Tok Guru Rasmi Masjid

>> Friday, June 24, 2011


TOK GURU RASMI LETAK BATU ASAS UBAHSUAI MASJID AL-QASIMI


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datok Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini, Jumaat, 22 Rejbab 1432 [24 Jun, 2011] telah merasmikan perletakan batu asas pembinaan ubahsuai Masjid Al-Qasimi, Kg.Parit, Pasir Tumbuh, Kota bharu.



Serentak itu juga Tuan Guru telah merasmikan pelancaran kutipan derma tabung majid tersebut, serta menyerahkan sumbangan sebanyak RM450,000 kepada imam masjid, iaitu sumbangan daripada seorang penderma menerusi Tabung Serambi Makah yang tidak diumumkan namanya.



Upacara itu brlangsung selepas solat Jumaat, dan dikuti dengan solat sunat hajat memohon keberkatan pembinaan ubahsuai masjid Al-Qasimi itu.



Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub ikut hadir di majlis tersebut dan juga solat Jumaat.



Dalam khutbah Jumaatnya, Tok Guru antara lain mengingatkan umat Islam supaya sentiasa mengingati dan mencintai Allah. Oleh sebab Allah yang Maha Berkuasa itu tidak berupa, tidak dapat dilihat dengan mata, tidak dapat dirasa dan didengar dengan telinga, maka tanda cinta kita kepada Allah ialah dengan mematuhi segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.



Beliau juga mengingatkan di akhirat nanti, Allah akan mengenukakan empat kertas soalan kepada kita, kalau kita dapat menjawabnya dengan betul sebagaimana diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW, maka selamatlah kita, tapi jika tidak, maka malanglah kita.



Empat soalan itu ialah



Pertama, tentang umurnya untuk apa dia habiskan.



Kedua, tentang ilmunya, apa yang dia amalkan dengannya.



Ketiga, tentang hartanya, dari mana dia memperolehinya dan untuk apa dia mempergunakannya.



Keempat, tentang tubuh badannya, untuk apa tenaganya dihabiskan.



“Barangsiapa yang dapat menjawabnya sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW maka selamatlah dia”.



Majis diakhiri dengan jamuan laksa



Sementara itu pihak masjid menyeru orang ramai supaya menghulurkan sumbangan mereka untuk pembinaan ubahsuai masjid itu yang akan dimulakan sehari dua lagi. Derma itu boleh disampaikan pada pihak masjid bila-bila masa sahaja mulai hari ini.



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP