SEKITAR SAMBUTAN AIDILADHA 1440

>> Friday, August 16, 2019




SEKITAR  SAMBUTAN AIDILADHA 1440




“Demikianlah [perintah Allah], dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah , maka sesunggynya  hal itu timbul dari ketakwaan hati. Al-Hajj [22]- 32.


Bulan Zulhijjah adalah salah satu bulan yang istimewa dalam Islam.


Pada 10 Zulhijjah adalah merupakan hari yang amat istimewa, kerana hari itu saban tahun merupakan salah satu daripada hari raya dalam Islam.


Hari itu adalah salah satu daripada hari menunai ibadat Haji kepada umat Islam yang menunaikan ibadat Haji di Mekah. 


Hari itulah umat Islam menyambutnya sebagai Hari Raya, yang dpanggil Hari Raya Haji, Hari Raya Aidiladha, atau juga Hari Raya Qurban.


Ia dipanggil Hari Raya Qurban, kerana pada hari itu umat Islam yang mampu digalakkan mengadakan qurban haiwan, seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.


Bagi haiwan-haiwan yang besar itu mereka membahagikan kepada tujuh bahagian dan diizinkan kepada mereka sekurang-kurangnya berqurban sebahagian daripada tujuh bahagian itu, andainya tidak mampu untuk mengorbankan seekor lembu atau unta.


Berqurban ini amatlah dituntut dalam Islam kerana merupakan salah satu cara menghampirkan diri kepada Allah SWT.


Justeru itu iq merupakan pengandiab diri keapada Allah Yang Maha Pencipta.


Ibadat qurban ini juga dapat membantu orang-orang yang tidak mampu bersama-sama menikmati daging qurban itu dengan ihasan mereka yang berqurban.


Walau bagaimanapun ianya perlu dilakukan dengan ikhlas terhadap Allah semata-mata untuk dikurniakan nilainya oleh Allah.


Ibadat Qurban yang merupakan Sunnah ini ada kaitan yang rapat dengan peristiwa yang berlaku ke atas hamba Nabi Allah Ibrahim as dan anaknya Ismail yang telah diketahui oleh semua orang Islam.


Di samping itu orang-orang tidak naik Haji dan berada di kampung halaman, akan mengambil kesempatan berkunjung rumah-rumah saudara-mara, jiran-jiran dan sahabat-handai untuk berhari raya sambil bermaaf-maafan antara satu sama lain.


Serentak itu sebagai adatnya ada di antara mereka mengambil kesempatan mengadakan majlis-majlis makan untuk keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan para tamu berkunjung ke rumah mereka.


Semoga Aidiladha tahun ini lebih memberi makna dan memberi kesan yang mendalam di lubuk hati kita semua sebagai hamba Allah yang beriman dan bertakwa dan bersikap rahmah terhadap semua makhluk Allah sejajar dengan semangat yang dikandung  oleh Aidiladha itu.

Sekian.




                     
                                               [Bawah]:Pak Din[tengah], duduk Arham


                                                   [Atas] KakNoor menghidang makanan


                                                      [Bawah] Bersama Pak Din [tengah]



                                                         [Bawah] Bersama jiran tetangga

                                                         [Atas] Ayah Arof dan Cik Yah


                                                [Atas] Bersama Pak Su Din & Keluarga



                                                 [Atas] - Adik [Aya] sedang menggoreng


                                                      [Bawah] Ateh membantu di dapur


                                                   [Bawah] Abang Syafiq melayan tamu


                                                  [Bawah] Ayah Long memayang bawang



                                                   [Bawah} Kak Noor melayan tamu






                                          Anak Beranak

                                                              Ayah Teh bersama Cik Yah


                                                                          Acik Norli


                                          Jiran






DI PERKUBURAN







Salam Hormat Dari Pondokrahmat:

 18 Ogos 2019
/17 Zulhijjah 1440

Kg.Parit PT, Kota Bharu
Kelantan Darulnaim.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP