Bila Lelaki Muda Kahwin Perempuan Tua

>> Wednesday, December 5, 2012




BILA LELAKI MUDA KAHWIN WANITA TUA



Cerita lelaki tua berkahwin dengan wanita muda, adalah cerita biasa. Ia kerap berlaku. Tapi cerita lelaki muda bekahwin dengan wanita tua jarang-jarang kita dengar, tapi bukan tidak ada.


Wanita tua yang dimaksudkan ialah bukan sahaja wanita yang  putus haid, tapi dari segi usianya  itu lelaki itu boleh dianggap cucu atau cicit kepadanya.


Sebab-sebabnya


Ada beberapa faktor lelaki muda yang tertentu memilih wanita yang seusia dengan ibu atau neneknya atau moyangnya untuk dijadikan teman hidup dan isteri.


Pertama lelaki itu memang benar-benar berkenaan atau mencintai wanita yang telah lanjut usianya itu jika dibandingkan dengan usianya sendiri. Kerana cintanya itu dia rela berkorban apa sahaja untuk berkahwin dengan wanita itu, walau pun mengorbankan kebanggaan dirinya sendiri sebagai seorang lelaki yang masih muda.


Kedua lelaki muda itu merasa amat kasihan belas terhadap wanita tersebut, kerana itu sanggup berkorban apa sahaja untuk menjaga dan membantu wanita itu sebagai isterinya.


Ketiga lelaki itu berharap wanita itu dapat menyelesaikan problam hidup yang dihadapinya, seperti masalah makan minum, tempat tinggal dan sebagainya setelah mereka berkahwin nanti.


Keempat kerana lelaki muda itu tamakkan harta yang dimiliki oleh wanita tua itu, sebab dia seorang yang berada, kaya atau pun memiliki harta yang banyak. Untuk memburu harta wanita  itu dia sanggup mengkahwini wanita tua itu dengan harapan dia dapat menguasai harta wanita itu setelah menjadi suaminya nanti.


Kelima dia ingin mencari seorang ibu di samping mencari seorang isteri. Ini berlaku kerana dia amat menyayangi ibunya yang sentiasa memberi kasih sayang kepadanya, mungkin kerana dia anak tunggal, atau anak bongsu dan sebagainya. Kerana itu bayangan ibunya telah memayungi kehidupanya, termasuklah dalam mencari seorang kekasih atau isteri. 


Atau sebaliknya, dia seorang lelaki yang dahagakan kasih ibu, kerana dia merasa dia tidak pernah mendapat kasih sayang yang sewajarnya dari ibunya selama mereka hidup bersama.


Keenam, lelaki itu mungkin terkena sihir oleh wanita tua yang tertarik hati kepadanya kerana sebab-sebab tertentu, seperti kerana ketampanannya, walapun dia tahu dari segi kehayatannya dia tidak mampu melayan suaminya itu nanti.


Akibat sihir ini memang pernah berlaku dari sejak dahulu sehingga sekarang, digunakan oleh kaum lelaki dan perempuan yang tidak teguh imannya hingga terpedaya dengan hasutan dan perdayaan syaitan.


Ingatlah


Kepada lelaki, khususnya yang masih muda teruna, yang menyimpan hasrat dan cita-cita untuk berkahwin dengan wanita yang tua bangka, walau apa sebab sekalipun berfikirlah semasak-masaknya sebelum bertindak lebih jauh.


Kehiduapn ruamh tangga ini bukanlah semata-mata merupakan makan dan minum, tapi menjangkau lebih dari itu, termasuklah dalam memenuhi tuntuan naluri semula jadi.


Lelaki yang berkahwin dengan wanita yang lebih tua darinya dalam jarak usia yang wajar, tidaklah menjadi masalah, dan sering berlaku di mana-mana, tapi yang harus difikirkan ialah kalau jarak usia itu meletakkan hubungan mereka sebagai cucu dan cicit bukannya sebagai suami dan isteri.


Setiap orang yang berkahwin inginkan kebahagian hidup, ingin ketenteraman hidup, inginkan keselesaan hidup, dan inginkan zuriat yang akan menyambungkan keturunan mereka dari dunia hingga ke akhirat.


Jika yang diharapkan oleh sang lelaki muda itu, ialah harta wanita tua itu, tapi belum  tentu lagi dia akan memilikinya, lebih-lebih lagi di zaman kini, dan mengaharapkan isterinya  mati terlebih dahulu, kerana usianya telah begitu lanjut, tapi masih belum pasti, kerana usia di tangan Allah. Mungkin awak dahulu yang pergi, ataupun dia dulu yang pergi. Siapa tahu?


Janganlah kahwin kerana memburu harta kekayaan, nanti akan hidup merana.


Akibat


Berbicara tentang lelaki muda kahwin wanita tua ini saya segera teringat beberapa peristiwa yang pernah saya dengar dan saya lihat sendiri. Saya angkatkan sebahagian kecil daripadanya untuk dikongsikan bersama.


Pada suatu hari, saya dan isteri [Asiah-semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya] sedang membeli 

nasi bungkus di sebuah kedai makan. Berhampiran dengan tempat kami berdiri menunggu nasi siap dibungkus, ada seorang lelaki duduk di kerusi sedang menikmati secawan  minuman. Kami kenal dia, Pak Iman di kampung kami.


Tiba-tiba ada panggilan pada handsetnya dan beliau segera menjawab panggilan itu. Sepanjang perbualan singkatnya menerusi telefon itu, beliau hanya menjawab “ya, ya” sahaja, dan menamatkannya dengan perkataan “Baikm baik”.


Sebaik-baik sahaja telefon mati, tanpa ditanya, beliau memberitahu kami, “Mereka itu hendak bercerai. Sudah beberapa kali dah dalam bulan ini. Panggil kita, nak bercerai”.


“Kenapa nak bercerai?”, tanya saya. Pak Imam menjelaskan katanya bagaimana tak hendak bercerai, suaminya masih muda, sedangkan isterinya sudah tua bangka.


“Ketika hendak bersama, apa-apa pun tak boleh buat, putus anginlah suami, bergaduhlah mereka, sampai hendak bercerai. Isterinya tua sangat, tak boleh buat apa-apa dah, tapi  ada harta sedikitlah, perkakas emas penuh lengan”.


Katanya bila kehampaan lelaki itu telah hilang, dan dipujuk oleh isterinya, mereka berbaik semula. Namun begitu, katanya perkara itu tidak pernah selesai, akan timbul dari masa ke masa........Bagaimana keadaan mereka sekarang, saya tak tahu.


Saya teringat pula kepada seorang kenalan saya. Sebaik-baik sahaja keluar sekolah dalam usia belasan tahun dia berkahwin dengan seorang wanita tua yang seusia dengan neneknya. Seorang janda yang telah mempunyai beberapa orang anak, di antara anak-anak itu usianya lebih tua dari kenalan saya itu dan mereka juga telah mempunyai beberapa orang anak pula. Janda itu adalah tuan rumah sewa kenalan saya itu.


Pada permulaannnya perkahwinan mereka nampak berjalan lancar. Nampaknya tidak ada problem yang berbangkit antara keduanya. Tapi selepas berbelas-belas tahun berlalu, perkahwinan mereka nampaknya mulai berkocak.


Tahu-tahu  lelaki kenalan saya itu berkahwin lain dengan wanita muda, Masih gadis. Di khabarkan pada permulaannnya mereka berkahwin dengan persetujuan isteri tua kenalan saya itu.


Cerita selanjutnya untuk menunjukkan kerelaan dan kebaikan hatinya, isteru tua itu mengundang isteri muda suaminya  itu ke rumah, katanya untuk berkenal-kenalan dan beramah mesra. Tapi apa yang  berlaku pada hari tersebut?


Sebaik-baik sahaja isteri muda lelaki itu naik ke rumah, maka isterinya yang memang tua, tanpa menempuh-nempuh lagi lalu menyerang madunya habis-habisan, bukan sahaja dengan mulut, tapi dengan menggunakan kaki dan tangannya, yang menimpakan kecederaan kepada madunya itu.


Dia juga mengancam supaya mereka bercerai kalau ingin selamat. Maka dengan itu berakhirlah perkahwinan kenalan saya itu dengan isteri mudanya yang baru sahaja dikahwininya.


Beberapa tahun kemudian, kenalan saya yang masih muda itu meninggal dunia, mendahului isterinya yang telah lanjut usianya itu, tanpa meninggalkan sebarang keturunan.


Saya juga kenal dan pernah berjiran dengan sepasang suami isteri, di mana suaminya jauh lebih muda daripada isterinya, yang berpangkat ibu kepadanya dari segi usia.


Si isteri suka benar menceritakan tentang perkahwinan mereka dan merasa bangga dengannya. Katanya dia berkahwin dengan sumainya ketika suaminya masih berusia belasan tahun, sedangkan dia masa itu seorang janda tua. Selama beberapa bulan selepas mereka kahwin, suaminya itu kerana terlalu mentah, “tidak tahu apa-apa”, mereka hidup bukan sebagai suami isteri. Dia memelihara suaminya seperti seorang kanak-kanak sahaja.


Katanya dia sentiasa mencabar suaminya itu supaya kahwin lain dan tinggalkan rumah mereka, kalau dia inginkan isteri yang muda. Tapi katanya suaminya itu tidak pernah menyahut cabarannya itu sehinggalah wanita itu meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.


Kata jiran-jiran wanita tua itu mempunyai banyak ilmu, Entah benar, entah tidak, saya tidak pasti. Saya tidak ingin berperasangka yang boleh menimbulkan fitnah?


Sekian.







2 comments:

Pondok Rahmat May 16, 2014 at 8:37 PM  

Thanks for your opinion...may i ask u questions Do u read d whole article? If u read it, are you sure you read it carefully?

Anonymous,  October 15, 2014 at 5:27 PM  

so what is your comment when Prophet Muhammad SAW (pbuh) married Siti Khatijah? they are different apart in age.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP