Sengsara Di Ambang [Maut Part 11]

>> Saturday, June 11, 2011


SENGSARA DI AMBANG MAUT [PART 11]


Dalam Part 1 yang lalu telah diceritakan peristewa-peristewa yang berlaku sekitar seseorang yang sedang berada di ambang maut, dan selepas matinya. Dalam bahagian ini pula penulisnya terus menceritakan peristewa-peristewa yang berlaku selepas seseroang itu mati, sampai ke hari kiamat kelak.



Ikutilah sambungan dalam Part 11 ini.



Panggilan Dari Langit


Diceritakan oleh penulisnya, selepas seseorang itu mati akan kedengaran suara dari langit menyeru-nyerunya:



"Selepas seseorang itu mati, satu panggilan kedengaran dari langit, “Hari ini tidak ada sesiapa yang akan menolong kamu, selain Allah!



Mereka meletakkan sehelai kain kafan di atas tubuh kamu ang lembut, dan membaringkankanya di dalam debu.



Hiruk pikuk dunia telah kamu tinggalkan di belakang, dan mereka telah menyerahkan tubuhmu kepada kubur.



Aduhai! Tubuh kamu yang lembut dan cantik serta tinggi rangkanya itu, akan menjadi debu, bila ia berbaur dengan debu.



Kamu yang berkilau-kilauan seperti sebuah matahari di dalam dunia, dan wajah kamu menimbulkan kecemburuan kepada bulan.



Sesungguhnya engkau adalah sekuntum bunga di taman hati setiap orang, tapi malangnya hari ini debu telah menyelubunginya.



Dalam hidupmu, engkau lembut dan lunak seperti sekuntum mawar, tapi hari ini sehelai pentup keras telah menutupi badanmu.



Kamu adalah batu delima di kalangan manusia, dan permata yang berharga, roh-roh mengambil makanan mereka daripada percakapanmu.



Tapi sekarang kamu sembunyikan kepalamu di bawah kain kafan; seperti bulan sedang tidur dalam debu.



Aduhai inilah sebuah lampu kepada keluarganya, di mana angin-angin musim rontok memadamkanya.



Setiap orang percahaya bahawa dia adalah mahkota di atas kepala kepada keluarganya; namun kesedihan telah menimpa kamu hari ini.



Kamu adalah jantung dan hati kepada sahabat-sahabatmu, tapi sekarang kamu terbaring tidak berdaya di atas bumi.



Hari ini gubukmu adalah hutan belantara, dan kamu telah diputuskan daripada sahabat-sahabat kamu.



Wahai muda belia! Bila sahabat-sshabat kamu ingatkan muka kamu, yang berkilau-kilauan seperti bulan, mereka pun meratap tersedu-sedan.



Wahai orang yang ditimpa kesedihan! Kesusahan telah menguasai engkau hari ini, dan sesugguhnya kamu telah ditimpa kepayahan.



Kelmarin engkau seorang raja, tapi hari ini engkau tidak lebih dari seorang pengemis, dan dikepung di pujuk kubur ini.



Aduhai, bagaiaman miskin dan hinanya engaku pada hari ini, di mana kain kafan dan tilam tanah telah menjadi nasibmu yang terakhir.



Aduhai! Bagaimana pedihnya pandangan engkau hari ini, begitu berat dan banyaknya debu telah ditabur di atas tubuhmu yang lembut dan empuk itu.



Mayat Sampaikan Pesanan Kepada Sahabat-sahabatnya


Mengikut penulis orang yang mati itu juga akan menyampaikan pesanan kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabatnya:



“Bila sahabat-sahabat kepada orang yang mati itu kembali ke rumah dengan keadaan terharu kesedihan, si mati menghantar sebuah pesanan kepada mereka dengan kata-kata seperti berikut:



“Wahai kawan-kawanku! Kenapa kamu tinggalkan aku sendirian di belakang kamu?



“Hari ini sudah pasti aku adalah orang yang tidak berdaya di dalam kubur, tidak ada sebarang penolong.



“Semua anak-anakku telah menjadi yatim piatu, dan menyebabkan mereka miskin dan papa-kedana dan tidak mempunyai apa-apa lagi.



Malah aku tidak tinggalkan apa-apa untuk menolong mereka [melainkan Allah]; aduhai mereka akan kekal sebagai anak-anak yatim piatu.



Isteriku juga telah menjadi seorang janda, dan telah kehilangan semua kesenangan hidup.



Sekarang kepada siapa dia akan memberitahu kesusahan dan malapetaka yang dihadapinya, kerana tidak ada siapa pun yang biasa dengan kesusahan-kesusahannya.



Oleh itu, wahai kawan-kawanku, demi kerana Allah dan kerana Rasulullah yang suci:



Pergilah kepadanya, pujuklah dia yang berdukacita itu: bagaimanakah dia, dan bagaimanakah dia meletakkan dirinya dalam kesedihan?



Pergilah, arahlah semua anggota keluargaku supaya bersabar dan beritahu mereka secukupnya mengenai keperluan-keperluan dan kesengsaraan mereka.



Sampaikan salamku kepada mereka yang dirundung kesedihan, dan pohon kepada mereka supaya memaafkan segala kesalahanku.



Sekarang satu-sautnya keinginanku daripada kamu ialah kamu hendaklah berdoa untukku.



Maut Berkata Kepada Mayat


Setelah seseorang itu mati, dan mayatnya dikebumikan, maka datanglah Maut bertanya kepadanya:



“Maut bertanya kepada mayat di dalam kubur “Kenapa kamu meratap kecewa pada hari ini, sambil memulas-mulas tangan kamu?



“Adakah kamu tidak pernah menyedari adanya saat yang dasyat ini? Ratapanmu tidak mempunyai kesan ke atas sesiapapun.



Sepanjang kamu tinggal di dunia, kamu cukup mengetahui bahawa semua Pesuruh Allah meninggal dunia, dan aku tidak pernah melepas seorang wali pun.



Ribuan orang yang muka mereka seperti mata hari dan bulan; dan tidak terpermenai banyaknya, raja-raja dan kapitlais-kapitalis telah ditewaskan oleh aku.



Malah ribuan orang yang cantiknya tidak terkira, telah menjadi debu dan telah kehilangan kelembutan kulit mereka yang seperti bunga.



Aduhai, bagaimana kuat dan tingginya rangka anak-anak muda, telah aku baringkan mereka dalam kubur seperti ini.



Justeru kenapa kamu pura-pura tidak mengenali aku, sesungguhnya engkau tidaklah bijaksana untuk meminggirkan aku.



Kubur Berkata Kepada Mayat


Di samping itu, kubur juga diceritakan berkata kepada mayat yang berada dalam perutnya itu:



“Kubur berkata kepada mayat, “Wahai orang yang resah gelisah! Kenapa kamu meratap sekarang, dan apakah alasan kamu untuk mendapat keampunan Allah?



“Saya tegaskan kepada kamu bahawa ratapan kamu sekarang tidak berguna, kerana sebahagian besar daripada masa kamu yang berharga telah kamu habiskan dalam melanggar perintah Allah.



Kamu tidak pernah terusik oleh kejadian maut yang memang tidak dapat dielakkan, dan tidak pernah kamu melemparkan kerlingan kepada perkuburan.



Begitu banyak Pesuruh-pesurah Allah yang bermasyur, wali-wali, alim ulama, dan raja-raja yang tidak terbilang banyaknya-



Akhirnya mereka dikuasai oleh aku, dan mereka pun menjadi debu di dalam debu.



Hari ini tidak ada siapa pun mengenali nama mereka, tidak ada sebarang tanda pengenalan mereka yang ditinggalkan. Seluruh keluarga mereka telah hesap.



Sekarang orang telah lupakan nama mereka, dan mereka telah kehilangan semua pengaruh yang pernah mereka nikmati di dalam hidup mereka.



Malah kamu telah melakukan berbagai-bagai dosa secara sengaja; dapatkah kamu bebaskan cengkaman aku hari ini?



Malaikat Pelindung Bertanyakan Mayat


Dua Malaikat akan datang kepada mayat di dalam kubur dan akan mengmukakan pertanyaan-pertanyaan yang perlu dijawabnya dengan betul dan tepat, yang merupakan teket kepadanya untuk masuk Syurga atau neraka nanti.



“Dua Malaikat Pelindung mayat datang keapdanya dan berkata, “Siapa Tuhan kamu? Siapakah Rasul yang kamu beriman dengannya?



-Apakah agamamu? Siapakah Tuhanmu?- Bercakap benarlah, dengan itu kamu akan menemui keamanan.



Jika dia tidak memberi jawapan yang memuaskan kepada keduanya. Niscaya dia akan dihukum dengan berbagai-bagai cara.



Jika jerit pekeknya, ratap dan tangisnya didengar oleh manusia dan jin sewaktu dia dihukum, mereka tidak boleh hidup walau pun sehari.



Oleh itu kamu hendaklah meratap dan bertaubat kerana mengingati watu tersebut. Awaslah dengan pengakhiran kamu, dan janganlah kamu membuang masa dengan sia-sia.



Allah Membujuk Orang Yang Mati


Selain dari Malaikat, Maut dan tanah perkuburan, Allah juga diceritakan akan berkata-kata dengan si mati:



“Mayat berkata dalam kubur, “Sekarang aku tidak mempunyai seorang kawanpun untuk menolong aku di sini.



Aduhai aku ditinggalkan sendirian di sini, dan anak-anakku dan sahabat-sahabatku tidak menyedari kesulitan-kesulitanku ini.



Kemudian Allah berkata kepadanya “Kenapa kamu menangis, kenapakah kamu gundah-gulana dengan ampunan-Ku?



Kenapakah kamu begitu murung pada hari ini dan kenapa sahabat-sahabat kamu menangis?



Walau pun kamu seorang pendosa, Aku Pengampun; dan dari sejak bermulanya alam raya ini Aku Sangat Pemurah.



Aku telah kurniakan jasad kepada kamu, roh dan Iman, di samping itu Aku juga begitu bermanfaat kepadamu.



Ada suatu ketika kamu tidak wujud sama sekali, justeru Aku beri kamu hidup, dan membiarkan malaikat-malaikat menyembahmu.



Apakah engkau pada pertamanya, kemudian engkau jadi apa, adakah kamu ingat? Cinta-Ku kepada orang-orang yang bertaubat lebih daripada cinta sejuta ibu.



Walau bagaimana banyaknya dosa-dosa kamu sekali pun, Aku akan ampunkan kamu, kerana Aku Pemurah dan Penyayang.



Malah, seorang ibu tidaklah begitu kasih dan sayang kepada anak-anaknya, sebagaimana Aku kasih dan sayangkan makhluk-makhluk-Ku.



Oleh itu, wahai Muslim! Perhatikan anugerah Allah kepada manusia yang bertaubat, dan janganlah engkau habiskan masa hidup engkau dengan sia-sia.



Roh Menasihati Sahabat-sahabatnya


Kemudian penulisnya menghalakan kata-katanya kepada para pembcanya



“Dengarlah baik-baik, semua orang mati kembali ke rumah mereka pada malam Jumaat.



Roh mereka berkata dengan sedih dan terharu kepada keluarga-keluarga mereka, “Hidup kamu tidak bermakna sedikit pun”.



Oleh itu jangan habiskan umur kamu dengan sia-sia, dan jangan malukan diri kamu sendiri pada Hari Pengadilan.



Jika kita menyembah Allah dengan penuh keyakinan dalam kehidupan sebelum ini, hari ini kita tidak akan merasa malu dengn segala amalan kita.



Kita hanya berjuang untuk kepentingan duniawi sepanjang hidup kita, kerana itu kita kehilangan segala keuntungan dan kesenangan untuk kehidupan yang akan datang.



Andainya kita belanjakan kekayaan kita di jalan Allah, hari ini Allah akan menerima kita dengan rahmatnya.



Walau bagaimana pun kita telah disesatkan dan melanggar perintah Allah, tapi kamu manusia tidak patut melupakan perintah-perintah Allah.



Kamu hendaklah amalkan kebenaran untuk menggembirakan Allah, dan menyukakan Persuruh Allah yang Mulia yang mungkin akan memberi safaat kepada kamu.



Kamu masih mempunyai masa untuk bertaubat, mengambil pelajaran daripada keadaan kita yang sangsara ini.



Wahai para sahabat! Sekarang kamu mempunyai cukup masa untuk melakukan kebenaran, dan jika kamu tidak bertaubat dan tidak melakukan kebaikan sekarang, api di atasmu.



Aduhai, kamu telah menghabiskan masa hidup kamu dengan sia-sia, dan melakukan banyak dosa”.



Hari Kebangktan Dan Penghakiman Allah


Penulis menyebut tentang Hari Kebangkitan di mana Allah akan menimbang segala amalan manusia semasa mereka hidup di dunia, untuk diberikan ganjaran yang ssetempal, baik atau jahat.



“Allah dengan jelas menyebut dalam kitab suci al-Quraan bahawa orang-orang yang mati akan dihidupkan semula di Hari Kebangkitan.



Pada Hari Pengadilan itu semua peristewa Rasul-rasul akan bergegar kerana takutkan Allah.



Lebih-lebih lagi, semua waliullah-wailullah juga akan hadir di hadapan Allah, lesu, mengiggil dan meratap.



Kemudian apa yang akan berlaku ke atas orang-orang biasa, pertimbangkanlah dengan benar dan betul.



Kepada mereka yang tidak menunai ibadat solat akan dihina pada hari itu, dan sambil meratap di atas keadaan mereka yang malang itu, mereka akan berkata:



“Aduhai! Aku dimalukan hari ini, kerana mendurhaka kepada Allah, sungguh memalukan dosa-dosa yang telah aku lakukan.



Kemudian Allah akan datang membuat Perhitungan, maka dengan itu semua perbuatan seseorang baik atau buruk akan jelas.



Allah akan mengambil kira semua perbuatan-perbuatan kecil mereka; akibatnya, yang benar akan menikmati kesenangan, tapi yang jahat akan dihukum.



Pada hari Perhitungan itu semua perbuatan baik dan buruk akan ditimbang, dan orang yang senang ialah orang perbuatan baiknya naik timbangannya.



Semua tindakan seseorang akan jelas kepadanya, tidak ada siapa yang boleh mengubah catatan perbuatan-perbuataannya itu.



Betul-betul di atas neraka itu ada sebatang jalan menuju ke neraka, yang sesuai sebagai tempat tinggal orang-orang musyrik.



Aduhai, bagaimana besarnya hukuman di dalam neraka, di mana para pendosa akan dihukum dan dihina di dalamnya.



Jika aku nyatakan secara perinci penyeksaan dalam api neraka, kehidupan kita sekarang akan menjadi suatu hukuman yang abadi.



Wahai Muslim! Sekaranglah masannya untuk bertaubat, dan meratapi dosa-dosa engkau yang lalu.



Safaat Rasulullah Yang Mulia


Penulis juga tidak ketinggalan menceritakan peranaan Rasulullah SAW yang amat kasih dan sayang kepada umatnya di akhirat nanti dengan memberi safaat kepada mereka, tanpa memilih kasih.



“Pengikut-pengikut Rasulullah yang Mulia akan pergi menemuinya pada Hari Perhitungan, dan berkata sambil meratap:



“Sekarang hanya engkau pemberi safaat kepada kami, dan tidak ada sesiapa akan datang untuk menolong kami, selain dari engkau.



Kami semua tidak wujud, dan tidak ada hasrat untuk muncul, tapi kami wujud melalui cahaya engkau.



Oleh sebab Allah menjadikan engkau pemberi rahmat kepada dua alam, wahai pemberi safaat kepada para pendosa, berilah safaat kepada kami di hadapan Allah.



Rasul yang Mulia, bila melihat pengikut-pengikutnya resah gelisah, akan membuka tutup kepalanya dan alas kakinya sebelum pergi menemui Allah.



Sebagaimana seorang ibu menghabiskan seluruh hidupnya untuk anak-anaknya, demikian juga Rasul yang Mulia mencintai pengikut-pengikutnya.



Dia akan menangis melihat pengikut-pengikutnya bimbang dan tidak berdaya, dan akan berkata,”Wahai pengikut-pengikutku! Wahai pengikut-pengikutku! Wahai pengikut-pengikutku! Semoga Allah mengampunkan kamu”.



Wahai umatku, jangan kamu kecewa dengan rahmat Allah. Aku akan usahakan supaya Dia baik dan comel kepada kamu.



Aku cinta dan simpati kepadamu lebih daripada ibumu sendiri, dan aku tidak pernah melupakan umatku.



Bila aku melihat keadaanmu begitu sengsaranya hari ini, aku amat sedih; oleh itu kamu tidak perlu bimbang dengan kehadiranku ini.



Oleh itu janganah mengeluh dan menangis di tempat ini, dan jangan putus asa dengan rahmat Allah.



Pendeknya, selepas memujuk umatnya, Rasul yang Mulia akan menghadirkan diri di hadapan Kerusi Allah dengan kepala terbuka.



Dia akan sujud di hadapan Allah dan berkata, “Hari ini ampunilah pengikut-pengikut Sahabat-Mu”.



Selepas memberi safaat kepada umatnya, Rasul Yang Mulia akan mengumpulkan mereka di sekeliing kolamnya.



Dia akan memberi mereka minum dengan kedua tangannya sendiri dan anugerahnya tidak terbatas.



Akhirnya dia akan memasuki Syurga dengan umatnya sambil berpimpin tangan.



Setiap orang dari mereka masing-masing mempunyai istana dalam Syurga, sejajar dengan amalan-amalan baik mereka.



Kesenangan demi kesenangan akan mereka nikmati di dalamnya dan rahmat demi rahmat mereka akan memilikinya.



Syurga yang abadi disediakan untuk orang yang benar-benar beriman, dan tempat tinggal tersebut tidak akan musnah buat selama-lamanya.



Akan ada penolong untuk mereka, dan kenikmatan taman-taman yang sentiasa segar; dan lebih baik dairpada segala-segalanya itu ialah Wajah Allah.



Oleh itu, berhati-hatilah dengan setiap tindakan durhaka, dan jauhi perbuatan syirik, jika kamu inginkan keselamatan.



Sekarang Cahaya Panduan Ilahi telah sempurna; restu dan rahmat Allah ke atas Rasul yang Mulia.



Kepada Kapitalis

Yang Enggan Berbelanja Di jalan Allah.



Pada akhirnya penulis mengakhiri tulisannya dengan mencerita nasib malang yang menimpa orang-orang kaya yang rakus dan sombong semasa hidupnya di dunia, dengan katanya,



“Kenapa tuan buat penyata kira-kira kekayaan tuan, wahai tuan. Sekarang tutuplah buku kira-kira tuan itu dan tinggalkan dunia persinggahan ini, untuk sebuah gubuk dalam kubur.



Kenapakah tuan menimbang emas tuan, sedangkan maut sedang menungggu di atas kepala tuan.



“Wahai kamu, berapa ramai orang yang telah kamu tipu, dan musnahkan mereka dengan mengenakan bunga yang tinggi. Kamu berjuang untuk menyerahkan kebenaran, kedustaan, dan menghina begitu ramai orang-orang yang dilanda kemiskinan.



Kenapakah tuan menimbang emas tuan, sedangkan maut sedang menunggu di atas kepala tuan.



Sekarang tempat simpanan emas dan perak ini akan tinggal di belakang kamu, dan tidak sebutir pun akan ikut bersama kamu. Hanya orang-orang asing yang menggunakan kekayaan kamu dan timbunan emas kamu tidak akan berguna kepada kamu lagi.



Kenapakah tuan menimbang emas tuan, sedangkan maut sedang menunggu di atas kepala tuan.



Sekarang janganlah terlalu bergantung kepada mangga dan anak kunci, serahkanlah anak-anak kunci itu kepada anak-anak kamu. Jangan kelihatan rakus lagi di sekeliling kekayaan kamu, kerana kamu hanya ada beberapa detik lagi untuk bernafas.



Kenapakah tuan menimbang emas tuan, sedangkan maut sedang menunggu di atas kepala tuan.



Lupakanlah kebijaksanaan dan muslihat kamu pada saat ini, dan bersedialah untuk mengecapi hukuman kamu di dalam kubur. Baik atau buruk yang kamu lakukan, semuanya akan didedahkan kepada kamu satu persatu.



Kenapakah tuan menimbang emas tuan, sedangkan maut sedang menunggu di atas kepala tuan.



Sehingga kini kamu menggunakan selendang yang mahal dan sutera yang disepuh emas; sekarang marilah ambil sehelai kain kafan untuk diletak di atas badan kamu, dan lepaskanlah timbunan harta itu.



Kenapakkah tuan menimbang emas tuan, sedangkan maut sedang menuggu di atas kepala tuan.



Kamu telah tidur di atas dipan yang empok, di atasnya lampu-lampu yang dilorek dengan berlian tergantung pagi dan petang. Sekarang kubur yang yang gelap menjadi gubuk kamu, di mana kamu akan baring di atas debu buat selama-lamanya.



Kenapakah tuan menimbang emas tuan, sedangkan maut sedang menunggu di atas kepala tuan.



Kamu telah memakan roti dan minyak sapi dan daging panggang; sekarang di dalam kubur kamu terpaksa mengikut kurniaan Allah kepada kamu. Adakah kamu ingat lembaran amalan-amalan kamu yang lalu?



Kenapakah tuan menimbang emas tuan, sedangkan maut sedang menunggu di atas kepala tuan?



Wahai Allah selamatkan hamba itu daripada sombong dan dosa tuan itu, yang selalu mabuk dengan kemewahan dengan kekayaannya dan selalu lupakan ingatan mereka. Sudah pasti, sekarang dia akan dihukum kerana kejahatan-kejahantannya itu.



Kenapakah tuan menimbang emas tuan, sedangkan maut sedang menunggu di atas kepala tuan.



Salawat dan salam ke atas Rasul yang Mulia, semoga Allah kurnikan kami kekuatan untuk melihat kebenaran di masa akan datang.



Saya akhiri dengan doa semoga Allah limpahi rahmat ke atas kita semua.


Klik:Sengsara Di Ambang Maut [Part 1]


Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP