RAHSIA RAMBUTAN
>> Wednesday, August 21, 2019
RAHSIA RAMBUTAN
"Dari langit Kami turunkan air [hujan] yang banyak faedahnya lalu
Kami tumbuhkan dengan[air] itu pokok-pokok tanaman yang rindang
dan biji-bijian yang dapat dituai".
RAMBUTAN ialah sejenis buah-buahan tempatan yang kulit luarnya berambut
atau penuh dengan bulu.
Mengikut kajian pokok rembutan berasal dari kawasan tropikal di Asia
Tenggara.
Pokok rambutan dikatakan mempunyai ratusan jenis, tapi hanya beberapa jenis
pokok rambuatan sahaja yang ditanam untuk dinikmati buahnya yang enak rasanya
itu.
Jenis
Pada umumnya ada dua jenis rambuta, iaitu:
Pertama buah rambutan yang lokah atau lokang isinya.
Kedua, rambuatan yang tidak lokah, atau tidak lokang isinya.
Ketiga, lokah kikir, iaitu isi rambutaan yang lokah atau lokang bila
digigit dengan gigi. Rambutan seperti ini tidak dikenali dengan panggilan
rambutan “lokah kikir”.
Rambutan ini juga ada yang manis rasanya dan ada pula yang masam. Namun
begitu ia tidak serupa dengan rambutan lokah dan mempunyai identitinya yang
tersendiri.
Nama-namanya
Di Negeri Kelantan Darulnaim tidak lama dulu ada beberapa jenis rambutan
yang termasyur di kalangan penduduk-pnduduk negeri ini.
Antara beberapa buah rambutan yang populer itu ialah:
a.Rambutan Cik Embong
b.Rambutan Perak
c.Rambutan Emas
d.Rambutan Gading.
e]Rambutan Budak Sekolah,iaitu sejenis rambutan yang terkemudian dikenali
dan dipercayai berasal dari negara jiran, Thailand.
Setiap jenis rambutan itu mempunyai identiti tersendiri yang berbeza dari
segi rupa, warna, bulu, kulit, isi dan airnya.
Orang-orang tua zaman dahulu dapat membezakan jenis rambutan yang mereka
makan itu walaupun tidak diberitahu ataupun tidak melihat rupa dan bentuk
tambutan yang mereka itu.
Cara Membelinya
Dulu seperti kebanyakan buah-ketuah yang lain, juga buah rambutan dijual
atau dibeli dengan cara membilang buah, baik buah relai atau buah bertangkai.
Seratus biji 50 sen ataupun RM1.00 dan sebagainya tergantung di atas
persetujuan antara pembeli dan penjual.
Kemudian buah rambutan juga mengikut perubahan zaman, dijual beli tidak
lagi dengan cara menimbang,mula-mulanya menggunakan timbangan kati dan kemudian
timbangan kilo seperti sekarang.
Walau bagaimanapun harga buah rambutan timbang hari ini jauh lebih mahal
daripada harga buah rambutan yang dibilang buahnya, barangkali harga yang
ditimbang lebih mahal dua kali ganda daripada yang dibilang.
Pada masa itu buah rambutan yang paling mahal harganya ialah Rambutan Cik
Embong, kerana lokangnya amat baik dan rasanya manis.
Tapi akhir-akhir ini orang-orang Kelantan tidak lagi memilih buah-buah
rambutan seperti masa-masa yang lalu, di mana Rambutan Cik Embong mendapat
tempat utama. Hari ini tidak kita dengar lagi pembeli-pembeli bertanya kepada
para penjual jenis rambutan yang akan mereka beli, tapi mereka lebih berminat
bertanya rasa buah rambutan itu manis atau tidak.
Rasa Buahnya
Seperti kebanyakan buah-buahan yang lain juga, buah rambutan mempunyai
beberapa jenis rasa yang tersendiri,
a.Manis
b.Manis leting, iaitu sangat manis.
c.Masam
d.Masam purit, iaitu sangat masam.
Buah rambutan yang lokah biasanya dimakan dengan cara digiggit dengan gigi
hadapan secara kecl-kecilan, kemudian barulah dimamah dan ditelan.
Buah rambutan yang tidak lokah pula dihisap dan mana-mana orang yang berani
ditelannya buah rambutan bersama dengan butir atau bijinya. Tapi orang yang
penakut, buah rambutan itu hanya dikemam, dihisap airnya dan dimamah setakat
yang boleh kemudian semuanya dibuang.
Makan dengan cara menelan itu memang ada risikonya, iaitu terletak di
kerongkong. Ada seorang tua di kampung saya dahulu lekat buah rambutan yang
membawa kepada kematiannya.
Cara makan buah rambutan yang paling selamat dan selesa ialah dengan jalan
menghiri isinya halus-halus, dnn bagi yang ingin menguraangkan rasanya yang
manis itu boleh diperah dengan tangan. Kemudian untuk lebih enak lagi masukkan
ia ke dalam peti sejuk, barulah dimakan.
Alahan
Seperti buah-buah yang tertentu, buah rambutan juga tidak sesuai dimakan
oleh orang-orang yang menghadapi masalah kesihatan yang tertentu.
Mengikut pengamatan, orang-orang yang batuk tidak digalak makan buah
rambutan, kerana ia boleh menyebabkan batuknya bertambah kencang atau sukar
untuk sembuah.
Demikian juga dengan penghidap-penghidap penyakit lelah, kerana ia
dipercayai ia boleh meningkatkan lagi keadaan lelah seseorang.
Ini dipercayai kerana air buah rambutan yang boleh menganggu
anggota-anggota batuk.
Salah satu cara untuk mengurang kesannya ialah dengan jalan memerah air
buah rambutan setelah isinya dihaluskan.
Daun Rambuan
Sementara itu orang-orang tua kita dulu menggunakan daun rambutan sebagai
pencuci kepala atau rambutan.
Caranya diambil segengam daum rambutan yang masih hijau, masukkan ke dalam
sebuah mangkuk berisi air, kemudian ramas-ramaskan daun itu dalam air hingga
airnya beruhah warna. Air itu bolehlah digunakan untuk mencucui kepala,setelah
ditapis terlebih dulu, kemudian dibilas dengan air biasa.
Pokoknya pula, seperti batang dan julainya boleh dibuat bahan bakar, ia
bukan sahaja menyala tapi juga membara. Bara ini berguna untuk memasak nasi
diperingkat akhir bila ia telah berhenti mendidih keana airnya kering, dan juga
untuk membakar lauk-pauk, seperti ikan daging, dan ayam, juga untuk memasak
kueh-mueh tradisional menggunakan alat-alat masak tradisional.
Sekian sedikit informasi dengan ranbutan yang dapat saya cungkilkan untuk pembaca sekalian.
Kg. Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.
21 Ogos 2019
20 Zulhijjah 1440
21 Ogos 2019
20 Zulhijjah 1440
2 comments:
Tengah musim rambutan sekarang
Ya lhamdulillah
Post a Comment