Dari L.T.Sultan Abdul Aziz Shah ke L.T.Ismail Petra
>> Monday, December 24, 2012
DARI L.T.SULATAN
ABDUL AZIZ SHAH-L.T.SULTAN ISMAIL PETRA
Ketika kami sampai di L.T.Sultan Abdul Aziz Shah, Subang petang semalam,
Rabu 23 Disember, 2012 cuaca masih tidak berhujan di sekitarnya sebagaimana keadaan alam
ketika kami bertolak dari Saujana sebelumnya. Tapi ketika saya memasuki ruangan
berlepas untuk menuju ke tempat pemeriksaan keselamatan, dari dinding kaca bangunan,
tiba-tiba kelihatan awan hitam tebal bergayutan di langit.
Bila kami memasuki kawasan berlepas untuk menuju ke Firefly angin mulai
berhembus agak kencang, namun hujan masih belum turun. Untuk mengelak daripada
sampah menempuh mata yang bergaul bersama angin, saya membenteng mata dengan akhbar di tangan.
Sebaik-baik sahaja Firefly dihidupkan enjinnya dan hendak bertolak, dari tingkap jendela kelihatan hujan mulai turun. Awan hitam telah bertukar warna menjadi langit putih air hujan yang terjun ke bumi.
Bila Firefly bergerak untuk naik ke udara, ia terpakasa berhenti selama beberapa kali sebelum dapat berlepas meninggalkan landasan. Saya menduga mungkin kerana hujan. Seorang pramugari Firefly juga nampaknya ingin tahun, dan duduk mencangkul di sebelah kerusi duduk saya untuk memandang ke luar tingkap melihat alam di luar.
Kira-kira sepuluh minit kemudian, Firefly pun terangkat dari
landasan Sultan Abdul Aziz Shah untuk memulakan penerbangan menempuh cuaca
dalam musim tengkujuh yang berhujan.
L.T. Sultan Abdul Shah itu terletak di Subang, dibuka dengan rasmi untuk penerbangan pada 30 Ogos, 1965, dan merupakan lapangan terbang Kuala Lumpur, Malaysia sebelum Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur [KLIA] di Sepang dibuka pada tahun 1909.
L.T.Sultan Abdul Azizi Shah mempunyai landasan yang terpanjang di Asia, iaitu 3.7 kilometer dan lebarnya 45 meter. Ia mempunyai tiga terminal, di mana Terminal 1 dijadikan terminal penerbangan antarabangsa, Terminal 2, khas untuk penerbangan Malaysia-Singapura, dan Terminal 3 untuk penerbangan domestik.
Pada tahun 2008 Terminal 3 telah dinaikkan taraf dan dikenali dengan nama Skypark, yang merupakan hub utama untuk operasi untuk penerbangan komuniti Firefly dan Berjaya Air.
Di Skypark Subang terdapat kemudahan kaunter penjualan teket untuk Penerbangan Malaysia [MAS] dan juga Air Asia, walaupun kedua-dua syarikat penerbangan itu beroperasi di KLIA.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Shah itu telah kami tinggal di belakang, bila Firefly membelah udara, menjalar di celah-celah awan di angksa raya. Sebahagian daripada perjalanan kami petang itu, Firefly terpaksa terhangguk-hangguk kerana terpakasa meredah awan tebal dari cuaca yang kurang baik di udara. Ada sekali dua, geserannya dengan awan-gemawan terasa kuat hinggupannya pada Firefly.
Juruterbang Firefly kali ini seorang wanita. Kalau tidak salah ingatan saya namanya “Amalia” [Kalau salah harap dimaafkan]. Rupa-rupanya negara kita memiliki juruterbang awam dari kalangan kaum wanita, yang kemampuannya melaksanakan tugas tidak dapat diragukan.
Kita merasa cukup bangga dengan pencapaian ini. Alangkah bertuahnya, kalau dapat melihat apa lagi bertemu dengan juruterbang wanita ini untuk menumpang rasa bangga dengan pencapaiannya.
Bila juruterbang pengumumkan Firefly akan mendarat bila-bila masa sahaja lagi, beliau juga mengumumkan bahawa di L.T. Ismail Petra sedang berhujan. Dalam kepala saya timbul pertanyaan, bolehkah Firefly ini mendarat dalam keadaan hujan.
Kerana beberapa bulan yang lalu, Firefly yang saya berada di dalamnya tidak dapat mendarat dalam hujan lebat di landasan L.T. Sultan Ismail Petra, dan terpakasa berlegar-legar lebih dari empat puluh minit di angkasa Kota Bharu, sebelum dapat mencecahkan kakinya ke landasan, kalu tidak Firefly terpaksa diterbangkan ke Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk mengisi minyak yang akan kekeringan kerana terlalu lama berlegar-legar di udara.
Tapi kali ini Firefly berjaya mendarat dengan selamat walaupun dalam hujan yang agak lebat, yang menyebabkan para penumpang dibekalkan dengan payung di tangga kapal terbang untuk berjalan kaii ke dewan pendaratan dan pemeriksaan kastam. Rupa-rupanya hujan telah turun sejak beberapa hari yang lalu tanpa henti di negeri Kelantan, dan menenggelamkan tanah-tanah yang lembah dan rendah.
Berbeza dengan kira-kira dua minggu yang lalu, cuaca panas, menyebabkan
saya terpakssa berpayung dari dewan berlepas ke Firefly di lapangan
untuk terbang ke L.T.Sultan Abdul Shah Subang.
0 comments:
Post a Comment