ASAL USUL MANORA?
>> Tuesday, April 30, 2013
MANORA adalah sejenis persembahan permainan dalam bentuk tarian bangsa Thai. Ia merupakan persembahan di kalangan masyarakat, kepada semua kaum di negeri Kelantan, bukan sahaja bangsa Thai, tapi juga bangsa Cina dan juga Melayu yang akan memenuhi setiap persembahan manora di negeri ini.
Pada permulaannya manora merupakan perayaan agama yang
diadakan di kuil-kuil [ketik kata orang Kelantan] dengan tujuan untuk mencari
sumbangan mengisi dana kuil daripada masyarakatnya.
Selain itu manora juga dipersembah khusus dengan tujuan
menjaga semangat-semangat tertentu supaya tidak diganggu-gugat.
Dan akhirnya manora dipersembahkan kepada orang ramai,
terutama di pesta-pesta atau perayaan keramaian yang terbuka untuk umum. Ia
dimasukkan sebagai salah satu pertunjukan kebudayaan rakyat.
Walau apapun, adakah anda tahu asal usul permainan manora
itu?
Di sini kami angkatkan tulisan seorang penulis bernama Phat Kau Thakh Sin mengenai asal usul manora untuk perhatian anda, khususnya peminat-peminat kebudayaan. Saya tidak dapat mengesan siapakah Phat Kau Thakh Sin yang mungkin pernah mengenalinya suatu ketika dahulu.
Di sini kami angkatkan tulisan seorang penulis bernama Phat Kau Thakh Sin mengenai asal usul manora untuk perhatian anda, khususnya peminat-peminat kebudayaan. Saya tidak dapat mengesan siapakah Phat Kau Thakh Sin yang mungkin pernah mengenalinya suatu ketika dahulu.
Beginilah catatan beliau itu:
Asal Usul Manora
Manora adalah salah satu kesenian di sebelah Selatan Thai, kerana manora tidak terdapat di bahagian lain negara Thai. Tegasnya manora adalah satu kebudayaan tempatan bagi orang-orang di sebelah Selatan.
Manora adalah salah satu kesenian di sebelah Selatan Thai, kerana manora tidak terdapat di bahagian lain negara Thai. Tegasnya manora adalah satu kebudayaan tempatan bagi orang-orang di sebelah Selatan.
Manora adalah berasal dari negara India, satu kebudayaan
India yang mengalir masuk ke Tanah Melayu dan Jawa, kemudiannya masuk ke
sebelah Selatan Thai yang menjadi kesukaan ramai hingga akhirnya menjadi satu
kebudayaan tempatan.
Salah satu dalil menunjukkan manora itu berasal dari India
yang mengalir menerusi Jawa, ialah terdapat cara-cara menarinya yang
menggunakan tangan dan kaki, tapi gaya menarinya pula bercorak Jawa. Permainan
manora hampir-hampir serupa dengan permainan Mak Yong.
Nora atau Manora adalah sejenis tarian yang sangat menarik.
Setiap kali sebelum permainan itu dimulai, pelakon-pelakonnya mestilah membuat
upacara menyembah guru dan keramat di tempat permainan supaya memberi keselamatan
kepada mereka. Barang-barang pesembahan berupa wang sepuluh kob dengan dian dan
tiga piak sirih pinang yang dipersembahkan kepada ratu yang menjaga bumi dan
kepada gurunya.
Setelah selesai menyembah guru maka semua bunyian pun
dimainkan terdiri dari sebuah serunai, sebuah gendang, dua buah kecapi,
sepasang gong atau mong dan sepasang ceng.
Sebahagian besar daripada lakonannya ialah berkenaan dengan
sejarah manora mengenai cerita Prasun
Tun waktu hendak berpisah dari Permaisuri Can Tata dan bondanya. Ringkasan
ceritanya seperti berikut:
Pada masa Prasun Tun keluar berperang, seorang Brahman datang
mengangkat sembah bahawa Prasun Tun sedang ditimpa bala, dan katanya untuk
menolak bala itu mestilah dikorbakan adik iparnya Tang Manora, jika tidak
Prasun Tun tidak akan balik lagi.
Permaisuri Can Tata memanggil Manora, adik iparnya masuk
mengadap dan menceritakan ramalan Brahman tadi. Manora pun mengangkat sembah mengatakan
sebelum dia mati, dia ingin hendak mempersembahkan satu tarian yang berasal dari
keturunannya di hadapan permaisuri itu supaya dewa-dewa di kayangan boleh
menjadi saksi bahawa dia tetap taat setia kepada suaminya dan rela mengorbankan
nyawa sendiri, tapi dia meminta supaya diberi balik bulu ekornya dan dibukakan
tujuh bidang atap perabung rumah supaya dewa-dewa kayangan boleh
menyaksikannya.
Permaisuri Tat Can berkenaan atas permintaan itu, tapi
kesempatan itu digunakan oleh Manora untuk melarikan dirinya menerusi lubang perabung
rumah itu lalu kembali ke tempat asalnya ke gunung Krai Las. Cerita manora
dimain di mana-mana tempat sekali pun ditamatkan dalam keadaan seperti ini.
Sekarang manora berkembang maju menurut zaman, hingga menggunakan
pakaian dan alat perkakas moden seperti maikrofon, tapi pokok ceritanya tetap
tidak berubah daripada asal.
Yang menarik hati dalam permainan manora ialah tarian dan
pakaiannya yang indah, yang diperbuat daripada buah-buah kecil yang
berwarna-warni dan suara nyanyiannya yang merdu. Sesetengah pelakon manora
dapat berlakon dengan baik sekali sehingga mendapat penghormatan raja. Seorang
pelakon terkemuka di sebelah Selatan Thai pada zaman dahulu pernah menjadi kaya
raya.
Pakaian sebelah luar pelakonnya adalah terdiri daripada
buah-buah kecil yang berambu-rambu dan berjela-jela seperti perut gajah, tap
suang yang dipanggil dada, tap ted yang dipanggil burung, pi
neng yang dipanggil kepala ikat pinggang berasal dari bahasa Jawa. Kahurat
diperbuat daripada perak. Kepala pelakonnya yang menjadi raja memakai tred,
tapi yang menjadi hero tidak memakai apa-apa. Rupanya seperti sayap burung yang
diikat kepada pinggang di sebelah belakang dan hujungnya disambungkan seperti
ekor yang dipanggil ekor ayam.
Manora menjadi kesukaan ramai di wilayah–wilayah sebelah
Selatan Thai, seperti di Nakum Sri Thamarat, Songklai Trang, Yala, Patani dan
Nara Tiwas.
0 comments:
Post a Comment