Anda Ingin Jadi Binatang, Tapi Kenapa Tak Suka Jadi Haiwan Ini?
>> Saturday, April 20, 2013
Jawapan anda
kepada pertanyaan adakah anda ingin menjadi binatang dan haiwan-haiwan apakah
yang menjadi pilihan anda, dapat membuka rahsia-rahsia peribadi anda.
Sebaliknya, jawapan anda kepada pertanyaan apakah anda ingin menjadi
binatang, dan apakah binatang yang tidak disukai oleh anda, juga dapat mendedahkan
rahsia perbadi anda.Lihat siri yang lepas.
-Anai-anai
Jika ditanya
adakah anda suka menjadi anai-anai dan menjawabnya tidak suka, kerana kehidupan anai-anai sangat beradat. Kehidupan
anai-anai menurut perintah dan peraturan. Mereka hidup terkongkong. Justeru pada
fikiran anda, tidak ada haiwan yang lebih bodoh dari anai-anai.
Mereka yang
memberi jawapan seperti itu menujukkan dia seorang yang egostik atau keakuan.
Dia dikuasai oleh kebiasaan dan suka menunjuk-nunjukan inisiatipnya. Dia juga
seorang yang tidak boleh tunduk kepada disiplin.
-Kenari
Jika ditanya
anda, adakah anda suka menjadi burung kenari, dan jawapan anda tidak,
kerana menurut anda walapun burung
kenari itu mempunyai suara yang sedap didengar tapi sebahagian besar hayatnya
berada dalam sangkar kurungan.
Burung kenari
tidak pernah berpeluang melihat adubahaya atau advancer, dan tidak pula ada
peluang untuk melakukannya. Kehidupan mereka nampaknya kosong dan tidak bererti.
Jawapan seperti
itu menunjukkan dia seorang yang suka menghadapi cabaran-cabaran hidup dengan
bersemangat dan percaya kepada diri sendiri, dan hidup dengan tenang dan
gembira.
-Ikan
Jika ditanya
adakah anda sukakan ikan, anjing dan anai-anai, jawapannya tidak, kerana kata
anda binatang-binatang itu hidupnya dalam bahaya dan mudah terbunuh.
Mereka yang
memberi jawapan seperti itu, menunjukkan dia seorang yang kehampaan, nervous
dan tidak mempunyai ketenteraman hidup.
-Burung
Babi
Jika ditanya
adakah anda suka menjadi burung babi dan jawapannya tidak, kerana kata anda, anda
tidak sukakan anak. Kata anda, anda tidak sukakan binatang yang tdak berotak, sebab anda suka berfikir.
Kajian-kajian
yang dijalankan mengenai isu tersebut telah
membuat para penyiasat membuat kesimpulan bahawa peribadi manusia terbahagi
kepada empat kategori sebagaimana berikut:
Pertama,
peribadi berdikari.
Orang ini bercita-cita
atau berhasrat untuk bebas daripada kebergantungan
keapda orang lain. Dia mahu bebas dari
tekanan, tapi bukan bebas dari tanggungjawab. Dia juga ingin menguasai atau
mengatasi orang lain.
Kedua,Peribadi
Sosial
Orang yang
mempunyai peribadi sosial, suka hidup beramai-ramai serta berguna kepada
masyarakat.
Dia boleh
bekerja bersama-sama orang lain dan mempunyai perasaan pnuh tanggungjawab
kepada keluarga.
Ketiga, Peribadi Mementingkan Diri
Orang ini suka
memuji-muji dirinya sendiri, serta mengangkat dirinya.
Keempat,
Orang yang Tidak Tenteram
Orang
berperibadi seperti ini tidak percayakan dirinya sendiri serta takut kepada
sekitarnya.
Dia mahu
melepaskan dirinya daripada tanggungjawab sebagai orang dewasa atau menyerahkan
tanggungjawab itu kepada orang lain.
Cara ini bukan
sahaja boleh digunakan untuk mengenali peribadi orang lain, tapi juga digunakan
untuk tujuan-tujuan yang lain lagi.
Wallahua’klam.
0 comments:
Post a Comment