Bila Air Batu Cair, Dunia Kiamat?

>> Thursday, May 19, 2011


Bila Air Batu Cair, Dunia Kiamat?

Selalukah anda berfikir,bahawa dunia kita dijadikan Allah penuh dengan air?



Selalukah anda berfikir, Allah jadikan bumi kita ini dikelilingi oleh air?



Pernahkah anda berfikir, Allah jadikan hidup kita ini dikelilingi oleh air?



Allah jadikan air itu wujud dalam berbagai-bagai wadah yang diberikan nama yang berbeza-beza oleh manusia, seperti kolam, paya, tasik, sungai, laut dan lautan.


Air itu ada berbagai-bagai keadaan, berbagai-bagai bentuk, rasa dan rupa, ada ada air yang tawar, payar dan ada yang masin; ada pula berbentuk cair, pekat dan keras.



Semua hidup-hidupan, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia memerlukan air untuk hidup. Tanpa air tak mungkin mereka boleh hidup. Malah Allah jadikan sebahagian besar daripada badan manusia mengandungi air.



Air yang keras itu kita namakan dia air batu atau ais. Rasanya sejuk dingin.



Air batu itu ada dua jenis, iaitu air batu buatan manusia, diproses menerusi peti-peti sejuk atau kilang-kilang air batu untuk diminum atau digunakan untuk menyimpan makanan-makanan seperti ikan dan daging supaya tahan lebih lama.



Ada sumber memberitahu ada ikan-ikan yang diimpot dari luar negara menggunakan ais yang telah dicampurkan dengan sejenis bahan pencuci yang boleh menjadikan ikan itu sentiasa keras walaupun telah diasingkan dari ais.



Sejenis air batu lagi, ialah air batu asli yang terjadi kerana berlakunya proses tertentu dalam alam ciptaan Allah ini yang menyebabkan berlakunya kesejukan cuaca dan mempengaruhi air menjadi beku.



Air batu ini hanya terdapat di kawasan yang sejuk, seperti di Khutub Utara, [North Pole] dan di Khutub Selatan [South Pole] dan di tempat-tempat yang tinggi, seperti di puncak-puncak gunung, seumpama Gunung Himalaya.



Kawasan Antatrika, Khutub Utara, seluas 13,900,000 km persegi [5,366,818 batu persegi], adalah kawasan yang paling sejuk di dunia. Oleh sebab keadaannya penuh dengan kepayahan menyebabkan tidak ada penduduk tetap di situ, kecuali ahli-ahli sains yang berkunjung untuk membuat kajian di pusat-pusat kajian mereka.



Walaupun di dalam buminya banyak mengandungi minyak dan galian-galian, tapi perlombongan di kawasan itu diharamkan oleh Perjanjian Antatrika.



Kebanyakan muka bumi Antartika diliputi oleh kepingan air batu yang besar dan tebal, iaitu sampai setebal 2km [1.2 batu]. Di kawasan Khutub Utara terdapat sungai-sungai beku yang dipanggil sungai ais atau sungai air batu, glacier dan tongkol-tongkol air batu besar yang dinamanakan gunung air batu, aisberg, iceberg.



Di Antartika terdapat seketul air batu terapung yang terbesar di dunia, yang dikenali dengan nama Ross Ice Shelf, 545,630 km persegi, iaitu sama besar dengan negara Perancis. Ada bahagian tertentu di atasnya mencapai ketinggian 60 meter [197 kaki].



Air-air batu di khutub-khutub ini amat banyak, dan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi cuaca dunia, dalam menentukan sejuk panasnya cuaca dunia itu.



Ada pula tongkol-tongkol ais itu menggelosor dari tempat-tempat yang tinggi masuk ke dalam laut dan hanyut dibawa arus. Sebahagian daripada tonggkol itu timbul dan di permukaan air dan dapat dilihat, dan sebahagian lagi pula terus tenggelam di dalam air.



Bongkah-bongkah ais ini, terutama yang terbenam dalam air amat merbahaya kepada kapal-kapal yang lalu lalang, kerana tidak dapat dilihat dari atas air.



Kapal RMS Titanic yang begitu termasyur kerana pecah dan tenggelam pada tahun 1912 akibat melannggar tonggkol ais. Akibatnya seramai 1528 orang daripada 2,228 penumpang telah terkorban ditelan laut. Pada masa itu masih belum ada alat lgi untuk mengesan kewujudan gunung air batu dalam laut untuk mencegah pelanggaran yang boleh menelan korban seperti yang berlaku pada RMS Titanic itu.



Beberapa tahun selepas itu barulah alat-alat untuk mengesan tonggkol-tonggkol ais dalam air itu telah direka untuk kengunaan kapal-kapal, di samping itu pertubuhan-pertubuhan juga telah dibentuk untuk tujuan tersebut, antaranya The International Ice Patrol yang telah ditubuhkan pada tahun 1914.



Jika Ais Cair



Kita tentu pernah melihat air batu di dalam gelas yang mengandungi air menjadi cair, bercampur dengan air yang sedia ada, kadang-kadng kerana terlalu banyak, airnya melimpah keluar gelas, membasahkan lantai atau meja.



Itu pandangan biasa, kerana ramai dari kita masih suka meminum air batu, walaupun doktor-doktor dan pakar-pakar perubatan menasihatkan kita supaya tidak minum air batu kerana boleh memberi kesan yang negatif kepada jasmani kita.



Saya terkenangkan sebuah kisah lucu yang pernah berlaku ke atas kami. Pada suatu hari, saya dan isteri, Asiah Yaacob [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] sedang menikmati roti canai di sebuah warung di Chow Kit, Kuala Lumpur. Minumannya saya minta segelas sir sirap suam, tapi yang dibawa ialah segelas sirap sejuk mengandungi kiub-kiub air batu, sementara isteri saya, seperti biasa meminta secawan kopi o.



Ketika kami asyik menikmati roti canai itu, tiba-tiba di hadapan meja kami melintas seorang wanita India yang memakai sari merah berbunga. Di celah-celah meja di tengah bangunan yang menampung beberapa buah warung itu boleh dilalui untuk menuju ke jalan besar, Jalan, Batu Road, kalau tak silap saya. Di meja sebelah sana di hadapan saya, ada sebuah kipas sedang berpusing dengan ligatnya. Bila wanita India itu melintasinya hujung sari yang dipakainya itu berterbangangan dan ekor sarinya telah telah singgah ke dalam gelas sirap saya tanpa disedarinya.



Kami hanya memerahatinya dengan senyum, dan tidak pula memberitahu empunya warung, kerana saya memang tidak minum air batu. Saya biarkan sahaja air sirap itu di situ, sebaliknya menuang segelas air kosong yang memang tersedia di atas meja untuk minum selepas habis makan roti canai.



Apa Akan Berlaku?



Tapi pernahkah terlintas dalam benak anda, apakah akan berlaku andainya Allah cairkan semua air batu yang terdapat di Khutub Utara itu?



Tahukah anda menurut andaian sains di seluruh dunia ini terdapat kira-kira sepanjang 9 juta batu kiub ais, dan sebahagian besar daripadanya terletak di kawasan Khutub Utara atau Antartika [Antarctic].



Bila 9 juta kiub ais itu dengan izin Allah bertukar menjadi air, ia menjadi sebanyak 8 juta batu kiub air. Perkara ini berlaku kerana air biasa itu keadaannya lebih tumpat [dense] daripada air batu.



Andainya dikehendaki Allah, jika semua ais-ais yang terdapat di dunia itu, terutama di Antartika cair menjadi air, nescaya ia mampu mengubah keadaan permukaan bumi ini, di mana sebahagian daripada permukaan bumi ini ditenggelaminya dan bertukar menjadi lautan.



Seluruh permukaan lautan yang ada di dunia hari ini adalah seluas 140 juta batu persegi. Jika seluruh air laut itu tetap mantap dan tidak berubah kandungannya, dan jika air batu yang cair itu bertebaran merata-rata ia akan menjadikan air laut itu setebal 8/140 atau 0.057 batu.



Ini bererti air-air batu yang cair itu akan bertebran menjadi setebal 300 kaki.



Oleh sebab air laut tidak pernah berada dalam keadaan yang stabil, tapi sentiasa berubah-ubah, pasang dan surut, maka ketika air laut itu pasang, ia akan mengalir masuk bersama-sama air batu yang telah cair itu ke kawasan seluas beribu-ribu kilometer persegi di kawasan-kawasan lembah di psisir pantai di seluruh dunia.



Air batu cair yang keadaannya berat itu boleh menyebabkan dasar laut menjadi bertambah dalam.



Namun begitu air tersebut akan meninggikan lagi paras permukaan air laut setinggi 200 kaki, cukup mencapai tingkat 20 bangunan Empayar State Building.



Jika ini berlaku, ia akan melemaskan sebahagian daripada penduduk dunia yang tinggal di kawasan rendah dan juga padat dengan penduduk.



Jika air Batu itu benar-benar cair ia akan menenggelamkan berjujta-juta batu persegi daratan yang ada sekarang, justeru itu ia tidak lagi boleh dihuni oleh hidup-hidupan darat sebagaimana hari ini, kecuali hidup-hidupan air seperti ikan-ikan.



Hari ini banjir berlaku kerana air, khususnya air hujan yang turun tidak dapat mengalir deras dan air sungai pula sebak lalu melimpah ke daratan menyebabkan berlaku banjir. Tapi kemudiannya ia akan surut, dan bumi akan muncul semula.



Namun begitu, setiap kali berlaku banjir besar, begitu banyak harta benda menjadi musnah, dan juga jiwa manusia yang terkorban ditelan air banjir.



Tapi bila banjir berlaku, kerana air batu cair, ia tidak akan surut seperti itu, malah ia akan menambahkan bilangan air yang telah ada di dunia ini. Akibatnya kawasan daratan akan menjadi berkurangan atau sempit, kerana sebahagian daripadanya telah ditenggelami oleh air untuk menjadi paya, sungai atau lautan dan sebagainya.



Dengan itu iklim dunia akan menjadi lebih stabil, akibatnya keluasan padang pasir dunia akan menjadi berkurangan.



Justeru itu juga sebahagian besar dripada daratan yang masih tinggal itu boleh di huni oleh manusia dan juga hidup-hidupan yang lain.



Walau bagaiaman pun keadaan isi padu lautan dunia tidak banyak yang berubah, iaitu 6 atau 7 peratus sahaja paling banyak, maka dengan itu hidup-hidupan laut tidak banyak yang terganggu.



Dunia Akan Terbalik



Bila semua air batu di Khutub Utara itu cair menjadi air dan mengalir ke tempat-tempat lembah ke arah selatan, menyebabkan kawasan tersebut menjadi kosong dan ringan.



Justeru itu satu perkara mungkin berlaku, iaitu dunia akan terbalik, bahagian utara terletak di selatan dan bahagian selatan pula akan terletak di utara, demikian juga sebelah timur akan bertukar kedudukan mejadi sebelah barat dan sebelat barat akan menjadi sebelah timur.



Bila keadaan ini benar-benar berlaku, apa akan terjadi? Ada ahli-ahli sains meramalkan kejadian itu mungkin boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan seluruh dunia menjadi musnah dan berlakulah kiamat.



Sedang kiamat adalah suatu peristiwa yang pasti akan berlaku yang menandakan kehidupan di dunia akan berakhir sebagai persediaan untuk menghadapi dunia baharu yang kekal dan abadi, Akhirat.



Allah berfirman:“Dan [pada masa itu] langit dipecah-belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas, dan gunung-ganang-setelah dihancurkan menjadi debu-diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran di padang pasir”. An-Naba’:19-20



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Patukan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP