana-mana surah yang saya maksudkan..


Seorang lelaki, mungkin seorang Bai yang duduk tidak jauh di sebelah saya, lalu menghisut dan duduk berdekatan  saya. Tiba-tiba dia bertanya saya, “Kenapa pakai cermin mata hendak baca Quran, encik?”.


“Tak pakai cermin mata, saya tak boleh baca. Tak nampak”. Saya jelaskan tanpa megetahui apa maksudnya bertanya itu.


“Oh, begitu”, katanya. “Boleh saya tunjukkan satu cara untuk menjadikan mata terang?”.


“Boleh?”, jawab saya ingin tahu, “Bagaimana caranya?”.


“Begini. Satu masa dulu, mata saya tidak boleh lihat. Tak nampak apa-apa pun. Nak berjalan pun tak boleh. Kena ada orang tolong”. Jelas lelaki itu.”Tapi bila saya baca satu ayat Quran, saya boleh melihat kembali”.


“Yakah?”. Tanya saya.


“Ya. Saya beritahu semua orang yang saya jumpa supaya mereka dapat melihat seperti saya kembali. Awak buka al-Quran lihat Surah Kaf ayat dua puluh dua”. Dia lalu membaca surah pendek itu yang bermaksud, “Maka Kami singkapkan tutup [yang menutupi] matamu, sehingga pengelihatanmu pada hari ini sangat tajam”.


“Bacalah ayat itu selalu, “ katanya, “Terutama selepas sembahayang”.


Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya atas nasihatnya yang berharga.


Sesungguh ayat-ayat suci al-Quran itu, selain daripada dikurniakan pahala kerana membacanya, tapi juga mempunyai berbagai-bagai mukjizat yang berguna kepada pembaca-pembacanya, termasuk dari segi kesihatan ruhani dan jasmnai sebagaimana dinyatakan oleh lelaki tadi.


Allahuakbar.


END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr,PrEnd




END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.End

1 comments:

fatimah June 4, 2014 at 10:18 PM  

Perkongsian yang sangat menarik admin. Saya juga ada share tip kurus dan tip kecantikan di blog saya. Jemputlah melawat blog saya juga. www.beautyfatimah.net

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP