Binatang Disayangi Lebih Dari Anak Sendiri

>> Sunday, June 5, 2011


Binatang Disayangi Lebih Dari Anak Sendiri



Waktu itu saya sedang sarapan pagi di dapur. Tiba-tiba anak lelaki saya masuk ke dapaur sambil mengomel, “Teruklah iklan ni!”.



“Iklan apa?”, Tanya saya ingin tahu.



“Tu, iklan dalam TV.” Balasnya.



“Apa yang teruknya?”. Tanya saya lagi.



Lalu dia pun bercerita. Iklan itu menggambarkan kehidupan sepasang suami isteri yang pada mulanya sangat intim hubungannya. Tapi bila suaminya itu mengalamai keguguran rambut, hubungan mereka suami isteri menjadi hambar.



Seterusnya iklan itu menayangkan, pada waktu malam, si isteri tdak lagi tidur bersama dengan suaminya, tapi dia lebih suka tidur dengan kucing, kerana rambut kepala suaminya keguguran. sedangkan kucing tubuhnya berbulu.”



“Macam mana boleh begitu?” Komennya.”Nak jual ubat rambut tak kan sampai ke situ. Tidak Islamik sangatlah”.



“Kalau betul begitu, memang teruklah”, kata saya.



Justeru saya bukan peminat TV, maka peluang saya untuk mengikuti iklan itu amatlah tipis, kecuali secara kebetulan.



Namun begitu, dalam satu segi iklan itu membayangkan ciri-ciri sesetengah manusia sejak dahulu hingga sekarang yang memang lebih menaruh cinta kasih kepada haiwan peliharaan mereka daripada kepada keluarga mereka sendiri.



Biasanya orang-orang seperti ini rela mengkesampingkan anak-anak dan isteri mereka sendiri daripada haiwan-haiwan peliharaan mereka.



Cuba perhatikan kehidupan sesetengah orang yang berminat memelihara burung ketitir, burung merbuk, ayam, kucing dan anjing. Ada sesetengah dari mereka lebih mengutamakan binatang-binatang peliharan mereka itu daripada keluarga mereka, baik tentang makan minum atau penjagaan kesihatannya.



Kenapa tidak?



Jika anak-anak mereka tiba-tiba jatuh sakit mereka tidak bersegera bertindak untuk memberi rawatan kepada mereka, tapi jika burung atau kucing mereka sakit, mereka tidak akan menunggu masa lagi mencari penawar atau segera membawanya menemui doktor haiwan.



Makanan untuk kucing dan anjing pula disediakan dengan mencukupi dan dipilih dari jenama yang baik-baik untuk mempastikan haiwan itu sentiasa sihat dan tidak mudah diserang penyakit.



Setiap hari binatang-binatang itu, mereka belai dengan cara masing-masing. Burung dengan cara burung. Kucing dengan cara kucing. Anjing dengan cara anjing. Tapi anak-anak sendiri, darah dagingnya sendiri, nak didekati tidak sekali, apa lagi hendak ditimang, kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Sekali seminggu pun mungkin tak ada masa.



Ada orang lelaki tidak bersedia untuk memimpin tangan anaknya yang masih kecil berjalan, tapi mereka tidak keberatan untuk membimbing sangkar-sangkar burung mereka untuk dibawa ke majlis pertandingan.



Ada lelaki enggan mendukung anak mereka yang masih kecil, tapi tidak keberatan untuk mengepit ayam didik mereka di bawah ketiak.



Ada orang bersedia membelai-belai kuda peliharannya dengan penuh kasih sayang, tapi tidak pula pernah dibelai isteri atau suaminya yang juga memerlukan lebih banyak pujuk dan rayu daripada haiwan-haiwan itu.



Ada mereka yang setiap hari memandi kucing, anjing dan burung peliharan mereka, tapi tidak pernah pula mengambil tahu adakah anak-anaknya yang masih kecil, sudah mandi atau belum.



Ada orang setiap hari mengajar burung-burung mereka berkokok, tapi tidak pula mengajar anaknya bercakap walaupun sepatah.



Ada orang kerana teralu sibuknya itu, nak bercakap dengan anak-anak pun tak ada masa setiap hari. Keluar pagi, tengah malam baru balik. Kalau anak-anak ada keperluan, anak-anak tulis notis, tampal pada peti sejuk atau pintu bilik ayah untuk dibaca oleh ayahnya. Itu pun kalau ada masa.



Cuba perhatikan sesetengah peminat ikan hiasan. Mereka mudah sahaja mengeluarkan wang untuk membeli istana ikan yang berhias cantik, akuarium, tapi bila giliran hendak membeli buku-buku sekolah setahun sekali untuk anak-anak, akan timbul soalan, kenapa haraga buku ini mahal sangatlah, tak patutlah dan sebagainya?



Cuba perhatikan pula sesetengah peminat memancing ikan. Mereka sanggup meninggalakan anak-anak dan isteri dalam keadaan kurang sihat untuk pergi memancing, terutama untuk menyertai pertandingan memancing ikan.



Malah ada yang sanggup menggadaikan kesihatan sendiri semata-mata dengan tujuan untuk memancing ikan.



Mereka sanggup meredah hutan, menempuh gelombang, mengharung becah, berpanas, berhujan dan berembum, tapi tidak bersedia untuk menghadiri mesyurarat ibu bapa atau PIBG di sekolah anak-anak mereka belajar, dengan alasan terlalu sibuk katanya.



Demikian juga perangai sesetengah pemelihara burung, bila tiba hari pertandingan, akan melupakan segala-galanya, kecuali burung yang akan dibawa menyertai pertandingan itu.



Demikian juga dengan peminat ayam, bila tiba hari pertandingan, atau hari pelaga ayam, mereka akan lupakan segala-galannya, kecuali pelaga ayam, biasasnya berunsur pertaruhan, berjudi.



Ada peminat-peminat burung merbuk rela tidur dalam semak, untuk mengendap seekor burung yang suaranya begitu mempersonakan telinganya. Lupa ia pada isteri, pada anak, pada makan dan lupa ia pada Tuhannya.



Ada pula sebilangan kecil wanita lebih suka bertemukan kucing dan anjing daripada mencari suami sebagai teman hidup. Alasannya kucing dan anjing itu tidak tahu menyakiti hati mereka jika dibandingkan dengan lelaki?



Malah lebih jauh lagi, ada manusia yang telah tersasul, telah mengambil haiwan-haiwan tertentu sebagai suami atau isteri sebagai tempat pelepas nafsu yang telah disarangi syaitan.



Ada wanita-wanita di India melangsungkan perkahwinan dengan ular-ular bisa, dan seorang anak perempuan kepada seorang pemimpin sebuah negara pernah melangsungkan perkahwinannya dengan sejenis haiwan, kalau tidak siap, kambing dan dijadikan suaminya. Bila haiwan itu mati, ia dikebumikan seperti upacara pengebumian manusia.



Mengikut sejarah, manusia telah lama memelihara binatang-bintang jinak yang tertentu di rumah-rumah mereka, seperti kucing, anjing, burung, arnab sebagai maianan.



Malah lebih jauh lagi, ada pula manusia yang suka memelihara haiwan-haiwan yang berbisa dan ganas, sepreti ular tedung, harimau, musang, buaya dan sebagainya.



Binatang-binatang peliharan itu dibela dengan sangat baik, terutama di kalangan peminat-peminatnya yang rela mengorbankan masa, tenaga dan hartanya untuk memelihara binatang-binatang itu.



Binatang-binatang peliharan itu diberikan makan minum dengan secukup-cukupnya, di samping itu kesihatanya juga dijaga dengan sebaik-baiknya.



Makanan binatang itu tidaklah sama antara sejenis haiwan dengan sejenis haiwan yang lain. Makanan anjing tidak sama dengan makanan kucing dan arnab, makanan ikan tidak sama dengan makanan burung.



Justeru itu harga makanan itu tidak pula sama, ada mahal ada pula murah tergantung kepada kualitinya.



“Istana” binatang-binatang peliharan itu juga tidak sama antara sejenis haiwan dengan sejenis haiwan, istana burung dengan istana arnab dan ikan tidak sama, istana buaya tidak seruapa dengan istana ular tedung. Harga untuk membina istana-istana itu pula tentulah tidak sama.



Malah ada juga manusia mewasiatkan hartanya yang berjuta-juta bukan kepada anak-anak atau waris-warisnya yang layak menerima pusaka, tapi diwsiatkannya kepada binatang-binatang peliharannya seperti anjing.



Kajian


Satu kajian pernah dijalankan mengenai keistimewaan yang diberikan oleh manusia kepada haiwan-haiwan peliharan mereka lebih daripada apa yang diberikan oleh mrereka kepada keluarga mereka sendiri.



Dr. George M. Briggs dari Universiti California, Amerika Syarikat yang pernah membuat kajian mengenai perkara ini tidak ragu-ragu mengeluarkan pendapatnya bahawa binatang-binatang peliharan itu mendapat makanan yang lebih baik daripada anggota keluarga yang memelihara binatang itu sendiri.



Menurut beliau, para pemelihara binatang-binatang itu lebih mementingkan imbangan makanan binatang-binatang peliharan mereka daripada imbangan makanan kepada anak-anak dalam keluarga mereka sendiri.



Beliau menegaskan, “Ada 44 nutrien yang penting yang diperlukan oleh badan. Binatang-binatang peliharan itu mendapat semuanya. Tapi manusia yang memeliharanya tidak”.



Tegas beliau lagi, “Binatang-binatang itu mesti makan apa yang diberikan kepadanya, tapi manusia makan apa yang mereka mahu”.



Mengenai hidangan makanan orang Amerika beliau dengan sinis menegaskan, “Makanan orang-orang Amerika merupakan satu bencana negara. Saya tidak tergamak untuk memberi makan kepada anjing saya”.



Beliau selanjutnya mendakwa terdapat 10 kali ganda lebih banyak pakar-pakar makanan yang bekerja dalam bidang kesihatan binatang daripada pakar yang bekerja dalam bidang kesihatan manusia.



Dan seterusnya kata beliau, pengetahuan manusia mengenai makanan binatang jauh lebih baik daripada pengetahuan manusia mengenai makanan mereka sendiri.



Pendeknya layanan mereka terhadap haiwan peliharan mereka jauh lebih baik daripada layanan yang diberikan terhadap ahli keluarga mereka sendiri.



Itulah sebabnya parangai manusia itu pelik, “Kera di hutan disusui, anak di pangkuan mati kelaparan.

Ini tidak termasuk lagi ribuan-ribuan manusia jalanan yang bukan sahaja tidak ada tempat tempat untuk berteduh, tapi juga tidak ada makanan untuk disuap ke mulut?


Sayangkan kucing peluk-pelukan


Sayangkan anjing dakap-dakapan


Sayangkan burung angguk-anggukan


Sayangkan anak buang-buangkan.



Renung dan renungkanlah!



xxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP