WASIAT RAJA-RAJA MELAYU DAN PARA PEMIMPIN

>> Friday, December 14, 2012




WASIAT RAJA-RAJA MELAYU DAN PARA PEMIMPIN



Ketika negara mencampai kemerdekaan  pada 31 Ogos, 1957 Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu telah menyampaikan  wasiat yang mengandungi tujuh perkara sebagai berikut:


“PERTAMA


KAMI NAMAKAN DAN KAMI PANGGIL AKAN DIA,BUMI YANG KAMU PIJAK DAN LANGIT YANG KAMU JUNJUNG, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.


KEDUA:


KAMI ISYTIARKAN DAN KAMI SIMPAN UNTUK KAMU DAN KAMI BENARKAN KAMU ISTIYAR DAN SIMPAN UNTUK ANAK CUCU KAMU, SELAIN GUNUNG-GUNUNG, TASIK DAN HUTAN SIMPAN, TANAH SIMPANAN MELAYU SEHINGGA NISBAH 50 PERATUS, SELEBIHNYA KAMU REBUTLAH BERSAMA-SAMA KAUM LAIN.


KETIGA:


BAGI MENJAGA KAMU DAN BAGI MELINDUNGI ANAK CUCU KAMU SERTA HARTA HAK MILIK KAMU, KAMI TELAH TUBUHKAN REJIMEN ASKAR MELAYU SELAIN UNTUK MEMBANTERAS KEKACAUAN DALAM NEGARA DAN ANCAMAN DARI LUAR NEGARA.


KEEMPAT:


KAMI KEKALKAN DAN KAMI JAMIN KERAJAAN DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU MEMERINTAH NEGARA KAMI.


KELIMA:


KAMI ISYTIHARKAN ISLAM IALAH AGAMA PERSEKUTUAN.


KEENAM:


KAMI TETAPKAN BAHASA KEBANGSAAN IALAH BAHASA MELAYU; DAN


KETUJUH:


KAMI AMANAHKAN DAN KAMI PERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU UNTUK MELINDUNGI KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN”.


Wasiat ini telah dibaca oleh Menteri Besar Selangor,

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dalam  ucapan sembah tahniahnya

sempurna Hari Keputraan Sultan Selangor Darul Ehsan,

DYYM Sultan Sharafuddin Idris  Shah Ke 67

pada 11 Disember 2012 [27 Muharam 1434].

 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP