Islam, Perlembagaan, Raja-Raja Melayu Dan Alim Ulamak

>> Sunday, October 28, 2012




ISLAM,PERLEMBAGAAN, RAJA-RAJA MELAyU dan ALIM ULAMAK




Setiap buah negeri atau negara di dunia mesti memiliki perlembagaan masing-masing. Perlembagaan inilah yang menentukan perjalanan pentadbiran atau pemerintahan negeri atau negara tersebut berjalan dengan lancar dan wajar. Oleh sebab itu, biasanya setiap buah perlembagaan menyatakan dengan jelas cara-cara pemerintahan, hak laperseorang, hak kebebasan, hak asasi, sistem kehakiman, kewarganegaraan, sistem kewangan, perkhidamran awam, pilihanraya dan berbagai-bagai aspek lagi yang penting.


Di dalam sesebuah perlembagaan terdapat semua a-undang asas negara berkenaan. Di mana kerjaan yang memerintah hendaklah berusaha dan mampu melaksanakan isi yang terkandungan dalam perlembagaan tersebut. Oleh itu, sesebuah perlembagaan itu tidak akan berguna atau tidak bererti langsung, andainya kerajaan yang memerintah tidak melaksanakan apa-apa yang terdapat di dalam perlembagaan tersebut, apa lagi kiranya butir-butir yang terdapat di dalam perlembagaan itu di pijak-pijak atau dilanggar dengan sesuka hati demi kepentingan pihak pemerintah,.


Oleh itu sesebuah negeri atau negara memerlukan sebuah perlembagaan untuk menjadi panduan kepada kerajaan yang memerintah dalam melaksanakan tindakannya dalam bebagai-bagai bidang dan jurusan, termasuk dalam menentukan dasar dan hala tuju  politik  sesebuah negara. Justeru itu mana-mana butir yang terdapat di dalam sesebuah perlembagaan itu tidak sesuai, tidak wajar dan sudah lapok, maka pemerintah hendaklah mengambil inisiatip membaiki, menghapuskan atau menggantinya dengan undang-undang  baru yang lebih relevan dan wajar dan dapat di terima.


Perlembagaan Negara


Justeru itu  dalam perlembagaan negara kita Malaysia, kedudukan agama Islam mestilah dengan tegas menyatakan bahawa agama Islam bukannya agama ritual atau agama upacara, tapi sebuah agama  ad-din, sebagai suatu tatacara hidup yang syumul, menyeluruh mencakupi semua bidang kehidupan.

Perlembagaan negara Malaysia mestilah mendaulatkan agama Islam, mentafsirkannya dengan cara yang sebaik-baiknya, seutuh-utuhnya dan semurni-murninya. Bukanya  sebagai bahan tempel-tempelan sahaja, persis kain buruk yang digunakan untuk menampal tempat-tempat yang koyak pada pakaian.


Sesungguhnya Islam tidak boleh didaulatkan secara serpihan dan temple-tempelan, kerana:
Allah berfimran, dalam Surah Al-Baqarah:


“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langah syaitan. Ia musuh yang nyata bagimu”. Al-Baqarah: 208.


Oleh itu Perlembagaan negara kita mestilah berteraskan al-Quran dan As-Sunnah, atau sekurang-kurangnya mana-mana peruntukan yang bercanggah dengan Islam hendaklah dibatalkan.


Tapi ada peihak yang berhujah bahawa pandangan seperti ini bukan sahaja tidak dapat diterima, malah dianggap fikiran yang jumud, dan tidak berpijak di bumi nyata, dengan memberi alasan bahawa negara kitai mempunyai penduduk yang berbilang  bangsa, di mana umat Islam di negara ini hanya sebanyak 56 peratus sahaja daripada seluruh penduduk.


Di samping itu banyak lagi alasan-alasan yang mereka utarakan sebagai dalihan untuk tidak meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya di negara ini.


Andainya alasan ini benar, maka sudah tentu Islam tidak dapat ditegakkan di zaman mana sekali pun. Kerana Islam tidak pernah didatangkan hanya bila bilangan orang-orang Islam mencapai seratus peratus.


Di zaman Rasulullah s.a.w. gologan umat Islam adalah sedikit sahaja, demikian jugalah dengan zaman para sahabat dan khalifah yang terkemudian. Islam telah didaulatkan dan Islam telah berjaya memberi sinaran hidup yang aman damai kepada semua orang, baik kepada orang Islam atau pun bukan Islam.


Denga itu jelaslah, bukan soal bilangan peratus umat Islam yang menjadi persoalan pokok. Tapi soal keyakinan dan kepercayaan terahdap kemampuan Islam itulah yang menyebabkan golongan-golongan tertentu berdolak-dalik untuk menempatkan Islam seutuh dan semurni-murninya.


Sejarah


Sejarah tidak berbohong, malah sentiasa memberi pelajaran dan bukti kepada mereka yang suka membacanya, dan mengambil pelajaran daripadanya.

Di zaman sebelum merdeka, negeri-negeri Melayu telah dijajah oleh Inggeris. Tapi Raja-raja Melayu dan alim ulama telah berganding bahu mempertahankan Islam, malah menjadikan Islam agama resmi negeri-negeri Melayu. Ini adalah jasa Raja-raja Melayu dan alim ulamak yang sangat mahal terdapat dalam catatan sejarah bangsa kita.


Sebaliknya, kalau kita perhatikan negeri-negeri atau neagra-negara yang menghapuskan raja atau khalifah, seperti Turki umpamanya, menyebabkan agama Islam telah tersingkir dan tidak mendapat kedudukan yang sewajarnya.


Kita lihat di Turki, ejen Yahudi, Mustafa Kamal Attarturk telah berjaya menyingkir Sulatan Abdul Hamid II, maka dengan itu bererti sekaligus dia telah berjaya menghapsukan sejarah kekhalifahaan Islam yang berusia lebih dadri tujuh ratus tahun. Walau pun Barat meyanjung tinggi Mustafa Kammal Ataturk sebagai bapak Turki moden, tapi jelas kepada kita Islam telah diketepikan di Turki.


Kenapa tidak? Sekolah-sekolah Arab telah ditutup di Turki, al-Quran telah ditulis dalam bahasa Turki, azan  dalam bahasa Turki, kaum wanita dilarang menutup aurat dan berbagai-bagai tindakan lagi telah diambil untuk menyingkirkan Islam dari bumi Turki.


Indonesia sebuah negara jiran yang terdekakt dengan kita yang telah menghapuskan pemerintahan beraja. Tapi beberapa orang tokoh ulamak terkemuka di negara itu, seperti Allahyarham Bapak Dr. HAMKA, dan Bapak Dr, Mohammaed Natsir pernah melahirkan pendapat mereka bahawa orang-orang Melayu di Malaysia masih beruntung kerana negeri Melayu masih mempunyai raja-raja, tetapi umat Islam di Indonesia sudah tidak demikian lagi keadaannya, kerana sudah kehilangan institusi raja yang menjadi ketua agama. Akibatnya orang-orang Kristian begitu bebas mendakyahkan agama mereka di kalangan masyarsakat Indonesia.


Kita lihat pula negara kita sendiri, contohnya di Sabah. Gereja-gereja telah dibangunkan di merata tempat di negeri itu tanpa sebarang sekatan. Kita juga masih ingat, beberapa tahun yang lalu, paderi-paderi dunia telah mengadakan pertemuan di Melaka. Kenapa Melaka dipilih? Kenapa tidak di negeri-negeri lain yang mempunyai raja menjadi pilihan mereka?


Manusia Hanya Boleh Merancang


Kita memang boleh merancang apa sahaja yang kita kehendaki, tapi dalam masa merancang itu, janganlah kita menjadi manusia yang bongkak dan takabur, hingga menyebabkan kita lupa bahawa Allah S.W.T. mempunyai perancangannya sendiri. Rancangan kita atur tidak dapat mengatasi perancangan Allah S.W.T.


Janganlah kita menjadi manusia yang bongkak dan sombong mendkawa bahwa kita boleh menentukan untung nasib kita sendiri.


Perhatikan petikan sekerat doa yang bermaksud:


“Kembangkanlah lambaian rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami, serta siapa juga bersama kami, keluarga dan anak-anak kami, serta siapa juga bersama kami. Jangalah ya Allah, Engkau biarkan nasib kami, ditentulan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata ataupun kadar yang lebih pendek dari itu lagi. Wahai Tuhan yang paling mudah dan paliing cepat memperkenankan doa”.


Allah berfirman:


“Janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka, meninggalkan apa yang didatangkan kepada kamu dari kebenaran”. Al-Maidah: 48.


Apa yang diharapkan oleh umat Islam, ialah Raja-raja Melayu dan para alim ulamak akan terus memainkan peranan mereka yang lebih besar dan berkesan untuk menjamin keutuhan agama Islam di negara ini selaras dengan syariat Islam yang sebenarnya, dan tidak membiarkan mana-mana pihak merendah dan menghina agama Islam sebagaimana sering berlaku sejak kebelakangan ini.


Bertindaklah dengan sewajarnya dan jangan direlakan cacing naik ke mata nanti, nanti penyesalan tidak berguna lagi.


Kita merasa amat sedih dan hati yang remuk berkecail bila ada sesetengah golongan umat Islam di negara kita berani membuka mulut melempar tuduhankan tuduhan berat  bahawa golongan-goolongan ulama kita hari ini telah menjadi ulama bisu, kerana menjaga kepentingan diri sendiri. Kita sentiasa mengtuduhan-tuduhan itu merupakan lemparan penghinaan yang tidak berasas.


[Rencana ini ditambahsuai daripada Khutbah Jumaat Majlis Agama Islam Dan Adat Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Tanpa tarikh].


END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.End







0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP