WAU-WAU NUN BULAN!
>> Sunday, April 7, 2013
WAU-WAU-NUN BULAN
“Wau! Wau! Nun bulan!”.Itulah kata-kata seorang ibu memperkenalkan bulan kepada anak kecilnya. Peristiwa ini sering berlaku di bawah sinaran bulan terang benderang di awal malam. Waktu embun masih belum menitis. Sambil berkata, si ibu akan menepuk-nepuk perlahan-lahan mulutnya yang dingangakan sedikit itu untuk mengeluarkan bunyi suara. Selepas berkata, dia akan meletakkan sebelah tangan di hadapan muka bayi dan menanggkat tangannya ke atas untuk menunjukkan wajah bulan yang terpampang gemilang di persada langit. Biasanya mata si anak akan mengekori jari ibunya menghala ke langit memandang bulan yang sedang mengembang. Perkara itu diulangnya beberapa kali. Itulah yang dikatakan bulan.
Sementara itu kanak-kanak yang lain, mungkin abang atau kakaknya akan
bermain-main, berkejar-kejaran di halaman rumah, di bawah sinaran bulan dengan
cahaya yang terang melimpahkan keindahan dan kejernihan mememandikan seluruh
desa di malam yang sepi benderang.
Itu dahulu. Sekarang sudah tidak ada lagi. Dulu lain, sekarang lain. Cahaya lampu elektrik telah menenggelamkan cahaya bulan yang jauh di dada langit. Kini mana ada nak-anak kota yang berpeluang mendongak ke langit, memandeang bulan yang sedang mengembang di angkasa, bertemankan bintang-bintang yang berkerlipan, kerana cahaya lampu telah bersinar-banar di segala tempat menerangi alam maya. Mereka setahun sekali pun mungkin tidak berpeluang untuk menatap bulan, walaupun ketika pulang ke kampung yang malamnya juga diterangi cahaya lampu bukan sahaja dalam rumah, tapi juga di segenap pelosok alam maya.
Bulan adalah sebuah objek ciptaan Allah yang kelihatan tergantung-gantung
di angkasa raya yang luas terbentang. Kelembutan cahayanya yang bersinar
memberi keselesaan dan ketenangan. Justeru ramai yang melihatnya tertarik dan
terpesona dengan bulan. Mengkagumkan.. Malah ada di antara manusia yang sesat mengambil
bulan sebagai tuhan, untuk disembah-sembah sebagaimana orang-orang sesat
menyembah matahari.
Bulan terletak jauh .dari bumi. Walaupun nampak dekat, tapi ianya tak dapat
didarati dengan kapalterbang penumpang yang biasa. Jaraknya antara bulan dengan
bumi mengikut perkiraan ahli bintang ialah 384, 403 km. Usianya juga dikatakan
telah lanjut, iaitu telah mencecah kira-kira 4, 527 bilion tahun.
Perlambangaan
Kerana ketenangan, keselesaan, kelembutan dan keindahan wajahnya,
menyebabkan bulan dijadikan perlambangaan kepada perasaan, hati dan jiwa
manusia. Sejak sekian lama, bulan dijadikan lambang cinta dan kasih sayang yang
terjalin antara dua hati, teruna dan dara. Bulan sering dipergunakan untuk
mengambarkan perasaan dan hati yang sedang dilambuang ombak cinta.
“Engkau laksana bulan.Tinggi di atas kayangan”, senandung orang yang sedang
memuja kekasih, atau diibaratkan seperti “ponggok rindukan bulan”, kepada cinta
tidak kesmpaian atau seperti "bulan kesiangan hari" untuk wajah yang suram.
Di bulan teranglah para keaksih di desa-desa di pinggir laut dan di kaki
bukit dan gunung keluar menikmati keindahan yang bermandikan cahaya bulan, melepaskan
rasa rindu yang terpendam di dasar hati
dan jiwa antara Adam dan Hawa.
Memori Cinta
Saya mempunyai sebuah memori yang terlalu indah berkait dengan bulan yang
tidak mungkin dapat saya lupakan sepanjang hayat ketika bersama dengan isteri
bermandikan saya bulan. Malam itu kami berada di PCB, duduk berpelukan bahu di
atas pasir yang memutih, memandang ke laut yang tenang. Bulan sedang
menggembang di dada langit biru, memantulkan kilauan cahayanya pada ombak-ombak
kecil yang melanda pantai hampirt di hadapan kami. Berkilauan macam berlian
ditimpa cahaya. Suasana malam pula tenang dan
bening dengan angin berbisik-bisik manja membelai wajah kami yang sedang
dilimpahi cahaya bulan.
Kami tidak banyak bicara, tapi lebih banyak berdiam diri, menikmati suasana
malam dan suasana romantis sebagai sepasang suami isteri yang telah lama
menikamti kemanisaan hidup alam rumahtangga. Sekali sekala bila angin mengelus-ngelus,
hujung-hujung tudung kepalanya akan bergetaran dan ini medorongkan kami lebih
erat memeluk bahu masing-masing dalam tebaran rasa yang penuh kemesraan.
Lama kami berlabuh di situ, di atas pasir puteh melandai, di pantai PCB
dengan laut yang tenang, menikmati suasana malam di bawah sinar bulan
menggembang, di bawah pupukan bayu lembut gemulai, sehinggalah kesejukan udara
pantai di malam terasa mengiggit badan, barulah kami meninggalkan temassya alam
yang ingatannya masih terukir di hati sebagai satu memori romantis yang sekali
sekala hidup sampai ke hari ini menggetarkan perasaan dan jiwa dalam satu
kenangan yang abadi, walaupun telah berlalu dalam masa yang
banyak menyimpan rahsia.
Bulan Oh bulan!
Mengikut teori sains, bulan yang menjadi lambang cinta itu terbentuk dari debu-debu yang berterbangan akibat
berlakunya pertembungan antara dua planet, iaitu planet bumi dengan sejenis
planet lagi yang dinamakan Thelo, kira-kira 4.5 milion yang lampau. Dari pertembungan
itu, keluarlah debu-debu yang bertaburan, dan akhirnya debu-debu itu berkumpul
dan bercantum kembali menjadi sebuah objek lain yang bergerak mengelilingi bumi
yang akhirnya dikenali dengan nama bulan.
Dipandang dari bumi wajah bulan itu tidaklah serupa sepanjang masa. Ada kala
terang dan ada waktu gelap. Puncak terangnya ialah dikenali dengan panggilan bulan
purnama raya, dengan wajahnya kelihatan bulat yang sempurna.
Purnama berlaku bila kedudukan bumi terletak dalam garisan hampir segaris
dengan kedudukan matahari dan bulan yang
menyebabkan seluruh permukaan bulan yang disinari cahaya matahari itu kelihatan
jelas dari bumi yang kita huni ini. Itulah bulan purnama.
Tapi bila bulan terletak hampir sejajar antara matahari dan bumi, maka
permukaan bulan pun menjadi gelap dan tidak ada apa-apa lagi yang dapat
dipandang di permukaannya.
Perkara ini berlaku kerana bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri, tapi
berasal daripada pantulan cahaya matahari yang membidasnya balik ke bumi untuk
menyerikan alam maya dengan cahayanya yang lembut bening di malam yang tenang
damai.
Tidak ada sebarang udara di bulan, kerana itu keadaannya sepi dan sunyi,
tanpa sebarang bunyi seperti di bumi kita ini yang membising dengan aneka suara.
Dan sehingga kini, bulan adalah satu-satunya objek di langit yang berjaya
didarati oleh manusia dalam usaha untuk melebarkan ilmu pengetahuannya yang
dikurniakan Allah kepada mereka.
Bulan Di Bumi
Selain daripada objek bulan yang terpampang di langit itu, ada juga
objek-objek lain di bumi yang dinamakan Bulan, terutama nama-nama tempat,
seperti nama sebuah kampung di Taheran, Iran, nama sebuah bandar di Filipina, nama
sebuah gunung berapi, di Sulu Filipina dan juga nama sebuah pulau.
Di samping itu ada juga sejenis kueh tradisi orang Cina yang dipanggil
“kueh bulan”. Kueh ini ada hubungan dengan sejarah Cina yang berjaya
menumpaskan penjajah Mongol pada akhr Dinasti Yan pada tahun 1280 SM.
Pesta Kueh Bulan ini bisanya diadakan pada Pertengahan Musim Luruh setiap
tahun, ketika bulan sedang mengembang dan terang benderang untuk memperingati
kemenangan yang bersejarah itu, sambil merayakan hasil tanaman mereka yang
telah berjaya dituai.
Mengikut sejarahnya dalam kuih bulan inilah yang diselitkan surat-surat
oleh golongan pemberontak untuk berhubung antara satu sama lain dalam kegiatan
mereka untuk menumpaskan penjajah Mongol.
Bulan Dalam Budaya
Selain itu ada pula para penulis yang secara langsung menyebut nama bulan
dalam titisan karya mereka, malah juga menjadikan bulan sebagai ojek dalam penulisan
mereka.
Ada pula sejenis permainan tradisi layang-layang yang dinamakan “wau
bulan”, di mana ianya dihiasai indah, dan dilengkapi dengan busur yang akan mengeluaran
suara yang gemersik bila bergeser dengan angin ketika melayang di angkasa.
Kerangkanya diperuat dari buluh, badannya dari kertas warna warni, dan daun busurnya
dari daun tar yang mengeluarkan semacam bunyi.
Di negara kita, ada sebuah parti politik yang menggunakan bulan sebagai lambang parti dan
perjuangan mereka, berbeza dengan Barisan Nasional yang menggunakan lambang
dacing.
Saya lalu terkenang sebuah legenda “Puteri Lindungan Bulan” yang berlegar
di Mukim Si-Putih yang terletak dalam daerah Kubang Pasu Kedah. Puteri Lindungan
Bulan yang jelitawan ini menjadi punca berlakunya peperangan antara Raja Si
Putih dengan Raja Acih. Legenda ini
berakhir dengan trajis sekali di mana Puteri Lindungan Bulan telah disembunyuikan
oleh ayahandnya sendiri dalam sebuah telaga yang ditimbus dengan tanah supaya
tidak ditemui oleh sesiapa, bukan sahaja oleh manusia, tapi juga segala haiwan
sekali pun.
Legenda ini pernah disusun secara drama pendek oleh seorang penulis
terkenal Hamidy Anwar yang lebih terkenal dengan nama “Rumaja Malaya” dan
diterbitkan oleh Pustaka Dian Press, pada tahun 1964. Pada masa itu Rumaja
Malaya beralamt di Sekolah Inggeris Serdang, Serdang, Kedah.
Secara kebetulan saya bertemu dengan sebuah puisi tentang bulan, di dalam
DIAN tahun 1973, karya seorang penyair dari Pasir Pekan, Kelantan. Saya
perturunkan puisi tersebut sepenuhnya untuk meghiasi rencana tentang Bulan
ini.
BULAN TAK INDAH
Kelmarin malam
Sedang aku bernyanyi riang
Di cuaca terang bulan mengembang
Melihat aku berarak awan di awang
Melingkungi bulan yang benderang
Sedang bulan yang dipagari bintang
Senyum sumbang.
Kelmarin malam
Sedang aku bernyanyi riang
Nada suaraku terhenti-bimbang
Melihat telatah bulan
Kulari ke kamar sepi
Berfikir sendiri:
Apakah gerangan
Awan-awan yang mengawang
Dan
Bintang-bintang brkedipan
Mengelilingi bulan?
Duhai!
Ketahuilah awan
Mengertilah bintang
Usah engkau lakukan amalan silam
Bulan tak indah lagi sekarang
Dia sudah dicabul orang
Kejarilah sahaja roket
Yang bisa terbang.
-W. Apih.
Siapa sebenarnya di sebalik nama W. Apih, dari Pasir Pekan ini tidak
kuketahui. Adakah dia masih lagi mencipta? Hanya beliau sahaja boleh menjawabnya.
Sejauh yang diketahui hanya seorang penulis yang terkenal berasal dari
Pasir Pekan ialah Fatimah Busu. Seorang cerpenis dan novelis tanah air yang
pernah sekejap besama kumpulan kami sebelum beliau berhijrah ke Pulau Pinang.
Kalau tak silap ingatan.
“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan
bintang-bintang dan Dia juga menjadikan matahari dan bulan yang bersinar”.Al-Furqan:
61.
Sekianlah untuk renungan.
0 comments:
Post a Comment