Memori Bersama Yusuf Zaky Yaacob
>> Sunday, June 26, 2011
Sehelai Kertas Di tengah Jalan
[Memori Bersama Yusof Zaky Yaacob]
Yusuf Zaky adalah salah seorang tokoh ulung negeri Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya. Sebagai seorang cerdik pandai Islam, namanya menonjol harum dalam berbagai-bagai bidang; beliau adalah seorang usahwan, seorang penulis yang tajam dan produktif, seorang pendidik dan pendakwah berkaliber.
Sebagai pengarang beliau menghabiskan seluruh hidupnya di bidang penulisan yang telah diceburinya sejak belia lagi. Selain daripada menghasilkan begitu banyak rencana beliau juga menghasilkan berbagai-bgai jenis buku, berupa karya sendiri atau terjemahan.
Salah satu hasil karya beliau yang terbesar ialah terjemahan tafsir agung Fi Zilal Al-Quran karya Syed Qutb.
Saya lama bersama dengan beliau, sebagai “saudara” dan juga sebagai penulis yang pernah bertugas di DIAN dan juga ketika saya bertugas di SUK yang memegang jawatan asasinya sebagai Pegawai Penerbit di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.
Menngimbau kembali kenangan lama. Pada suatu hari saya dan Yusuf Zaki sedang berjalan kaki dari kilang DIAN yang pada masa itu terletak di Jalan Tengku Chik ke jabatan pengarang yang terletak di Simpang Lido, Kota Bharu.
[Waktu saya pergi ke Simpang Lido baru-baru ini untuk mengambil gambar, saya terkejut melihat bangunan beberapa buah pintu yang salah satunya menempatkan Jabatan sidang pengarang DIAN dan juga kilang Dian di peringkat awalnya, telah tiada lagi, bangunan papan dua tingkat itu telah dirobohkan dan kawasan itu telah berpagar dengan zink yang tinggi.
Dulu tidak jauh dari bagunan itu, di sebelah belakangnya ada sebuah pusara kerabat Diraja yang mempunyai hubungan dengan sejarah negeri Kelantan].
Ketika sedang asyik berjalan itu, Yusuf Zaky yang kami panggil “Abang Soh”, tapi kebanyakan orang memanggilnya Ustaz [sebelum bergelar Dato’] tiba-tiba berkata kepada saya “Zain, cuba ambil kertas tu,” kata Abang Soh sambil menunjukkan dengan tangannya sehelai kertas di kaki saya yang sedang berjalan di sisinya.
Waktu itu perjalanan kami melepasi sedikit simpang Jalan Tengku Chik menuju ke Simpang Lido di mana jabatan pengarang DIAN tereletak. Kami baru balik dari kilang percetakan yang terletak di Jalan Tengku Chik itu.
Biasalah setiap hari dari jabatan pengarang, saya dan Abang Soh berjalan kaki untuk pergi ke kilang DIAN yang terletak di Jalan Tengku Chik itu.
Waktu itu, sekitar tahun 1960-an jalan-jalan dalam Bandar Kota Bharu ini tidak sibuk seperti hari ini, kami boleh berjalan dengan tenang, di kanan atau kiri jalan, hampir tidak mendapat gangguan langsung
Di sebelah kanan kami terletak Padang Lido yang pada masa itu kosong, tidak ada apa-apa bangunan, dan menjadi tumpuan orang ramai berihat pada waktu petang dan malam, dan di samping itu ada beberapa orang menjual makanan kering, seperti kacang goring di padang itu dengan mengguna pelita catak minyak tanah.
Saya membongkok mengambil sehelai kertas tersebut. Nampaknya kertas itu dikoyak dari sebuah majalah berbahasa Inggeris. Saya meniliti kertas itu, sebelah mukanya mengadunngi iklan dan sebelah muka lagi mengadnungi sebuah rancana psikologi kanak-kanak.
“Cuba baca tajuknya, Zain”, katanya lagi.
Lalu saya baca tajuk rencana itu dalam bahasa Inggeris, tapi saat ini telah saya lupa.
“Hai bunyinya bagus. Ambillah, kalau bagus terjemahkan, kita masuk dalam DIAN yang akan datang”, kata beliau.
Saya terus melipat dua kertas itu, dan membawa baliknya ke pejabat.
Petang itu juga selepas membacanya, saya terjemahkan rencana tersebut, dan kalau tak silap saya diberi jodol, “Tonik Kebebasan Untuk Kanak-kanak”, penulisnya seorang doktor yang saya sudah lupa namanya, dan diterbitkan dalam DIAN Diges pada bulan itu juga. Bilangan berapa dan tahun berapa perlu dirujukkan semula.
Pada ketika yang lain pula, mungkin ketika kami sedang makan nasi belauk pagi. dikediaman beliau. Pada masa itu nasi belauk biasanya menggunakan dua lapis pembungkus, sebelas atasnya daun pisang atau plastik khusus dan lapisan sebelah luarnya menggunakan kertas akhbar.
Pada mula-mulanya sebelum akhbar lama tidak semudah diperolehi seperti sekarang, pembungkus nasi belauk hanya menggunakan daun pisang khas sahaja, iaitu daun “pisang benggala” yang keadaannya lembut dan payah koyak.
Sesudah makan Abang Soh menghulur kertas pembungkus nasi itu kepada saya, meminta saya memerhatinya. Rupanya ia mengandungi sebuah rencana dalam bahasa Inggeris mengenai gangster dan cara-cara ahli-ahli kongsi gelap itu menjalankan sumpah mereka. Tajuk asalnya telah saya lupa.
Beliau meminta saya menterjemahkan rencana tersebut, dan saya pun menterjemahkanya dan disiarkan dengan jodol “SUMPAH GANGSTER” dalam DIAN Diges.
Sukacita dinyatakan bahawa dalam DIAN nama-nama penterjemah biasanya tidak dinyatakan dan hanya yang ada ialah nama penulis asalnya sahaja, dan ini menyukar kepada sesiapa yang ingin membuat kajian tentang karya-karya di dalam DIAN.
Di samping itu ada pula rencana-rencana yang tidak disertakan nama penulisnya langsung, kerana dihasilkan oleh “orang dalam” sendiri, oleh sebab itulah ada hasil karya saya dengan tidak disengaja pernah dimasukkan dalam kumpulan karya Allahyarham Dato’ Yusuf Zaky Yaacob dan diterbitkan.
Saya juga tidak tahu kiranya ada lagi penulis-penulis lain yang mengumpul karya-karya beliau dengan tidak sengaja menyertakan hasil karya saya dalam kumpulan karya yang diandaikan karya Allahyarham Dato’ Yusuf Zaky Yaacob.
Beliau dilahirkan pada 13 Jun 1928 dan kembali ke rahmatullah pada 19 Januari, 1999.
Semoga Allah limpahkan rahmat ke atasnya.
Sekian, wasalam
xxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment