Wabak Telanjang Beramai-ramai

>> Monday, May 2, 2011



WABAK TELANJANG BERAMAI-RAMAI

Pada suatu hari saya sedang memnadu kereta di bandar Kota Bharu. Isteri saya, Allahyarahmah Asiah duduk di sebelah. Sebaik-baik sahaja saya mebelok masuk ke Jalan Hospital, tiba-tiba isteri saya memekek kecil, “Ya malunya”, katanya sambil menutup mukanya dengan tas tangannya.


“Malu apa?”. Tanya saya spontan.


“Tu,tu?”.Ktanya.


“Apa tu?” tanya saya.


“Tu di depan tu. Malunya!”.


Saya memandang agak jauh ke hadapan. “Allah mak”.Kata saya, “Apa ni?”.


Di hadapan ini kelihatan dengan jelas seorang lelaki berada dalam keadaan bogel sepenhnya. Tak ada seurat benang pun pada badannya. Berjalan selamba sambil kedua-dua belah tangannya digerak-gerakkan seperti orang sedang menari.


Agak jauh di belakang mereka ada dua orang lelaki yang berniform putih sedang mengejar lelaki yang bertelanjang itu.


Sudah tebtu lelaki itu terlepas dari rumah sakit mental yang ada berhampiran di situ.


Saya tidak dapat menahan hati untuk ketawa meliaht gelagak lelaki yang bogel itu. Isteri saya masih menutup mukanya, “Heh apa ni?”, katanya kepada saya, “tak malukah?”.


“Tak ada lagi. Dah lepas ke belakang dah”, kata saya. Dia lalu menjatuh tas tangannya dan membuka matanya. “Hai malunya!”, katanya mengulangi kata-kata yang sama.


Saya terus memandu, menuju ke tempat yang menjadi tujuan kami.


Persoalannya kita merasa malu melihat seorang lelaki berbogel di jalan raya, dan menganggapnya sebagai tidak siuman. Tapi bagaimana dengan orang-orang yang suka berbogel beramai-ramai, berkumpul bersama-sama mereka dalam keadaan bogel seperti sekumpulan haiwan yang tidak berotak itu?


Kalau haiwan berbogel, memang ia hairan, tapi bagaimana dengan manusia yang berotak dan berakal mengamalkan hidup berbgoel sesama manusia?


Persatuan Bogel


Golongan-golongan yang suka berbogel di dunia ini mempunyai persatuan atau pertubuhan mereka sendiri untuk melancarkan aktiviti perbogelan mereka.


Satu-satunya pertubuhan bogel antarabangsa yang dikatakan paling terkemuka ialah Persekutuan Kaum Bogel Antarabangsa atau International Naturist Federation yang beribu pejabat di Hjorshoj, Denmark. Sejak kebelakangan ini ia mempunyai cawangan-cawangannya di beberapa buah benua.


Kebiasaannya, sesebuah kelab bogel di Amerika dan Canada, mempunyai anggota seramai antara 12 hingga 500 orang yang dikenakan bayaran-bayaran tertentu sebagai ahli. Biasanya kelab-kelab bogel ini mempunyai kawasan-kawasan tersendiri yang luasnya beratus-ratus hektar, seringnya di kawasan pesisir pantai atau dalam kawasan hutan yang dijadikan kem-kem tempat mereka berbaogel di waktu-waktu tertentu sambil melancarkan berbagai-bagai kegiatan yang telah ditentukan seperti pertubuhan yang biasa juga, antaranya bersukan sambil berbgoel beramai-ramai jantan dan betina.


Di Eropah kelab-kelab bogel ini dikenali dengan nama yang lebih indah, seperti Free Body Culture, dan di Jerman pula ia disebut Frel Korper-Kultur atau singkatnya FKK. Walau apapun namanya diberi, tujuannya tetap sama, iaitu mengumpulkan orang-orang yang suka hidup bertelanjangan beramai-ramai di dalam sesebuah pertubuhan, di mana mereka dapat bebas berbogel sesuka hati seperti kawanan hewan yang tidak berotak dibiar berkeliaran ke sana ke mari di dalam kawasan rumput yang berpagar.


Anggota-anggota pertubuhan yang suka hidup bertelanjangan ini dikatakan terdiri daripada berbagai-bagai lapisan masyarakat, seperti doktor, peguam, tentera, pemandu teksi, guru, suri rumah, kerani, setiausaha dan lain-lain jurusan hidup yang mempunyai persamaan selera rasa dalam bidang pembogelan, kerana menurut seruan naluri haiwaniah yang lebih keji dari haiwan itu sendiri.


Antara kegiatan-kegiatan biasa anggota-anggota pertubuhan ini ketika berkumpul dan bertelanjang beramai-ramai ialah mendedahkan seluruh badan mereka yang bogel itu kepada suluhan sinar matahri dan udara, mandi manda, tidur, melakukan berbagai-bagai keiatan rumah tangga, seperti masak memasak, bermain-main secara berkumpulan, beriadah, semuanya dilakukan dalam keadaan bertelanjang bogel, mungkin sesama kaum sejenis, ataupun mungkin sesama kaum yang berlawanan jenis, iaitu perempuan sesama perempuan, lelaki sesama lelaki, atau lelaki dengan perempuan, tergantung di atas kesukaan dan pilihan masing-masing seperti hewan sekandang yang telah dirasuk syaitan.


Anggota-anggota kelab hidup bertelanjang ini menganggap pembogelan adalah satu perbuatan yang mulia dan dikehenaki, kerana menurut mereka pembogelan berramai-ramai seperti itu mempunyai banyak manfaatnya, terutama sekali untuk membentuk hidup yang sihat.


Anggota-anggota persatuan hidup telanjang ini menganggap pembogelan bukan satu kelucuhan yang dapat membangkitkan nafsu berahi dalam satu pergaulan yang biasa antara lelaki dan perempuan.


Persamaan Taraf


Adalah suatu keanehan jika seseorang lelaki yang tidak mempunyai sebarang perasan melihat seorang wanita dalam keadaan yang mengairahkan seperti berbogel berdua-duan sebagimana yang mereka lakukan itu? Kalau tidak ada perasaan, maka bolehlah mereka menemui doktor untuk memeriksa dirinya, adakah dia sebenarnya seorang manusia yang normal atau tidak?



Mereka mendakwa ketika bertelanjang beramai-ramai seperti itu antara lelaki dan perempuan atau sesama sejenis dapat mewujudkan persamaan taraf atau sama rata, tanpa pangkat dan darjat seseorang seperti dalam kehdiupan yang biasa sehari-hari di mana kebanyakan manusia dipisah-pisahkan oleh taraf hidup masing-masing, seperti sebagai guru, ahli politik, peguam, hakim dan sebagainya. Demikian juga tidak ada perbezaan antara tua dan muda, kecil ataupun besar. Semuanya bertelanjang bogel.


Adakah ketika mati dan hendak dikebumikan kaum bogel ini dikambus dengan berpakaian atau dalam keadaan bogel untuk persamarataan dalam hidup dunia dan akhirat? Kalau berbogel itu dapat menghayati erti persamarataan yang sebenarnya, maka adalah wajar andainya mereka dikebumikan dalam keadaan berbogel?


Mereka juga mendakwa bahawa bertelanjang bogel secara beramai-ramai seperti yang mereka lakukan itu dapat menggalakkan seseorang menjaga kecantikan tubuh badan mereka, kerana seseorang yang mempunyai perut yang gendut atau badan yang kurus melidi tentu merasa kekuk untuk membogelkan tubuh badannya di hadapan orang ramai.


Adakah orang yang waras itu hanya menjaga kesihatan dan kewajaran dirinya setelah mereka berbogel di khalayak ramai? Di mana letak kewarasannya?


Sebuah buku mengenai kehidupan bogel telah diterbitkan pada tahun 1960, hasil karya Richard Ungewitter, bangsa Jerman, berjudul Die Nacktheit. Buku ini sangat disanjung tinggi oleh anggota-anggota pertubuhan hidup telanjang ini, dan pengarangnya diangggap sebagai jurubicara mereka yang handal.


Sudah tentu pengarangnya telah kerasukan syaitan ketika menghasilkan buku itu, sehingga dijadikan seperti kitab suci oleh pengikut-pengikut mereka yang gila bertelanjang.


Selain itu untuk mempopulerkan sistem hidup telanjang ini mereka juga telah menerbitkan berbagai-bagai buku dan majalah lagi yang menonjolkan kehebatan hidup berbogel. Di samping itu mereka juga mengadakan kuliah-kuliah dam seminar-seminar mengenai kehidupan telanjang, baik di peringkat daerah, negeri, negara ataupun antara bangsa.


Tidaklah diketahui adakah setiap kali mengadakan kuliah atau seminar itu semua peserta dikehendaki berada dalam keadaan bertelanjang bogel atau tidak. Kalau diadakan dalam keadaan bogel, sudah tentu ramai yang akan membanjiri dewan kuliah tersebut.


Hasil perjuangan mereka yang gigih ini tidaklah sisa-sia, kerana kehidupan telanjang telah diterima oleh undang-undang kebenayakan negeri di Amerika Syarikat dan Eropah. Dan bilangannya dikatakan terus meningkat dari masa ke masa.


Menentang


Namun begitu, sebahagian besar umat manusia di dunia tetap menentang kehidupan telanjang sebagai perbuatan yyang kotor, lucah dan tidak bermoral.


Mereka yang rasional ini tidak menerima alasan kaum pembogel bahawa bertelanjang beramai-ramai seperti itu bertujuan untuk menggalakkan manusia menjaga kecantikan badan mereka dan lain-lain alasan dan menganggapnya sebagai alasan yang diada-adakan sahaja, kerana manusia masih belum ketandusan berbagai-bagai cara lain yang waras untuk berbuat demikian, menerusi sistem pendidikan atau pembelajaran yang bermoral.


Sesungguhnya Allah telah berfirman, “Wahai Nabi! Perintahkan isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta kaum wanita yang beriman supaya melabuhkan jiblab mereka bagi menutup tubuhnya [semasa mereka keluar]. Cara begini lebih sesuai untuk mereka dikenal [sebagai wanita yang baik-baik]. Dengan itu mereka tidak akan diganggu”.S: al-Ahzab.


Dan, “Mereka [para sahabat] berkata:Kami dengar dan kami taat sambil berdoa, “Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada-Mu kami akan kembali”.S:al-Baqarah:185.


xxxxxxxxxxxxxx


Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman,Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP