Tugu Negara Apakah Rahsianya?
>> Tuesday, December 18, 2012
TUGU NEGARA APAKAH RAHSIANYA?
Sudah berpuluh-puluh tahun kami
tidak menjejak kaki ke Kompleks Tugu Negara, tapi semalam 17 Disember, saya menyertai cucu-cucu singgah
ke Tugu Negara dalam perjalanan ke destinasi yang lain di ibu negara.
Hari itu, walau pun pengunjung tidak ramai membanjiri, tapi ketibaan mereka yang tidak putus-putus setiap masa, yang terdiri daripada pengunjung-pengunjung dari dalam negara dan luar negara.
Ada yang sampai dengan bas pelancong, ada dengan motokar, dan ada yang sampai dengan teksi. Mereka terdiri daripada berbagai-bagai peringakt usia, kanak-kanak, para remaja, orang-orang tua, malah ada juga yang membawa bayi-bayi yang masih dalam dukungan. Tidak kurang yang datang berpasangan, dalam keadaan riang gembira, persis beburung yang berterbangan di dahan-dahan pokok
Sebahagian besar daripada mereka mengambil gambar dan bergambar di situ untuk dijadikan kenanagan-kenangan. Kami juga bergambar dan mengambil gambar di tugu dan di tiang peringatan.
Tunggu Negara itu terletak dalam Kompeks Tugu Negara, yang juga mengandungi Taman Peringatan.
Yang dikatakan Tugu Negara itu ialah sekumpulan patung-patung tentera yang sedang mengebar bendera negara Malaysia yang dikenali sebagai Jalur Gemilang. Patung-patung itu dianggap sebagai lambang-lambang “pimpinan, pahit getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, kebenaran dan pengorbanan”.
Itulah rahsianya yang terletak di sebalik patung-patung pada tugu itu.
Adakah para pelancong dan pengunjung ke Tugu Negara itu dapat menyelami lambang-lambang yang tersirat pada patung-patung gangsa yang kaku dan bisu itu?
Tugu Negara siap dibina dan dibuka pada 8 Febuari 1966 untuk dijadikan peringtan kepada lebih daripada 11,000 orang para pahlawan kita yang telah gugur sepanjang masa darurat antara tahun 1948 hingga 1960.
Letaknya di Taman Tasik, dekat dengan Bangunan Parlimen, dan tidak berapa jauh dari Bank Negara Malaysia.
Tugu Negara mempunyai ketinggian 15 meter dan diperbuat dari gangsa. Ia direka oleh Felix de Weldon, seorang pengukir bangsa Austria. Ia merupakan arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.
Taman peringatan
Dalam Taman Peringatan itu pula terpacak Tiang Peringatan yang dijadikan lambang penghormatan negara kepada perajurit-perajurit yang telah terkorban dalam mempertahankan kehormatan dan keamanan negara.
Pad tiang peringatan itu dicatat tarikh tragedi besar dalam sejarah kemanusiaan manusia, iaitu Perang Dunia pertama , pada tahun 1914 hingga 1918, Perang Dunia kedua pada tahun 1939-1945 dan tarikh Darurat negara dari tahun 1948-1960.
Mengikut sejarahnya, Tugu Negara itu pernah mengalami perisitwa pahit, di mana ia telah dibom pada 26 Ogos, 1976, yang telah memusnahkan sebuah patung besar, dan menjatuhkan dua kepala patung dari kedudukannya yang asal.
Pihak kerajaan percaya perbuatan tersebut dilakukan oleh komunis Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya atau MNLF. Tapi pihak komunis pula menafikannya, dan sebaliknya menuduh pihak kerajaan sendiri yang menrencanakannya.
Pada masa-masa yang lalu pada setiap 11 November diadakan perbarisan di tugu tersebut. Tapi kemudiannya, upacara itu telah dihentikan, dan pada tahun 2010 telah diadakan upacara yang dikenali sebagai Hari Pahlawsan pada 1 Julai setiap tahun.
Sejak itu, tidak ada lagi upacara perbarisan, meletak bunga dan bertafakur di hadapan Tugu Negara seperti di masa-masa yang lalu, kerana perbuatan tersebut difatwakan bercanggah dengan Islam dan syirik oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya pada tahun 1987.
Di samping itu, kita juga ingin tahu adakah sebarang fatwa telah dikeluarkan mengenai pembinaan Tugu Negara itu sendiri, apakah hukumnya mengikut Islam, harus, halal atau haram?
0 comments:
Post a Comment