Murtad: Mana-mana Undang-Undangnya?
>> Monday, October 15, 2012
MURTAD: MANA UNDANG-UNDANGNYA?
MURTAD adalah satu gejala buruk dan amat memalukan yang tidak boleh dipandang sepi. Ia lahir sebagai manifastasi daripada berbagai-bagai sistem yang telah sekian lama wujud di negara kita ini, dan merupakan barah merbahaya yang boleh membiak dengan pantas, membinasakan seluruh masyarakat Islam dan mencemarkan kemurnian agama Islam yang diredai Allah.
Islam bukanlah satu agama ritual
semata-mata, tetapi satu cara hidup yang mencakupi seluruh ruang lingkup
kehidupan manusia, baik sosial, budaya, politik, ekonomi, undang-undang,
pendidikan dan lain-lain.
Justeru itu, konsep kenegaraan bagi
perlaksanaan undang-undang Islam memang wujud dalam Islam, iaitu undang-undang
yang bersifat sejagat yang meliputi hubungan manusia dengan Allah, manusia
dengan manusia dan manusia dengan alam keliling.
Justeru itu, tidak hairanlah andainya di beberapa buah negeri dalam negara kita, sebelum penjajah menginjakkan kakinya di bumi ini, telah pun mengamalkan undang-undang Islam. tetapi apabila penjajah mulai bertapak, undang-undang Islam itu bukan sahaja diabaikan, malah dilanyak-lanyak oleh penjajah yang mempunyai matalamtnya sendiri terhadap anak jajahannya.
Kedatangan Portugis di Melaka pada
tahun 1511 M, pendudukan Belanda pada tahun 1641 M, campur tangan British di
Pulau Pinang pada tahun 1786 M, dan kemasukan British di Perak pada tahun 1874
M mempunyai makna yang besar terhadap Tanah Melayu, kemudiannya Malaysia,
terutama dari segi pelaksanaan undang-undang Islam.
Campur tangan British itu telah
meminggirkan undang-undang Islam yang telah sekian lama menjadi undang-undang
negara, malah sebaliknya mereka telah menukarnya dengan undang-undang sekular
dalam semua jurusan kehidupan, di samping itu mereka memperkenal dan
menyebarkan agama Kristian di negara ini, yang merupakan salah satu strateji
penjajahan Barat. Salah satu jurusan yang penting yang mereka cerobohi ialah
bidang pendidikan yang memberi sumbangan yang berpanjangan terhadap kehancuran
masyarakat Islam. Menerusi saluran mentaliti ini, mereka tidak lagi memerlukan
peperangan fizikal yang menumpahkan darah manusia untuk menanamkan pengaruh
mereka.
Seterusnya, British memaksakan
perjalanan undang-udang British yang disebut “Common Law” dan serentak dengan
itu juga memingirkan sebahagian besar daripada undang-undang Islam, iaitu
dengan melantik hakim-hakim bicara yang membuat keputusan berpandukan
undang-undang British. Dalam kontaks ini British memperkenalkan undang-undang
sivil dan undang-undang jenayah yang berpandukan undang-undang British. Dan di
atas nama keadilan, British menubuhkan Dewan Undangan Negeri di setiap negeri
bagi meluluskan undang-undang berdasarkan undang-undang British, dan serentak itu
juga melantik segolongan pembesar-pembesar Melayu menjadi hakim-hakim bagi
mengadili dan menjatuhkan hukuman mengikut undang-udang British itu.
Perkembangan seterusnya menyaksikan British berjaya menubuhkan mahkamah sekular
di setiap buah negeri yang beroperasi mengikut undang-undang British.
Kemudian, semua Mahkamah Syariah yang sedia ada di beberapa buah negeri telah disusun semula berdasarkan selera British, iaitu menurut perundangan British. Maka dengan itu bidang kuasa undang-undang Islam telah diperkecilkan, dan hanya terbatas kepada undang-undang keluarga dan untuk orang-orang Islam sahaja. Bila meletus penentangan orang-orang Melayu terhadap usaha-usaha jahat British itu, maka untuk mengendurkan ketegangan tersebut, British menubuhkan Majlis Agama Islam di negeri Melayu, dengan segala peraturan dan undang-undangnya disesuai dengan kehendak British juga. Kedaan seperti ini berlanjutan sehingga negara nencapai kemrdekaan pada tahun 1957.
Walau pun kini telah setengah abad
British berundur, dan negara mencapai kemerdekaaan, tetapi sisa benih yang
ditanam oleh penjajah terus juga bercukul dalam berbagai-bagai bidang,
khususnya dalam bidang perundangan yang amat penting itu. Taraf undang-undang
Islam masih tetap kerdil di sisi “Common Law”, peninggalan British apabila
undang-undang Islam hanya tertumpu kepada undang-undang diri, itu pun dalam
bidang tertentu sahaja, khasnya dalam undang-undang keluarga dan hal ehwal
agama Islam, seperti berwasiat atau
tidak berwasiat, perkahwinan, perceraian, pertunagnan, maskhawin, nafkah,
penjagaan anak, pembahagian harta dan sebagainya [Artikel [2] 74. Dalam hal ini
peranan British yang memomok-momokkan dan memperekcil-kecilkan undang-undang
Islam sebagai undang-undang yang kejam dan tidak prkatikal tertanam dalam
fikrian rakyat negara ini, khususnya di kalangan mereka yang jahil dengan
undang-undang Islam.
Justeru itu, prinsip-prinsip yang
terkandung dalam Perlembagaan Malaysia merupakan prinsip-prinsip yang digubal
pada awal-awal tahun kemerdekaan yang meletakkan agama Islam di pinggiran
sebagai agama resmi Persekutuan dan tanpa kuasa yang ampuh, dan ini sudah tentu
bercanggah dengan arus kebangkitan Islam di seluruh dunia hari ini. Dalam
perlembagaan yang ada sekarang, terdapat titik-titik kelemahan mengenai agama
Islam yang amat ketara, yang sering diperalatkan oleh musuh-musuh Islam untuk
memusnahakn akidah umat Islam di negara ini. Walau pun dalam perlembagaan itu
terdapat peruntukan yang melarang orang-orang bukan Islam menyebarkan agama
mereka di kalangan orang-orang Islam, tetapi dalam peerlembagaan itu juga
terdapat fasal 11 [1] yang memberi kebebasan kepada rakyat negara ini beragama.
Sangat mungkin fasal ini telah dijadikan alasan oleh sebahagian orang untuk
keluar dari Islam.
Dalam sesebuah negara yang mempunyai
perlembagaan bukan Islam, maka sudah tentu tidak terdapat peruntukan
undang-undang yang khusus bagi menjaga kepentingan orang-orang Islam, khsusunya
undang-undang untuk melindungi akidah, mereka daripada rosak.
Akibatnya, sejak kebelakangan ini,
bilangan orang-orang Islam yang menyatakan keinginannya secara terbuka untuk
murtad menerusi undang-undang makin
bertambah. Walau pun bilangan mereka yang murtad itu tidaklah seramai
orang-orang yang memeluk agama Islam, tetapi perbuatan tersebut cukup menghina
dan menakutkan.
Tidak sak lagi, keadaan ini
merupakan hasil daripada usaha yang ditanam oleh penjajah British sejak lama
dahulu, di mana bibit-bibitnya telah bercambah dan mengambil tempatnya untuk
menghancurkan umat Islam sekarang.
Walau bagaimana pun, dalam gelumbang
kebangkitan Islam hari ini, umat Islam telah sedar bahawa kecuaian mereka dalam
melaksanakan hukum-hukum Islam telah menyebabkan mereka ditimpa oleh
berbagai-bagasi petaka kemusnahan dan kehancuran. Justeru itu mereka telah
berjuang dengan berbagai-bagai cara untuk menegakkan kembali hukum Islam dan
undang-undangnya, yang selama ini mereka perkecil dan abaikan seperti pusaka
yang tidak berharga.
Perjuangan untuk mendaulatkan Islam
di negara kita adalah selari dengan arus sejarah negara kita, di mana sebelum
dijajah, sebilangan besar penduduk negara ini yang berbilang kaum telah
bersedia menerima pakai undang-undang yang berasaskan Islam, khususnya di
negeri Melaka yang penduduknya pada masa itu bersifat kosmopolitan. Ini adalah
satu hakikat sejarah yang penting yang patut tersemat dalam setiap benak rakyat
negara ini, terurtama di kalangan orang-orang bukan Islam dan kuncu-kuncunya
yang sekarang menentang perlaksanaan hukum-hukum dan undang-undang Islam.
Sejarah di atas telah menolak dakwaan bahawa undang-undang Islam tidak dapat
dilaksanakan di negara ini, kerana keadaan politik, kemasyarkatan dan kerana
penduduk yang berbilang bangsa.
Lebih-lebih lagi patut diingat,
bahawa undang-undang Islam itu adalah undang-undang ciptaan Allah S.W.T.
Justeru itu ia merupakan undang-undang terunggul yang penuh dengan keadilan
yang merata kepada seluruh umat manusia, dan melaksanakannya adalah merupakan
ibadat yang akan dikurniakan pahala oleh Allah S.W.T. Andainya seluruh undang-undang
bikinan manusia di dunia ini disatukan sekali pun, ia tidak akan dapat menandingini
keunggulan undang-undang ciptan Allah dalam segala seginya.
Undang-undang Islam ciptaan Allah
ini mempunyai matlamatnya yang jauh lebih luas, merangkumi kebahagian hidup
manusia di dunia dan akhirat, dan meliputi lima hak asasi manusia, iaitu agama,
nyawa, akal, keturuan dan harta benda. Oleh sebab undang-undang Islam itu
ciptaan Allah, maka ianya seusai dilaksnakan di segala tempat dan zaman.
Keunggulannya telah terbukti dalam zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w., dan
dalam zaman pemerintahan Khulafaur-Rashidin selepas kemangkatan Baginda s.a.w.
Oleh sebab ketiadaan peruntukan
undang-undang dalam perlembagaan negara menjadi salah satu sebab kenapa umat
Islam mudah menjadi murtad, maka perlulah peruntukan berkenaan dimasukkan
supaya orang-orang Islam yang mempunyai bilangan majoriti di negara ini tidak
mudah mengistiyarkan dirinya murtad dengan cara yang sewenang-wenangnya.
Seorang yang murtad adalah seorang penjenayah yang menzalami diri sendiri, dan
juga menzalami agamanya. Keadaan ini tidak wajar dibiarkan berleluasa kerana ia
dapat merosakkan anggota masyarakat Islam yang lain. Kita umat Islam hendaklah
mengambil sikap waspada dengan menutup segala ruang yang boleh memberi
perangsang kepada percambahan gejala-gejala murtad daripada berlaku yang
menyebabkan umat Islam dipandang keji dan hina serta tdak lagi digeruni.
Pada umumnya sistem perundangan buatan manusia telah meletakkan hukuman khusus ke atas mereka yang menentang negara atau sistem pemerintahan yang diamalkan oleh masing-masing negara. Mana negara sekali pun, baik negara kapitalis, komunis ataupun demokrasi, apabila ada rakyatnya yang berpaling tadah atau keluar dari sistem negaranya, atau menyeleweng, maka orang itu pasti akan dituduh sebagai pengkhianat negara yang pasti akan dijatuhi hukuman mati atau setidak-tidaknya penjara seumur hdiup.
Dalam hal ini, sikap salah
mempersalahkan dan menuding jari tidak dapat menyelesaikan gejala buruk ini,
malah ia boleh memburukkan lagi suasana yang telah keruh. Apa yang penting
ialah setiap orang dari kita mestilah merasa bertanggungjawab dan tidak jenuh
berusaha untuk menjernihkan keadaan dengan penuh kesabaran dan tanggungjawab
membangunkan syiar Islam yang sentiasa diancam dan diasak dari segenap segi
itu.
Seluruh anggota masyarakat, mestilah
memain peranan mereka masing-msing dalam menetang gejala murtad ini dan juga
penyakit-penyakit masyarakat Islam yang lain, tanpa mengira kedudukan dan
fahaman msing-masing. Adalah menjdi tanggung jawab bersama setiap umat Islam
untuk menyelamatkan saudaranya daripada ditimpa kemurkaan Allah, kerana kita
sedar akasn firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Barangsiapa di
antara kamu murtad [keluar] daripada agamanya. Lalu ia mati sedangkan ia tetap
dalam kekafiran, maka guggurlah semua amal mereka di dunia dan akhirat dan
mereka adalah mejadi ahli neraka yang kekal abadi di dalamnya:Al-Baqarah:47.
Walau bagaimana pun kerajaan yang
memerintah mempunyai kuasa menerusi Parlimen untuk menggubal, meminda dan
memansukhkan mana-mana peruntukan undang-undang, termasukah penggubalaan undang-undang
murtad, bagi maksud supaya gejala murtad ini dpat dibendung serta tidak lagi
berlaku dengan sewenang-wenangnya sehingga menjatuhkan maruah umat Islam di
seluruh dunia. Oleh kerana jenayah murad perlu dijatuhkan hukuman setimpal,
sesuai dengan al-Quran dan as-sunnah, maka satu peruntukan undang-undang yang
sewajanya perlulah disediakan untuk memberi ruang kepada pelaksanaan
undang-undang Allah itu.
[Rencana
ini buat pertama kali disiarkan dalam Pengasuh keluaran Julai-Ogos 1998. Ia
dihasil atas permintaan Datok Yusuf Zaky Yaacob yang pada waktu itu menyandang
jawatan Ketua Pengarang Pengasuh. Allahyarham meminta saya menulis rencana
tersebut ketika saya menemui beliau kerana urusan resmi di pejabat Dian Sdn
Bhd. di Lundang, dan ketika itu saya bertugas di SUK. Pada waktu isu murtad
merupakan isu yang menggamatkan seluruh
negara].
END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd
END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd
0 comments:
Post a Comment