Tokoh-tokoh Korban Pembunuhan-Part A

>> Monday, May 30, 2011


TOKOH-TOKOH KORBAN PEMBUNUHAN

[Part A]



Antara jenayah-jenayah terbesar yang pernah berlaku dari masa ke masa di sepanjang sejarah ialah pembunuhan terhadap anggota-anggota masyarakat yang penting, tokoh-tokoh ternama, seperti pemimpin-pemimpin politik, para ulama, negarawan-negarawan dan ketua-ketua negara.



Dalam istilah psikologi, pembunuhan terhadap tokoh-tokoh penting ini dikenala dengan nama “magnicie”. Ia telah lama berlangsung dalam sejarah umat manusia yang tak pernah lekang daripada semangat kebencian dan dendam kesumat yang bersarang di lubuk jiwa manusia yang akan mengheret mereka ke lembah durjana.



Dari waktu ke waktu seluruh dunia dilanda kegemparan, bukan sahaja kerana berlaku tsunami atau gempa bumi, tapi juga kerana mendengar berita seorang tokoh ternama di sesebuah negara atau di peringkat antara bangsa menjadi korban pembunuhan yang zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan.



Nampaknya sudah menjadi takdir dan suratan nasib dunia bahawa pembunuhan terhadap tokoh-tokoh penting merupakan kejadian yang tidak dapat dielakkan lagi, selagi jiwa manusia disarangi oleh syaitan keganasan dan kejahatan, walaupun segala pengawasan dan penjagaan yang ketat, teliti dan shopikatet telah dilakukan untuk memberi perlindungnan terhadap keselamatan seseorang tokoh, lebih-lebih lagi di zaman moden ini di mana alat-alat senjata yang merbahaya mudah diperolehi dan mudah dipergunakan.



Barangkali segala langkah-langkah keselamatan yang rapi yang diakukan terhadap seeorang tokoh hanya mampu untuk memperlambatkan proses pembunuhan itu sahaja daripada segera berlaku, kerana perancangnya menunggu masa yang lebih sesuai dan tepat utnuk bertindak.



Nampaknya memang benar apa yang dirasakan oleh mendiang, Presiden Amerika Syarikat yang ke-16, Abraham Lincoln sebelum beliau ditembak mati. Beliau berkata bahawa tidak ada siapa pun yang dapat menghalang jika ada orang yang ingin membunhnya. Dan apa yang dirasakannya itu memang benar, kerana selepas itu beliau telah ditembak mati.



Perasaan yang serupa yang dirasakan oleh Presiedn Amerika Syarikat yang ke-35, John F. Kennedy beberapa jam sebelm beliau ditembak mati dengan senjata moden.



Barangkali sangka-sangkaan ini dapat dijadikan iktibar kepada semua tokoh-tokoh penting dalam setiap tempat dan masa, terutama ahli-ahli politik dan negarawan-negarawan yang sentiasa terpaksa berdepan dengan orang ramai di sepanjang waktu,



Dengan adanya begitu banyak tokoh-tokoh penting yang telah menjadi korban pembunuhan di masa-masa yang lalu dapat menjadi hujah untuk memperkuatkan sangka-sangkaan atau andai-andaian itu.



Izinikanlah kami menyingkapkan beberapa peistiwa bersejarah yang telah begitu banyak mengorbankan begitu ramai tokoh dalam pembunuhan yang telah berjaya menghitam legamkan sejarah umat manusia di seluruh dunia. Marilah kita renungkan.



Pembunuhan Pertama


Sebelum kita teruskan kepada perkara di atas, ada baiknya kita cungkil sedikit sejarah pembunuhan yang pertama kali berlaku di dunia ini sejak ribuan tahun nyang lampau.



Nabi Adam as, manusia pertama di dunia ini, mempunyai ramai anak dan dua orang daripadanya ialah Qabil dan Habil. Menurut al-Quran Allah memerintahkan keduanya supaya berkorban.



Habil berkorban dengan hati yang tulus ikhlas, tapi tidak demikian dengan abangnya Qabil. Akibatnya korban Habil telah diterima Allah, tapi korban Qabil tidak diterima.



Ini membuat Qabil meradang, lalu bertindak untuk membunuh Habil. Nasihat Habil bahawa perbuatan itu berdosa dan dimurkai Allah tidak diindahkannya, malah dia terus juga membunuh Habil.



Selepas melakukan pembunuhan itu Qabil menyesal. Dia juga merasa kebingongan bagaimana dan di mana mayat adiknya hendak disimpannya.



Tidak beberapa lama Qabil melihat seekor burung gagak sedang menggali tanah. Peristiwa itu memberi ilham kepadanya bagaimana caranya untuk mengurus mayat adiknya Habil itu.



Lalu Qabil meniru perbuatan gagak itu menggali tanah dan di situlah disimpan mayat adiknya itu.



Cerita Qabil dan Habil ini terdapat dalam kitab suci Al-Quran, surah al-Maidah, ayat 27-32.



Bermula dari peristiwa inilah pembunuhan terus menerus berlaku dari masa ke masa, dan darah manusia terus menerus tumpah membasahi bumi.



1.Philip, Raja Macedonia [382-336 BC]


Beliau menaiki takhta negara Macedonia pada tahun 359 setelah berjaya melakukan rampasan kuasa. Beiau memerintah hingga tahun 336 BC. Alexander the Great ialah putera beliau.



Jasa beliau yang besar ialah menyusun semula tentera Macedonia hingga muncul sebagai pasukan tentera yang kuat dan handal. Selepas Peperangan Chaeronea pada tahun 338 belaiu berjaya menawan Greece.



Ketika dalam persiapan untuk menyerang Persi beliau telah menjadi korban pembunuhan.



Kejayaan-kejayaan yang telah dicapainya itu membuka jalan kepada puteranya Alexander the Great untuk mara dan bangkit menjadi sebuah raja besar yang termasyur hingga sekarang.



Julius Ceaser [100 BC-44BC]


Julius Ceaser [13 Julai 100 BC-15 Mac 44BC] ialah seorang negarawan, general dan ahli pidato dan seorang penulis Roman yang terkenal hingga sekarang.



Beliau telah dibunuh dengan kejamnya dalam Dewan Senet Roman pada 15 Mac 44 B.C. oleh sekumpulan senator yang berkomplot dengan Marcus Junius Brutus, seorang sahabat karibnya, Marcus Brutus yang telah memain peranan yang pentng dalam peristiwa pembunuhan yang mengegarkan itu.



Pada mula-mulanya, bila Julius Ceaser melihat ada orang-orang yang ingin membunuhnya, dia ingin membuat perlawanana, tapi bila melihat sahabat karibnya sendiri, Marcus Brutus menyertaai kumpulan tersebut, Julius Ceaser tidak jadi melawan lalu berkata dengan sedih dan terharu, “Et tu, Brutus?” yang bererti “Engkau juga Brutus?”.



Dia pun lalu menutup mukanya dengan jubah yang dipakainya tanpa memberi sebarang perlawanan. Orang-orang itu pun lalu menikamnya bertalu-talu hingga Ceaser menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sekujur tubuh beliau bermandi darah dan dia mati di kaki patung Pompey dengan menerima lebih daripada 20 liang tikaman.



Brutus menyertai kumpulan pemberontak itu kerana beliau percaya, tanpa Julius Ceaser negara Rome akan kembai menjadi sebuah negara republik seperti dahulu. Negara repulik itulah yang menjadi idamannya.



Brutus bimbang, Julius Ceaser akan menjadi seorang diktator di Rom. Ini tidak begitu diragukan lagi, kerana Ceaser berhasrat untuk menjadi raja Rom, tapi apa yang menjadi halangan pada waktu itu ialah bantahan daripada rakyat jelata.



Namun begitu, Ceasser juga berhasrat untuk menjadikan keluarganya memegang tampuk kekuasaan ke atas negara Rom, justeru beilau melantik anak angkatnya Octavian yang mempunyai pertalian darah dengannya menjadi penggantinya.



Dari sinilah lahirnya aliran politik yang dikenali dengan nama Cearisme, iaitu aliran yang mementingkan keluarga sendiri.



Selepas kematian Julius Ceaser negara Roman tidak aman, perang saudara telah meletus, dan akhirnya lahirlah Roman Empire yang dipimpin oleh anak angkat Ceaser, Octavius yang kemudiannya dikenali sebagai Augustus.



Edward the Martyr[- 979]


Raja Inggeris dari tahun 975 hingga 979, iaitu tahun beliau dibunuh. Pembunuhan ke atasnya dilakukan atas perintah ibu tirinya sendiri.



St.Thomas Becket [1117-1170]


Seorang Archbishop Canterbury [1162] dan Chancellor England 1158 di bawah pemerintahan Henry II. Beliau berjaya menentang dasar Henry mengenai percukaian dan beberapa perkara lain. Beliau telah dibunuh atas perinah Raja Henry semasa berada di Gereja Besar Canterbury..



Dua tahun kemudian beliau digelar sebagai seorang suci [saint] dan kuburnya menjadi paling termasyur dalam dunia Kristian, tapi ia telah dimusnah pada tahun 1538.



Edward V [1470-1483]


Salah seorang Raja England, putera kepada Henry IV. Selepas menaiki takhta pada tahun 1483 pada tahun itu beliau disingkir dari takhta dan dibunuh di Menara London [Tower of London].



Pembunuhan itu mungkin dilakukan atas perintah bapa saudaranya, Richard, Duke Gloucester.



Paul [1754-1801]


Maharaja Rusia dari tahun 1796-1801., putera kepada Peter III dan Catherine the Great. Dia telah dibunuh kerana enggan turun takhta.



Spencer Perceval 1762-1812]


Beliau seorang negarawan dan Perdana Menteri British. Beliau dilahirkan pada 1 November 1762 dan telah ditembak mati pada pagi 11 Mei 1812 ketika berada di lobi Dewan Parlimen.


Sebelum itu dia telah bermimpi bahawa dia telah ditembak mati, dan akhirnya mimpi itu benar-benar mejelma menjadi kenyataan. Beliau ditembak di lobi Parlimen ketika dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat. Tiba-tiba muncul seorang lelaki, terus mengeluarkan pistolnya dan melepaskan tembakan ke dada Percevall. Beliau lalu rebah tersungkur ke lantai, sambil menyebut perkataan “bunuh” atau “Oh Tuhanku” yang merupakan kata-kata terakhir yang keluar dari mulutnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sejurus kemudian.



Beliau juga seorang pendakwa raya dan peguam negara, dan merupakan satu-satunya Menteri British yang mati dibunuh hingga ke hari ini.



Ayahnya pula, John Percevall, penasihat politik kepada Frederick, Prince of Wales dan King George III, mati ketika S.Percevall brusia 8 tahun.



Pembunuhnya ialah seorang gila bernama John Bellingham, seorang peniaga. Tapi menurut keterangan Bellingham dia telah tersalah orang, kerana orang yang sebenar ingin diunuhnya ialah Lord Leverich Gower.



Dia bertindak sendirian dan amat benci kepada kerajaan British. Sebelum itu dia pernah dipenjarakan di Rusia secara tidak adil, dan berharap untuk mendapat ganti rugi daripada kerajaan British tapi permohonannya tidak dilayan dan ditolak.



Dia telah dihadapkan ke mahkamah, dan enggan mengaku dia seorang gila, lalu dijatuhkan hukuman bunuh dan digantung pada 18 Mei 1812.



Spencer Percevall di kebumikan pada 16 Mei 1812 di Egmont, meninggalkan seorang janda dan 12 orang anak. Beliau dikatakan tidak meninggalkan pusaka yang mencukupi untuk menampung keluarganya, kerana itu Parlimen British membuat keputusan membantu keluarganya.



Abraham Lincoln [1809-1865]


Abraham Lincoln ialah presiden Amerika Syarikat yang ke enam belas [12 Febuari 1809-14 April 1865]]. Lahir di Hardin Country, Kentucky.



Beliau telah ditembak mati pada 14 April 1865 di bahagian belakang kepalanya dengan sebutir peluru tunggal daripada senjata api jenis Derringer ketika beliau sedang menonton di panggong Ford. Beliau menghembus nafasnya yang terakhir pada pukul 7.22 minit pagi keesokan harinya.



Ketika melepaskan tembakan itu, pembunuhnya John Wilkes Booth menjerit, “Sic semper tyranis!-“Selatan menuntut bela”. Selepas menembak Abraham Lncoln, dia pun terus melompat ke atas pentas dan melarikan diri walaupun sebelah kakinya telah patah. Tapi beberapa hari kemudian, dia telah dapat diberkas setelah tercedera dalam drama tembak menembak dengan pehak berwajib di tempat persembunyiannya, di sebuah ladang tembakau. Tembakan yang membawa maut itu mungkin diterima daripada pemburu-pemburunya dan mungkin juga didapati daripada tembakannya sendiri.



Lima jam, 40 minit, sebelum trajidi berdarah itu berlaku, pada pukul 4.30 petang ketika meninggalkan Rumah Putih bersama dengan pengawal peribadinya, Mejer Crook, Abraham Lincol telah berkata kepadanya, “Saudara Crook, tahukah saudara saya percaya ada orang-orang yang ingin merampas nyawa saya”. Bibirnya yang tebal itu mengukir senyum dan menyambung, “Saya tidak ragu-ragu lagi mereka akan melakukannya. Saya penuh percaya terhadap orang sekeliling saya. Saya percaya setiap orang suadara. Saya percaya tidak ada sesiapa yang dapat membunuh saya dan meluluskan diri hidup-hidup. Tapi jika pembunuhan itu akan berlaku juga, tidak mungkin untuk mencegahnya”.



Pembunuh Abraham Lincoln seorang yang tampan, berkaki pengkal, berambut hitam kerinting dan mempunyai mata yang “memberahikan”. Dan dia adalah seorang pelakon yang gagal.



Semasa bersekolah lagi, dia dengan bangga memberitahu teman-temannya bahawa namanya akan tetap dikenangi orang pada generasi yang akan datang dan akan “tercatat dalam semua sejarah di sepanjang masa”. Dan kata-kata itu terbukti benarnya, kerana namanya akan abadi sbagai seorang pembunuh.



Dia menganggap Lincoln seorang yang zalim dan menaruh penuh kebencian terhadapnya. Katanya, “Tuhan semata-mata menjadikan saya sebagai alat untuk membunuhnya”.



Di tidak pernah menjalani pemeriksaan psikitarik. Tapi perangainya dalam berbagai-bagai waktu dalam hidupnya serupa dengan perangai bapanya, iaitu seperti orang gila. Ini menunjukkan dia seorang yang mengalami kekacauan fikiran.



James Abram Garfiled [1831-1881]


Presiden Amerika Syarikat yang ke-dua puluh. Beliau dilahirkan pada tahun 1831 dan telah ditembak mati pada 2 Julai, 1881 di Stesen Kereta Api Washington selepas beberapa bulan dirasmikan perlantikannya sebagai presiden. Beliau meninggal dunia pada 19 September 1811 kerana cedera parah.



Beliau telah ditembak sebanyak dua das, dan pada waktu itu dalam perjalanan ke William College untuk menyampaikan ucapan.



Belisu meninggal pada 19 September 1881 berpunca dari tembakan tersebut, setelah menjadi Presiden selama 200 hari daripada 4 Mac 1881 hingga 2 Julai 1881.



Pembunuhnya, Charles Guiteau, seorang peguam di Chicago yang gila. Ketika melepaskan tembakan itu, dia dikatakan menjerit, “Akulah Stalwart dan Arthur yang jadi presiedn sekarang”.



Pembunuhnya merasa kecewa kerana telah beberapa kali membuat permohonan untuk menjadi konsul USA di Paris tapi ditolak oleh kerajaan dengan alasan kerana tidak mepunyai kelulusan.



Ketika dijalankan pembicaraan, Guiteau berkata kepada para juri, “Tuan-tuan, buatlah keputusan bahawa tindakan itu dari Tuhan bukannya dari saya”.



Walau pun mahkamh dirayu supaya menganggap dia gila yang telah disahkan oleh pakar-pakar yang terkemuka masa itu, tapi para juri mendapati dia bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh mahkamah.



Ketika berada di tiang gantung, Guiteau dengan air mata yang berlinangan membaca sebuah sajak yang diciptanya sendiri pagi itu. Kira-kira seramai 200 orang telah hadir menyaksikan pengantungan itu, sesetengahnya dengan bayaran 300 AS seorang. Sebahagian daripada sajak itu berbunyi:



“Aku sedang menuju kepada Tuhan


Aku sangat gembira


Aku sedang menuju kepada Tuhan


Aku sangat gembira”.



Dia terus juga bercakap walapun kepalanya telah ditutup dengan pundi-pundi hitam sehingga tali gantung menjerut lehernya.



Alexander II [1818-1881]


Maharaja Russia dari tahun 1855-1881, dia telah dibunuh di St. Petersburg pada tahun 1881.



William McKinley [1843-1901]


Beliau adalah presiden Amerika Syarikat yang ke dua puluh lima. Beliau dilahirkan pada tahun 1843 dan telah ditembak sebanyak dua das pada dada dan perutnya pada 6 September 1901 di Dewan Muzik Exposition oleh Leon F.Czolgoz, dan meninggal pada 14 September 1901.



Leon F.Czolgoz telah dihadapkan ke mahkamah, tapi pembicaran tidak dapat dijalankan dengan sewajarnya, kerana dia enggan membela dirinya dan enggan berbicara dengan peguamnya, malah enggan dibicarakan, sebab katanya dia tidak percayakan peguamnya dan juga mahkamah.



Dia mendakwa dia seorang anarkis. Tidak percaya kepada perkahwinan, tidak percaya kepada agama, tidak percaya kepada bentuk kerajaan republik, malah tidak percaya kepada sebarang bentuk kerajaan.



Ketika dibicarakan, lima orang doktor sepakat sebulat suara mengatakan dia seorang gila.



Putera Ito Hirobumi [1841-1909]


Beliau adalah seorang negarawan Jepun yang terkenal dan menjadi Perdana Menteri Jepun sebanyak empat kali, pertama dari 22 Disember 1885 hingga 30 April 1888; kedua 8 Ogos 1892 hingga 31 Ogos 1896; ketiga dari 12 Januari 1898 hingga 30 Jun 1898 dan keempat dari 19 Oktober 1900 hingga 10 Mei 1901.



Beliau dilahirkan pada 16 Oktober 1841 dan ditembak mati pada 26 Oktober 1909. Beliau ditembak oleh seorang nasionalis Korea, An Jung-geun, kerana menentang tindakan Jepun meletak Korea sebagai sebahagian daripada Empayar Jepun.



An Jung-geun telah melepas tembakan sebanyak enam das ke arah beliau, dan tiga das daripadanya telah singgah dengan tepat di dada Ito Hirobumi menyebabkan beliau terus menemui ajalnya.



Peristiwa itu berlaku di Stesen Keretapi Harbin ketika beliau dalam perjalanan untuk menemui rakannya, seorang wakil kerajaan Russia, Vladmiv Kokovstov di Manchuria.



An Jung-geun pula seorang nasionalis dan aktivitis sendirian yang tidak berkumpulan.



Mahatama Gandhi [1869-1949]


Mahatama Gandhi, nama sebenarnya Mohandas Karamchan Gandhi, adalah salah seorang tokoh terbesar dari Asia. Beliau adalah seorang tokoh politik dan pemimpin yang terkenal di India.



Mahatama bererti “Jiwa Besar”, di negaranya India, beliau juga dipanggil “Bapu” yang bererti “Bapa”, yang bermaksud “Bapa India”.



Beliau dilahirkan di Porbandav, Bombay, pada 20 Oktober 1869. Hari kelahirannya telah dijadikan Hari Kebangsaan India yang disebut “Gandhi Jayanti”, dan diperingkat internasional pula ia dijadikan hari damai tanpa kekerasaan-Hari Antara Bangsa Dunia Tanpa Kekerasaan”, [International Day of Non-Violence].



Pada 30 Januari 1948, beliau telah ditembak mati oleh orang yang membencinya. Beliau telah dihujani dengan tiga butir peluru di upcara agama di Berla, New Delhi .Tembakan itu dilakukan dalam jarak tiga kaki sahaja, oleh Nathuran Gadse, seorang nasionalis Hindu yang ada hubungan dengan pertubuhan pelampau, Hindu Mahasabha. Gandhi telah dituduh bertanggungjawab melemahkan India, kerana mendesak supaya dibuat bayaran tertentu kepada kerajaan Pakistan.



Bila peluru-peluru itu singgah di dadanya, beliau lalu terkulai jatuh, dan menghembus nafasnya yang terakhir dengan menyebut, “Oh tuhan”. Namun kata-kata tersebut masih menjadi pertikaian benar atau tidaknya.



Waktu itu beliau sedang berjalan ke platform untuk menyampaikan ucapan di upacara keagamaan



Beberapa hari sebelum peristiwa tersebut, Gandhi telah cuba dibunuh dengan lemparan bom tangan oleh seorang pemuda pelarian Punjab, bernama Midan Lal, tapi gagal.



Pembunuh yang berjaya meragut nyawa Gandhi itu ialah Nathrum Vinayak Godse, kawan kepada Medan Lal. Usianya pada waktu itu 35 tahun. Dia ketua pengarang dan penerbit sebuah akhbar mingguan Hindu, Mahasabsha di Pona.



Dia tidak pernah menaruh sebarang dendam peribadi terhadap Gandhi. Ketika dibicarakan dia di antara lain memberitahu mahkamahh, “Sebelum daripada menembak, saya mengucap selamat kepadanya dan membongkok menghormatinya”.



Godse dan seorang rakan kerjasamanya, Narayan Apte telah dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati yang dijalankan pada 15 November 1949.



Sebagai penganut agama Hindu, mayat Gandhi telah dibakar dan abunya telah diletakkan di beberapa buah tempat oleh orang-orang yang seagama dengannya.



Abdullah Husssein [1882-1951]


Abdullah I bin al-Hussein, seorang Raja Jordan. Lahir di Mekah pada tahun 1882, anak kepada Sharif Hussein bin Ali, sharif dan Raja Mekah. Ibunya Abddiya binti Abdullah.



Raja Abdullah bekerjasama dengan penjajah British dan memain peranan penting dalam pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan Islam Usmaniah, Turki.



Beliau telah ditembak mati, pada 20 Jullai 1951, ketika melawat Masjid al-Aqsa, di Jerusalem. Ketika itu Raja Abdulah berada di Qubah Batu untuk solat Jumaat bersama seorang cucunya, Putera Hussein.



Beliau dibunuh kerana didakwa ingin mengadakan perdamaian dengan Israel.



Sebelum itu, pada 16 Julai 1951, Riad Bey al-Solth, bekas Perdana Menteri Lubanon, telah ditembak di Aman kerana merancang untuk mengadakan perdamaian dengan Israel.



Pembunuhnya, Mustafa Ashu, seorang pelatih tukang jahit, warga Palestin, berusia 21 tahun yang merasa curiga Raja Abdullah akan membuat perdamaian dengan Israie secara berasingan. Mustafa telah menembak dengan tiga butir peluru yang tepat mengenai kepala dan dada Raja Abdullah.



Putera Hussein yang ada di sisinya juga terkena tembakan, tapi kerana peluru tembakan terkena pada medal yang tergantung di dadanya telah berjaya menyelamatkan dia dari maut.



Raja Abdullah diganti oleh anaknya Talal yang sakit otak, kerana itu pemerintahan dijalankan oleh anaknya Raja Hussein yang pada masa itu baru berusia belasan tahun.



Selain daripada pembunuh Mustafa seramai sepuluh orang lagi telah didakwa di Aman kerana dituduh berkomplot dalam pembunuhan itu, termasuk anggota tentera, sebahagian daripadanya telah dijatuh hukuman bunuh.



Liaquat Ali Khan [1896-1951]


Beliau adalah Perdana Menteri pertama Pakistan 1947, dan orang kanan kepada Mohd Ali Jinnah. Beliau juga merangkap Menteri Luar dan Masalah Kommonwel, Kashmir dan juga Menteri Pertahanan,



Beliau juga pernah menjadi Menteri Kewangan India yang pertama sebelum Pakistan berpisah dengan India dan menjadi sebuah negara merdeka. Beliau memain peranan penting dalam kemerdekaan India.



Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 1896 di Kamal, Timur Punjab India. Ibunya Mahmoodah Begum. Beliau berasal daripada keluarga yang kaya raya. Isterinya Begum Ra’ana, seorang ahli ekonomi yang terkenal di Pakistan.



Beliau mendapat gelaran Quaid-e-Millat yang bererti “Pemimpin Negara” dan selepas kematiannya beliau digelar “Shaeed-e-Millat” yang bererti “Jihad Negara”.



Beliau telah ditembak mati pada 16 Oktober 1951 ketika menghadari pertemuan Lega Muslim Bandar di Medan Bandaran Rawalpindi. Kemudiannya medan itu telah ditukar kepada nama “Liquar Bag Rawalpindi” yang bermaksud “Medan Liquar Rawalpindi”.



Dua butir peluru telah menembusi dadanya, ditembak oleh seorang keturunan Afghanistan, bernama Said Akbar.



Menarik juga untuk disebut bahawa di medan ini jugalah bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto telah ditembak mati oleh pembunuhnya pada tahun 2007.



Soloman West Ridgeway Bandaranaike [1899-1959]


Beliau adalah Perdana Menteri Ceylon, kemudian Sri Lanka yang keempat. Beliau dilahirkan pada 8 Januari, 1899 di Colombo. Beliau dibunuh kira-kira 10 tahun selepas Gandhi dibunuh.



Beliau telah ditembak mati dengan menggunakan selaras pistol pada 25 September, 1959 dan meninggal pada 26 September 1959 di Colombo General Hospital dalam usia 60 tahun kerana tercedera parah. Percubaan doktor pakar bedah untuk menyelamatkannya tidak berjaya.



Beliau berasal dari keluarga beragama Kristian, tapi sanggup menukar agamanya kepada agama Budha dengan tujuan untuk bergerak cergas dalam politik Sri Lanka.



Beliau adalah bekas pelajar Oxford Universitu, London dan lulus undang-undang, serta menjadi peguam.



Beliau ditembak oleh Taldue Somarama, seorang sami Budha sewaktu menyambut ketibaan sami itu di kediamannya secara Budha. Pegawai keselamatan membenarkan dia masuk tanpa pemeriksaan kerana dia seorang sami.



Selepas kematiannya, balunya Srimavo Ratwattle Dias Bandaranaike mula-mulanya dilantik menjadi senator, kemudian selepas memenangi pilihranya telah dilantik menjadi Presiden Ceylon, iaitu wanita yang pertama menjadi perdama menteri sebuah negara di dunia ini.



Selepas itu anak perempuannya yang kedua, Cnadrika Kumaratungga telah dilantik menjadi Peradana Menteri Sri Lanka pada tahun 1994. Kemudiannya anak lelakinya yang bongsu, Anura Bandaranaike dilantik mnejadi Speaker Parlimen Sri Lanka 199-2001 dan dilantik menjadi menteri pada 2004-2008.



Johnf F.Kennedy [ 1917-1963]


Beliau ialah presiden Amerika Syarikat yang ke tiga puluh lima, [1961-1963], dilahirkan pada 29 Mei, 1917, dan telah ditembak mati dengan senjata rifel dalam lawatannya ke Dallas Texas pada hari Jumaat, pukul 12.30 tengah hari, 22 November 1963. Peristiwa berdarah ini dapat ditonton di seluruh Amerika Syarikat menerusi telivisen yang membuat liputan terhadap lawatan beliau itu.



Dalam satu jurusan pembunuhan terhadap mendiang John F.Keneddy ini ada ciri-ciri persamaannya dengan pembunuhan terhadap mendiang Abraham Lincoln.



Lima jam sebelum beliau ditembak mati, pada pukul 7.30 pagi beliau telah memberitahu setiausahanya O’Donnel bahwa sesiapa yang mahu membunuhnya memang boleh dan tidak ada sebarang kawalan yang dapat mencegahnya. Kata-kata seperti itu jugalah yang diucapkan oleh Abraham Lincoln beberapa jam sebelum beliau ditembak mati.



Tidak sampai sebulan sebelum daripada trajidi itu berlaku, seorang wartawan Amerika Syarikat telah menanya mendiang J.F.Kennedy tentang assinasi yang dijawabnya, “Ia tidak membimbangan saya. Saya seperti juga Presiden Abraham Lincoln- jika sesiapa ingin membunuh saya, tidak ada perlindungan rapi yang boleh mencegahnya. Apa yang diperlukan oleh seseorang ialah memperdagangkan nyawanya dengn nyawa saya”.



Orang yang dituduh membunuh mendiang J.F.Kennedy, ialah Lee Harvey Oswald, berusia 24 tahun. Tapi dia tidak sempat dibawa ke muka pengadilan, kerana dia telah dibunuh terlebih dahulu oleh Jack Ruby, seorang tuan punya sebuah kelab malam di Texas.



Laporan Warran yang ditubuhkan khas untuk menyiasat pembunuhan itu mempastikan bahawa Oswaldlah yang membunuh J.F.Kennedy. Menurut laporan itu Oswald hanya bekerja sendirian tanpa nasihat atau bantuan sesiapa pun, dan di antara Oswald dan Jack Ruby tidak mempunyai apa-apa pertalian.



Walau bagaimana pun laporan itu tidak dapat mencari jawapan yang memuaskan apakah yang telah mendorong Oswald membunuh Presiden Kennedy?


Bersambung ke [Part B]



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP