Makan Bersama Rasulullah SAW.
>> Sunday, May 15, 2011
MAKAN BERSAMA RASULULLAH S.A.W.
Islam sebagai satu tata hidup yang sempurna mempunyai peratruan-peraturan yang tertentu dalam semua bidang kehidupan, untuk menjamin kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.
Makan minum adalah merupakan salah satu perkara penting untuk kehiduan manusia di dunia. Oleh itu Islam menetapkan berbagai-bagai peraturan tertentu untuk umatnya yang dikategorikan sebagai haram, halal, sunat dan makruh.
Peraturan itu terdapat di dalam al-Quran, daripada baginda Rasulullah SAW. sendiri dan juga para sahabat yang mulia.
Mengenai perkara makan dan minum ini ada bebagai-bagai sabda dan perbuatan baginda yang patut diberikan perhatian yang istimewa oleh umat Islam di sepanjang masa hidup mereka.
Saya ke tengah perkara ini sebagai usaha ingat mengingatkan antara satu sama lain, kerana saya percaya semua kita umat Islam telah mengetahuinya.
Allah berfirman, “Sesungguhnya telah ada pada [diri] Rasulullah itu teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat, dan dia banyak menyebut Allah”.Al-Ahzab:21.
“Barakah makanan itu terdapat pada sebelum dan sesudah wudhuk”.HR:Abu Daud & Tirmizi.
-"Barangsiapa menginginkan agar Allah memperbanyakkan kebaikan rumahnya, maka hendaklah dia berwudhuk ketika santapannya sampai dan diangkat”. HR:Ibnu Majah & Baihaqi.
[Maksud wudhuk di sini ialah mencucui kedua tangan dan mulut sebelum dan selepas makan untuk menjaga kebersihan.]
-Sebelum makan, Rasulullah SAW mengajar doa yang berikut, “Ya Allah, berilah berkah kepada kami akan apa yang Engkau rezekikan kepada kami, dan jagalah kami dari api neraka, bismillah”.HR:Ibnu Sunni.
“Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah menyebut nama Allah [Basmallah], dan apabila ia lupa menyebut nama Allah Taala pada permulaannya, maka hendaklah ia mengucapkan, “Bismillahi ‘alaa awwalihi wa akhirihi”. [ Dengan menyebut nama Allah pada awal dan akhirnya]”. HR:Abu Daud, Tirmizi & Al-Hakim.
-Imam Ahmad meriwayatkan jika Rasulullah SAW. makan, maka beliau mengucapkan, [maksudnya], “Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami serta menjadikan kami orang-orang yang berserah diri”. HR:Imam Ahmad.
-“Rasulullah SAW. sekali-kali tidak pernah mencela suatu makanan pun. Apabila baginda berselera terhadap makanan itu, maka baginda memakannya, dan jika baginda tidak menyukainya, maka baginda meninggalkannya”.HR:Asy-Syaaikhani.
-“Hai anak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanan yang dekat denganmu”.HR:Muslim.
-“Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya, dan apabila minum maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya”.HR:Imam Muslim.
“Makanlah dari tepi talam dan janganlah mengambil dari tengahnya, nescaya akan diberikan berkat padanya”.HR:Abdullah bin Busrin.
-“Aku pernah melihat Rasulullah SAW. minum sambil berdiri dan sambil duduk”.HR:Tirmidzi.
-“Janganlah kamu minum dengan sekali teguk seperti minumnya unta, tapi minumlah dua atau tiga kali teguk. Dan bacalah “Basmallah” jika kamu minum, serta bacalaah “Hambalah” jika anda selesai minum”.HR:Tirmizi.
-“Nabi s.a.w. telah melarang bernafas di dalam bejana atau meniup air dalamnya”.HR:At-Tirmizi.
-“Barangsiapa minum air dalam sebuah bejana yang diperbuat dari emas atau perak, tidak lain ia hanya mengeramkan api jahnam di dalam perutnya”.HR: Muslim.
-“Aku tidak makan sambil bersandar”.HR: Al-Bukhari.
-“Aku melihat Rasulullah SAW. duduk tegak ketika memakan buah kurma”.HR:Muslim.
Sahabat Anas bin Malik berkata, “Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia menjilat jari-jarinya. Kerana dia tidak mengetahui pada makanannya yang mana terdapat berkat”.
-“Rasulullah SAW selalu makan dengan tiga jari. Dan beliau menjilat tangannya sebelum membasuhnya”.HR:Muslim.
“Apabila suapan makanan salah seorang di antara kamu jatuh, maka buangkanlah kotoran darinya, lalu makanlah, dan jangan meninggalkannya untuk syaitan”.HR:Muslim.
-“Tidaklah anak Adam mengisi bejana yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi Anak Adam beberapa suap makanan sahaja, sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak terelakkan maka sepertiga diisi untuk makanannya dan sepertiga diisi untuk minumannya, serta sepertiga lagi nntuk bernafas”..HR:Imam Ahmad & At-Tirmizi dan lain-lain
Baginda Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meninggalkan makan malam meskipun hanya dengan menelan kurma, kerana meninggalkannya akan menimbulkan kerosakan”.
Selepas makan dan minum Rasulullah SAW mengajar doa yang berikut, maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepadaku tanpa daya upaya dan tanpa kekuatan apapaun dariku”.HR:Abu Daud & Tirmidzi.
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment