Tokoh-tokoh Korban Pembunuhan -Part B
>> Monday, May 30, 2011
TOKOH-TOKOH KORBAN PEMBUNUHAN
Marthin Luther King [1929-1968]
Seorang ahli politik dan pemimpin agama Negro yang terkenal, dengan perjuangannya tanpa kekerasaan. Beliau dilahirkan pada 15 Januari 1929. Beliau ditembak mati pada 4 April 1968 ketika berdiri di balkoni tingkat dua, Lorroine Motel, Mamphis Tenn.
Tembakan itu telah mengenai pipi kanannya, menembusi rahangnya dan terus ke bahunya.
Beliau adalah seorang penerima Hadiah Nobel 1964, meruapakan tokoh yang termuda menerima anugerah tersebut.
Pembunuhan itu menyebabkan berlakunya rusuhan di bandar-bandar besar di seluruh Amerika Syarikat, termasuklah Washington D.C, Chicago, Baltimore, Louisville, Kenctucky, Kanses City dan lain-lain bandar lagi.
KerajaanAmerika Syarikat telah mengistiyarkan 7 haribulan April 1968 sebagai hari berkabung bagi seluruh Amerika Syarikat sebagai mengenangkan jasa-jasanya.
Pembunuhnya ialah Ercic Starvo bergelar James Earl Ray, telah ditangkap dua bulan kemudian di Lapangan Terbang Hearthrow London dalam keadaan menyamar untuk melarikan diri ke Rhodesia. Akhirnya dia telah dibicarakan, dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 99 tahun ke atasnya.
Robert Francis Kennedy [1925-1968]
Beliau adalah seorang ahli poitik dari parti Demokrat, dan seorang senator, salah seorang daripada anggota keluarga Kennedy, dan terkenal dengan panggilan ringkas RFK. Beliau adalah adik kepada mendiang Presiden Kennedy yang telah mati ditembak sebelumnya.
Di samping beliau pernah memegang jawatan sebagai penasihat presiden dan pernah memegang jawatan Peguan Negara Amerika Syarikat 1961-1964, dan menjadi calon presiden pada tahun 1968.
Beliau telah ditembak mati , pada 5 Jun 1968 di Ambasador Hotel, di Los Angeles selepas berucap kepada penyokong-penokongnya di hotel tersebut. Beliau meninggal dunia 24 jam kemudian pada pagi 6 Jun 1968 tanpa sedarkan diri.
Pembunuhnya ialah Shirhan Bisra Shirhan, 24 tahun, seorang Kristian Palestin. RFK ditembak dengan menggunakan pistol 22 caliber, dan terkena tiga das tembakan yang mencederaparahkannya. Selain itu lima orang lagi turut tercedera.
Pembunuh itu mendakwa telah tertipu dengan polisi Robert Kennedy yang memberi sokongan terhadap Israel dalam Perang Enam Hari pada bulan Jun 1967. Pembunuhan itu berlaku tepat selepas setahun daripada Perang Enam Hari itu.
Faisal bin Abdul-Aziz Al-Saud [1906-1975]
Raja Faisal dilahirkan pada tahun 1906 dan memerintahArab Saudi dari tahun 1964 hingga 1975 di Riyadh, merupakan anak ketiga kepada Ibn Saud. Ibunya Tarfa binti Abdullah bin Abdul-ateef al-Sheekh.
Beliau telah dibunuh oleh kemanakannya, Faisal bin Musad, kerana sebab-sebab yang tidak jelas. Beliau telah ditembak dalam jarak yang amat dekat, ketika Raja Faisal membongkok untuk mencium anak saudaranya mengikut tradisi orang-orang Arab. Ketika itulah Putera Faisal mengeluarkan pistol dan menembak Raja Faisal.
Jenazahnya telah dikubumikan di bumi kelahirannya, Riyadh. Beliau diganti oleh saudara tirinya Khalid sebagai Raja Arab Saudi yang baru.
Pembunhnya, Putera Faisal telah ditangkap dan diseret ke mahkamah. Walaupun para doktor mengesahkan dia gila sewaktu melakukan pembunuhan itu, tapi mahkamah menjatuhkan hukuman bunuh ke atasnya, dan kepalanya telah dipancung di medan awam di Riyadh pada 18 Jun 1975 walaupun mendapat bantahan awam.
Sheikh Ahmad Yassin[1938-2004]
Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada tahun 1938, diKg. Al-Jora dalam wilayah Asqalam. Kemudian beliau dan keluarganya telah diperintah berpindah ke Semenanjug Gaza oleh pengganas Yaudi ketika menjarah Plaestin.
Beliau seorang pelajar yang pintar dan gemar bersukan. Semasa beriadah, beliau telah terjatuh, menyebakan kakinya lumpuh.
Beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Ain Shams di Kaherah. Tapi beliau tidak sempat menamatkan pembelajarannya, kerana ditangkap oleh pemerintah Mesir pada tahun 1966 dan dipenjarakana selama sebulan kerana terlibat dengan pertubuhan Ikhwan al-Muslimin. Kemudian mereka menghantar belau pulang ke Semenanjung Gaza.
Di Gaza beliau meneruskan perjuangannya untuk menegakkan Islam. Beliau menjadi seorang guru bahasa Arab dan khatib di Masajid Gaza. Di samping itu beliau juga seorang pekerja kebajikan dan pendakwah yang gigih.
Dengan usaha beliau Ikhwan al-Muslimin berkembang pesat di Gaza antara tahun 1969-1970. Dengan bantuan Ikhwan al-Musimin beliau berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan, Mujamma al-Islam [Akademi Islam] yang bertujuan untuk menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin di Gaza.
Syeikh Ahmad Yasin dan beberapa orang anggota Ikhwan al-Muslimin pada tahun 1982 telah berjaya menubuhkan al-Mujahiddun al-Falastiniyun, sebuah gerakan jihad untuk perjuangan Palestin.
Pada tahun 1983, beliau telah ditangkap oleh rejim Yahudi. Ketika itu beliau memegang jawatan Pengarah Pusat Islam di Gaza. Mahkamah Tentera Isarel telah menjatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun atas tuduhan memiliki senjata api dan cuba menjatuhkan kerjaan Yahudi,
Tapi selepas 11 bulan merengkok dalam penjara, beliau telah dibebaskan, hasil pertukaran tawanan antara PLO dan rejim Zionis.
Kemudian Syeikh Ahmad Yasin dengan bantuan rakan-rakan dalam Ikhwan al-Musilin pada tahun 1987 telah berjaya menubuhkan HAMAS untuk berjuang menentang Zionis , membebaskan Palsetin dan Masjid al-Aqsa.
Mereka mengadakan demostrasi-demonstrai jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan rejim Zionis. Akhirnya lahirlah Intifadah yang menimpakan kesan yang berat ke atas rejim Zionis itu.
Akibat Syeikh hmad Yassin dan beratus-ratus anggota HAMAS telah ditangkap, dan rumah beliau diruntuhkan. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun atas tuduhan membunuh, menculik dan menyerang tentera-tentera Zionis. Rejim Zionis telah menyeksa beliau dengan teruk, menyebabkan anggota fizikal beliau menjadi cacat dan menderita sakit.
Tapi pada 1 Oktober 1997 beliau dibebaskan hasil pertukaran tawanan antara kerjaan Jordan dan rejim Zionis itu. Beliau terus bergerak cergas dalam HAMAS. Selepas itu tercetus pula Intifadah kedua yang menimpakan kerugian jiwa dan raga yang besar ke atas rejim Zionis.
Rejim Yahudi bertindak menyerang penduduk-penduduk Gaza dan pemimpin-pemimpin HAMAS. Akhirnya Syeikh Ahmad Yasin telah terkorban syahid oleh rejim Yahudi yang melancarkan tiga buah roket ke atas beliau yang lumpuh itu pada 22 Mac 2004. Empat orang lagi besama-sama dengan ikut syahid, termasuk anaknya Abdul Ghani.
Dr. Abdul Aziz Al-Rantissi [1947-2004]
Abdul Aziz Ali Abdul Majid dilahirkan pada 23 Oktober 1947 di Kg. Binaa yang terletak antara Asqalam dan Jaffa. Ketika beliau kecil, keluarga beliau dipaksa berpindah oleh rejim Yahudi dan tinggal di khemah pelarian Khan Yunus bersama puluhan ribu pelarian lagi.
Beliau seorang pelajar yang pintar. Pada tahun 1965 berjaya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Iskandariah, Mesir, dan berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1972, dan pada tahun 1976 pula berjaya mendapat sarjana dalam bidang Peditriasi [Perubatan Kanak-kanak]. Mulai bekerja sebagai doktor di di Hospital Nasir yang terletak di kawasan Khan Yunus.
Beliau aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan dakwah di Khan Yunus. Di samping itu beliau juga bertugas sebagai pensyarah di bidang Perubatan Kanak-kanak di Universiti Islam Gaza.
Beliau dua kali disumbat ke dalam penjara oleh rejim Zionis kerana enggan membayar cukai, kerana beliau tidak mengiktraf kerajaan Zionis itu. Kali pertama pada tahun 1983 dan kali kedua pada tahun 1988.
Beliau pernah dipenjarakan dalam satu sel dengan Syeikh Ahmad Yasin. Dalam penjara beliau belajar menghafal al-Quran dan menulis syair-syair perjuangan. Kemudian beliau bersama syeikh Ahmad Yasin menubuhkan HAMAS.
Pada tahun 1992 beliau telah dibebaskan dari penjara dan bersama dengan 400 orang pejuang Plaestin telah dihalau dari Khan Yunus ke Marja Zuhur di Selatan Lubnan. Bila kembali ke Gaza, pada tahun 1997 beliau dipenjarakan lagi oleh rejim Zionis.
Kemudian pada tahun 1998 beliau dipenjarakan pula pihak berkuasa PA yang dipimpin oleh Yassir Arafat. Selepas dibebaskan, beliau terus berulang kali disumbat ke dalam penjara, hingga dibebaskan.
Percubaan membunuh beliau pada tahun 2003 tidak berjaya walaupun kereta yang dinaiki oleh beliau bersama dengan seorang anaknya yang masih kecil hancur terkena bedilan roket Yahudi.
Kemudian bila Syeikh Ahmad Yassin terkorban syaid pada 22 Mac 2004 beliau terus dilantik sebagai penggantinya untuk memimpin Wilayah Gaza. Tapi tidak lama selepas itu, pada 17 April 2004, beliau telah terkorban syaid diserang oleh rejim Yahudi bila kereta yang beliau naiki dibedil dengan roket dari helikopter Apache. Dua orang lagi yang berada bersamanya turut terkorban.
Benazir Bhutto[1953-2007]
Benazir Bhutto adalah bekas Perdana Menteri Pakistan sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1988 dan 1990 dan dari tahun 1993 hingga tahun 1966. Tapi beliau telah disingkir dari kedua-dua jawatannya itu atas tuduhan rasuah. Beliau adalah Pengerusi Parti Rakyat Pakistan hingga ke akhir hayatnya.
Beliau dilahirkan pada 21 Jun 1953, anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Pakistan, Zulfakar Ali Bhutto dan Nusrat Begum. Ayahnya telah dijatuhi hukuman bunuh atas tuduhan jenayah.
Beliau adalah wanita pertama menjadi ketua negara, bukan sahaja di Pakistan, tapi seluruh negara Islam hingga ke hari ini.
Kerana tersingkir dari jawatannya itu, Benazir Bhutto hidup dalam buangan, termasuk di Dubai pada tahun 1998, dan kemabli ke tanah airnya Pakistan pada 18 Oktober 2007 setelah wujud persefahaman dengan Pervez Musharaf, Presiden Pakistan dan diberi pengampunan dan dibebaskan daripada segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya selama ini.
Benazir Bhutto telah terkorban pada 27 Disember 2007 selepas menghadiri perjumpaan partinya, Parti Rakyat Pakistan di Rawalpindi, dua minggu sebelum pilihan raya Pakistan akan dilangsungkan pada tahun 2008, di mana beliau akan menjadi salah seorang calon pembangkang.
Waktu kejadian itu berlaku beliau baru selesai menghadiri perjumpaan dengan anggota parti PPRP dan sedang hendak meninggalkan majlis itu, sambil berdiri dari kenderaan kalis pelurunya untuk melambai tangan kepada pengikut-pengikutnya. Pada masa itulah letupan dilepaskan ke arah beliau kemudian diikuti dengan letupan kuat yang membunuh beliau dan beberapa orang lagi. Perisitwa itu berlaku di Medan Liquat di mana salah seorang pemimpin Pakistan, Liquat Ali Khan juga telah ditembak mati pada 16 Oktober 1961.
Tidak lama selepas kematiannya itu beliau telah dianugerahkan dengan hadiah Bangsa-bangsa Bersatu dalam Bidang Hak Asasi Manusia bersama-sama dengan enam orang yang lain lagi.
Sebelum itu, pada hari beliau kembali ke Pakistan pada 18 Disember 2007 sudah berlaku percubaan untuk membunuhnya tapi beliau terselamat, namun begitu seramai 136 orang telah terbunuh dan 450 orang telah tercedera. Seramai 50 orang daripadanya adalah anggota parti PPRP yang bertugas memberi perlindungan keselamatan kepadanya telah terkorban dalam letupan itu, serta termasuk 6 pegawai polis.
Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya di Jajahan Lorkang, Sindh, di mana beratus-ratus ribuan orang telah membanjiri untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.
Akibatnya berlakulah rusuhan perkabungan di Pakistan selama beberapa hari yang menimpakan banyak kerosakan kepada negara itu, dan seramai 20 orang telah terbunuh, termasuk tiga pegawai polis.
Seorang pemimpin al-Qaeda, Mustafa Abu al-Yazid mengaku merekalah yang bertanggungjawab kepada pembunuhan itu, kerana menuduh Benazir Bhutto sebagai “anak emas Amerika”.
Osama bin Laden [1957-1 Mei 2011]
Osama bin Laden, pemimpin penting al-Qaeda yang digeruni oleh dunia, dilahirkan di Arab Saudi, pada tahun 1957, anak seorang bilionair pembinaan, Mohammaed bin Laden.
Pada permulannya beliau adalah seorang rakan seperjuangan dengan Amerika Syarikat, di mana pada tahun 1980an beliau bekerjasama dengan kumpulan pemberontak yang mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat untuk menghentam dan menghalau tentera Soviet yang bermaharajalela di Afghanistan pada tahun-tahun tersebut.
Di bumi Afghanistan, Osama telah mengasaskan sebuah pertubuhan yang dikenali dengan al-Qaeda.
Tapi kemudiannya Osama telah dituduh menjadi dalang kepada serangan-serangan yang dilakukan ke atas kepentingan-kepentingan Amerika Syarikat di Afrika dan Timur Tengah yang berlaku di sekitar tahun 1990an.
Pada 11 September 2001 pula beliau dituduh memain peranan yang penting dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia [World Trade Center] di New York yang memggemparkan seluruh dunia. Dalam kejadian itu bangunan tersebut telah runtuh dan ranap dilanggar oleh kapal terbang. Sejak itu beliau yang dianggap pengganas menjadi buruan Amerika Syarikat.
Walau bagaimana pun tuduhan terhadap beliau tidak dapat dibuktikan dengan jelas, akibatnya timbul keraguan akan kebenaran tuduhan tersebut, malah ada orang langsung menafikannya, dan menganggapnya sebagai suatu perancangan pehak bekuasa Amerika Syarikat sendiri.
Namun begitu beliau terus diburu oleh Amerika Syarikat, jejak-jejaknya terus dikesan, beliau dikehendaki hidup atau mati. Selama kira-kira satu dekad beliau berjaya meluluskan diri dari buruan Amerika Syarikat.
Beliau hampir terkorban dalam serangan dan kepungan tentera-tentera Amerika Syarikat di pergunungan Tora Bora, Afghanistan, tapi beliau berjaya meluluskasn diri.
Pada akhirnya beliau telah terjebak juga di tempat persembunyiannya di bumi Pakistan. Pada 1 Mei 2011 tetntera-tentera Amerika Syarikat yang telah berjaya mengesan tempat persembunyiannya di Abbotabad, kira-kira 50 km dari Islamabad Pakistan telah melancarkan operasi khusus menyerang Osama dan berjaya membunuhnya. Beliau mati kerana ditembak di bahagian kepalanya.
Kematian beliau telah diumumkan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang disambut dengan gembira oleh rakyat Amerika Syarikat, Eropah dan sekutu-seutunya di seluruh dunia..
Mayatnya telah dibuang oleh Obama ke laut yang menimbulkan bantahan daripada orang-orang Islam yang beriman, atas dasar semua mayat manusia, baik Islam atau Kristian atau tidak beragama sekali pun perlu dihormati.
Di samping Osama ada tiga orang lagi lelaki yang berada dalam rumah Osama itu telah dibunuh, dua daripadanya merupakan pembawa utusan khas Osama dan seorang lagi anak lelaki dewasa Osama sendiri, dan seorang lagi ialah wanita.
Siapa lagi akan menjadi korban pembunuhan selepas ini atas nama membasmi keganasan dan untuk menegakkan kebenaran?
xxxxxx
Di samping itu masih ramai lagi tokoh-tokoh penting yang telah menjadi korban pembunuhan, di antara mereka ialah:
1.Duncan I, Raja Scoland
Pada:10 40 SM
2.James I, Raja Scotland
Pada:21 Febuari 1437.
3.Henry Stuart, Lord Darnley
[Suami Queen Mary, Scotland]
Pada:10 Febuari 1567.
4.William The Silent [Prince Of Orange]
Pada:10 Julai, 1584.
5.George Villiers [Dukes I, Buckingham]
Pada:23 Ogos, 1628.
6.Albrecht Eusebius Wenzel Von Wallenstein [Jenderal Austria]
Pada: 25 Feburi 1634.
7.Jean Paul Marat, pejuang revolusi Perqancis
Pada: 13 Julai, 1793.
8.Humber I, Raja Itali
Pada: 29 JulAI 1900.
9.Pyotr Arkadievich Stolypin,
[Perdana Menteri USSR]
Pada:14 September 1911.
10.Francisco I Madero
[Presiden Mexico] &
11.Jose Pino Suarez,
[Naib Presiden.Mexico]
Pada:23 Febuari 1913.
12.George I, Raja Greece
Pada:18 Mac1913.
13.Archcuce Francis Ferdinand dan isteri dari Austria.
Pada:28 Jun 1914.
14.Venustiano Carranza, Presiden Mexico
Pada:20 Mei, 1920.
15.Matthias Erzberger, negarawan Jerman.
Pada:24 Jun, 1922.
16,Michael Collins, patriot Iris
Pada:22 Ogos, 1921.
17.Francisco “Pancho” Villa, pemimpin pemberontak Mexico
Pada:20 Julai 1923.
18.Alvaro Obregon, Presiden Mexico
Pada:17 Julai, 1928.
19.Paul Doumer, Presiden Perancis
Pada:6 Mei, 1932 [meninggal 7 Mei 1932].
20.Engelbert Dolfuss, Chancellor Austria
Pada:25 Julai, 1934.
21.Alexander I, Raja Yugoslavia.
Pada:9 Oktober, 1934.
22.Jean Louis Barthou, Menteri Luar Perancis
Pada: Oktober, 1934.
23.Huey Pierce Long.Senator Amerika Syarikat
Pada:8 September 1935.[Meninggal 10 September 1935].
24.Korwkiyo Takahashi, negarawan Jepun
Pada:26 Febuari, 1936.
25.Makato Saito, negarawan Jepun.
Pada:26 Febuari, 1936.
26.Leon Trotsky, pemimpin kmunis Russia
Pada:20 Ogos, 1940.
27.Reinhard Heydriich, pegawai Nazi
Pada:27 Mei, 1942.
28.Jean Louis Xavier Francois Darlan, Admiral Perancis
Pada:24 Disember, 1942.
29.Faisal II, Raja Iraq
Pada:14 Julai, 1958.
30.Sylvanus Olympia, Presiden Togo
Pada:13 Januari, 1963.
xxxxxxxxx
PEMBUNUHAN TERHADAP KHALIFAH
Saidina Umar Al-Khatab 13-32H [634-644M]
Saidina Umar Al-Khatab adalah khalifah Islam yang kedua yang dilantik selepas kemangkatan Khalifah pertama, Saidina Abu Bakar Al-Sidik. Beliau memegang teraju jawatan khalifah selama dari tahun 634 M hingga 644 M. Nama Saidina Umar telah dicalonkan oleh Khalifah Saidina Abu Bakar sebagai penggantinya ketika beliau sedang sakit. Cadangan itu dipersetujui oleh sebahagian besar para sahabat, kerana menghormati dan menginsafi kemuliaan peribadi beliau.
Sejurus selepas memegang jawatan khalifah, maka Saidina Umar pun terus berucap kepada umat Islam, beliau antara lain menegaskan, “Wahai sekalian umat! Ketahuilah bahawa Arab itu tak ubah seperti unta yang jinak. Ia mudah mengikuti orang yang menariknya. Oleh sebab itu kamu harus selalu perhatikan, siapa yang menariknya dan ke mana akan ditariknya. Sesungguhnya aku yang telah kamu pilih hari ini sebagai pemimpin dan khalifah, demi Allah yang memiliki Kaabah, aku akan membawa kamu ke jalan yang benar”.
Selepas beliau habis berucap, tiba-tiba muncul seorang daripada hadirin lalu berdiri di hadapan Saidina Umar, seraya berkata “Wahai Umar! Jika perjalananmu bengkok, maka pedang inilah yang akan kugunakan untuk meluruskan kamu kembali”.
Mendengar amaran tersebut, Saidina Umar yang terkenal keras itu pun menjawab, “Aku mengucap syukur ke hadarat Allah, kerana adanya seorang daripada rakyat Umar yang sanggup meluruskannya dengan pedangnya”.
Saidina Umar memang terkenal sebagai seorang khalifah yang adil, dan banyak melakukan kemajuan dalam berbagai-bagai bidang untuk kemajuan Islam sepanjang pemerintahannya.
Arah ke penghujung hayatnya, beliau bercita-cita untuk berkunjung ke seluruh wilayah Islam untuk mengetahui keadaan rakyatnya dengan lebih dekat lagi.
Pada tahun akhir hayatnya, beliau telah memimpin rombongan untuk menunai ibadat Haji di Mekah. Bila sampai di Wadi Muhassaar, beliau berbaring, sambil memerhati langit yang luas terbentang dan alam sekitar, beliau kedengaran berkata sendirian, “Wahai Tuhanku! Aku tidak minta supaya aku dimatikan. Tetapi jika Engkau melihat umurku sudah tua, sedang beban kaum Muslimin banyak, dan Engkau mengetahui bahawa aku tidak mampu menanggung beban itu, maka aku rela untuk mati”.-
Orang-orang Yahudi dan orang-orang Parsi [Iran] memang selama-lamanya memusuhi Islam. Sekumpulan dari mereka telah berkomplot untuk membunuh Saidina Umar. Salah seorang dari mereka telah berjaya membunuh Saidina Umar, iaitu Abu Lu'luah namanya, beragama Kristian, berbangsa Parsi dan hamba kepada al-Mughirah bin Shu’bah. Dia adalah tawanan tentera Islam di Nahawand.
Untuk melaksanakan kerja jahat itu, Abu Lu’luah telah berjaya menyeludup masuk ketika Saidina Umar sedang hendak memulakan sembahayang subuh. Pada masa itu hari masih gelap. Dia berjaya menikam Saidina Umar beberapa kali dengan sebuah golok. Salah satu tikaman itu terkena di bawah pusat Saidina Umar, yang menyebabkan tali perutnya terburai,
Selain daripada Saidina Umar ada beberapa orang yang cuba menangkapnya telah dibunuh dan lain-lainnya cedera parah. Tapi setelah dapat diberkas dia telah bertindak, membunuh dirinya sendiri.
Peristiwa itu berlaku pada bulan Zulhijjah 23 Hijriah ketika khalifah berusia 63 tahun, setelah memegang jawatan khalifah selama 10 tahun 6 bulan.
Beliau dimakamkan di samping makam Saidina Abu Bakar al-Siddiq dalam ruang Qubbah, makamRasulullah s.a.w.
Pada masa kematiannya itu, dunia Islam sudah terbentang luas, dari perbatasan negeri Cina di sebelah Timur, dan sampai hampir ke Pantai Lautan Atlantik di sebelah barat.
Demikianlah cebisan riwayat hidup Saidina Umar ibnu Khattab, seorang lelaki yang teragong di sepnajang zaman, dan seorang pejuang yang sukar dicari ganti.
Saidina Usman Bin Affan 23-35H [644-656 M]
Saidina Usman bin Affan r.a. adalah Khalifah yang ketiga. Ketika memegang jawatan khalifah beliau telah berusia 70 tahun, dan dipilih menjadi khalifah apabila Khalifah Saidina Umar Ibnu al-Khattab wafat akibat pembunuhan.
Nama penuh beliau ialah Usman bin Affan bin Abdul al-As bin Umaiyah bin Abdul Syam bin Abdu; Manaf. Beliau dilahirkan di Taif, Hijaz pada 576 M, iaitu kira-kira 6 tahun sesudah tahun gajah, sewaktu itu Baginda Rasulullah saw. berusia 5 tahun. Ibunya Arwa binti Kuraiz bt Rabi’ah binti Habib bin Abdu Syam. Nenek Usman, Arwa al-Baidha bin Adul Mutalib adalah ibu saudara kepada Baginda Rasulullah saw.
Beliau tidak pernah mengenal erti kesusahan semasa kecilnya. Affan ayah beliau adalah seorang pedagang yang kaya di Makah yang mengetuai rombongan perniagaan ke Syam. Ayahnya itu meninggal dunia dalam satu perjalanan perniagaan ke Syam dan meninggal harta pusaka yang banyak. Ketika itu Usman masih muda remaja.
Usman seorang yang berwajah tampan, tegap badannya dan kulitnya halus berwarna sawo matang. Pada kedua belah pipinya terdapat bintik-bintik bekas cacar. Rambutnya panjang melepasi bahu, janggut dan misainya tebal.
Seperti ayahnya juga beliau adalah seorang pedagang yang besar dan kaya raya baik sebelum atau sesudah memeluk agama Islam. Beliau seorang hartawawn yang terkenal dermawan. Beliau adalah merupakan lelaki pertama dari kalangan hartawan yang memeluk agama slam.
Beliau adalah menantu Baginda Rasulullah SAW., suami kepada puteri Baginda saw. Ruqaiyah. Dan bila Ruqaiyah meninggal dunia sewaktu Perang Badar, beliau berkahwin pula dengan puteri Rasulullah SAW. yang kedua, Ummi Kalthum.
Dalam zaman pemerintahan Saidina Usman telah timbul pemberontakan-pemberontakan kerana tidak puas hati dengan cara-cara Saidina Usman menjalankan pemerintahannya. Sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan pemberontak menentang Saidina Usman, iaitu dari Mesir, Kufah dan Basrah.
Pada bulan Zulkaedah 35 Hijriah [656M] ketiga-tiga kumpulan itu telah bertolak ke Madinah, dengan alasan untuk menunai ibadat Haji di Makkah, walaupun tujuan mereka yang sebenar ialah mengepung Khalifah Usman, menurunkannya dari jawatan Khalifah dan menggantikannya dengan orang lain.
Tapi ketiga-tiga kumpulan itu tidak sependapat, mereka mempunyai pilihan yang berlainan. Kumpulan Mesir mahukan Ali bin Abu Thalib, kumpulan Basrah mahukan Talhah bin Ubaidillah, sementara kumpulan Kufah mahukan Zubair bin Awwam.
Mereka menuntut supaya Khalifah Saidina Usman memecat kakitangan-kakitangan tertentu yang telah dilantiknya. Khalifah Usman tidak melayan tuntutan itu, kecuali tuntuan dari rakyat Mesir, supaya Gabenor Mesir, Abdullah bin Abi Sarah dipecat dan diganti dengan Muhammad bin Abi Bakar, anak kepada Abu Bakar Al-Siddik.
Orang Mesir merasa puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Khalifah Usman itu lalu mereka pun berangkat pulang ke negara mereka. Tapi dalam perjalanan pulang itu mereka bertembung dengan seorang lelaki menunggang kuda kepunyaan Khalifah Usman. Kerana merasa curiga mereka memberkas lelaki itu yang berkulit hitam. Setelah lelaki itu diperiksa mereka menemui sepucuk surat pada lelaki itu yang bercap mohor Khalifah Usman. Maksud surat itu ialah memerintah Gabenor Mesir, Abdullah bin Abi Sarah supaya membunuh Gabneor Mesir yang baru beliau lantik itu, iaitu Muhammad bin Abi Bakar, juga membunuh penyokong-penyokongnya baik dari kalangan kaum Ansar atau Muhajirin.
Orang-orang Mesir amat marah membaca surat tersebut. Mereka membatalkan rancangan mereka untuk balik ke Mesir, tapi berpatah balik semula ke Madinah. Tujuan mereka ialah untuk membunuh Khalifah Usman yang mereka sangka telah menipu dan mengkhianati mereka.
Bila surat itu dikemukakan kepada Khalifah Usman, beliau dengan keras menafikannya. Dan bila mereka megaitkannya dengan Marwan bin Hakam, seorang kakitangan Saidina Usman, beliau juga menafikan Marwan ada kaitan dengan surat itu. Kata beliau surat itu ditulis oleh pengkhianat. Justeru itu, ahli-ahli sejarah berpendapat surat tersebut merupakan sebahagian daripada peranan yang dimainkan oleh Abdullah bin Saba yang memusuhi Khalifah Usman dengan tujuan untuk mencetuskan huru-hara di kalangan umat Islam, khususnya dengan mencetuskan semula api pemberonakan yang hampir padam itu.
Puak pemberontak tidak dapat menerima atau memang tidak mahu menerima penjelasan Saidina Usman itu. Mereka hanya sedia menerima dua ketetapan yang mereka buat, iaitu Marwan bin Hakam dihukum Qishah dan kedua Saidina Usman meletak jawatan khalifahnya.
Khalifah Usman berhujah, kalau Marwan bertanggungjawab pun, dia hanya baharu merancang hendak membunuh tapi masih belum benar-benar membunuh. Tuntuan yang kedua supaya beliau meletak jawatan juga ditolak oleh beliau, kerana beliau berpegang kepada pesanan Baginda Rasulullah SAW. yang berbunyi, “Bahawasanya engkau Usman akan mengenakan baju kebesaran. Apabila engkau telah mengenakan baju itu, janganlah engkau lepaskan”.
Oleh sebab itu, pemberontak-pemberontak itu terus mengepung rumah Khalifah Usman selama 40 hari. Namun begitu beliau dibenarkan menjadi imam solat di Masjid Nabawi. Sebaliknya para sahabat tetap menjaga keselamatan Khlifah Usman, terutama para pemuda Islam, antara mereka ialah Hassan dan Hussin, putera Saidina Ali dan Abdullah bin Zubair. Rumah Khalifah Usman mereka kawal.
Walau bagaimanapun, Khalifah Usman tidak pernah melancarkan serangan balas dengan menggunakan kekerasaan. Sebaliknya beliau tetap memberi nasihat dengan baik kepada pemberontak-pemberontak itu dengan kata yang lemah lembut. Hatinya sentiasa penuh dengan kasih sayang.
Pada hari ke tiga puluh pengepongan itu, iaitu pada hari Jumaat, Khalifah Usman berkhutbah di Masjid Nabawi. Berlakulah rusuhan di masjid tersebut. Khalifah Usman telah dibaling dengan batu dan lain-lain objek yang menyebabkan beliau jatuh pingsan dan terpaksa dibawa pulang ke rumahnya.
Pada suatu ketika, dalam keadaan huru-hara itu, pemberontak-pemberontak itu telah menyerbu masuk ke rumah Khalifah Usman. Waktu itu Khalifah sedang membaca al-Quran sambil menunggu waktu subuh yang akan menjelang tiba.
Tokoh pemberontak pertama yang menyerbu masuk sambil menghunus pedang untuk membunuh khalifah, ialah Muhammad bin Abu Bakar. Tapi beliau membatalkan niatnya itu bila ditegur oleh khalifah yang menyebabkan dia menangis dan lalu melarikan diri. Tapi seorang lagi pemberonak, iaitu Ghafiqi terus memukul kepala Khalifah Usman dengan sebatang besi yang menyebabkan kepala khlaifah luka dan keluar darah memancut-mancut.
Kemudian Sudan bin Hamrah menghayung pedangnya untuk memancung leher Khalifah Usman. Isteri Khalifah, Nailat yang ada di situ cuba melindungi suaminya, lalu menangkis pedang itu dengan tangannya, menyebabkan jari-jari tangannya putus terkena pedang.
Seorang hamba perempuan yang hendak menolong khalifah turut ditikam oleh Sudan. Di samping itu seorang lelaki yang datang untuk memberi pertolongan juga ditikam oleh Qutairah al-Sukkuni. Tapi Marwan bin Hakam yang tinggal di rumah itu sempat melarikan diri.
Para pemuda yang mengawal rumah Khalifah Usman tidak dapat berbuat apa-apa kerana pintu rumah dikunci dan dipalang dari dalam. Bila pengawal itu berjaya masuk, mereka dengan senang ditangkap dan ditahan oleh pemberontak yang telah berada dalam rumah dan juga yang menyerbu masuk dari luar rmah.
Dalam keadaan berlumuran darah itu, Khalifah Usman masih terus membaca,”Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah di antara orang-orang yang menganiaya diriku sendiri. Ya Allah, ya Tuhanku, aku mohon bantuan atas mereka dan minta pertolongan padaMu atas segala urusanku. Aku mohon padaMu supaya sabar menerima cubaan yang menimpa diriku ini”.
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 8 Zulhijjah 35 Hijriah [656 M] dalam usia 82 tahun, setelah memegang jawatan khalifah selama 12 tahun. Beliau meninggal sebelum sempat solat subuh dengan memeluk al-Quran yang sedang dibacanya. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqi di Madinah.
Balu Saidina Usman tidak mampu berdiam diri, beliau menuntut pembelaan di atas pembunuhan suaminya itu. Beliau lalu mengirimkan jubah Khalifah Usman yang masih berlumuran dengan darah itu kepada Gabenor Wilayah Syria, Muawiah bin Abu Sufyan. Dikirimankannya juga bersama dengan jubah itu sebuah kitab suci al-Quran yang bermandikan darah khalifah, bersama dengan sepucuk surat menuntut pembelaan. Barang-barang itu dikirimkan melalui Nukman Basyir ke Damsyik.
Di samping itu, Ummul-Mukmini Aisyah bin Abu Bakar dan lain-lain juga menuntut Khalifah Ali bin Abi Thalib menangkap dan mengadili pembunuh-pembunuh Khalifah Usman itu. Oleh sebab Khalifah Ali tidak dapat menunai tuntutan itu, maka belaku pertempuran besar antara penyokong-penyokong Ali dan kumpulan penyokong Aisyah yang dikenali dengan nama Perang Unta atau “Harbul-Jamal”
Tegasnya dengan pembunuhan ke atas Khaifah Usman itu, maka terdedahlah babak-babak yang yang amat menyedihkan dalam lembaran sejarah Islam yang dibasahi dengan tumpahan air mata dan juga darah. Ribuan telah telah terkorban, kebanyakannya terdiri dari para pemuda yang tidak berdosa dalam kancah persengketan itu.
Saidina Ali Bin Abi Talib 35-40H [656-661 M
Beliau adalah salah seorang tokoh sahabat besar dan merupakan salah seorang tokoh Islam yang teragong, di samping Saidina Abu Bakar Al-Sidiq ra., Umar Al-Khatab ra., dan Usman bin Affan. Kempat pemimpin adalah khalifah Islam yang memimpin umat Islam selepas kewafatan Raulullah SAW.
Saidina Ali merupakan seorang manusia lautan ilmu, lidahnya fasih berbicara, seseorang sastrawan dan pemidato ulung yang tidak ada tolak bandingnya. Beliau adalah seorang wira yang gagah berani dan handal dan termasyur hingga ke hari ini.
Beliau mendapat taufik dan hidayah nemeluk agama Islam ketika masih kanak-kanak berusia 8 tahun lagi.
Dari segi keturunan, beliau adalah sepupu kepada Baginda Rasulullah SAW, iaitu anak Abi Talib bin Abdul Mtalib. Sejak kecil lagi beliau dipelihara dan diasuh oleh Baginda Rasulllah SAW.
Beliau dilahirkan dalam binaan Kaabah. Perkara pertama yang dilihat leh beliau ketika membuka mata selepas dilahirkan ialah Baginda Rasulullah saw, dan Siti Khadijah sedang bersembahayang.
Ketika masih kanak-kanak lagi dalam satu majlis dakwah yang diadakan oleh Rasulullah SAW di rumah baginda sendiri, baginda telah diejek-ejek dan dihina oleh para hadirin yang terdiri dari sanak saudara baginda SAW, maka Ali yang masih kanak-kanak itu lalu bangun dan berkata, “Hai Rasulullah! Akulah yang akan menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa sahaja yang memerangimu”. Kata-kata beliau itu disambut dengan gelak ketaxxxxxxxxxxwa oleh para hadirin.
Salah satu peperangan yang melibatkan Saidina Ali yang menimpakan kesan yang besar terhadap umat Islam, ialah perang saudara yang dikenali sebagai Perang Safin, iaitu antara Saidina Ali dan Mu’awiyah bin Abu Sufyan dari kaum Bani Umaiyah.
Pada suatu malam, atas perintah Muawiyah, tentera-tentera beliau yang terdiri daripada orang Syam telah menjerit-jerit dan meminta tolong. Antara lain kata mereka, “Wahai Abu Hasan [Ali]! Siapakah yang akan melindungi anak cucu kami dari orang-orang Rum kiranya kami terbunuh. Allah-Allah sahaja yang tinggal. Biarkanlah Kitabullah yang mengadili antara kita!”.
Pada pagi esoknya pula tentera-tentera Muawiyah itu mengangkat mushaf-mushaf al-Quran di hujung-hujung tombak mereka dan tombak-tombak itu pula diikat di leher-leher kuda.
Teknik peperangan yang mengelirukan inilah yang menjadi punca kepada kemenangan Muawiyah dan ketewasan Saidina Ali. Saidina Ali lalu bersetuju dan memerintah supaya peperangan segera dihentikan.
Akhirnya perbalahan mereka telah dibawa ke hadapan Majlis Tahkim untuk diadili dan dibuat keputusan. Mu’awiyah melantik ‘Amru bin ‘As sebagai hakim bagi pihak mereka, sementara Abu Musa al-Ash’ari dilantik hakim bagi pihak Saidina Ali tanpa persetujuan Saidina Ali.
Akhirnya Abu Musa telah memecat Saidina Ali daripada jawatan khalifah, dan ini telah dipersetujui oleh ‘Amru bin ‘As.
Peristiwa tahkim itu memberi keuntugan besar kepada Mu’awiyah, bukan kerana Saidian Ali dipecat dari jawatannya, tapi kerana Tahakim itu telah memecah-belahkan perpaduan di kalangan tentera-tentera Saidina Ali.
Dalam hal ini pihak Khawarij telah bangkit memberontak dan meninggalkan Saidina Ali kerana tidak setuju dengan Saidina Ali menerima Tahkim, sedangkan pada mula-mulanya merekalah yang memaksa Saidina Ali menerima Tahkim itu. Mereka bukan sahaja bertindak meninggalkan Saidina Ali, malah berani pula melakukan berbagai-bagai maksiat dan pencerobohan di bumi Iraq.
Usaha Saidina Ali untuk menggembalikan mereka kepada kebenaran tidak berhasil, justeru Saidina Ali pun bertindak memerangi mereka. Namun beliau tidak mampu menghapuskan mereka semuanya. Mereka seperti patah tumbuh hilang berganti.
Sementara itu keadaan Muawiyah di Syam bertambah kukuh. Oleh sebab itu para sahabat besar, seperti Sa’ad bin Abu Waqqas dan Abdullah bin Umar telah pergi ke Syam dan bergabung dengan Muawiyah.
Muawiyah juga telah berjaya mengabungkan Mesir ke dalam wilayah kekuasaannya, kerana kelicinan politik Muawiyah. Sedangkan pada masa itu Mesir berada di bawah kawalan Khalifah Saidina Ali bin Abu Thalib.
Gebnor Mesir pada masa itu ialah Sa’ad al-Ansary yang dilantik oleh Khalifah Saidina Ali. Beliau seorang yang berdisiplin dan memang boleh dipercayai. Muawiyah pun tidak berjaya mempengaruhinya. Tapi oleh sebab termakan dengan muslihat tipu daya Muawiyah yang licik itu, Saidina Ali telah menyingkir Sa’ad al-Ansary, dan menggantinya dengan Muhammad bin Abu Bakar.
Mengikut ahli-ahli sejarah, Muhammad bin Abu Bakar ini seorang yang tidak cekap. Dia telah bertindak menyerang pengikut-pengikut Saidina Usman. Ini membuka peluang kepada Muawiyah untuk menyerang Mesir. Pasukan tentera Muawiyah dipimpin oleh ‘Amru bin ‘As, dan ikut serta dalam pasukan perang itu ialah Mu’awiyah bin Khudeiyij, musuh ketat kepada Gabenor Muhammad bin Abu Bakar. Dalam peperangan itu pasukan Muawiyah telah menang, Muhammad bin Abu Bakar telah terbunuh. Maka dengan itu jatuhlah Mesir ke tangan Muawiyah.
Sedang Saidina Ali bersiap-siap untuk menyerang Muawiyah, timbul rancangan dan pakatan sulit untuk membunuh Saidina Ali, Muawiyah dan Amru bin ‘As. Rancangan itu dibuat oleh tiga orang Khawarij. Ketiga-tiga mereka ialah Abdul Rahman bin Muljan yang ditugas untuk membunuh Saidina Ali, al-Berek bin Abdullah at-Tamimy ditugas untuk membunuh Mu’awiyah dan Amru bin Bakar at-Tamimy ditugas untuk membunuh Amru bin ‘As. Ketiga-tiga pemubuh itu merancang untuk menjalanakan kerja mereka serentak pada malam yang sama.
Walau bagaimana pun hanya Saidina Ali sahaja yang berjaya dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljan. Saidina Ali telah ditikam ketika bersiap-siap untuk menunai solat. Pembunuhnya, Abdul Rahman telah ditangkap dan dibunuh bila Saidina Ali meninggal dunia.
Sementara Amru bin ‘As telah terselamat kerana tidak keluar bersembahayang jemaah kerana keuzuran. Tempatnya sebagai imam telah diganti oleh Kharijah bin Habib as-Suhammy. Beliau telah mati ditikam olah Amru bin Bakar kerana menyangkanya Amru bin ‘As.
Demikianlah perginya Khalifah Saidina Ali seorang pahlawan yang handal dan gagah berani, dikagumi dan dianggap wali oleh kebanyakan ahli tasauf. Ahli-ahli Sufi pula selalu memujanya, kerana kata-katanya menjadi madah mutiara hikmat yang bersinar gemerlapan di sepanjanga zaman.
Dan dengan kematian Saidina Ali itu, maka bererti berakhirlah zaman pemerintahan al-Khulafaur-Rashidin dalam Islam.
Kesimpulan
Daripada berbagai-bagai peristiwa dan catatan pembunuhan terhadap tokoh-tokoh penting itu yang dilakukan kerana sebab politik, agama ataupun personal dapatlah dibuat beberapa kesimpulan yang berikut:
-Pelakunnya mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi masyur atau pun mendapat tempat istimewa dalam sejarah yang mendorong mereka membunuh tokoh-tokoh penting itu.
-Pelakunya menaruh kebencian peribadi atau pembawaan politik atau agama terhadap tokoh-tokoh yang menjadi sasaran itu menyebabkan mereka membunuhnya.
-Pelakunya tidak siuman atau pun gila menyebabkan mereka membunuh tokoh-tokoh penting dalam masyarakat. Sesetengah pakar pula mengaitkan para pembunuh itu dengan pengaruh jasmani, seperti terdapat kecacatan pada otak, seperti naik ketumbuhan yang boleh mempengaruhi mereka supaya melakukan pembunuhan.
-Kebanyakan para pembunuh itu tidak menyesali perbuatan mereka yang kejam dan tidak berperikemanusiaan yang telah mereka lakukan itu, malah ada di antara mereka menganggap diri mereka sebagai seorang pejuang yang suci. Umpamanya, Gateiu yang membunuh Presiden Amerika, Gierfield mewasiatkan supaya dibuat peringatan kepadanya seperti berikut, “Di sinilah terbaringnya jasad Gaetiu, patriot dan seorang Kristian, rohnya berada dalam kemuliaan”.
-Kebanyakan pembunhan itu dilakukan oleh orang perseorangan yang bertindak sendirian atas inisiatip sendiri tanpa sebarang hubungan dengan sebarang pertubuhan atau kumpulan di belakangnya.
-Kebanyakan pembunuh itu tidak mempunyai rekod jenayah sebelum daripada kejadian itu, malah ada di antaranya seorang yang pendiam, suka bersendirian dan tidak suka menonjol-nonjolkan diri.
-Kadan-kadang peristiwa pembunhan terahdap tokoh-tokoh penting itu bukan sahaja disambut dengan kesedihan isak dan tangis, atau berkabung memakai lilit hitam di kepala, atapun menurunkan bendera separuh tiang, tapi juga disambut dengan kekerasaan dan kegansan sebagai salah satu cara perkabungaan. Umpamanya pembunuhan tehadap Martin Luther King Jr. telah mencetuskan rusuhan besar di Amerika Syarikat dengan pembunuhan, pembakaran dan perompakana. Dalam rusuhan perkabungan itu 11 orang Negro telah dirasmikan terbunuh, 500 orang tercedera, dan 3,000 orang telah diberkas oleh polis, di samping bangunan-bangunan yang musnah.
Selain itu ada lagi tokoh-tokoh penting yang menjadi percubaan membunuh tapi tidak berjaya.
Rencana awal klik:[Part A]
xxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment