Diri Anda Peribadi Anda
>> Tuesday, May 31, 2011
DiriAndaPERIBADI ANDA
Semalam, selepas menghadiri suatu majlis di TDI, beberapa orang dari kami pergi makan-makan di sebuah resturan mamak yang sering kami kunjungi. Ketika sedang menikmati sekeping roti canai, saya terpandang seorang wanita masuk bersama suami dan seorang anak lelakinya mencari meja kosong.
Dari wajahnya, tergambar usianya masih belum sampai tiga puluh tahun. Dia mengekori di belakang suaminya yang berbadan kecil dan kelihatan lebih muda daripadanya. Mereka duduk di sebelah meja kami.
Dari sejak mula masuk tadi saya ternampak, wajahnya dipayungi mendung. Ada kesuggulan di wajahnya. Bila dia duduk, sebelah tangan kananya ditompangkan ke sebelah pipi kanannya, termangu-mangu.
Suaminya pula yang duduk di kerusi yang bertentangan dengannya bersama anaknya, asyik mendongakkan kepala menonton TV yang digantung di lantai bangunan. Rupa-rupanya dia sedang menonton siaran gusti. Macam tak kisah dengan isterinya yang menyimpan sesuatu misteri yang terpancar pada wajah dan keredupan sinar matanya itu.
Bila kami meninggalkan resturan mereka masih belum meninggalkan meja mereka, dan wanita itu pula mengeluarkan sebuah buku nota kecil dari tas tangannya dan sebatang pena yang telah terbuka tudungnya, macam nak menulis sesuatu.
Pagi tadi pula ketika berada di parkir kenderaan di sebuah pasar raya di ibu negara KL, saya melihat gelagak tiga orang gadis. Ketiga-tiga baru keluar dari sebuah motokar yang di parkirkan di situ. Seorang daripadanya bertudung kepala, dan lebih bergaya. Bajunya ketat, berlengan pendek paras siku, dadanya terdedah lebar macam sebuah landasan kapal terbang, dengan pusat bertelanjang…..
Ketika menaip catatan ini pula, saya terkenang perisitwa yang berlaku kira-kira setengah abad yang lalu. Waktu itu saya masih belum kahwin. Setiap malam, bila kami bertugas malam, di waktu kami makan-makan di sebuah resturan yang terletak berhampiran dengan pejabat kami, di tengah-tengah bandar KB itu, biasanya ada seorang wanita yang berusia tiga puluhan tahun akan masuk bersama dengan seorang lelaki. Wajah lelaki itu nampaknya berusia lebih tua sedikit dari wanita itu.
Setiap kali saya bertemu dengan wanita itu wajahnya selalu disapu mendung, sayu dan lesu, macam ada sesuatu yang terbuku di kalbunya. Senyumnya mahal sekali, hanya terukir di sudut bibirnya sahaja. Suaranya bila dia bercakap, hampir tidak kedengaran, halus dan perlahan. Demikianlah keadaannya termangu-mangu.
Saya angkatkan kisah-kisah tersebut sekadar untuk menunjukkan bahawa wajah anda atau penampilan diri anda dapat mencerminkan peribadi anda.
Rahsia Peribadi
Dan pertemuan saya dengan wanita semalam itu telah mencetuskan idea dalam benak saya untuk menulis sedikit tentang rahsia-rahsia yang tersembunyi di di sebalik wajah-wajah dan penampilan seseorang.
Saya percaya dari perawakan diri anda, orang dapat membaca peribadi anda.
Diri anda adalah peribadi anda.
Kerana itu, dengan melihat diri anda, orang dapat mengenali siapakah anda.
Wajah anda membuka rahsia peribadi anda.
Bercakap lebih jauh sedikit, melihat wajah anda orang dapat memabca apa yang tersembunyi dalam hati anda, tanpa anda perlu menjelaskanya.
Perkara ini tidak perlu dipelajari di sekolah tinggi, ia hanya diperolehi menerusi pengamatan dan pengalaman.
Yang dimaksudkan dengan pengelaman, bukan sahaja menerusi mata dan telinga anda yang biasa, tapi memerlukan pengamatan mata dan telinga batin anda.
Wajah
Perhatikan pada muka seseorang. Ada berbagai-bagai expresi atau bayangan pada wajah mereka.
Ada muka yang manis. Tidak puas dipandang.
Ada muka yang masam. Tak suka dipandang.
Ada muka yang lembut. Sedap dipandang.
Ada muka yang tenang dan bening. Tak puas dipandang.
Ada muka yang sekali pandang. Sudah membosankan.
Ada nuka yang seram. Menakutkan. Benci dipandang, macam hantu.
Ada muka yang sekali pandang. Terus mengamit hati. Ingin pandang dan pandang lagi. Ada magnet yang mempesonakan. Pandang tak jemu. Tapi bukan kerana tarikan nafsu. Kalau tarikan syahwat ada cerita lain pula. Sebab kalau digerakkan oleh syahwat tidak ada penilaian ini, kerana yang dicariya bukan keindahan anugerah Ilahi, tapi kesedapan dan kepuasan yang rendah yang terletak di penghujung pandangannya.
Ini tidak termasuk lagi bentuk-bentuk wajah yang beragam-ragam dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya.
Ada muka berbentuk bujur telur.
Ada muka berbentuk bujur sirih.
Ada muka berbentuk empat persegi.
Ada muka penuh macam bulan purnama.
Ada muka yang dahinya tinggi dan licin. Muka impian. Ia mengandungi rahsia-rahsia kebatinan yang tinggi. Tidak ramai wanita yang memilki dahi seperti ini.
Hidungnya pula ada bermcam-macam. Ada hidung yang mancung. Hidung yang kemek. Ada hidung macam pelepah nyiur. Dan bermacamp-macam jenis hidung lagi.
Tapi ada jug bentuk hidung yang tinggi. Hidung tinggi maknanya orang yang penyombong. Tidak disukai orang.
Semuanya ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing, baik secara zahir atau secara batinnya.
Oleh itu jagalah wajah anda yang asli itu. Tidak perlu anda berlebih-lebihan menampalkannya dengan cat dan pewarna, seolah-olah untuk menyembunyi apa yang terlindung di sebaliknya.
InsyaAllah muka yang selalu dibasahi wuduk dan dibawa bersujud itu akan sentiasa kelihatan bersih dan berseri yang menyenang dan menenangkan. Itulah cahaya iman.
Allah jadikan semua wanita cantik. Sama juga Allah jadikan semua lelaki cantik. Kalau tidak, tidak ramai lelaki yang bergelar suami, demikian juga tidak ramai wanita yang bergelar isteri, kecuali lelaki yang dianggap “tampan” dan wanita yang dianggap “jelita” sahaja
Kalau ada yang tidak “laku” itu bukan kerana wajahnya tidak cantik atau tidak tampan, tapi kerana sebab-sebab lain.
Mata
Cuba perhatikan mata.
Ada mata yang merah atau merah menyala. Ini menunjukan mata yang mengidap penyakit, atau dimasuki sampah atau kurang tidur.
Ada mata yang kuyu-layu. Ini menunjukan tidak cukup tidur atau mengantuk. Atau mata seorang yang kelaparan dadah.
Ada mata yang tenang dan bening. Menawan hati. Menarik dipandang.
Ada mata yang garang. Menakutkan. Mungkin sedang terbakar dalam kemarahan.
Ada mata yang galak, bersinar-sinar. Mata yang dibakar oleh nafsu.
Ada mata yang liar, menjeling ke sana, menjeling ke mari. Mata penjahat atau pencuri sedang mencari mangsa atau peluang.
Ada mata yang redup merayu. Mata yang menggoda. Mendebarkan untuk dipandang.
Mata yang bertahi. Menjejekkan. Mata yang mengidap penyakit mata dan memerlukan rawatan.
Pendeknya mata dapat mendedahkan berbabagi-bagai rahsia peribadi seseorang
Ini tidak temasuk lagi bentuk-bentuk mata dan warna mata. Ada mata yang bersinar macam bintang timur.
Walau bagaimana pun anda hendaklah berhati-hati dengan mata anda. Jangan biarkan mata membawa bencana.
Biasanya daripada pandangan mata inilah turun ke hati. Kalau hati itu, hati yang baik, tak apalah, tapi kalau hati itu telah gelap dan hitam legam menjadi wadah syaitan, berhati-hatilah akan bencana yang akan ditimpanya.
Rambut
Rambut pun ada berbagai-bagai wajah. Setiap wajah menunjukkan peribadinya yang tersendiri.
Ada rambut yang kusut masai. Menunjukkan keserabutan. Kegusaran. Tidak suka dipandang.
Ada rambut yang lurus dan kemas. Seorang yang smat dan pembersih.
Rambut yang berbau hapak dan busuk. Seorang yang pemalas menjaga kesihatan.
Rambut yang berbuah-buah. Tidak suka menjaga kebersihan.
Rambut yang disikat rapi dan berminyak. Cantik kelihatan. Sedap dipandang. Seorang yang suka menjaga keindahan diri.
Tapi hari ini tidak semua rambut wanita boleh dilihat di khalayak ramai. Ramai yang telah ditutup cantik, menutup aurat. Alhamdulillah. Kian ditutup, kian cantik, dan kian menarik.
Ibarat barang yang disayangi, sudah tentu dijaga dengan rapih, dan ditutup, supaya tidak terdedah kepada segala habuk-habuk dan serangga-serangga yang boleh merosakkannya.
Namun begitu, hari ini kalau anda ingin melihat rambut wanita, malah lebih jauh lagi pun boleh, tidak payah, buka sahaja tv, anda akan dapat melihat berbagai-bagai jenis rambut wanita yang sengaja didedahkan mereka ,mengikiut skrip yang telah disediakan.
Anda tak payah menggendap atau mengintip untuk melihat rambut wanita yang cantik bergaya. Bukalah tv.
Justeru kaum wanita haruslah beringat-ingat. Jangan biarkan rambut mereka memabwa padah ke atas diri mereka. Menutup aurat itu suatu kewajiban kepada mereka, tidak kira siapa mereka, orang kecil, orang besarkah, yang tinggal digobokkah atau yang tinggal diistanakah, hukum Allah hanya untuk semua.
Tangan
Tangan yang lembut dan halus. Tangan orang yang bekerja halus, seperti para pekerja pejabat dan para pegawai.
Tangan yang lembut, halus dan dingin. Tangan orang yang tak suka buat kerja menggunakan tangan. Tangan para jutawan.
Tangan yang kasar dan berkematu. Tangan orang yang bekerja keras, seperti para petani, penoreh getah atau tuang-tukang rumah.
Ada pula kuku-kuku yang panjang dan bertahi. Ini menujukan orang yang pemalas dan pengotor, hinggakan kuku-kukunya pun tak mampu dijaga dengan sebaik-baiknya.
Kaum wanita ada pula yang suka mengecat kuku mereka dengan berbagai-bagai warna. Ada cat kuku sukar untuk ditanggalkan, terpaksa dikikis dan dibersih untuk menanggalkanya.
Ada cerita-cerita tentang wanita-wanita yang suka mengecat kuku itu. Takdirkan Allah, mengikut ceritanya, dia meninggal dunia dengan cat penuh sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki. Di ceritakan tidak ada cara untuk menanggalkan cat-cat itu selepas mereka mati, kecuali mencabut kuku-kuku itu untuk diratakan ai mandian jenazah.
Kalau wanita bukan Islam tidaklah menjadi masalah, tanam sahaja mereka cara agama masing-masing. Tapi kepada wanita Islam sungguh malang.
Oleh itu kaum wanita hendaklah berhati-hati supaya tidak menerima nasib malang seperti itu.
Ada tangan yang comet dan berdaki. Menujukkan tangan orang yang pengotor dan tidak mementingkan kebersihan. Orang ini tidak suka mencuci tangan.
Jangan mudah mnghulur tangan untuk bersalam atau menerima salam dari atau kepada kaum yang bukan sejenis yang halal dinikahi. Jangan buat kerja haram atas alasan adat kebiasan, tradisi dan aliran moden. Jangan suka melanyak agama kerana kepentingan jahiliah moden.
Ketika bersalam. Salamlah dengan kemas. Pandanglah muka orang yang bersalam. Jangan pandang ke lain, seperti para pemimpin yang bersalam dengan rakyat jelata. Tangan ke lain, mata ke lain. Tak beradab sopan namanya.
Ini tidak teramsuk bentuk tangan yang boleh mencerminkan perbadi seseorang. Tangan yang tebal, tangan yang nipis. Jari yang meruncing, jari empat persegi. Jari yang halus, macam duri landak.
Kaki
Kaki pun mengandungi rahsia yang tersendiri. Kaki kotor, tidak dijaga. Menujukkan seorang yang pemalas dan pengotor.
Kaki yang kasar dan berkematu. Menunjukkan orang yang bekerja tidak memakai alas kaki, seperti para pesawah yang bekerja di bendang.
Ada sejenis tumit kaki wanita yang menjadi impian. Tumit yang keadaannya seperti telur burung puyuh. Ia mempunyai rahisa kebatinan yang tinggi, seperti dahi wanita yang tinggi yang licin.
Peliharalah kaki anda dengan sebaik-baiknya, walau apa pun bentuknya, kerana ianya seperti anggota-angota yang lain juga amat penting kepada anda.
Sekian sekadar renungan bersama.
xxxxxxxxxxxx
Sekalung Harmoni Bisik Pondok Rahat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment