SIAPA DATUK FOO?

>> Tuesday, April 2, 2013





SIAPA DATUK FOO CHOW YONG?







Nama Datuk Foo Chow Yong sejak kebelakangan ini sering diperkatakan oleh rakyat Kelantan, terutama penduduk Bandar  Tumpat.

 
Ia berpunca daripada  sekeping tanah, Lot 305 Seksyen 1, Bandar Tumpat yang dimiliki oleh beliau. Tanah tersebut adalah Tanah Rizab Melayu yang telah lama diduduki oleh sekumpulan orang-orang Melayu yang meneroka tanah tersebut.

Mengikut sejarahnya, tanah tersebut telah dijadikan perkampungan oleh orang-orang Melayu yang menerokanya sejak sebelum tahun 1925 lagi. Dan kini tanah itu diduduki oleh genersai kedua dan ketiga yang mewarisi daripada datok dan ayah mereka.

Tanah itu asalnya tanah paya yang ditimbus oleh mereka yang menerokanya, seluas kira-kira 2 ekar, dan merupakan sebahagian daripada Tanah Rizab Melayu.

Beberapa tahun yang lalu telah timbul nama Datuk Foo Chow Yong di atas grant tanah Lot 305  itu sebagai pemilik tanah yang diterokai oleh orang-orang Melayu.

Perkara ini berbangkit bila keluarga beliau memerintah  penduduk-penduduk yang tinggal di atas tanah itu supaya berpindah kerana tanah itu hak milik keluarga Datuk Foo Chow Yong  sebagaimana tercatat pada grant tanahnya.

Datuk Foo adalah salah seorang bekas pemimpin MCA Kelantan dan juga bekas pemimpin BN Kelantan.

Dalam pilihanraya 1978 beliau bertanding di DUN Sungai Keladi, Kota Bharu dan berjaya menewaskan calon PAS, Nik Mohd Kamil.

Kemudian beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota EXCO Kerajaan Negeri Kelantan oleh kerajaan BN.

Saya kenal  beliau sebagai seorang wakil rakyat dan sebagai tugas saya waktu itu. Sebagai rakyat Kelantan beliau fasih berbahasa Melayu dan seorang yang peramah.

Persoalannya bagaimana kerajaan BN waktu itu boleh melepaskan tanah tersebut yang termasuk dalam Tanah Rizab Melayu kepada beliau yang bukan keturunan Melayu?

Dan berapa pula nilai semasa tanah itu hari ini?

 






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP