Anda Ingin Jadi Binatang, Tapi Binatang Apa?
>> Tuesday, April 16, 2013
Katakanlah, pada suatu hari anda bertemu dengan seorang tukang sihir. Tiba-tiba dia menanya anda dengan pertanyaan yang ganjil yang belum pernah anda medengar seumpamanya. Kata tukang sihir itu, dia mempunyai kebolehan yang cukup istimewa, iaitu menukar manusia menjadi haiwan yang menjadi pilihan anda.. Selanjutnya dia bertanya jika anda diberi peluang tersebut, apakah haiwan yang anda sukai untuk dijadikanya?
Apakah jawapan anda?
Setiap orang mungkin mempunyai
jawapan yang berbeza-beza. Akan ada berbagai-bagai jenis haiwan menjadi jawapan
atau pilihan seseorang.
Selepas anda membuat jawapan,
tukang sihir itu akan bertanya lagi, kenapa anda memilih atau menyukai haiwan
tersebut?
Sebenarnya jawapan-jawapan yang
anda berikan itu berguna kepada ahli-ahli ilmu jiwa untuk memabca atau menganalisa
rahisa peribadi anda sebagai seorang manusia.
Penyiasatan mengenai hal ini
pernah dijalankan di bawah kendalian
Prof. Air Cool daripada sebuah kolej di Amerika Syarikat sebagaimana
dilapurkan oleh John E. Gibson.
A]Kupu-kupu
Katakanlah seorang gadis ketika
ditanya dengan soalan tersebut menjawab, “Kalau jadi binatang, saya suka
jadi kupu-kupu, kerana kupu-kupu hidup bebas, tidak ada tanggungjawawb, ia suka
terbang dari kembang ke kembang, kehidupannya nampak mudah”.
Jawapan itu mengikut ahli jiwa
menunjukkan dia seorang gadis yang tidak suka bekerja, tidak suka memikul
tanggungjawab, selalu berubah-ubah dan ingin hidup senang-lenang.
Malah dia tidak suka bangun pagi menyediakan sarapan, dan bercita-cita ingin mencari seorang suami yang jutawan yang dapat memberi kemewahan dan kesenangan hidup kepadanya.
B]Burung
Seorang gadis lagi menjawab, “Saya
suka jadi burung, kerana burung lebih suka hidup berkeluarga daripada
binatang-binatang lain, mereka selalunya bergembira dan sukakan perdamaian.
Saya juga suka terbang”.
Jawapan itu
mengikut ahli jiwa menunjukkan gadis itu seorang perumahan, setia dan tegas. Gadis
ini patut dijadikan suri rumahangga, kerana dia boleh menjadi seorang isteri
yang bijaksana dan seorang ibu yang baik.
Dia juga sukakan
keberesan, tidak suka berbalah atau berbantah-bantah, malah seorang gadis yang
suka berbaik-baik dan mempunyai kebolehan untuk mencipta rumahtangga yang
bahagia.
Jawapan yang dia
suka terbang, menunjukkan sekali sekala dia suka berjauhan dengan
tugas-tugasnya. Dan sudah tentu pula suaminya sekali sekala akan membawanya
berjalan-jalan untuk berlibur atau makan angin.
Dia wajar
mendapat seorang teman hidup yang baik. Justeru jika anda seorang pemuda,
sedang mencari seorang isteri, carilah gadis seperti ini.
C]
Anjing
Ketika ditanya
soalan tersebut seorang lelaki menjawab, “Saya suka jadi anjing, kerana
biasanya anjing diberi makanan yang cukup, dijaga dengan baik, tidak mempunyai
banyak problem dan tidak ada kebimbangan".
Mengikut analisa ahli jiwa, lelaki ini seorang yang tidak mempunyai kepercayaan pada diri sendiri, suka bergantung kepada orang lain dan tidak merasa kententeraman dalam hidupnya.
Pada masa
kecilnya dia mungkin dijaga melebihi daripada sewajarnya dan dia tidak pernah
belajar untuk berdikari.
Malah dia lebih
suka melarikan dirinya daripada poblem-problem hidup daripada menghadapinya.
Dia berharap orang lain akan menolong menghapuskan
segala kebimbangan yang dihadapinya dan dia mengharap akan menerima harta
pusaka.
Ada juga orang
yang menjawab, dia suka menjadi anjing dengan alasan yang berlainan. Katanya, “Saya
suka jadi anjing, kerana saya suka kepada orang dan suka berada bersama-sama dengan
mereka".
"Saya akan
patuh kepada apa yang disuruh oleh tuan saya. Saya akan merasa puas dan
tenteram menerima kasih sayangnya. Saya gemarkan orang dan membuat mereka
gembira”.
Kepada ahli-ahli
ilmu jiwa, jawapan seperti itu menunjukkan, orang tersebut daripada jenis
manusia yang suka menerima perintah, suka berkawan, gemar menggembirakan orang
lain, suka kena perintah dan sangat kepingin kepada kasih sayang. Dia sangat
cintakan rakan-tolannya, bersimpati dan faham.
D] Singa
Orang lain pula
ketika dihadapkan pertanyaan yang sama memberitahu, “Saya suka jadi singa, kerana
singa raja segala binatang, dapat makan dan bertindak sesuka hati, dia adalah
syikh alam dirimba”.
Kepada ahli jiwa
orang ini adalah seorang yang aggerif sikapnya, suka memerintah dan biasanya
suka menjadi seperti singa.
Walaupun orang
ini kelihatan beradab sopan, tapi dia adalah seorang yang bernaluri keras dan
kejam.
Dia suka melemparkan
segala kesulitan yang dipikulnya, andainya dia fikir dia boleh meluluskan diri
dari kesulitan-kesulitan itu.
Dia seorang yang
sukakan kekuasaan dan mementingkan diri sendri. Dia boleh buat tidak peduli
terhadap perasaan dan kententeraman orang lain.
E]Lembu
Ada seorang ibu
dan anaknya telah diinterviu secara berasingan telah memberi jawapan yang
menarik kepada soalan yang sama.
Ibu: “Saya
suka jadi lembu betina, kerana dapat menyusu anaknya secukup-cukupnya dan dapat
memeliharannya dengan baik”.
Anak gadisnya yang
tidak mengetahui jawapan yang diberikan ibunya itu pula berkata, “Saya suka jadi anak
lembu, kerana anak lembu mempunyai banyak makanan dan dijaga oleh ibunya dengan
baik”.
Jawapan ibu dan
anak itu mungkin berlaku secara kebetulan, tapi kebetulan yang baik untuk
menjadi renungan.
F]Kuda
Ada pula orang
yang menjawab, “Saya suka menjadi kuda lumba yang cantik dan licin bulunya,
dan dijaga dengan baik sekali”.
G]Rusa
Seorang gadis
pula menjawab, “Saya fikir saya suka jadi rusa, kerana rusa binatang yang
cantik, yang mempunyai kaki yang molek dan panjang dan dapat berjalan dengan
pantas”.
H]Tupai
Seorang gadis
lain pula menjawab, “Saya suka menjadi tupai, kerana ia kecil dan lincah,
saya sukakan telinga dan misainya”.
H]Amoeba
Malah ada
yang menjawab, “Saya suka menjadi amoeba
kerana ia tidak perlu berfikir, merasa, bekerja, berjuang, malah tidak perlu
berbuat apa-apa, dia hanya semata-mata hidup”.
Segala jawapan-jawapan
yang diberikan itu tidak lagi memerlukan sebarang analisa ahli jiwa, kerana ia telah jelas menggambarkan
perbidi yang tersembunyi pada diri seseorang. Anda sendiri pun dengan mudah
dapat membuat analisa sendiri, termasuklah beratus-ratus jawapan lagi yang
berbeza-beza yang mencerminkan keperibadian orang yang menjawabnya.
Pakar-pakar
psikologi yang menjalan kajian itu yakin jawapan yang diberikan oleh
responden-responden itu adalah betul, tidak menipu, pura-pura atau mengada-ngada,
kerana mereka tidak mengetahu tujuan sebenarnya kajian itu dijalankan dan tidak
pula mengetahui segala jawapan yang mereka berikan akan membuka rahsia peribadi mereka sendiri.
0 comments:
Post a Comment