Aqidah Bertandang Ke Teratak Rahmat

>> Saturday, December 1, 2012




AQIDAH BERTANDANG KE TERATAK RAHMAT



Kami bersyukur bila ada tetamu yang bertandang ke rumah. Baik tetamu dari dekat atau dari jauh. Baik dari kalangan sanak saudara, sahabat handai dan juga kawan-kawan.


Kami layan mereka sekadar yang mampu, baik kanak-kanak, orang-orang dewasa atau pun orang-orang tua dan sebagainya.


Kami suka menerima  tetamu, kerana para tetamu itu membawa rahmat kurniaan Allah.

Beberapa hari yang lalu, Teratak Rahmat kami djkunjungi oleh Aqidah. Jangan terkejut Aqidah itu bukan sesuatu yang niskala yang bererti kepercayaan, tapi seorang insan yang diberi nama oleh orang tuanya yang menyayanginya sebagai Aqidah.


Beliau datang menemani suaminya, Abbas bin Yusuf seorang imam di sebuah masjid di negeri Selangor. Abbas adalah sahabat baik anak saya, Ahmad Syaibani Zaini semasa belajar di Kuala Lumpur.


Selepas kedau suami isteri itu meninggalkan rumah, barulah saya tahu Aqidah adalah salah seorang daripada sebelas orang peserta Ustazah Pilihan anjuran Astro Oasis. Tapi tidak berjaya ke peringakt akhir.


Nama penuhnya Nur Aqidah Mawardi berusia 22 tahun, berasal dari Selangor, memgang Diploma Syariah dan bertugas sebagai Perunding Pekerjaan.


Semoga kedatangan mereka berdua, suami  isteri, seorang imam dan seorang ustazah membawa keberkatan kepada kami. Insya-Allah.


Ya Allah jadilah orang-orang yang berziarah ke rumah kami itu termasuk dalam golongan yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.:


“Barang siapa berziarah kepada saudaranya yang Muslim, maka dari setiap langkahnya dia akan mendapatkan pahala memerdekakan seorang hamba wanita dan diguggurkan daripadanya seribu kesalahan sehingga dia pulang, lalu dituliskan baginya seribu kebaikan dan diangkatkan baginya suatu cahaya seperti cahaya Arasy di sisi Tuhannya”. HR: Al-Harits bin Abu Usamaa.


Dan:


“Orang-orang yang saling mencintai dan saling berziarah kerana Allah, berada pada sebuah tiang terbuat daripada permata yaqut merah, pada puncak tiang tersebut ada tujuh puluh ribu ruangan yang menerangi penghuni syurga sebagaimana mata hari menerangi penduduk dunia.


Para penghuni syurga itu berkata, “Marilah kita berangkat buat melihat orang-orang yang saling cinta mencintai kerana Allah”.


Maka tatakala penghuni-penghuni syurga itu nampak mereka, maka wajah-wajah mereka bersinar sebagaimana mata hari menerangi penduduk dunia, mereka berpakaian serba hijau diperbuat dari sutera halus, pada kening mereka tertulis, “Mereka inilah orang-orang yang saling cinta mencintai dan berziarah kerana Allah”. HR: Ibnu Mas’ud r.a.



Amin!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP