RENUNGAN PETANG AIDILADHA

>> Monday, August 12, 2019




RENUNGAN PETANG AIDILADHA



Petang Aidiladha kelmarin saya tinggal sendirian di pondok ini

.


Sebelah paginya anak dan cucu-cucu masih bersama, tapi pada sebelah tengh harinya, selepas mengurus daging korban, mereka terpaksa berundur  kerana urusan keluarga.


Tapi menjelang malam anak saya dan keluarga yang lain datang menemani saya sampai ke petang ini, iaitu hari Aidiladha kedua sementara menunggu anak dan cucu-cucu lain pula bergilir datang menziarahi  saya.


Saya tinggal di pondok sepanjang hari kelmari selepas solat hariraya, kerana langkah saya telah pendek untuk melangkah ke mana-mana seperti di masa-masa yang lalu.


Tidak ada masalah tinggal sendirian, kerana saya sudah lumrah sejak kira-kira sedekad lebih yang lalu, bila isteri saya pulang ke rahmatullah.





Sepanjang masa itu setiap hari anak dan menantu serta cucu-cucu akan keluar pagi-pagi untuk bertugas sebagai guru, sementara cucu-cucu pula pergi ke sekolah untuk belajar.


Mereka semua petang-petang baru balik. Tugas guru hari ini bukan macam saya bersekolah dahulu. Tidak banyak beban kerja. Tapi hari ini nampaknya berlebihan kerja.


Sepanjang hari dan setiap hari saya tinggal sendirian di pondok menunggu ketibaan petang.


Petang kelmarin, petang Aidiladha, nak ketuk laptop pun terasa berat tangan, tambahan pula bekalan internet pun terganggu sampai ke malam.


Sepanjang petang semalam saya habiskan masa dengan nelakukan beberapa aktitviti rumahan yang saya sukai, antaranya membaca 


Ada sebuah buku yang sadang saya baca sejak bulan Ramadhan lagi tapi tak pernah selesai-selesai.


Kata guru kalau nak dengar Allah bercakap dengan kita bacalah al-Quran, dan kalau kita nak bercakap dengan Allah pula kita hendaklah solat, berziikir dan berdoa. Nasihat yang amat berharga.



Ada sesetengah si penduda bersendirian seperti saya ini akan menghabiskan banyak masa di luar rumah. Melepak di kedai-kedai kopi, bercanda dengan kawan-kawan atau nenghabiskan masa di pasar-pasar raya.


Tapi ada juga yang memlih  tempat yang sebaik-baiknya untuk melepak ialah di rumah Allah, masjid dan surau.


Kepada lelaki yang masih berbahagia kerana mempunyai isteri di samping, janganlah bersikap terlalu berat reng atau berat tulang, nak minum air kosong segelas pun tunggu bini uruskan.

Apa lagi hendak buat minuman sendiri lagilah payahnya, kerana terlalu bermanja dengan bini, atau isteri terlalu memanjakan suami. Hinggakan suami nak buat segelas teh pun tak pandai.


Kalau isteri tak ada nanti bagaimana?


Kita hidup ini tidak ada kepastian. Kita tidak tahu siapa yang berangkat terlebih dulu, suami atau isteri. Kepada sumai yang isterinya yang berlepas menduluinya dia akan hidup menduda bersendrian. Tapi bagaimana mereka mahu meneruskan kehdiupan sendirian andainya buat secawan kopi sendiripun anda tak pandai?


Jika anda ada  anak perempuan sekalipun dan dia amat mengasihi dan bertimbang rasa terhadap anda, tapi dia tidak dapat menumpu  perhatian yang sepenuhnya terhadap anda ; kerana dia juga mempunyai suami dan anak-anak yang perlu diberi perhatian, malah anak-anaknya sendiri pun terpaksa ditinggalkan kepada pengasuh untuk penjagaan mereka setiap hari.


Justeru sementara masih hidup bersama suami isteri, alangkah baiknya kiranya anda sebagai suami membantu urusan rumahtangga isteri anda, sekurang-kurangnya tahu menggoreng ikan dan menanak nasi sebagai persediaan dan bukan mengharap. Jika anda mendului pergi pun tidaklah menjadi masalah, malah ia akan menjadi kenangan manis kepada isteri dan anak-anak anda. 


Janganlah jadi suami yang bongkak, sombong, pemalas, dan terlalu suka dimanja-manjakan kerana ia mungkin akan membebankan anda nanti.


Kecuali anda memang bermaksud untuk mencari isteri baru jika isteri anda sekarang berpergian terlebih dahulu dari anda dengan dan menduga usia anda lebih lanjut darinya. Kematian pasti berlaku, dan usia di tangan Allah, namun lebih baik para suami bersiap sedia terlebih dahulu untuk menghadapi kemungkian yang tidak dapat dipastikan itu supaya terselamat. Tidak ada kerugiannya.



Saya ada kawan-kawan yang menjadi duda kerana isterinya menduluinya pergi, dan mereka terpaksa berkahwin lagi, kerana untuk mencari penolong membnatu kehidupannya. Ada di antaranya menangis terisak-isak kerana terpaksa kahwin lagi tanpa kerelaan hatinya.


Sebab untuk mengurus kehidupan baru, dalam sebuah keluarga baru, lebih-lebih lagi dalam usia yang lanjut tidaklah mudah. 


Demikianlah sedikit catatan pada hari Aidiladha yang  kedua ini. Semoga kita semua hidup berbahagia dunia akhirat dengan mendapat keredaan Allah SWT.


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Kg. Parit, PT. Kota Bharu  Kelantan Darulnaim,
12 Ogos 2019
/11 Zulhijjh 1440

2 comments:

Pondok Rahmat August 22, 2019 at 1:15 PM  


terimakasih, dan selamat sejahtera

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP