ABDULLAH TAHIR -IQBAL DENGAN MUHAMMAD S.A.W.
>> Tuesday, August 13, 2019
TINGKAP PUISI
IQBAL DENGAN
MUHAMMAD S.A.W.
Abdullah Tahir
[Allahyarham Abdullah Tahir bukanlah peserta sayembara, dan puisi beliau ini, “Iqbal Dengan Muhammad” saw merupakan Penghormatan yang diberikan kepada beliau utuk memulakan Sayembara dengan mendeklamatorkannya sendiri pada malam Sayembara itu. Terimakasih}.
[Allahyarham Abdullah Tahir bukanlah peserta sayembara, dan puisi beliau ini, “Iqbal Dengan Muhammad” saw merupakan Penghormatan yang diberikan kepada beliau utuk memulakan Sayembara dengan mendeklamatorkannya sendiri pada malam Sayembara itu. Terimakasih}.
Pada kenabianlah berdasar wujud kita di bumi
Dari kenabianlah datang agama dan undang-undang kita
Sehingga yang berserak-serak menyatu padu dengan kita tak
terpisahkan
Dari nubuwahlah kita peroleh suara kita yang satu
Menjelma pada kita nafas yang satu dan satu tujuan.
Dergahayu bagimu, Rasulullah datang kepada kami
Kedatangannya menafsirkan mimpi dan cita kami selama ini
Bumi ini bersiar cahaya oleh sinarmu
Langit kian shahdu dengan mencium atap rumahmu
Nur dari wajahnya menerangi alam semesta
Orang Turki, ‘Ajam dan ‘Arab semua pengikutmu
Telah kaunyalakan kandil kehidupan
Kau ajarkan kepada hamba sahaya ,ilmu kaum bengsawan.
Deklamator: Abdullah Tahir
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
51 Tahun Yang Lalu, Pada 6 Jun 1968 [1388 Hijriah], Akhbar MINGUAN KOTA BHARU Telah Mengadan Sayembara Deklamasi Sajak Dan Sambutan Maulud Nabi S.A.W bertempat di Padang Merdeka, Kota Bharu. Seramai 34 Penyair Dan Deklamator Muda, Lelaki Dan Perempuan Mengambil Bahagian. Dalam Acara Itu Yaaaang Mendapat Sambutan Yang Luar Biasa Dari Masyarakat. InsyaAlah Saya Bercadang Untuk Menyiarkan Puisi-Puisi Tersebut Dalam Blog Pondok Rahmat Sebagai Satu Rakaman Sejarah Sastra Tanah Air. Sukacita dimaklumkan Bahawa Ada Di Antara Penyair-Penyair itu Telah Kembali Kerahmatullah. Sekian Sambutlah Salam Hormat Dari Saya. Mohammed Zain Saleh [Razin M.S].
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kg. Parit, PT Kota
Bharu
Kelantan Darulnaim
13 Ogos 2019
0 comments:
Post a Comment