Aishah Ghani Dalam Sekilas Kenangan
>> Tuesday, April 23, 2013
Membaca berita pemergian abadi
Allahyarhmah Aishah Ghani telah mencetuskan sekilas kenangan dalam benak saya
yang telah berlalu begitu lama, iaitu sejak saya masih muda lagi.
Pada masa itu beliau adalah
Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia. Setiap kali beliau berkunjung ke
Kelantan kerana lawatan kerja, biasanya saya akan ikuti progrem beliau sebagai
petugas media.
Malah saya juga pernah beberapa kali
membuat wawancara eklusif dengan beliau sebagai seorang menteri Kerajaan Puast.
Dalam salah satu rancagan wawancara
itu satu perkara yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Belum lagi saya
memulakan prcakapan beliau telah memarahi saya dan menuduh saya melagakannya
dengan parti pembangkang.”Awak laga-lagakan saya dengan mereka. Saya tak mahu buat
apa-apa komen lagi”. Demikian kata beliau dengan tegas.
Selepas berkata demikian beliu
pun terus mendiamkan diri. Dalam bilik VIP di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
bersama kami waktu itu ada beberapa orang tokoh wanita UMNO Kelantan, dan salah
seorang daripadanya adalah Tengku Noor Asiah.
Keadaan yang tidak menyenangkan
itu tidak berlalu lama, kerana tiba-tiba pihak Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
kedengaran mengumumkan kapalterbang ke Subang akan berlepas dan menjemput semua
penumpang segera menaikinya. Kemudian beliau lalu bangun dan selepas bersalaman
dengan kaum wanita yang ada dalam bilik, terus keluar untuk menaiki kapal
terbang.
Perkara itu berlaku kerana salah
faham. Tidak ada niat saya untuk melaga-lagakan beliau dengan pihak yang
dikatakannya itu.
Seminggu dua sebelum itu saya telah menulis sebuah berita mengenai politik tanah air hasil dari wawancara saya dengan beliau. Tulisan saya itu mendapat reaksi daripada parti pembangkang, iaitu Parti Sosialis Rakyat yang giat bergerak di Kelantan pada masa itu. Ulasan daripada salah seorang tokoh Parti Sosialis itu telah juga telah saya siarkan dalam media.
Seminggu dua sebelum itu saya telah menulis sebuah berita mengenai politik tanah air hasil dari wawancara saya dengan beliau. Tulisan saya itu mendapat reaksi daripada parti pembangkang, iaitu Parti Sosialis Rakyat yang giat bergerak di Kelantan pada masa itu. Ulasan daripada salah seorang tokoh Parti Sosialis itu telah juga telah saya siarkan dalam media.
Isu inilah yang telah dibangkitkan
oleh beliau kepada saya tadi. Tapi kali ini, saya rasa, saya datang untuk
berwawancara dengan beliau mengenai
tajuk yang lain, tapi tidak berjaya.
Saya tidak berkata apa-apa. Tidak
pula beresempatan menjelaskan perkara yang sebenarnya dalam masa yang begitu
singkat. Saya hanya senyum dalam kecewa kerana gagal mewawancarakan beliau
sekali lagi.
Walau bagaimanapun peristiwa itu
merupakan warna-warni dalam mengharungi kehidupan saya sebagai seorang petugas
media dan seorang penulis yang terpakasa menempuh berbagai-bagai gelumbang cabaran.
Saya tersenyum lebar bila
ingatkan peristiwa tersebut. Pengalaman menjadi seorang penulis seperti itu merupakan
asam garam yang telah memberi begitu banyak pengajaran yang amat berharga
keapda saya. Nilai yang tidak boleh dibayar dengan wang ringgi.
Tokoh wanita yang saya hargai ini
telah pergi buat selama-lamanya pada pukul 12. 30 tengah hari, 19 April 2013
kerana menanggung penyakit paru-paru berair dalam usia 90 tahun, di mana beliau
dilahirkan pada 15 Disember 1923.
Semasa hayatnya beliau memikul
tugas sebagai Menteri Kebajikan Masyarakat dari tahun 1973 hingga tahun 1984,
dan beliau merupakan seorang senator wanita pertama di negara kita Malaysia.
Antara jasas-jasanya yang besar
ialah usaha gigihnya untuk meningkatkan kehidupan kaum wanita negara kita ini.
Allahyarahmah dikurniakan empat
orang cahaya mata dengan suaminya Abdul Aziz Abu Hassan. Mereka ialah
Shairudin, Mariati, Datuk Astman dan Zarim. Jenazah beliau telah dikebumikan di
Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Demikianlah perginya Tan Sri
Datin Paduka Seri Dr. Aishah Ghani. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita
kembali.
Semoga Allah limpahkan rahmat ke
atas rohnya. Amin.
0 comments:
Post a Comment