Gadis Mengandung Tanpa Seks?
>> Wednesday, May 4, 2011
Gadis Mengandung Tanpa Seks?
Bolehkah manusia mengandung tanpa hubungan seks?
Dalam kitab suci al-Quran terdapat kisah seorang wanita yang suci Maryam melahirkan anaknya Isa as. dengan cara yang luar biasa.
Dalam kitab suci al-Quran Allah berfirman:
“Dan bacakanlah [wahai Muhammad] di dalam kitab al-Quran ini akan perihal Maryan, tatkala ia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat di sebelah timur.
Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka; maka Kami hantarkan kepadanya: Ruh dari Kami [Malakat Jibrail] lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya.
Maryam berkata:"Sesungguhnya aku berlindung kepada [Allah] Ar-Rahman daripada [gangguan]mu kalaulah kiranya engkau seorang yang bertaqwa.
Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci.
Maryam bertanya [dengan cemas] “Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, pada hal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat.
Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya- tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman:” Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda [yang membuktikan kekuasaan Kami] untuk umat mansia, dan sebagai satu rahmat dari Kami dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya”.
Maka ia pun hamillah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandugnannya itu ke sebuah tempat yang jauh.
[Ketika ia hendak bersalin] maka sakit beranak itu memaksanya [pergi bersandar] ke pangkal sebatang pohon tamar; ia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini, dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang”
Lalu ia diseru dari arah sebelah bawahnya, “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Thanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
“Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
“Maka makan dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana [Allah] Ar-Rahman; [setelah aku menyatakan yang demikian], maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapa pun dari kalangan manusia pada hari ini.
Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendukung anaknya. Mereka menempelakkannya dengan berkata, “Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salah”.
“Wahai saudara perempuan Harun!Bapakmu bukanlah seorang yang buruk akh;aknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat”.
Maka Maryam segera menunjukkan kepada anaknya. Mereka berkata [dengan hairannya]:”Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?”
Ia menjawab, “Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku kitab [Injil], dan Ia telah menjadikan daku seorang nabi.
“Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan dperintahkan daku mengerjakan sembahayang dan memberi zakat selagi aku hidup”.
“Serta [diperintahkan daku] taat dan berbuat baik kepda ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau durhaka”.
“Dan segala keselamatan serta kesejahteaan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan, dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula [pada hari kiamat]”.S:Maryam16-33..
Tapi cerita itu sebuah cerita yang khusus tentang Maryam ketika dikurniakan oleh Allah seorang putera kepada beliiau, itulah Nabi Isa as.
xxxxxxx
Bolehkah berlaku kepada manusia biasa?
Tapi bolehkah ia berlaku di kalangan manusia biasa [bukan Maryam bonda Nabi Isa?] Bolehkah berlaku di kalangan anak-anak dara biasa yang tertentu?
Tanpa mendapat bantuan tertentu dari hasil kemajuan sains, seperti suntikan sperma ke dalam badan wanita untuk disenyawakan dengan telurnya bolehkah anak-anak gadis mengandung tanpa bungan seks?
Bolehkah?
Lazimnya di kalangan manusia mengandung hanya berlaku bila air mani lelaki bertemu dengan air mani perempuan menerusi hubungan seksual. Dalam air mani lelaki ada ulat benih sementara dalam air mani wanita ada telur di mana kedua-duanya akan bersatu untuk membentuk satu lembaga yang dinamakan anak setelah melalui berbagai-bagai proses dalam kandugan ibu.
Di kalangan haiwan memang boleh! Contoh yang jelas ialah ayam, di mana ayam-ayam yang dipelihara, di mana ayam-ayam betina tidak memerlukan bapak ayam untuk mengandung telur seterusnya melahirkan anak?
Suntikan juga tidak perlu. Mereka hanya memerlukan makanan untuk menyambungkan hidupnya maka dengan itu ayam itu akan bertelur, dan telur-telur itu boleh ditetaskan pula untuk melahirkan anak ayam yang baru dengan menggunakan teknik-teknik sains tanpa perlu diram oleh ibunya seperti amalan biasa di kalangan ayam-ayam kampung kita panggilakan itu?
Pada tahun 1972 saya telah menulis sebuah rencana yang singkat dalam laporan sains persoalan tersebut berdasarkan penyiasatan yang telah dilakukan oleh Dr. Helen Spurway yang berpendapat memang boleh anak dara mengandung dan melahirkan anak secara semula jadi tanpa sebarang hubungan seks atau bantuan kemajuan sains seperti sunttikan.
“Alam ini memang anih. Banyak perkara yang tidak diduga dan sukar terrjadi tapi boleh terjadi. Antara kejadian-kejadian yang anih itu ialah anak dara boleh mengandung tanpa melakukan hubungan seksual. Andainya berita seperti ini keluar dalam akhbar-akhbar tentu menggemparkan dan mungkin ramai pula orang akan mendustanya dan menganggapnya sebagai karut.
Tapi, ini memang boleh terjadi. Hamil tanpa hubungan jenis seperti itu tidaklah anih di kalangan haiwan. Ia merupakan satu perkara yang lumrah. Seperti dikatakan di ata telur ayam yang kita makan setiap hari sekarang, kebanyakannya daripada ibu-ibu ayam yang tidak berkelamin. Dengan makanan-makanan tertentu ibu ayam itu boleh bertelur. Dan dengan cara yang tertentu pula ibu-ibu lembu boleh bunting tanpa hubungan seks dengan lembu jantan.
Kita mungkin bertanya kalau kejadian seperti itu boleh berlaku di kalangan binatang sejak beberapa lama dahulu, kenapa pula ia tidak boeh berlaku kepada manusia?
Walau bagaimana pun di kalangan umat manusia sampai sekarang masih belum didapati bukti-bukti yang terang dan jelas. Andainya suatu hari nanti bila bukti-bukti ilmiah tentang hal ini telah diperolehi, maka kejadian ini tentu tidak akan mengemparkan lagi..
Pada suatu ketika dahulu, Dr.Helen Spurway, seorang pensyarah Ilmu Kelahiran Anak di London University dikatakan pernah mengumpulkan berbagai-bagai keterangan yang menunjukkan bahawa anak dara boleh mengandung tanpa melakukan hubungan seks dengan lelaki.
Tapi jumlah kejadian itu di kalangan manusia sangat sedikit, mengikut para doktor hanya satu dalam 1,600,000 orang.
Mengikut Dr.Helen Spurway, anak-anak yang dilahirkan itu kebanyakannya perempuan dan menyerupai ibunya di waktu kecil. Justeru itu ia dikatakan “kembaran ibunya yang terlambat dilahirkan”.
Dan penyelidikan yang lebih lanjut juga telah dijalankan untuk mendapat keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang boleh diterima akal. Justeru wanita-wanita yang telah melahirkan anak tanpa melakukan hubungan seks dengan sebarang lelaki telah diminta melaporkan diri kepada doktor pakar yang mahir uuntuk dilakukan penyiasatan yang teliti ke atas mereka. Beberapa orang wanita dilaporkan telah menyahut permintaan itu dan penyiasatan yang teliti telah pun dijalankan ke atas mereka.
Salah seorang daripada mereka ialah, seorang wanita yang mendakwa telah melahirkan seorang anak tanpa hubungan jenis ketika berusia 17 tahun.
Walau bagaimanapun berbagai-bagai fakta lagi diperlukan untuk menjelaskan keraguan yang melengkari perkara ynag luar biasa ini: anak dara boleh mengandung tanpa ditebuk tupai”.
Masih banyak perkara yang perlu mendapat penjelasan yang memuaskan bagaimana ia boleh berlaku.
Dr.Helen Spurway ialah seorang pakar genetik dan kajihayat pernah berhijrah ke Hyderbad, India dan menjadi isteri kedua kepada J.B.S.Haldane.
Kita tidak tahu sampai ke mana sebenarnya kajian yang dilakukan oleh Helen Spurway ini, dan sejauh mana pula kebenarnnya? Jika ada kemajuan yang mengejutkan sudah tentu akan menarik perhatian dan menggemparkan dunia sains dan juga masyarakat dunia.
Walau bagaimanapun kita yakin tidak ada anak-anak gadis yang telah berbuat kerja-kerja jahat dan maksiat berani mendakwa mereka mengandung anak secara semula jadi tanpa melakukan hubungan seks dengan mana-mana lelaki.
Wallahuaklam.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Paut Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
6 comments:
Saya nak tanya . Jari saya terkena air mani saya tetapi sedikit . Selepas saya lap jari saya dengan kering dan selepas 10 minit begitu , saya menggosok kemaluan perempuan beralaskan seluar dalamnya. Adakah ada apa apa kesan? Terima kasih
Tak akan jadi apa apa rasanya...sebab dah kering
Jika tidak beralas? Tetapi air mani telah kering ditangan.
Saya nak tanya satu soalan, kalau saya hanya meletakkan bermaksud tidak memasukkan zakar saya pada kemaluan perempuan, tanpa memakai sarung kondom, dan tanpa keluar nya air mani, tetapi ada kaluar air mazi pada zakar dan kemaluan perempuan itu, adakah perempuan itu akan mengandung???
Sy nk bertnyaa... Bolehkah seorang wanitaa mengandung jika pasangannya mngeluarkn air mani tanpa kena pada kemaluan pasangan ny dan hanya terkene pada katil dan kain..
nk tnya prpuan tkkan mengndung tnpa buat seks kan
Post a Comment