USIA PARA RASUL DAN UMAT YANG DIHANCURKAN
>> Wednesday, August 7, 2019
USIA PARA NABI DAN RASUL DAN UMAT YANG DIBINASAKAN
Umat manusia ini Allah jadikan mereka dalam keadaan lemah dan tidak berdaya dan memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar.
Justeru Allah SWT telah mengutus para Nabi dan
Rasul Nya untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar untuk mentahuidkan Allah.
Nabi-nabi dan Rasul-rasul itu dipilih oleh Allah dari kalangan umat manusia itu
sendiri dan diberi tugas yang penting untuk menyampaikan ajaran Nya kepada umat
manusia seluruhnya.
Oleh itu kita wajib percaya penuh kepada Nabi-nabi
dan Rasul-rasul itu dan juga percaya bahawa segala ajaran yang dibawa oleh
mereka adalah benar dan daripada Allah SWT, baik mengenai hukum-hukum yang
telah ditetapkan oleh Allah dan juga mengenai perkara-peraka yang ghaib.
.
.
Nabi Dan Rasul
Patut juga disebutkan sedikit bahawa antara
Nabi dan Rasul itu ada perbezaan yang pokok.
Nabi ialah manusia pilihan Allah SWT dan
dikurniakan Allah SWT wahyu kepada mereka, tapi tidak diperintah oleh Allah untuk menyampaikan
kepada orang lain, kecuali untuk dirinya sahaja.
Sedangkan Rasul ialah manusia pilihan yang
dikurniakan wahyu oleh Allah SWT untuk dirinya sendiri dan juga untuk
disampaikan kepada orang lain.
Akasnya tiap-tiap Nabi itu bukan Rasul tapi
tiap-tiap Rasul itu adalah Nabi.
Bilangan Nabi Dan Rasul
Bilangan Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada
manusia adalah banyak. Jumlah bilangan Nabi ialah seramai 124,000 orang, sementara
Rasul pula seramai 313 orang.
Namun begitu Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang
wajib diketahui hanya 25 orang, iaitu mereka namanya yang mulia itu disebut
oleh Allah dalam Kitab Suci al-Quran.
Nabi yang julung-julung kali diutuskan oleh
Allah SWT ialah Nabi Adam as,dan Nabi terakhir ialah Nabi Muhammad SAW,
iaitu penutup segala Nabi yang merupakan
Nabi akhir zaman.Tidak ada lagi Nabi dan Rasul selepas baginda.
Senarai 25 orang Nabi dan Rasul itu adalah
sebagai berikut, bermula dari Nabi Adam as dan berakhir dengan Nabi Muhamad
SAW.
1.Nabi Adam as
Nama Nabi Adam as disebut dalam Surah
Ali-Imran [3], ayat 33.
2.Nabi Idris as.
Nama Nabi Idris as. disebut dalam Surah al-Ambiya [21], ayat 85,
Nama Nabi Idris as. disebut dalam Surah al-Ambiya [21], ayat 85,
3.Nabi Nuh as.
Nama Nabi Nuh as. disebut dalam Surah al-An’am [6],dalam ayat 84
.
4.Nabi Hud as.
Nama Nabi Hud as disebut dalam Surah al-Ar’raf [7],ayat 65.
5.Nabi Saleh as.
Nama Nabi Saleh as disebut dalam Surah Hud [11], ayat 61.
6.Nabi Ibrahim as.
Nama Nabi Ibrahim as disebut dalam Surah al-Baqarah [2],ayat 136.
Nama Nabi Ibrahim as disebut dalam Surah al-Baqarah [2],ayat 136.
7.Nabi Luth as.
Nama Nabi Luth as disebut dalam Surah al-An’am
[6], ayat 85-86.
8.Nabi Ismail as
Nabi Nabi Ismail as disebut dalam Surah
al-Baqarah [2],ayat 136..
9.Nabi Isyaq as.
Nama Nabi Isyaq as disebut dalam Surah
al-Baqarah [2], ayat 136.
10.Nabi Yaakub as.
Nama Nabi Yaakub as disebut dalam Surah
al-Baqarah [2],ayat 136.
11.Nabi Yusuf as.
Nama Nabi Yusuf as, disebut dalam Surah
al-An’am [6], ayat 84.
12.Nabi Ayub as.
Nama Nabi Ayub as. disebut dalam Surah
al-An’am, [6], ayat 84.
13.Nabi Syuaib as.
Nama Nabi Syuaib as. disebut dalam Surah Hud
[11], ayat 84.
14.Nabi Musa as.
Nabi Musa as. disebut dalam Surah al-Baqarah
[2], ayat 136.
15.Nabi Harun as.
Nama Nabi Harun as.disebut dalam Surah
al-An’am [6], ayat 84.
16.Nabi Zulkifli as
Nama Nabi Zulkifli as. disebut dalam Surah al-Ambiya’[21], ayat 85.
17.Nabi Daud as.
Nama Nabi Daud as.disebut dalam Surah al-An’am
[6], ayat 84.
18.Nabi Sulaiman as.
Nama Nabi Sulaiman as, disebut dalam Surah
al-An’am [6], ayat 84.
19.Nabi Ilias as.
Nama Nabi Iias as, disebu dalam Surah al-An’am
[6],ayat 85-86.
20.Ilysa’ as.
Nama Nabi Ilyasa’ as. disebut dalam Surah al-An-'am
[6], ayat 85-86.
21.Nabi Yunus as.
Nama Nabi Yunus as, disebut dalam Surah al-An’ am .[6] ayat 85
22.Nabi Zakaria as.
Nama Nabi Zakaria as, disebut dalam Surah
al-An’am [6],ayat 85-86.
23.Nabi Yahya as.
Nama Nabi Yahya as. disebut dalam Surah al-An’am
[6], ayat 85-86
.
.
24.Nabi Isa as.
Nabi Isa as. disebut dalam Surah al-Baqarah
[2], ayat 136.
25.Nabi Muhammad SAW
Nama Nabi Muhammad SAW disebut dalam Surah
al-Ahzab [33], ayat 40.
USIA PARA NABI
Seperti dengan umat mnusia yang lain, para Nabi dan Rasul juga mempunya usia yang berbeza-beza antara seorang dengan seorang,kerana mereka juga berasal dari keturunan manusia, dari Nabi Adam dan Hawa; justeru ada yang panjang umurnya dan sebaliknya ada pula yang pendek umurnya.
Kita bentangkan sedikit di sini usia para Nabi dan Rasul, sejauh yang diketahui iaitu sebagaimana berikut.
-Nabi Adam as usianya 1,000 tahun.
Nabi Adam dijadikan oleh Allah dari tanah. Dan
beliau bukanlah sahaja Nabi Allah yang pertama tapi juga merupakan manusia
pertama yang diciptakan oleh Allah. Justeru itu beliau adalah nenek moyang
pertama seluruh umat manusia dari sejak dahulu hingga sekarang dan di masa-masa
akan datang selagi manusia berketurunan.
.
.
Dari Syurga Nabi Adam as dan pasanganya Ibu
Hawa telah diperintah oleh Allah turun ke bumi kerana melanggar perintah Allah
akibat terpedaya dengan tipu daya syaitan yang terlaknat, yang menyebabkan
mereka melanggar larangan Allah. Dan di dunia ini mereka kedua hidup dan
melahirkan keturuan hingga ke hari
ini, di mana syaitan menjadi musuh utama mansia yang sentiasa berusaha untuk merintangi
mereka dari mentaati Allah.
-Nabi Idris as. usianya 865 tahun.
-Nabi Nuh as usianya 865 tahun.
Nabi Nuh as diutus oleh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran-ajarannya kepada
penduduk Armenia supaya mentauhidkan Allah SWT.
Bertahun-tahun lamanya Nabi Nuh berdakwah
menyeru kaumnya supaya menyembah Allah, dan bukannya menyembah berhala, tapi
tidak berjaya, dan hanya beberapa orang sahaja dari mereka bersedia
mengikutinya. Malah mereka menghina dan mengejek Nabi Nuh as.
Akibatnya Allah SWT telah membinasakan mereka
yang ingkar itu dengan menenggelamkan mereka dalam banjir besar yang menenggelamkan bukit-bukau
dan gunung-ganang, hingga tidak ada lagi tempat yang selamat, kecuali mereka beriman
yang berada di atas kapal bersama dengan Nabi Nuh as.
-Nabi Hud as usianya 464 tahun.
Umat Nabi Hud, iaitu kaum Ad telah mendurhakai
Allah dengan mendustakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud as yang menyeru
mereka supaya menyembah Allah dan meninggalkan agama berhala mereka yang
mensyirikkan Allah itu. Tapi mereka anggan dan tetap mengingkarinya.
Justeru mereka dibinasakan oleh Allah SWT dengan
ribut taufan yang kencang yang membawa
ribut pasir selama 7 malam dan 8 hari. Pasir-pasir itu telah menimpa dan
menimbus umat Nabi Hud yang ingkar itu hidup-hidup.Yang tinggal hanyalah mereka
yang beriman yang berada bersama-sama dengan Nabi Hud as.
-Nabi Saleh as tidak diketahui berapa usianya.
Kaum Nabi Saleh as ialah Thamud. Nabi Saleh menyeru mereka supaya menyembah Allah dan meninggalkan sembahan-sembahan mereka kepada patung-patung dan berhala-berhala yang pekak dan bisu itu. Tapi mereka bukan sahaja mengejek Nabi Saleh as malah mengingkarinya.
Akibatnya mereka telah dimusnahkan oleh Allah
kerana mengingkari perintah Allah itu dengan gempa yang menyebabkan mereka mati
bergelimpangan dalam runtuhan rumah
mereka.
-Nabi Luth as.tidak diketahui berapa usianya.
Nabi Luth as ialah anak saudara kepada Nabi
Ibrahim as, dan beliau tinggal di kampung Sadun yang terletak dalam wilayah
Palestin.
Kaum Nabi Luth ini bejat, tidak bermoral,
tidak bermaruah, dan tidak berakhlak, mereka merompak, mencuri, menyamun, dan
melakukan maksiat secara
terang-terangan. Perbuatan dosa yang paling hina mereka lakukan ialah homosex
atau liwat. Mereka mengejek dan menghina Nabi Luth as yang menyeru mereka ke
jalan Allah itu.
Mereka mengingkari seruan Nabi Luth itu dan terus melakukan maksiat yang
dilarang. Justeru umat Nabi Luth as itu
telah dibinasakan oleh Allah dengan menunggangbalikkan bumi yang mereka tinggal
dan bersama dengan isi-isinya; dan di atasnya dihujani dengan batu-batu dari
tanah yang dibakar. Tapi Nabi Luth dan pengikut-pengikut setianya diselamatkan
Allah.
Bumi kaum Nabi Lut yang dibinasakan oleh Allah
itu kini dipanggil Laut Mati atau Tasik Nabi Luth.
-Nabi Ibrahim as usianya 200 tahun.
-Nabi Ismail as usianya 137 tahun.
-Nabi Isyaq as usianya 180 tahun.
-Nabi Ya’qub as usianya 137 tahun.
-Nabi Yusuf as usianya 110 tahun
.
.
-Nabi Syu’ab as tidak usianya diketahui.
-Nabi Ayyub as usianya 93 tahun.
-Nabi Zulkifi as usianya tidak diketahui.
-Nabi Yunus as usianya tidak diketahui.
-Nabi Musa as usianya 120 tahun.
Allah turunkan kitaTAURAT kepada Nabi
Musa as.
Nabi Musa as tinggal di negara Mesir. Pada
masa itu raja Mesir ialah Firaum yang
amat kejam dan zalim .Firaun mengaku dirinya sebagai Tuhan dan membunuh sesiapa sahaja yang tidak mahu, mengakuinya
sebagai Tuhan, serta mengejek Nabi Musa sebagai tukang sihir.
Firaun
dan kaumnya yang mendurhakai Allah SWT
itu telah dibinasakan oleh Allah dengan menenggelamkan mereka di Laut
Merah ketika mereka memburu untuk
menangkap dan membunuh Nabi Musa as.dan pengikut-pengikutnya Allah SWT telah
membelah laut itu untuk membolehkan Nabi Musa as dan pengikutnya
menyeberanginya, tapi bila Firaun dan kaumnya ikut melalui belahan laut itu, maka
dengan perintah Allah air Laut Merah bercantum kembali dan menelan dan membunuh
Firaun bersama kaumnya yang sedang memburu
Nabi Musa as itu.
-Nabi Harun as usianya 122 tahun.
-Nabi Iyas as usianya tidak diketahui.
-Nabi Ilyaso’ usianya tidak diketahui.
-Nabi Daud as usianya 100 tahun.
Allah turunkan kitab ZABUR kepada Nabi Daud as.
-Nabi Sulaiman usianya 52 tahun.
-Nabi Zakaria as usianya 150 tahun.
-Nabi Yahya as usianya tidak diketahui.
-Nabi Isa as.
Allah turunkan kitab INJIL kepada Nabi Isa
as.
Nabi Isa as tinggal di bumi selama 33 tahun,
kemudian diangkat ke hadrat Allah selepas 3 tahun menjadi Rasul.
Dalam peristiwa berkaitan, orang-orang kafir
merancang untuk membunuh Nabi Isa as. Nabi Isa mempunyai sahabat yang dinamakan
Hawariyin yang berjuang bersamanya menyiarkan ajaran Allah. Tapi ada di antara mereka itu seorang sahabat yang
murtad, iaitu Yudas Iskariot. Dalam rancangan untuk membunuh Nabi Isa as itu,
Yudas Iskariot telah ditangkap kerana menyerupai Nabi Isa as yang telah
diselamatkan oleh Allah.Yudas inilah yang telah dibunuh dan disalibkan kerana mereka
menyangkanya sebagai Nabi Isa as. yang telah pun diselamatkan Allah
-Nabi Muhammad SAW usianya 63 tahun.
Allah turunkan kitab suci AL-QURAN kepada Nabi Muhammad SAW.
Allah turunkan kitab suci AL-QURAN kepada Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad dilahirkan dalam keadaan dunia
dan umat manusia pada msa itu berada dalam kegelapan dan kemusnahan akhlak yang
tidak dapat digambarkan. Baginda telah berjaya membawa perubahan besar dalam peradabaan
umat manusia sejagat dan dunia seluruhnya.
Beliau dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun
Gajah,atau 20 April 571 Masihi dan dilantik menjadi Rasulullah ketika berusia 40 tahun, 8 bulan dan 8 hari,iaitu pada malam
17 Ramadhan bersamaan dengan 6 ogos 610 Masihi.iaitu bersamaan dengan 20 April
571 M. Baginda wafat pada 12 Rabiul Awal 11 Hijriah bersamaan dengan 8 Jun 632
Masihi dalam usia 63 tahun dengan meninggalkan jasa yang begitu besar.
.
.
Beliau meninggalkan dua pusaka penting kepada
umatya, di mana jika mereka berpegang teguh kepadanya mereka tidak akan sesat
buat selama-lamanya, iatu Kitabullah iaitu al-Quran dan Sunnah Rasulullah iaitu
Hadis.
Semua para Nabi dan Rasul seramai 25 orang
yang disebut dalam kitab suci al-Quran itu wajib kita percayai dan juga yakin
akan kebenaran pengajaran yang dibawa oleh mereka.
Allah telah menjamin semua para Nabi dan Rasul
bersifat Sidiq, iaitu benar, ertinya
tidak berbohong, Amanah, iaitu boleh
dipercayai, ertinya tidak khianat dan bukan tidak boleh dipercayai, tabligh,
iaitu menyampaikan peirntah Allah, ertinya bukan tidak menyampaikan perintah
Allah dan bersifat Fatonah, iaitu bijaksana, ertinya bukan tidak bijak.
Sekian.
Kg.Parit PT
Kota Bharu Kelantan Darulnaim.
6 Zulhijjah 1440
0 comments:
Post a Comment