Petua Memberi Nama Bayi Mengikut Hari Dan Waktu

>> Monday, April 1, 2013





PETUA MENAMAKAN BAYI IKUT HARI DAN WAKTU KELAHIRAN


Telah menjadi satu kelumrahan, setiap bayi yang baru lahir akan diberi nama yang khusus oleh keluarga. Nama itulah menjadi pengenalan diri seseorang, baik apa bangsa sekali pun. Itu adalah satu kemastian.


Kalau setiap bayi yang lahir tidak diberi nama, bagaimana kita hendak menyeru atau memanggil seseorang untuk keperluan-keperluan tertentu.



Takkan semuanya hendak dipanggil dengan panggilan anak, cucu, abang, adik, mek, awang, siti, kekanda, adikanda dan sebagainya?


Syahmi Zaini


Sekolah, kolej atau univrsiti yang mempunyai keseluruhan pelajar-pelajarnya tanpa nama atau pengenalan diri ganti nama, sudah tentu akan menghadapi sistem persekolahan yang bercelaru atau kucar-kacir.


Kalau nama tidak ada, bagaiamana kita hendak merujukkan kepada seseorang? Bagaimana hendak dirujuk kepada seorang guru, doktor, jurutera, dan sebagainya termasuk tokoh-tokohnya yang berjasa yang ramai bilangannya di seluruh dunia?


Bukan sahaja manusia, tapi semua benda-benda sejauh yang diketahuii diberi nama yang tertentui dan tersendiri, oleh manusia, sebagai pengenalan untuk memudahkan urusan kehidupan mereka dengan benda-benda itu.


Alangkah kucar-kacirnya kehidupan manusia ini kalau tanpa nama yang khusus sebagai pengenalan diri yang berbeza-beza antara satu sama lain.


Anjing dan kucing peliharan pun manusia memberi nama. Malah ayam dan burung pun disandangkan dengan nama, biasanya yang sesuai dengan keadaan fizikalnya. Inikan pula manusia yang berakal fikiran.


Cara Beri Nama


Ada berbagai-bagai cara yang dilakukan oleh ibu bapa, khususnya kita orang-orang Melayu untuk memberi nama kepada cahaya mata mereka.


Pada masa yang lalu, untuk menamakan anak lelaki, mereka memilih nama-nama nabi, rasul-rasul, para sahabat Rasulullah SAW. dan para wali dan alim ulama untuk menamakan putera-putera mereka yang baru lahir dengan tujuan untuk mengambil barakah daripada kemuliaan dan keunggulan peribadi empunya nama tersebut.


Kalau bayi perempuan pula, nama-nama yang menjadi pilihan ialah isteri nabi-nabi, dan rasul-rasul, anak mereka dan para sahabat yang termasyur dalam keperibadian mereka yang mulia. Khususnya yang bersangkut paut dengan Baginda Rasulullah SAW,


Kemudian bila dunia bertambah maju, ibu bapa yang otaknya kriatif telah merika cara mereka sendiri dalam memberi nama bayi-bayi mereka, antaranya dengan cara mengadunkan separuh nama ibu dan separuh lagi nama ayah yang akan menghasilkan berbabagi-bagai jenis nama.


Malangnya ada nama-nama itu yang cantik kedengaran, tapi mempunyai erti yang kosong atau tidak bererti, malah tidak kurang pula mempunyai pengertian yang buruk, keji dan hina. Umpamanya nama “Zani” bererti “Yang Berzina”, “Zakarin” bererti “Kemaluan Lelaki”, “Zaniah” bererti “Pelacur”, “Bariyyah” yang bererti “sejahat-jahat makhluk”, dan sebagainya lagi.


Tidak jarang pula ibu bapa yang menamakan anak-anak mereka dengan mengambil sempena nama-nama artis-artis yang tersohor, baik dari Timur atau Barat, baik artis Islam dan juga bukan Islam. Demikian juga ada mereka yang mengambil nama tokoh-tokoh yang terkenal baik beragama Islam atau tidak Islam untuk menamakan bayi mereka.

Itulah sebabnya mungkin ada orang Islam yang bernama Kristina, Diana, Mary, Robert, dan sebagainya.


Saya ketika hendak menamakan anak-anak saya dulu iaitu, Arham, Nurbati, Faris dan Syaibani terlebih dahulu merujukkan kepada Allahyarham Dato’ Yusoff Zaky Yacob [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya]. Malah nama anak sulung saya, Arham beliaulah yang menamakannya sebelum lagi sempat kami bertanya.


MEMBERI NAMA MENGIKUT HARI KELAHIRAN

Di sini saya perturunkan petua untuk memilih dan memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir yang tidak semestinya anda ikuti. Petua memberi nama berdasarkan hari dan waktu siang atau malam ini saya olah daripada kitab “Majmu’ as-Soghir” oleh Muhammad Che Muda.


Hari Ahad Siang


-Bayi Lelaki


Jika bayi itu lelaki mengikut petua tersebut ada beberapa nama yang boleh dijadikan pilihan, iaitu serangkai nama Nabi-nabi Allah, iaitu Ibrahim, Sulaiman, Daud, Isa, Musa, Yahya, Ayub, Zakaria, Harun atau Saleh.


-Anak Perempuan


Jika bayi itu dari jenis yang dipanggil “mek” atau perempuan pula nama-nama yang disarankan oleh petua itu ialah Halimah, Hafsah, Hadibah, Zalikha atau Rubiah.


Malam Ahad


-Bayi Lelaki


Naman-nama yang disarankan untuk bayi lelaki yang dilahirkan malam Ahad, ialah Ismail, Abu Bakar, Umar, Abdullah atau Uthman.


-Bayi Perempuan Bagi bayi perempuan yang dilahirkan malam Ahad ialah Hafsah, Hawa atau Zainab.


Hari Isnin Siang


-Bayi Lelaki


Nama-nama bayi lelaki yang dicadangkan untuk bayi yang dilahrikan pada hari Isnin, ialah Ahmad, Muhammad, Mahmud, Qasim, Taib, Tohar, Nuh dan Daniya.


-Bayi Perempuan


Untuk bayi perempuan yang dilahirkan pada siang hari Isnin pula ialah Fatimah, Salamah, Syikhah, Asiah, Rubiah, Hamidah, Taibah, dan Taharah.


Malam Isnin


-Bayi Lelaki


Nama-nama untuk bayi lelaki yang dilahirkan malam Isnin, ialah Muhammad, Ahmad, Uthman, Isa, Umar, Musa, Daud atau Ayub.


-Bayi Perempuan


Sementara nama-nama bayi perempuan yang dilahirkan malam Isnin pula ialah Fatimah, Sarah atau ‘Abdah.


Hari Selasa Siang



Alifah Zaini


-Bayi Lelaki


Bayi lelaki yang dilahirkan pada waktu siang hari Selasa, nama-nama yang disarankan untuk mereka, ialah Ismail, Ishak, Jamal, Yaakob, Samaun, Khalid, Jaafar dan Yusuf.


-Bayi Perempuan


Nama-nama yang disarankan untuk bayi perempuan yang lahir pada masa yang sama, ialah Khadijah, Salamah, Safinah, Azah atau Atiqah.


Malam Selasa

-Bayi Lelaki


Nama-nama bayi lelaki yang lahir pada malam Selasa yang boleh dijadikan pilihan ialah Musa, Harun, Ibrahim, Yaakob, Yusuf atau Ismail.


-Bayi Perempuan


Nama-nama bayi perempuan yang dicadangkan untuk mereka yang dilahirkan pada malam Selasa, ialah Hawa, A’isah atau Aminah.


Hari Rabu Siang


-Bayi Lelaki Nama-nama yang disarankan untuk bayi-bayi lelaki yang dilahirkan pada hari Rabu siang, ialah Ali, Hasan. Hussin, Abdul Malik dan Abdul Rauf.


-Bayi Perempuan


Sementara itu nama-nama yang disyurkan untuk bayi-bayi perempuan yang lahir pada hari Rabu siang, ialah Aisyah, Hamidah A’idah.


Malam Rabu


-Bayi Lelaki


Untuk bayi lelaki yang dilahirkan pada malam Rabu yang disarankan, ialah nama Hasan, Ismail, Nuh, Sulaiman, Yusuf, Yahya atau Zakaria.


-Bayi Perempuan


Sementara untuk bayi perempuan yang lahir pada malam Rabu, ialah Mukminah, Zainab, Hawa, Mariam, Sofiah, atau Maimunah.


Hari Khamis Siang


-Bayi Lelaki


Untuk bayi lelaki yang dilahirkan pada hari Khamis siang nama yang disyurkan, ialah Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Wahab, Abdul Qarim, atau Abdul Ghani.


-Bayi Perempuan


Sementara untuk bayi perempuan yang dilahirkan pada malam tersebut pula, ialah Kalthum, Habibah, Mariah, atau Sofiah.


Malam Khamis


-Bayi Lelaki Nama-nama bayi lelaki yang lahir pada malam Khamis yang disyurkan, ialah Adam, Idris, Yaakob, Ayub, Saleh atau Daud.


-Bayi Perempuan Sementara bayi-bayi perempuan yang dilahirkan pada malam yang sama yang dicadangkan ialah A’isah, Jamilah, Hamidah, Salamah atau ‘Abdah.


Hari Jumaat Siang


-Bayi Lelaki


Nama-nama bayi lelaki yang lahir pada hari Jumaat siang yang disarankan, ialah Yusuf, Yunus, Mansur, Abdul Aziz atau Abdul Rahman.


-Bayi Perempuan


Sementara nama-nama bayi perempuan yang dilahrikan pada hari Jumaat siang yang dicadangkan, ialah Hawa, Hajar, A’isah, Fatimah atau Mariah.


Malam Jumaat


-Bayi Lelaki




Ummair Zaini


Nama-nama yang disyurkan untuk bayi lelaki yang dilahirkan pada malam Jumaat, ialah Muhammad, Jaafar, Abas, Isa, Abdul Manaf, atau Abdul Qadir.


-Bayi Perempuan


Sementara nama-nama untuk bayi-bayi perempuan yang dilahirkan pada malam Jumaat, ialah Khadijah, Jamilah, Hamidah atau, Sofiah.


Hari Sabtu Siang


-Bayi Lelaki


Untuk bayi lelaki yang lahir pada hari Sabtu siang nama-nama yang disyurkan, ialah Abdul Kadir, Abdul Latif, Abdul Mutalib, Adul Rahim atau Abdul Razak.


-Bayi Perempuan


Sementara nama-nama pilihan yang dicadangkan untuk bayi perempuan yang dilahirkan pada hari Sabtu siang, ialah Mariam, Syarifah atau Latifah.


Malam Sabtu

-Bayi Lelaki


Untuk bayi-bayi lelaki yang dilahirkan pada malam Sabtu yang dicadangkan, ialah Ali, Yunus, Abdul Rahman, Yusuf, Abdul Ghafar, Abdul Malik, Abdul Ghani, Ayub atau Abdul Halim.


-Bayi Perempuan


Sementara untuk bayi-bayi perempuan yang dilahirkan pada masa yang sama, nama-nama yang disyurkan ialah, Mariam, Saudah, Habibah atau Asiah.


Demikiianlah mengikut petua tersebut.


Pentingnya Nama


Ingatlah memberi nama kepada bayi yang baru lahir hendaklah dari kata-kata yang molek, bukan sahaja sedap disebut dan indah didengar, tapi juga mempunyai pengertian luhur dan mulia yang akan berkembang bersama dengan keperibadian anak itu di masa-masa akan datang.


Sepatah kata, Allahyarham Datok Yusuf Zaky Yaacob,”Oleh itu nama anak anda haruslah dipilih dari kata-kata yang mempunyai pengertian-pengertian dan perlambangan keperibadian anak-anak anda. Nama-nama itu harus mendokong cita-cita dan sifat-sifat yang mulia dalam perhubungan mereka dengan Allah, dengan manusia, dengan alam dan dengan cabaran-cabaran kehidupan insaniah seluruhnya”.


Lagi pun, nama-nama yang disandangkan kepada anak-anak itu bukan sahanaja bermanfat di dunia tapi juga akan terus kekal penggunaannya sampai ke akhirat nanti. Baginda Rasulullah SAW. bersabda, “Pada hari qiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, oleh itu pilihlah nama-nama yang baik untuk kamu”.


Justeru itu berhati-hatilah dalam memilih dan menamakan cahaya mata anda, jangan tersalah pilih dengan memberi nama-nama tidak keruan yang membawa pengertian keji, hina, aib, lucah dan tidak bermaya, kerana nama-nama yang anda kurniakan kepada anak-anda itu mungkin berkembang sejajar dengan perkembangan dan pembentukan keperibadian sebagai seorang insan.















keperibadian mereka.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP