Cahaya Benderang Di Langit Kuala Lumpur

>> Wednesday, December 19, 2012




CAHAYA BENDERANG DI LANGIT KUALA LUMPUR


Jika berada di suatu tempat yang tertentu dan dalam lingkungan jarak yang tertentu di ibu negara, Kuala Lumpur, dan kebetulan kita mendongak ke satu arah ke arah langit kita ak an terpandang satu bahagian dari langit bandar raya terang benderang.


Mereka yang belum biasa, mungkin akan tertanya-tanya cahaya apakah itu, dan adakah cahaya langit, dan mungkin merasa takjub melihatnya?  Kenapa langit bercahaya di Kuala Lumpur?


Tapi bila kita berada di bahagian bawah Bangunan Menara Berkembar Petronas kita akan mendapat jawapan kepada pertanyaan mengenai cahaya itu. 


Ia adalah cahaya yang memancar daripada kedua-dua Menara Berekambar yang setinggi 88 tingkat itu. Cahaya itu kelihatan menerangi sebahagian dari ufuk langit Kuala Lumpur.


Menara ini pernah menjadi bangunan yang tertinggi di dunia buat beberapa waktu, sehingga tahun 2004, bila bangunan Taipei 101 siap dibina pada tahun itu.

Namun begitu, menara itu masih merupakan bangunan berkembar yang tertinggi di dunia dan bangunan tertinggi dalam abad dua puluh yang dibina atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.


Menara ini merupakan hasil rekaan jurubina Cesar Peli yang terkenal dari Argentina, dan mulai dibina pada tahun 1998 dan menelan masa selama tujuh tahun yang menyiapkannya.


Di bahagian bawah disediakan taman KLCC seluas tujuh belas ekar [69,000 m2], di mana terdapat lorong jogging, lorong bersiar-siar, kolam air pancut yang dihiasi oleh petunjuk cahaya, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya

KLCC pula merupakan sebuah pusat beli-belah yang terbesar di Malaysia yang begitu ramai dikunjungi orang setiap hari.
Kalau Tugu Negara pernah rosak dibom oleh pengganas, tapi Menara Berkembar pula pernah diuggut dengan bom. Ugutan itu dibuat pada 12 September 2001, iaitu sehari selepas World Trade Center di New York musnah diserang pada 11 September 2001 yang menyebabkan ribuan orang terkorban.


Akibat ugutan itu ribuan orang telah dikeluarkan dari situ, api selepas dijalan pemeriksaan yang teliti ancaman itu hanya palsu dan orng ramai dibenarkan masuk semula seleaps tiga jam kemudian.


Dua malam yang lepas saya berada di pinggiran kolam air pancut di menara tersebut buat beberapa waktu, memerhati keindahaan ciptaan manusia, dan juga melihat gelagak manusia yang beraneka ragam yang meramaikan tempat itu.

Mereka terdiri daripada berbagai-bagai bangsa, dari dalam dan luar negara, kanak-kanak, orang-orang muda, dan juga orang-orang tua yang tidak melepas kesempatan untuk berada di situ. Orang-orang muda pula kebanyakannya berpasangan, dengan berbagai-bagai lagak dan gaya, ada yang datang berkeluarga dan juga mereka yang perpacaran.


Ketika mendongak menara itu, cahanya kelihatan memancar menerangi langit sekitarnya, di samping bahagian bawahnya juga telah berpestakan cahaya lampu.

Tapi cahaya ini tidak akan meberi makna yang bermanafaat, jika sekiranya diri anda sendiri sebagai seorang insan tidak memiliki sebarang cahaya peribadi untuk memandu kehidupan anda di dunia dan akhirat. Caya diri anda, cahaya keimaman anda. Lebih unggul dari caya Menara Berkemabar ini, pohonlah kepada Allah supaya anda dikurniakan cahaya itu.







0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP