Sengsara Di Ambang Maut [Part 1]

>> Thursday, June 9, 2011


SENGSARA DI AMBANG MAUT [PART 1]


Sesuatu yang pasti akan berlaku dan tidak dapat dimungkiri lagi dalam kehidupan ini ialah maut atau mati. Itu adalah ketentuan dari Allah SWT bahawa teman hidup itu adalah mati. Kematian itu berlaku bila roh bercerai daripada badan seseorang.



Banyak buku-buku atau kitab-kitab lama dan baru berbicara tentang kematian, baik menjelang maut atau pun peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas kematian. Keduanya masing-masing mempunyai kisah-kisah yang tersendiri.



Sejak kebelakangan kian banyak buku-buku mengenai kematian yang muncul dalam dunia penerbitan kita, baik oleh penulis-penulis tempatan, dari negara jiran atau berupa terjemahan dari karya-karya penulis asing.



Tujuan utama karya-karya itu dibuat ialah untuk membangkitkan kesedaran di kalangan umat manusia tentang hakikat kematian dan implaikasinya terhadap kehidupan mereka di dunia ini, kerana semua amalan di dunia ini, baik kecil atau besar secara langsung mempunyai impak yang besar terhadap kehidupan selepas mati mereka.



Di samping itu kesan amalan mereka semasa hidup juga mempunyai impak yang besar terhadap keadaan mereka sewaktu berada di ambang maut-sakaratulmaut.



Dengan itu diharap manusia akan lebih berhati-hati dan tidak lalai dalam menjalani kehidupan mereka selama hidup di dunia yang fana ini, supaya mereka tidak akan meneysal yang tidak berguna lagi, kerana masanya bertaubat telah lupus di sisi Allah; dan kiranya mereka berdosa, mereka akan segera mencari keampunan Allah-bertaubat nasuha sebelum masanya lupus.



Berhubung dengan persoalan yang besar ini, saya perturunkan kembali sebuah risalah yang terdapat di Perpustakaan kami, Maktabah Asiah Zaini.



Saya bahagikan tulisan itu kepada dua bahagian Part 1 dan Part 11. Selamat membaca.



Saya harap tulisan ini akan memberi faedah kepada kita semua, dan diiringi dengan doa, “Dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya”.Aali-‘Imran:8



xxxxxxxxxxxxxxxx



DERITA DI AMBANG MAUT



Penulis risalah itu memulakan tulisannya dengan memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT dan diiringi doa supaya dimatikan dalam keadaan yang baik, tenteram dan damai



“Ya Allah! Ya Allah! Tuhan Yang Maha Pengasih! Tuhan yang Maha Pengampun, Maha Bijaksana dan Maha Pemurah!



Dengan kemuliaan Pesuruh Allah yang suci dan puterinya yang dimulai, Fatimah, kurniakanlah kepada kami kematian yang damai



Kami rela berkorban nyawa kami berulang-ulang kali demi kemuliaan Pesuruh Allah yang kudus, dan para sahabatnya yang dimulai.

Keimanan


Seterusnya penulis risalah tersebut menegaskan.



“Daku memperteguhkan imanku dengan kata-kata bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada sekutu dalam PemerintahanNya.



Ia tidak mempunyai bapa’, tidak mempunyai anak; Ia adalah Pemberi Perkenan yang tunggal kepada makhluk-makhlukNya, dan mempunyai kuasa mutlak ke atas semua cekerwala.



Buruk dan baik daripada Allah, daripda awal permulaan alam semesta, dan KebijaksanaanNya tidak berhujung.



Seluruh makhluk akan hidup semula selepas matinya, termasuk manusia dan jin, dan Hari Kebangkitan pasti akan tiba.



Daku percayakan semua Rasul Allah jauh di dalam lubuk hatiku, tapi Muhammad SAW adalah yang paling istimewa.



Dan Abu Bakar, Faruk, Usman dan Ali adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang setia dan jujur.



Sebab Manusia Dicipta


Beliau menegaskan bahawa Allah memulia dan memuji manusia dengan kata-kata sanjunganNya yang pasti diamati dan diingati:



“Wahai manusia! Pada mula-mulanya kamu tidak wujud sama sekali, tapi Kami cipta kamu daripada benih, justeru itu kamu hendaklah sentiasa menyembahKu.



“Aku kurniakan kepada kamu Jasad dan juga Roh, dan begitu besarnya kurnia-kurnia yang Aku anugerahkan kepada kamu



“Semua itu Aku kurniakan kepada kamu supaya kamu mengenaliKu dan taat patuh kepada perintah-perintahKu.



“Tidak ragu-ragu lagi Aku lah yang awal dan Akulah yang akhir; Aku tersembunyi dan Aku juga nyata.



“Akulah yang mencipta cekerwala dan neraka, dan menentukan manusia patut diberi kurnia atau dihukum berdsarkan amalan mereka.



“Oleh itu, wahai manusia, pertama sekali kenali diri kamu dan jiwa kamu, hanya dengan cara itu barulah kamu dapat mengenali Pencipta kamu.



Tanda Kematian


Menurut beliau bila seseorang berada di penghujung hayatnya, dia akan mendapat alamat-alamatnya menerusi mimpi atau pertanda-pertanda mengenainya.



Bila saat itu telah tiba, madahnya:



“Kamu hendaklah meneysali segala perbuatan kamu yang keji, justeru pada saat itu, tidak ada lagi sahabat yang jujur selain Allah.



“Pada saat itu kamu mesti memohon keampunan kepada Allah, dan menyembahkan sebab-sebabnya kamu melakukan dosa-dosa itu.



“Kemudian kamu hendaklah menulis wasiat kepada pewaris-pewaris kamu, dan mengucapkan selamat tinggal, dan tidak mengsia-siakan masa kamu walau pun sedetik.



“Bila saat akhir tiba, maka kamu hendaklah mengucapkan Kata Rahmat Syahadah yang datang dari lubuk hati kamu, dan menyembah Allah.



“Mereka yang lupakan Kalimah Suci itu pada saat kematiannya, biasanya menyesali kesilapan mereka itu.



Seterusnya beliau menceritakan bila seseorang telah menemui ajalnya maka datanglah Malaikat dan berkata-kata kepada mayat itu:



“Sekarang kamu telah tinggalkan dunia ini, dan kamu tidak akan kembali lagi ke sini.



“Jika kamu tinggalkan dunia ini dengan mengucap Kalimah Syahadah, kamu akan mendapat kesenangan dan keamanan.



“Jika kamu mempunyai persediaan-persediaan untuk kehidupan kamu yang akan datang maka ia amatlah berguna kepada kamu hari ini, kerana kamu akan menempoh perjalanan yang jauh.



Jika kamu mempunyai amalan-amalan yang baik dalam simpanan, sudah tentu kamu selamat, kerana Allah akan mengurniakan rahmat kepada kamu.



Jika kamu bertaubat hari ini, kamu akan memiliki rumah dari batu delima di Syurga.



Jika kamu masih belum bertaubat, kamu akan berkelana dalam kedaifan seperti anak-anak yatim piatu..



“Pada waktu ini tidak ada siapa yang dapat menolong kamu, selain Allah. Sekarang dengarlah baik-baik sebelum aku ucapkan selamat tinggal.



Ujar Izrail


Lalu bercerita lagi pengarang, bila nyawa seeorang hamba telah dicabut, maka datanglah Malaikat Izrail untuk mengambil rohnya sambil berkata-kata kepada jenazah itu.



“Izrail pun berkata kepada jenazah itu, “Sekarang tidak ada sesiapa yang akan menolong kamu [kecuali amal-amalmu yang baik].



“Hari ini pojok kubur inilah tempat tinggalmu, dan harta kekayaanmu telah dimiliki oleh pewaris-pewarismu.



“Sungguh pun engkau kaya raya dalam kehidupan sebelum ini, tapi sekarang kamu adalah miskin dan papa-kedana, kerana semua kekayaan dalam kehidupanmu dahulu itu telah dirampas.



Hari ini anak-anakmu telah menjadi piatu, tapi sekarang tidak ada seorang pun dari mereka yang boleh membantu dan menolongmu, kecuali Allah yang Maha Penyayang.



Wahai makhluk yang daif! Manakah kawan-kawanmu dan kekayaanmu hari ini?



Dalam kubur yang sepi ini, siapakah akan membujuk hatimu, menolongmu [menghadapi sebarang hukuman].



Maut telah menabiri atas kepala kamu, dan kamu tidak ada pelindung dan penolong selain Allah.



Jika kamu seorang yang benar, penolong akan menyertaimu, dan kamu akan berada dalam kesenangan dan keamanan yang abadi.



Bagaimana dan apa pun amalan kamu, semuanya hadir di hadapan kamu sekarang, dan sampai di sini aku ucapkan selamat tinggal”.



Syaitan Memerpdayakan Orang Hendak Mati


Pada saat-saat menghadapi kematian itu, datanglah syaitan dengan tipu dayanya untuk mengheret manusia masuk ke dalam perangkapnya.


Beginilah gambaran penulisnya:



“Syaitan yang terkutuk, datang di saat-saat akhir kematian seseorang dengan membawa secawan air dalam tangannya, dan berkata:



“Aduhai! Rebutlah peluang ini dan katakan Tuhan itu ada dua, aku akan segera berikan air ini kepadamu untuk menghilangkan dahagamu.



“Lebih jauh lagi, engkau hendaklah berani menafikan Muhammad itu Pesuruh Allah yang sebenanrya, dan ini aku tawarkan air yang dingin untuk menghilangkan dahagamu ”.



Kepada mereka yang menolak tawaran syaitan itu, dan menyebut kalimah Syahadat yanv suci akan memperolehi Syurga dan keamanan untuknya.



Sesiapa yang menurut syaitan dan melakukan apa yang disuruhnya menjadi kafir,



Kepedihan Mati


Kemduian diceritakan penulis tentang kesakitan yang dialami oleh orang-orang yang menghadapi kematian yang akan ditempoh oleh setiap orang yang hidup pada suatu masa nanti. Tidak ada siapa akan terlepas darinya.



“Sekarang aku huraikan kepada kamu tentang kepedihan dan kenyerian kematian yang akan dideritai oleh setiap orang suatu hari nanti.



Malah semua Pesuruh Allah takutkan saat ini: Wahai, bagaimana seramnya hari kematian itu!



Adam dan Nuh meratap siang dan malam, kerana takutkan kenyerian maut.



Sheeth juga berterusan meratap dan berkata, “Bagaiama seram dan tertekannya jiwa kerana takutkan kenyerian maut”.



Ishak juga mengalirkan air mata kerana takutkan maut dan berkata, “Wahai bagaimanakah sukarnya hari ini tidaklah dapat aku katakan”.



Hud juga meratap siang dan malam, dan air matanya membanjiri keluar dari kedua matanya, kerana sebab yang serupa.



Keadaan Daud juga tidak dapat dilakarkan di sini:Jasad dan hatinya menggelentar kerana takutkan maut.



Lut mengeluh panjang dan berkata, “Mari kita tengok apa yang berlaku, kerana pada saat ini keadaanku sangsara”.



Dan apa yang patut aku katakan tentang Yunus dan Zakaria. Mereka selalu meratap kerana takutkan kenyerian maut.



Sekarang aku nyatakan kepada kamu tentang Ismail mengenai maut. Setiap hari, siang dan malam beliau berkata, “Wahai Tuhan kasihanilah aku!”.



Yaakob berkata, “Di sana ada api dan keresahan dalam hatiku; Wahai seramnya hari kematian itu”.



Yusuf bila beliau ingatkan kematian menangis pilu dan tidak bermaya.



Wahai, bagaimanakah aku hendak menyatakan kepada kamu tentang ketakutan dan rintihan Ayub. Kerana sentiasa menangis, darah mengalir keluar dari kedua matanya.



Yunus mengeluh dan meratap mengenai maut, kerana dia merasa tidak ada masa yang lebih menakutkan dari itu di dunia ini.



Sulaiman, siang dan malam berkata, “Wahai, satu-satunya ketakutan yang yang ada padaku ialah ketakutan kepada kenyerian maut.



Wahai kawan! Musa juga meratap siang dan malam kerana takutkan perkara yang sama.



Alias berkata, “Aduhai! Bagaimana tertekannya waktu ini, bagaiaman seramnya hari ini bila

maut akan memintasi kita”.



Harun menangis tersedu-sedan dan meratap, “Bagaimana sukarnya waktu ini yang membawa bencana dan kekecewaan”.



Bagaimana aku hendak memberitahu kamu keadaan Isa Al-Masih tentang perkara ini, air matanya mengalir dari kedua matanya, siang dan malam.



Dan Muhammad, manusia pilihan, bersabda dengan bimbang dan terharu,”Bagaimana sedihnya pada hari kematian”.



Walau pun saat kematian itu tidak diketahui, tapi ianya tidak dapat dielakkan, dan dada kita dilimpahi oleh ketakutan kepadanya.



Andainya Allah tidak menciptakan kita, kita tidak akan dapat melihat hari yang menghiris hati ini.



Di atas aku telah huraikan kepada kamu nengenai para Rasul dan kematian, tapi bagaimana pula aku hendak menyebutnya tentang para wali.



Sepanjang hari dan malam mereka meratap kerana sebab yang sama dan berkata, “Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dan menyedihkan di dalam dunia ini, selain daripada hari kematian”.



Kemudian, ingatlah, apakah keadaan seorang manusia biasa seperti kita yang sedikit pun tidak mengetahui tentang hari itu.



Sekarang aku jelaskan kepada kamu keadaan yang sebenarnya kenyerian maut itu; beginilah caranya ia berlaku.



Saat ini menyebabkan kesakitan dan keresahan kepada jiwa seseorang, seperti jantungnya dipanggang di atas api.



Persis daging yang dibalik-balik, ke atas dan ke bawah bila dipanggang, maka demikianlah jasad seseorang yang merasa terlalu amat resahnya.



Dadanya tertekan dan ranap persis langit ditekan ke atasnya.



Pada saat itu, dia merasa amat dahaga sekali, sungai pun pada pandangannya seperti setitik air sahaja.



Darah-darah dalam pembuluh darahnya mendidih, persis kendi mendidih di atas api.



Kesakitan dan kenyerian maut menyebabkan seseorang merasa jasadnya dicincang berkeping-keping, dengan kata lainnya badannya seolah-olah sebuah bag pisau bedah yang tajam



Aduhai! Bila nafasnya sesak, maka rohnya tertekan oleh ketakutan dan kenyerian.

Aduhai! Bila seseorang yang berada di ambang maut kehilangan deria rasanya kerana terlalu amat sakitnya, maka nafasnya menjadi pentas dan tidak terkawal.



Kemudian matanya tidak lagi dapat melihat, dan setiap tulang-temalang anggotanya direnyuk-renyukkan.



Wahai Muslim! Andainya kamu mempunyai sedikit amalan yang baik, maka ia amat berguna kepada kamu pada saat itu.



Tidak ada harta kekayaan kamu, tidak ada kawan-kawan kamu yang berguna pada saat kematian itu, tapi hasrat yang benar sahaja akan menolong kamu.


Percakapan Roh Masa Berpisah


Waktu hendak berpisah dari jasad yang menanggungnya selama ini, menghidupkannya, memberi nafas kepadanya, maka berkatalah ia kepada rumahnya itu yang menutup seluruh keidupannya di dunia untuk kembali kepada keabadian.



Menurut penulisnya, sewaktu roh hendak meninggalkan jasad seseorang, maka berkatalah roh itu kepada jasadnya seperti berikut:



“Wahai pendosa yang lalai! Apakah jawapan kamu kepada Tuhanmu [bila Dia menyoal kamu tentang tanggungjawab yang telah diberikan kepadamu], dan bagaimana kamu akan memikul tanggungjawabnya?



“Kamu hanya hidup di dalam dunia ini hanya untuk mengumpul emas dan menimbunkan kekayaan. Sekarang kamu akan diberi ganjaran mengikut sikap kamu itu.



Sesungguhnya, aku telah memberi nasihat kepadamu sepanjang hidupmu, bahwa kamu sepatutnya membelanjakan kekayaanmu mengikut jalan Allah, dan berbuat baik kepada manusia.



O! Sekarang kamu tidak berhak untuk mendapat keselamatan, kerana kekayaan tidak pernah menemani seseorang sampai ke perkuburan.



Mayat, sewaktu terbaring sendirian dan tidak berdaya dalam kubur, lalu meratap hiba, dan memukul-mukul kepalanya dengan kecewa, berkata:



“Aduhai, apa yang patut aku lakukan sekarang, bila aku terbaring sendirian dalam kuburku ini.



Sekarang aku hanya mempunyai kain kafan pembalut tubuhku, dan hari ini aku telah dipisahkan dari tanah airku.



“Aduhai! Sedihnya petang ini kepada seorang penggembara seperti aku. Aduhai! Pagi yang sengsara akan menyusul selepas ini.; itulah sebatang kara.



Aduhai! Sekarang perkuburan adalah rumahku, dan belantara ini distinasiku.



Biarlah aku lihat apa yang berlaku ke atasku di dalam kubur pada malam ini, dan tertanya-tanya apakah malapetaka yang sedang menungguku.



Sahabat-sahabatku telah berpisah dariku, dan sekarang aku tidak ada lagi penyokong selain Allah.



Aduhai! Hari ini aku benar-benar menjadi seorang yang papa-kedana dan seorang yang tidak berdaya, seorang yang dirundung petaka dan sebatang kara yang telah ditentukan untukku.



Tidak ada kawan-kawanku akan mengingatiku selepas ini; demikian juga tidak ada sebarang tanda yang akan tinggal di perkuburanku.



Aduhai! Aku telah melakukan banyak dosa dalam kehidupan duniaku, dan tidak pernah berbelanja apa-apa di jalan Allah.



Andainya aku menyembah Tuhanku, maka pada hari ini aku tidak akan malu dengan amalanku.



Pada Hari Pengadilan nanti, kamu akan diberi ganjaran mengikut keadaan amalan kamu, dan tidak ada sesiapa yang akan datang ke sana untuk membantu kamu.



Orang Mati Memujuk Anak-anaknya


Bila seorang mati, keluargnya, khusunya anak-anaknya sudah tentu ditimpa oleh kesedihan dan akan meratapi pemergiannya ke pangkuan Ilahi itu, iaitu pergi yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamnya.



Apakah yang akan berlaku selepas itu. Ikutilah seterusnya apa yang digambarkan oleh penulisnya:



“Bila mayat melihat anak-anaknya meratapi kematiannya, dia pun cuba menyeru dan membujuk mereka.



Dia akan merangkul setiap anggota keluarganya, dan berkata, “Wahai sayang! Saya dah meninggal.



Wahai yatim piatu! Allah akan melindungi dan menolongmu selepas ini, dan saya serahkan hak-hakmu kepadaNya”.

Hari ini kamu sebatang kara dan dalam keadaan tidak berdaya dan tidak ada sebarang pelindung untukmu daripada makhluk-makhluk duniawi.



Aduhai! Sekarang kamu telah menjadi sebatang kara, dan di Akhirat nanti kamu akan menjadi papa-kedana dalam erti kata yang sebenar-benarnya.



Aduhai! Dalam pepnggembaran ini, nasib malang dan daif telah menguasai kamu kerana aku.



Sekarang manakah hubungan kamu dengan kekasih setiamu [iaitu aku], dan kenapa kamu berpisah dengan sahabat kamu yang paling bersimpati dengan kamu.



Hari ini aku tinggalkan kamu di belakang dalam ketakutan, terseksa dan meratap.



Walau bagaimana pun Allah rela dengan perisitwa ini berlaku sebegini, justeru itu kamu juga patut rela dengan takdirNya, dan berserah kepada iradahNya.



Semua ini sudah tercatat dalam nasibku dan aku tidak mempuyai apa-apa daya untuk memungkirinya.



Letakkan kain kafan itu dengan tanganmu, wahai anak-anakku, dan engaku lakukanlah sendiri upacara pengebumiannya.



Sekarang marilah bersama-sama dengan kerandaku ke pekuburan, dan baringkan aku di dalamnya dengan tanganmu sendiri.



Percayalah kepada Allah, kerana Dialah satu-satunya pelindung selepas aku, dan tinggalkanlah aku dengan gembira.



Sekarang aku akan dianugerhkan ganjaran berdasarkan segala amalanku; sendirian aku datang dan sendirian pergi ke langit



Akhirnya hari ini aku akan tinggalkan kamu untuk kebaikan, hiduplah dengan aman kerana Allah Pelindung kamu.



Aduhai! Aku akan pergi jauh, jauh daripada kamu, dan selepas ini tidak ada lagi percakapan antara kamu dan aku.



Wahai sayangku! Setelah melihat sukar dan sangsaranya keadaanku hari ini, tidak ada sesiapa dari kamu patut melupakan kematianmu, dan kamu patut jujur sebelum kedatangan maut.



Siang dan malam kamu hendaklah menyembah Tuhanmu, dan tidak patut menghabiskan umurmu dengan angkuh dan sombong.



Orang Yg. Hendak Mati MengucapSelamat Tinggal Kepada Anak-anaknya



Wahai anak-anak yatim piatu! Hari ini aku ucapkan selamat tinggal kepadamu. Selalulah takutkan Allah dan Dia akan menolong kamu dalam setiap kesusahan.



Marilah, dan rangkullah aku sebelum nafasku berakhir, kalau tidak, kamu tidak akan mempunyai peluang seperti ini lagi.



Sekarang masa aku akan berlepas, semoga Allah menolong kamu.



Wahai sayangku, belahan jiwaku! Selamat tinggal; setiap orang dari kamu hendaklah mengucapkan selamat tinggal.



Mulai sekarang sayang, aku tidak akan kembali lagi, selamat tinggal; pandanglah mukaku dengan teliti, selamat tinggal.



Aduhai! Perpisahan apakah ini, selamat tinggal! Perpisahan seperti ini tidak pernah dilihat sebelum ini.



Hari ini kamu manusia berada dalam penyerahan daif yang mutlak, selamat tinggal; sebagaimana aku membuat wasiat untuk mu, aku pergi ke abadian, selamat tinggal.



Wahai orang yang miskin dan rendah hati! Selamat tinggal. Wahai orang yang malang! Saya ucapkan selamat tinggal kepadamu.



Tidak ada lagi masa yang tinggal untuk menikmati bersamaan denganmu. Sekarang inilah takdir Ilahi, selamat tinggal.


Klik:Sengsara Di Ambang Maut [Part 11]


xxxxxxxx Paut


Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP